SEPI SENDIRI

sekuntum mawar
serangkap puisi
sepi menular
tanpa mu disisi
hati bertanya
fikiran mencari
adakah perasaanku
bukan mainan diri

jiwaku berlayar dilautan sepi
mengumpul kembali kenangan abadi
tidak terdaya ku melarikan diri
daripada persoalan hati
jika ku tangguh
ia memakan diri
bila ku berterus terang
kemungkinan kecewa sendiri
ibarat bertepuk sebelah tangan
tiada berbunyi,malu sendiri

tetapi atas keyakinan dan cinta suci
akan ku tunggu jawapan dengan debaran hati
sepi menunggu jawapan yang tak pasti
tidak ku mahu sepi sendiri lagi....




Keatas