"Kecekalan Membawa Kemenangan"
Kehidupan adalah suatu yang susah hendak ditafsirkan. Tiada pernah ada kesudahan. Setiap hari adalah suatu pembaruan. Suatu permulaan... cerita buat seseorang insan.
Manusia bagai karakter bernyawa. Memainkan peranan dalam sandiwara dunia. Masalah datang untuk menduga. Keimanan insan yang bergelar manusia. Adakah tabah... ataupun kecundang. Manusia tentukan nasibnya. Allah berikan yang terbaik untuknya. Namun, kekecewaan datangnya dari kesalahan dirinya. Mereka melakonkan setiap watak... tanpa mereka sedari keadaannya. Aku umpama gadis yang memainkan peranan yang amatlah penting. Dalam perjalanan hidup seseorang bernama Zuhaila.
Dilalui bermacam dugaan. Yang perlu ketabahan dalam setiap keputusan. Familinya besar... abangnya ramai. Rakannya terhad... begitu juga kenalannya. Berkenalan seorang demi seorang. Namun semuanya pergi begitu sahaja. Mungkin tidak sesuai... mungkin juga tidak sepadan. Mungkin juga ada halangan... mungkin juga tiada jodohnya. Diteruskan hidup sebagai satu permulaan. Yang ingin dilalui dengan penuh keyakinan. Hidup ini tidak akan mati selagi Allah masih di sisi. Semangat yang diberi akan selalu membantu dalam melayari hidup ini.
Walau mereka pergi meneruskan hidup yang dicari. Mereka bahagia dengan pilihan hati. Tidak ku cemburu ataupun sedih. Namun kentalnya hati mencari yang lebih memahami hati yang sunyi. Walau sunyi ku masih siuman. Memilih insan untuk bergelar teman. Teman bukan sembarang teman. Namun teman sehidup semati. Bukan tidak sabar... tapi ia adalah tuntutan. Tuntutan ugama untuk dipenuhi setiap insan. Tercapailah sebahagian ibadah... berumahtangga... suruhan Ilahi. Setiap insan punyai pasangan sendiri. Siapa pasangannya... tidak diketahui. Mungkin di sini... mungkin juga di sana. Allah tetapkan dari azali. Berdoa, bersabar dan berusaha... pekerjaan kita pastinya. Mencari dan mencari apa yang sudah diberi.
Percaya pada Allah... yang paling kritis. Percaya pada Nabi... memang penting sekali... Hormati ibu bapa... itu yang perlu diingati... Sayangi diri sendiri... juga harus dijagai.
Erti Kehidupan...
Roon... mengapa ia harus terjadi pada diriku? Aku tega dengan khabaranmu. Aku redha dengan ketentuanNya. Tapi... mengapa hatiku harus berbelah bagi? Kau bakal menjadi milik orang. Mengapa harus kita bermesra? Kedatanganmu membuat ku gusar. Apakah akan terjadi seterusnya? Perasaan ini hadir tiap kali aku bersua denganmu dalam apa jua keadaan. Ingatanku tak lah sedalam mana tika kau berjauhan dari ku. Mengapa kau bersikap demikian? Adakah kerana kita bersaudara? Apa perasaan mu? Kau kata kau benci. Tapi mengapa ada kemesraan di antara kita? Aku bingung Roon!!! Aku tepis segala sangkaan. Agar kita tidak dapat bersama. Namun... terfikir juga di benak ku kemungkinan kita ditakdirkan bersama.
Khabar pertunanganmu menyayat hati. Namun, hidup harus diteruskan. Aku tak pernah salahkan dirimu. Dan... aku sendiri keliru dengan hatiku. Aku biarkan kita begini. Walau lama sudah kita tetapkan satu ketentuan tentang kita, perasaan ini masih kuat terhadap mu. Mengapa ia datang hanya bila kau dekat di sampingku? Aku dikejutkan dengan berbagai keadaan. Aku redha... aku berserah... aku pasrah...
Kata-katamu masih terngiang di hati. Dulu kau tidak berketetapan. Sekarang aku tidak sepadan denganmu? Mengapa Roon??? Apa kurangnya aku? Terlalu banyak kemungkinannya, Roon. Aku tak salahkan dirimu. Namun aku sendiri tidak mengerti dengan perasaan ku sendiri. Aku terlalu keliru. Setiap insan yang hadir dalam hidupku... terpaksa pergi kerana aku. Mengapa aku ditakdirkan begini? Adakah ini suratanku? Aku sangkal kemungkinan yang aku akan bersamamu. Inilah akibatnya. Hanya kerana kau jauh di mata.
Kesedihanku sudah sampai ke kemuncaknya. Tak terbendung lagi air mata yang mengalir mencurah-curah. Mengapa hati? Mengapa harus selalu berperasaan begini? Mengapa aku sering sesalkan apa yang telah terjadi? Apa jua yang telah menjadi suratan hidupku? Punca dari diri ku kah?
Roon... mengapa kau berkelakuan demikian? Kau seakan meletakkan harapan ke atas ku tanpa berbicara. Keputusan mu untuk bersama insan lain merobek hati ku. Aku akui... itu pilihan mu. Tak guna ku menyesal di kemudian hari.
Mengapa mereka harus pergi dari hidupku dengan cara begini? Apakah salahku??? Hanya kerana aku terlambat setapak? Atau kerana aku tak pernah berusaha untuk kekalkan perhubungan ini? Seorang demi seorang hadir dalam hidup ku. Sehinggakan di dalam keadaan ingin melupakan mu... aku berpaling arah pada yang lain. Di masa itu... aku punya pilihan.
Sekarang... hatiku kosong. Sekosong-kosongnya... hati ini tanpa kasih sayang yang aku dambakan. Roon... sesungguhnya aku ingin kau tau yang aku sayangkan keluargamu. Kerana mereka terlalu sayangkan diriku. Aku pilu bila diri disayangi keluarga... bila diri disayangi orang di sekeliling. Biar ku pendam rasa hatiku. Biarkan aku tanggung sendiri penderitaan ini.
Roon... walau mereka menyalahkan dirimu kerana tidak memilih aku, ketahuilah... aku tak pernah salahkan dirimu. Itu pilihan mu dan... aku tak berhak menghalangnya. Cuma aku buntu dengan apa yang terjadi di sepanjang kehadiranmu di sini. Mungkin juga kerana kita bersaudara. Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan mu.
Ambil lah ini sebagai satu dugaan untuk kau harungi demi membina sebuah keluarga yang seperti kau idam-idamkan. Biarkan aku sendirian dengan kata hatiku. Melayan perasaan yang tiada penghujungnya. Aku percaya pada takdir tuhan... ada hikmah di sebalik segala ketentuanNya.
Bahagia... kau yang ku cari belum lagi ku temui. Ku tak punya cita-cita yang nak ku kejarkan. Ku tak punya keluarga yang harus ku kendalikan. Ke mana kah arah dan tuju ku? Tiap kali ku fikir tentang diri ku, aku jadi buntu! Manakah cita-cita ku?
Aku sungguh kecewa dengan pekerjaanku. Terlalu membebankan kah kerja ku sekarang ini? Atau... aku yang tak pandai membahagikan masa? Mengapa mereka tidak adil? Mengapa dunia ini tidak adil padaku?
Dulu... aku boleh menghadapi ini semua. Dengan ketenangan, aku hadapi cabaran dan dugaan yang diberi walaupun amat sukar nak ku bertahan.
Mungkin kah kerana aku dikelilingi mereka-mereka di sekitar yang membuatkan aku jadi begini? Haruskah aku memberontak, wahai hati? Jiwa ku dah sukar nak terima beban kerja yang aku alami. Adakah kerana kesalahan ku sendiri hinggakan aku ditakdirkan perjalanan hidup yang sebegini?
Aku benar-benar buntu!!! Aku bingung!!! Ingin sekali aku keluar dari gelombang yang menenggelamkan aku. Ya Allah!!! Tunjukkan aku jalannya. Buka lah pintu hatiku untuk menuju ke arah yang sesuai buat diriku. Bimbingi lah aku. Aku perlukan pertolonganmu...
Dalam tekanan, aku sempat berangan. Angan-angan yang ku kira... pernah aku impikan suatu masa dahulu. Ku lupakan semuanya kerana tiada gunanya berangan. Sesungguhnya... ia adalah sesuatu yang tak mungkin ku kecapi.
Mengagumi mereka-mereka yang kacak dan menawan dengan personaliti yang memikat hati. Ia hanya cerita yang cukup membuat aku berada di awangan. Fantasi... yang ku kira, setiap insan pasti angankan. Mendapat teman secara kebetulan. Mungkin jua ia takdir tuhan. Ketentuan yang sudah tertulis. Alangkah indahnya cinta pandang pertama. Di ikuti dengan persahabatan yang dibina lalu membuihkan bibit-bibit cinta. Di hiasi dengan asam garam persahabatan. Cemburu... geram... pertelingkahan... yang sering ada dalam persahabatan. Di samping memaniskan lagi perjalanan yang di lalui.
Ku impikan seorang teman... yang punya ciri-ciri seperti mereka-mereka yang menjadi idola ku. Karenah-karenah mereka yang gila-gila, cukup untuk memceriakan suasana di sekeliling. Kebijaksanaan nya menjadi kekagumanku. Sikap memahami dan bertolak ansur amat penting dalam perhubungan. Ditanam dengan kesetiaan... amat perlu untuk membina keluarga yang harmoni. Saling percaya... adalah keutamaan.
Wahai hati, damai lah dikau. Impian yang kau inginkan... semoga jadi kenyataan. Buka lah pintumu bila sampai waktunya. Berilah peluang pada mereka yang ingin memberi. Berhati-hatilah ketika membuat keputusan. Semoga dikau tabah mengharungi liku-liku kehidupan walau apapun rintangan.
Kau hadir tanpa diundang dan kau pergi tanpa ku rela. Pertemuan yang tak disangka…Takdir Allah yang telah menentukan segalanya.
Tak pernah terlintas untuk bersamamu semenjak ku kenali dirimu. Kau bukan pilihan hatiku ketika itu. Dan kini, masa telah pun berlalu dan kau… telah menjadi milik orang lain.
Perjalanan yang ku lalui ketika mengenalimu masih jelas di ingatanku. Perselisihan faham demi perselisihan faham antara aku dan dia datang tanpa henti-henti. Kau hadir ketika dia sungguh-sungguh menyayangi dirimu. Niat suci mu untuk menyayangi diriku dan bukan dirinya… membuatkan ku serba salah. Ku tinggal kan persahabatan itu demi menjaga perhubungan aku dan dia.
Setahun berlalu… ku nikmati perjalanan hidup yang begitu indah. Namun, tidak berpanjangan. Dan ketika itulah… kau muncul lagi. Memberi aku semangat untuk teruskan perjuangan hidup ini. Kau temani aku ketika aku kesunyian. Kau menjadi teman baik ku ketika aku memerlukan seseorang. Sayangnya, aku tak tahu menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Usaha ku hanya sia-sia. Ku tewas akhirnya.
Kau kembali menjadi teman yang sedia berada di sampingku. Kau berusaha untuk memenangi hati ini lagi. Yang terlalu keras untuk dilenturkan kerana terlalu takut ingin melibatkan diri dalam alam percintaan lagi. Kesucian niatmu telah ku biarkan tanpa jawapan.
Semakin ku kenali dirimu, semakin ingin ku bersamamu. Di samping itu… ku teragak untuk menyatakan padamu keinginanku. Sesungguhgnya cara kehidupan kita yang berbeza, yang membuat ku berfikir berkali-kali hingga kesempatan yang ku ada selama ini… pergi begitu sahaja.
Meera… kau kini telah pun menjadi milik insan lain. Maafkan diriku… sesungguhnya aku terlambat untuk membuat keputusan. Setelah beberapa kali ku memikirkan nya… kini baru ku punya kekuatan untuk berterus-terang dengan mu tentang keadaanku yang tak ingin menerima mu dahulunya.
Terima kasih atas kenangan-kenangan yang telah kau tinggalkan padaku di sepanjang persahabatan kita. Walaupun di salah ertikan oleh insan-insan di sekeliling… aku kagum dengan dirimu yang tabah menghadapi dugaan ini semua.
Hati ini ingin sekali bersamamu. Tapi keadaan tidak mengizinkan. Maafkan ku sesungguhnya aku harus menjauhkan diri dari dirimu. Aku tak punya pilihan lain. Tak ingin ku menjadi punca sesuatu perselisihan faham nanti.
Ku doakan agar kau bahagia bersamanya. Walaupun dia bukan pilihan mu. Tabahlah menghadapi apa yang telah Allah tentukan untukmu. Aku di sini… masih berjuang. Pilu sungguh bila memikirkan yang aku harus melupakan dirimu. Walaupun kau masih ingin bersahabat denganku, aku hanya mampu bersahabat dengan mu pada bicara. Tak seperti dulu lagi. Fahamilah keadaan ku, Meera. Lupakan lah diriku.
Ku undur diri buat sekian kalinya. Yang terakhir… tiada lagi pertemuan. Maafkan aku kerana telah melukai hatimu dan tak dapat menerima dirimu di masa itu. Aku insaf… dengan perbuatan ku yang tak ku sedari….
Dearest Romy... these let out feelings are dedicated specially for u.
I dunno why I had to face these things... so soon. It's only 2 months. N... that's it. My relationship wif u ended juz like dat. I've no regrets being ure fren. But I've always hope that u'll be my last special fren that could lead me to the right path and be wif me to walk through this life full of dugaan.
Nobody has ever touched my heart like u did. I've never had a true special fren before. Knowing u... is a great gift for me. I've never loved anyone like I love u. I've never been into a serious relationship before u. I love ure poems. I love the way u treated me. N... I love the way u pacify me.
Although u want me to forget u n wish that I find someone else to give my love away, I'm sorry... I can't. I'll always remember the moments I've spent wif u. I'll treasure whatever we'd gone through together. U are juz too special for me to forget. It's juz too difficult for me to get by...
No matter how hard u've tried to convince me that we are not meant for each other. I've always believe that u are the one for me n u've always been the one I've been looking for. I've no doubts in u coz I've always believe in u. U don need to worry... I'm not making things difficult for u. Instead... I juz wanna u to know how I feel for u.
The only thing that I regret in u is that u don't wanna let go of ure past n move on. U've been hanging on to ure past till u don even realise that it hurts n cuts ure heart deeply to remember what u've gone through wif ure "history". U know that we've been through this kinda things before. I've always remember ure advise... if we are willing to forget the past, we'll see a brighter future. Remember???
I know... u can't commit ureself to love me fully. That's why u wanted our relationship to end this way. I've no regrets. Maybe Allah knows better what's best for me. I redha wif whatever is given to me. I don hate u... instead the more I try to let u go.. the more I'll love u. Till now... I don even know what I should do. U still asks about me sometimes through Idah, right? Those kind actions and words of concern from u... juz makes me think otherwise. Why u have to do this to me, Romy? Don't u know how it really hurts?
I've made a decision to forgive n forget everything. I feel that... being single is better that having a life partner. Yeah... like u've always said. Life in hereafter is better that life in this world. I've been looking forward to those days. I pray to Allah... to accept my ibadah, solat n forgive me for all my sins... before he takes my life away. If I were to live longer n trouble others... I pray to Allah to take my life away. N... I always pray for ure happiness. May Allah grant all ure wishes. N hopefully... u'll lead a better life without me around perhaps.
Hati yang kecewa... tak mungkin dapat diubati jika orang yang disayangi dan dipercayai memusnahkannya. Selamat tinggal, Romy!!!
Roon... masih ingatkah kau zaman kanak-kanak kita dulu??? Betapa indahnya bila dikenang. Setiap kali ku mengingatinya, ingin sekali ku kembali ke saat-saat itu. Seronoknya tak terkata...
Ku tak mengerti mengapa perasaan rindu dan sayang ini selalu berkunjung di sudut hati setiap kali ku pulang dari singgahsana mu. Adakah kau terlalu istimewa hingga sukar bagiku untuk melupakan dirimu??? Wajarkah ku menyayangi dirimu walaupun ku tahu tak mungkin akan ku dapat mengambil hatimu lagi???
Terus-terang ku katakan... setiap kali aku menatap wajahmu. Kenangan-kenangan yang lalu akan terimbas kembali. Dan di saat itulah, timbul penyesalan yang tak terhingga kerana pernah menginginkan perpisahan dengan mu. Aku akui yang aku masih mentah di waktu itu. Tapi apakan dayaku... aku terlalu mengikut perasaan. Aku sedar... semasa kau datang untuk menemuiku di sini, hatiku telah berubah. Bukan berubah untuk yang lain. Tapi... berubah untuk kembali kepada dirimu.
Kini, sudah ku lupakan itu semua. Sekarang, telah ku mulakan cerita yang baru di dalam penghidupan ini. Aku sudah mula menerima kenyataan. Namun, ku tak pasti kalau kita masih boleh bersama. Jarak yang sering memisahkan kita.
Roon... walau apa pun yang terjadi, akan ku sentiasa kenang waktu-waktu kita saling mengutusi. Saat-saat yang amat sukar untuk ku lupakan. Terima kasih Roon... kerana mewarnai perjalanan kehidupan ku ini dengan warna-warna pelangi.
Ingin sekali ku tahu. Adakah kau masih sayangkan diri ini??? Walau apapun, Ingin ku katakan padamu yang "Kau sungguh istimewa..."
Hanya luahan kata-kata yang dapat kutujukan buat renungan. Along... kau tahu betapa sayangnya aku padamu. Kadang-kala, aku sendiri tak mengerti... mengapa kita harus bermasam muka setiap kali marah yang sering berada di tebing hati datang tanpa diundang.
Ku rasa... memang aku kurang memahami dirimu. Sebab itulah... aku sering buntu untuk melakukan apa yang terbaik buat kita... membuat sesuatu yang mengeratkan kembali silaturrahim di antara kita setiap kali kita berselisihan faham.
Sudah lama inginku menyuarakan apa yang terbuku di hati ini. Tapi sehingga kini, aku masih kelu untuk berterus-terang. Hanya dalam tulisan yang dapat kunyatakan padamu. Along, ingin sekali ku mahu kau tahu... setiap kali berbual denganmu... aku rasa gembira tak terkata. Setiap kali kau ketawa... ku rasa bagai duniaku penuh dengan kebahagiaan. Setiap kali aku bermasalah... kau sungguh prihatin terhadapku. Cuma satu saja yang sukar nak ku luahkan. Ada kalanya... kau suka serkap jarang. Kau tahu betapa terseksanya aku untuk bereaksi atau membalas setiap kata-kata mu walaupun ia hanya gurauan. Aku takut sekali... walaupun ia hanya gurauan... kau mungkin tersinggung dengan reaksi ku. Ada masanya, kau merajuk... amat sukar nak ku pujuk.
Along... aku sentiasa berdoa agar persaudaraan kita bertambah erat setiap hari walaupun banyak dugaan dan rintangan yang mendatang. Semoga Allah melindungi kita dari segala keburukan yang boleh memisahkan kita.
Teman... dengarlah luahan hatiku ini. Di saat aku menjejaki alam remaja yang penuh dengan pancaroba... kau hadir dalam hidupku. Kau banyak mengajarku tentang kehidupan. Ketika dan saat itu, aku tak pernah kenal erti kasih untuk seorang teman yang istimewa.
Aku memang tidak berkeyakinan untuk mengakui yang aku sayang dirimu. Semenjak ku kenal dirimu... terlalu banyak sangsiku terhadap dirimu. Aku takut... jika kau bukan orang yang aku cari selama ini. Mungkin aku terlalu mementingkan diri sendiri. Sebab itulah... perbuatanku sering di salah ertikan. Memang diri ini ada anehnya.
Sekian lama... baru aku luahkan. Terlalu lambatkah aku untuk mengambil keputusan ini, oh Teman? Ingin sekali ku tahu... pernahkah ada secebis sayang terhadap diriku di sepanjang persahabatan kita? Kerana... itulah yang sering bermain di fikiranku. Tak pernah ku tanyakan dirimu kerana ku tak punya kesempatan.
Kini... kau bahagia dengan kehidupanmu. Aku cemburu sekali. Namun, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan mu. Oh Teman... bila kau hadir kembali dalam hidupku sebagai teman biasa, betapa gembiranya hatiku ini... tak siapa yang mengerti. Persahabatan yang pernah kita bina, telah terjalin kembali. Memang aku pernah mungundur diri. Tapi... aku rasa terseksa dan kesunyian tanpa kau di sisiku. Aku malu, Teman! Fahamilah diriku ini.
Teman... hanya satu permintaanku. Walaupun persahabatan kita tak lagi seperti dulu... ku harap, kau sudi menjadi teman suka dan duka ku. Kerana ku rasa... aku tak akan atau memang sukar untuk ku dapat teman seperti dirimu lagi...
Ayah... kaulah insan yang paling ku sayang. Kau sungguh istimewa. Mungkin, tak siapa yang faham betapa aku menyayangi dan merindui dirimu. Setelah kau pergi... terasa sungguh kekosongan di hati ini. Tak dapat kunafikan... kau amat istimewa buat diriku. Setiap kelakuanmu... memang sentiasa dalam ingatanku. Jasamu tak dapat kulupakan. Kadang-kala, aku rasa seperti kehilangan yang teramat sangat tanpamu di sisiku.
Aku rindu akan dirimu wahai Ayah. Aku sering teringatkan dirimu, setiap kali aku menatap potretmu. Dengarlah wahai Ayah... aku sanjung budi dan jasamu selama kau membimbing aku. Betapa aku masih ingat lagi... ketika kau sakit dahulu. Hiba sungguh rasa hatiku bila terkenangkan saat-saat bila bersamamu. Masih ku ingat setiap detik dan saat yang berlalu. Betapa kau seperti anak kecil... yang sering perlukan aku dan Mak di sampingmu.
Aku sedar... betapa lekanya aku dengan pekerjaan bila kau telah kembali pulih buat seketika. Aku akui yang aku jarang menghabiskan masa bersamamu, di saat-saat kau hendak meninggalkan kami sekeluarga. Tak ku tahu... jika kau marah padaku ketika itu.
Ketahuilah wahai Ayah... aku menyesal dengan perbuatanku. Walaupun aku tahu itu sudah suratan, aku masih menyalahkan diriku kerana tidak menjagamu dengan baik sebelum pemergianmu. Alangkah ruginya aku kerana tak dapat berjasa kepadamu hingga ke akhir hayatmu. Aku sering rindu akan gurauan mu. Ingin ku bermanja denganmu seperti dulu. Tapi apakan daya... Allah lebih menyayangi dirimu.
Belum pun sempat aku menamatkan pelajaranku di poly... kau pergi meninggalkan aku. Ingin sekali ku membalas jasamu dengan titik peluhku sendiri. Memang itu azamku. Bila terkenang kan dirimu...semangatku semakin kental untuk meringankan bebanmu.
Termenung sendirian mengenangkan perbuatanku. Maafkanlah diri ini... wahai Ayah!!! Aku sayang dirimu, Ayah...
Biodata | Family | Friends | Interests | Photo Album |
---|
![]() |
![]() |
![]() |
---|