Litar Perintang SiriSelari
Perintang SiriSelari adalah gabungan litar perintang yang disambung secara sesiri dan selari didalam satu litar tertutup. Untuk mencari nilai rintangan litar tersebut, terdapat 2 kaedah. Cara pertama ialah dengan menyelesaikan sekaligus dengan memasukkan rumusan litar tersebut. Cara kedua terlebih dahulu litar itu perlu dipermudahkan dan kemudian baru diselesaikan satu persatu. |
![]() |
|
Kaedah 1
|
![]() |
|
Kaedah 2
|
![]()
|
|
Apabila nilai RT telah diperolehi maka nilai Voltan Bekalan (Vb) boleh diperolehi dengan menggunakan hukum ohm Vb=I1xRT. Manakala nilai arus yang mengalir pada litar boleh dikira dengan menggunakan rumusan I1=Vb/RT. Litar tertutup 1 merupakan litar selari, oleh itu nilai voltan yang susut pada litar tersebut adalah sama manakala nilai arus yang masuk pada setiap cabang adalah bergantung kepada nilai R2 dan R3. Rumusan untuk mendapatkan nilai arus pada setiap perintang ialah IR2=VR2/R2, IR3=VR3/R3, IR1=VR1/R1 Apabila nilai rintangan diberi maka masukkan sahaja nilai tersebut pada rumusan. Terdapat berbagai-bagai corak sambungan litar SiriSelari yang mana kaedah yang digunakan adalah sama iaitu dengan menggunakan kaedah 1 atau kaedah 2. |
||