Sayangnya Aku Seorang Manusia
Andai aku kuda semberani
akan ku bawamu jelajah sumbu pelangi
di mana kegelapan dan bayang-bayang
diwarnai tujuh cahaya
Kau tidak perlu menggigil ketakutan lagi
hantu-hantumu telah lama mati
dipanah sinar gemilang
Andai aku pergata dilayar
akan ku hanyutkanmu ke hujung dunia
di mana ikan-ikan melompat riang berderai tawa
dan duyung-duyung mendendangkan lagu ceria
Kau tidak perlu menahan ombak sengsara lagi
lautan sudah hilang punca untuk turut berang di hati
Andai aku seekor walimana
akan ku terbangkanmu ke taman nan indah
di mana bunga-bung
a kembang di tangkai
dan kumbang-kumbang kekenyanganmadu
senantiasa melimpah-ruah
Kau tidak perlu mengurut bisa di kakimu lag
i duri-duri sudah lama tumpul
dipancung tanjaknya
Sayangnya aku seorang manusia
hanya mampu menghulurkanmu
secebis harapan
bahawa suratan ada neracanya
pahit dan manis ada gilirannya
Noridah bte Kamari
Temasek Junior College
August 1998
Keatas