Memilih Pasangan
(Petikan dari  Spy)

Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan
> antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada
> keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang
> dan berkahwin.
>
> Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut
> sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan
> dan maksiat.
>
> Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini
> dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga
> menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah
> lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidak
> membawa kepada pernikahan.
>
> Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut
> akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan
> lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.
>
> Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada
> orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah
> Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai
> di akhirat kelak.
>
> Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai
> persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk
> meniti alam berumahtangga.
>
> Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum
> memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan
> hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan
> berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum
> dan berbagai-bagai lagi.
>
> Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
>
> "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana
> boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana
> boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana
> agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah
> hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."
>
> Baginda bersabda lagi yang maksudnya:
>
> "Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok
> rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni
> ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin
> akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan
> dia akan hartanya dan eloknya."
>
> Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw
> menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang
> beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat
> beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya
> dimurahkan Allah swt.
>
> Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya
> ialah:
>
> 1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh
> beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan
> dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan
> kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak
> mengingati Allah swt.
>
> 2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus
> rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan
> dengan manusia. 3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta
> membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak
> keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.
>
> 4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling.
> Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan
> mereka dengan apa cara yang termampu.
>
> 5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami
> dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan,
> menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.
>
> Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat
> agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat
> agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.
>
> Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang
> mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan
> dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan
> bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia
> telah mendapat satu nikmat Allah yang besar. Keterangan ini terdapat
> dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r. a:
>
> "Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia
> telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang
> selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar
> dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak
> menzalimi suaminya."
>
> Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga
> yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-
> sifatnya oleh Rasulullah saw:
>
> "Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada
> Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang
> solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga
> berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia
> menyimpan rahsia dan harta suaminya."
>
> Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami
> jika ia memiliki isteri yang solehah.
>
> Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga
> terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan
> persaudaraan Islam.
>
> Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang
> tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang
> yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan
> anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.
>
> Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
>
> "janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka
> sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan
> akal."
>
> Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan
> isteri berbanding dengan janda.
>
> Rasulullah saw bersabda:
>
> "Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur
> bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan
> mudah meredhai kerjanya."
>
> Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan
> isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil
> penguniaan anak yang soleh dan solehah.
>
> Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki
> itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar
> dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh
> menghalangnya dari mengandung dan bersalin.
>
> Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu, pada umumnya
> boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya
> mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi
> ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang
> mengikut baka dirinya pula.
>
> Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah
> tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan
> bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil
> kasih saying antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat
> menekankan supaya setiap lelaki memilih calun isterinya yang ramai
> anak, sebagaimana sabda baginda:
>
> "Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak,
> sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para
> Nabi pada Hari Kiamat nanti."
>
> Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga
> dengan umat yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama
> Islam.
>
> Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah
> dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti
> hati peminang pertama, memecah belah hubungan kekeluargaan dan
> mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
>
> "Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli
> barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan
> saudaranya sebelum ia tinggalkan."
>
> Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan
> dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.
>
> Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula
> menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah
> perlindungan kepada janda dan anak-anak.
>
> Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah
> pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau
> sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:
>
> "Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan
> perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan
> yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang
> berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram
> terhadap orang yang beriman."
>
> "Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki
> yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita
> yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah
> untuk wanita-wanita yang baik."
>
> Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan
> wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga,
> ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila
> menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt
> pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.

Keatas