Wajah bercahaya dengan berselawat
(Sumbangan dari Suhana )


Pada suatu hari, Abul Laits As Samarqandi
sedang
dalam perjalanan bermusafir bersama-sama
ayahnya. Tiba-tiba dengan takdir Allah,
ayahnya
jatuh sakit. Semakin hari sakit ayahnya
semakin melarat sehingga meninggal dunia.
Tinggallah Abul Laits sendirian untuk meneruskan
perjalanannya. Dia menunggu-nunggu jika
muncul
rombongan kafilah untuk meminta
pertolongan menguruskan jenazah ayahnya itu.
> >
> >
Ketika menunggu, dia terlihat jenazah ayahnya
bertukar menjadi hitam pekat. Dia
tertanya-tanya mengapa wajah ayahnya berubah.
Abul Lait kemudian tertidur kerana terlalu
keletihan. Ketika itulah dia bermimpi seorang
pemuda yang bercahaya wajahnya.
> >
> >
"Siapakah saudara?" Tanya Abul Laits.
> >
> >
"Saya ialah Muhamad bin Abdullah."
Mengertilah
Abul Laits yang hadir dalam mimpinya itu
ialah Rasulullah SAW. Hatinya sungguh
gembira."Ya Rasulullah, apakah maksud dan tujuan
kedatangan tuan ini?" "Saya datang kerana
hendak
menziarahi jenazah ayahandamu."
> >
> >
Setelah diizinkan, Rasulullah pun membuka
kain
yang menutupi mayat ayah Abul Laits.
Baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT.
Ketika
itu juga Abul Lait melihat wajah ayahnya
yang gelap tadi telah bertukar menjadi
bercahaya. "Wahai Rasulullah, apakah yang
menyebabkan wajah ayahku menjadi hitam?"
> >
> >
"Ayahmu semasa hidup telah berbuat dosa dalam
keadaan orang lain tidak mengetahuinya.
Tetapi pada waktu malam ketika orang lain
sedang
nyenyak tidur, dia telah bangun dan
merintih kepada Allah. Dia mengadu kepada
Allah
akan hal dirinya yang sering berbuat dosa
kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya.
Ayahmu
juga sentiasa basah lidahnya dengan
berselawat untuk saya. Oleh sebab itu, pada
hari
kematiannya Allah memerintahkan saya
untuk menziarahi mayatnya."
> >
> >
Begitulah kisah yang dapat dipaparkan buat
kali
ini. Manusia memang selalu berbuat
kesalahan kerana tidak mampu melawan hawa
> >nafsu.
Namun begitu, apa yang penting ialah
kesedaran dan keinsafan perlu sentiasa ada
dalam
diri kita. Kemudian kita
bersungguh-sungguh mengadu dan memohon
keampunan
terhadap dosa-dosa yang dilakukan.
Semoga dengan rahmat Allah yang maha luas
itu,
Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.
> >
> >
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang
yang
sentiasa bertaubat daripada dosa
samalah seperti orang yang tiada dosa. Namun
begitu, bertaubat hendaklah dengan
sebenar-benarnya daripada hati yang tidak
ingin
lagi mengulangi dosa-dosa yang pernah
dilakukan.
Iktibar daripada kisah ini juga menunjukkan
betapa besarnya fadilat berselawat.
> >
> >
Terdapat banyak kelebihan berselawat
antaranya
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Orang
yang paling utama bagiku di hari kiamat ialah
orang yang paling banyak berselawat untukku.
Barangsiapa yang membaca selawat 100 kali
untukku pada hari Jumaat, kelak pada hari
kiamat dia datang dengan wajah
bersinar-sinar.
Sekiranya sinar itu dibahagi-bahagikan kepada
semua makhluk, nescaya mencukupi."

Keatas