
DOSA
MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA
(Sumbangan dari spy 2001)
tolong sampai-sampaikan ...Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut
keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai
mengumpat separti sabda
nya
bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal
saudaramu
dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu
termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa
menyebut nama pelakunya tetapi diketahui
oleh orang yang
mendengarnya
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan
seperti memakan daging saudara seagama. manusia waras tidak sanggup
memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak
akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang
diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan
kekal
dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat
kerana
mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang
melakukan
zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan
dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat
Ibnu
Abib
Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak
dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah
perlu
direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan
diri
pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan
membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda
Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum
beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim,
dan
jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa
yang
mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan
dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari
akhirat.
Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan
menghapuskan
pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :Perbuatan mengumpat itu
samalah
seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan
sebelum
itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu
kering
sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang
terkejut
besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah
dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan
ku,
dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak
pernah
melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan
(pahala)
orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi
untuk
diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat
akan
dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang
muflis
diakhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib
berusaha
mengelakkan diri daripada melakukannya.
Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri
daripada mengumpat.
*Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara islam yang lain.
Ilmu yang bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi
orang yangmengajarkannya meskipun dia sudah mati.
Keatas