| ALAM MELAYU SEBELUM ISLAM | ||
|
[SEBELUM AGAMA HINDU & BUDHHA][KEDATANGAN AGAMA HINDU & BUDHHA]
2.1.
SEBELUM KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA Pada ketika ini dikatakan masyarakat Melayu mempunyai sistem kepercayaan primitif iaitu animisme dan dinamisme: yang mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri, sama ada dapat membawa kesan baik atau buruk. Roh nenek moyang yang dinamakan “hyang” (seerti “poyang”/ “moyang”) dipercayai masih berada di kalangan mereka dan mempunyai tenaga yang kuat yang boleh mempengaruhi mereka. Oleh itu ia perlu ditenangkan melalui upacara pemujaan dan penyembahan. Pawang,
Bomoh dan Dalang merupakan peribadi perantara yang boleh menghubungi “hyang”
melalui pembacaan jampi, serapah, penyajian dan sebagainya. Sebenarnya animisme bermaksud satu kepercayaan bahawa setiap benda
memepunyai jiwa atau roh dan mempunyai keperibadiaan sendiri (Abdul
Rahman Haji Abdullah,1990:1).Di samping itu,terdapat juga Teori
Dinamisme.
Teori ini mempercayai bahawa jiwa bukan sahaja berada di mana-mana tetapi
juga mempunyai tenaga atau kekuatan yang dapat memberikan kesan baik
ataupun buruk. Dinamisme boleh dibandingkan dengan konsep semangat di
kalangan orang Melayu. Kedua-duanya merupakan kepercayaan primitif di Alam
Melayu. Kepercayaan terhadap jiwa, roh atau semangat amat
memepengaruhi kehidupan manusia.Kepercayaan ini dapat dikesan melalui
mitos, lagenda dan memorates (Abdul Rahman Haji Abdullah,1990:3). Mitos ialah cerita mengenai
dewa-dewi dan makhluk luar biasa yang menjadi asas kepercayaan dan sistem
agama
2.2.
KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu. Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan. Menurut pendapat Syed Naquibb, kedatangan agama Hindu tidak merubah pandangan semesta masyarakat Melayu secara mutlak. Apa yang jelas terlihat ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya pada lapisan di atas sahaja (golongan bangsawan), tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat Melayu. Namun kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu seperti sistem kasta (lapisan masyarakat) yang memisahkan antara golongan raja, bangsawan dan rakyat jelata menular masuk ke dalam sistem sosial masyarakat Melayu. Dari sinilah wujudnya sistem ‘feudal’ yang telah diamalkan dalam sistem pantadbiran mana-mana kerajaan Tamadun Melayu.
|