Bekalan Kuasa Arus Terus

Bab 5        
Masa: 30 minit
Objektif
  1. Melukis dan menerangkan litar voltan pengganda.
 
Rangka Isi Pelajaran
  1. Voltan pengganda.
   
Isi Pelajaran
2 minit

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya ingin menggunkan nilai voltan yang lebih tinggi menggunakan litar bekalan kuasa AT?

Topik ini akan menerangkan bagaimana ia dilakukan.

 
 
10 minit Litar Voltan Pengganda
  1. Fungsi utama litar ini adalah untuk menggandakan nilai voltan masukan.

  1. Terdapat 2 jenis litar pengganda:

    1. Pengganda gelombang separuh.

    2. Pengganda gelombang penuh.

 
 
10 minit Pengganda Gelombang Separuh

  1. Semasa kitar negatif pada titik P, D1 akan mengalirkan arus. Ini akan menyebabkan pemuat C1 menyimpan cas.  D2 tidak akan mengalirkan arus kerana berada pada pincang balikan.
  2. Semasa kitar positif pada titik P, D1 tidak mengalirkan arus kerana mendapat pincang balikan. Ini akan menyebabkan C1 membuang cas negatif merentas C2. Pada waktu yang sama D2 akan mengalirkan arus, ia akan menyimpan cas pada C2. Voltan yang tersimpan pada C2 adalah 2 kali ganda voltan masukan.

Pengganda Gelombang Penuh

  1. Semasa kitar positif pada titik Q, D2 akan mengalirkan arus. Cas akan tersimpan pada C1. D1 tidak mengalirkan arus kerana mendapat pincang balikan.
  2. Semasa kitar negatif pada titik Q, D2 tidak mengalirkan arus kerana mendapat pincang balikan. D1 akan mengalirkan arus seterusnya menyimpan cas pada C2.
  3. Pemuat C1C2 akan membuang cas pada C3, ini akan menjadikan nilai voltan pada C3 mempunyai 2 kali ganda.
 
8 minit Latihan
  1. Lukiskan litar voltan pengganda gelombang separuh.
  2. Terangkan kendalian voltan pengganda gelombang penuh.
 
 
     
SPM