GET ATAU
Konsepnya sama seperti campur.
![]()
Gambarajah dibawah menunjukkan bagaimana kendalian get ATAU (OR).


Perhatikan gambarajah diatas, terdapat 2 pintu masukan. Cahaya merah akan dapat menembusi kotak tersebut sekiranya salah satu pintu masukan terbuka. Konsep ini dapat dibuktikan dengan jadual benar dibawah.
| input B | input A | output |
| 0 | 0 | 0 |
| 0 | 1 | 1 |
| 1 | 0 | 1 |
| 1 | 1 | 1 |
Daripada jadual benar diatas dapat diperhatikan, sekiranya salah satu masukan (input) adalah 1 maka keluaran (output) akan menjadi 1. Konsep ini adalah sama dengan sifir campur. Perhatikan jadual dibawah.
| input B | input A | output |
| 0 + 0 | = 0 | |
| 0 + 1 | = 1 | |
| 1 + 0 | = 1 | |
| 1 + 1 | = 1 | |
Untuk memperkukuhkan lagi kefahaman perhatikan pula litar dibawah. Apabila LED bernyala adalah menunjukkan keluaran adalah 1.

![]()