From Mahazalim http://pemantau.tripod.com

PEGAWAI JABATAN AGAMA KEMPEN DI SANGGANG

Oleh Pendokong Reformasi Pahang

Koi tak terkejut sangat bila member koi di Jabatan Agama Islam Pahang memberitahu, beberapa pegawai agama dihantar berkempen di Sanggang. Koi tahu, jadi pegawai kerajaan kena ikut kerajaan UMNO walaupun semakin menggila sekarang ni.

Ahad lepas,kira-kira 6.00 petang koi singgah makan di kedai Batu Satu, Temerloh (depan sekolah Khairiah). Tiba-tiba koi terserampak dengan member koi ni yang juga makan di situ. Koi nampak dia ni bukan main segaknya dengan baju Melayu lengkap bersampin.(Koi masa tu pakai t-shirt dan selipar sandle je).

Member koi tu berdua katanya dalam perlajanan ke Sanggang.( Tempat dia bekerja tak payah le koi cakap). Dia kawan lama koi sejak di Kuliah Sultan Abu Bakar Pekan lagi, kemudian dia pergi Mesir. Dia nak buka cerita pun segan-segan tersipu sebab dia tahu koi orang kuat reformasi. Katanya, dia malam tu kena buat forum Ehwal Islam di sana. Dia pun tanya koi, bagaimana keadaan di Sanggang.

Koi kata, koi baru balik dari Sanggang dan penilaian koi 70 % Melayu akan sokong Pas. Koi kata, kalau ada orang yang dengar pun, cuma orang tua totok UMNO saja. Dia dah mula menggelabah, katanya tak mahu dilebalkan 'Imam Sukom' seperti Ustaz Firdaus Ismail kena jerit masa ceramah di Pahang (pilihanraya 1999 dulu).

Dia kata, dia memang seboleh-boleh tak mahu pergi buat forum malam tu, sebab itu dah jadi kempen politik. Tahun 1998 dulu, member koi ni berkempen di Sabah waktu pilihanraya DUN atas arahan Khalil Yaakub. Katanya, sana tak kisah kerana orang Melayu Islam ramai sokong UMNO yang berhadapan dengan PBS. Tapi di Sanggang, dia dah rasa, orang Melayu akan menyampah dengan dia.....tak dapek dah koi nak nolong.

Lepas tu koi tengok dia makin gelabah dan banyak kali merungut. Katanya, memang dia taknak pergi forum tu, tapi nama dia dah naik, nak buat cammana. Koi kenal sangat member koi ni, bukan UMNO pun, tapi disebabkan dia orang Jabatan Agama, kenalah juga.

Lagi satu dia cerita, katanya Ustaz Rezwan, calon BN sebenarnya tak lulus belajar di Al-Azhar. Rezwan kat sana 7 tahun tapi balik tanpa apa-apa sijil. Lepas tu Ustaz Rezwan ke India dan dapat le sijil di sana. Pada Uztaz Rezwan, jangan lah menipu umat Islam, kononnya dema tu ulamak. Ulamak tak lulus...sudahlah.

Malam tadi (berita TV1) koi nampak Ustaz Rezwan bersalaman dengan perempuan India, semalam dengan perempuan wanita UMNO. Ulamak bolehkan bersentuhan tangan dengan wanita bukan muhrim, ustaz Rezwan?

Koi balik ke rumah koi dan member koi tu pergi le ke Sanggang. Koi tak tahulah apa nak jadi dengan member koi ni.Cuma koi...dalam perjalanan balik tu dok gelak dengan geng-geng reformasi koi, cerita pasal orang kerajaan kena cucuk hidung.