Bekalan Kuasa Arus Terus

Bab 3        
Masa: 30 minit
Objektif
  1. Mengenal litar bekalan kuasa AT.
  2. Menerangkan litar penapis.
  3. Menerang dengan melukis penapis LC, RC dan π.
 
Rangka Isi Pelajaran
  1. Penapis.
  2. Voltan riak & frekuensi.
   
Isi Pelajaran
2 minit

Pada bab 1 telah diterangkan sepintas lalu bagaimana blok bekalan kuasa AT beroperasi. Pada bab ini akan diterangkan bagaimana litar didalam setiap blok bekalan kuasa AT.

 
10 minit Penapis
  1. Litar penapis merupakan satu litar untuk menghilangkan denyut-denyut AU dan menghasilkan satu bentuk voltan AT yang linar (tidak mempunyai denyut AU).

  2. Terdapat 3 jenis penapis:

    1. Penapis RC.

    2. Penapis p.

    3. Penapis LC.

Penapis RC

Penapis p

Penapis LC

 

 
5 minit Perintang Beban
  1. Satu perintang yang disambung selari dengan keluaran.

  2. Fungsi komponen ini ialah:

    1. Menyusutkan voltan pada keluaran.

    2. Membahagikan arus keluaran.

 
 
10 minit Kendalian Litar Bekalan Kuasa AT
  1. VAU pada pengubah akan direndahkan oleh pengubah pada nisbah 3:1. Ia sefasa merujuk pada titik P dan berbeza fasa 1800 pada titik R.

  2. VAU yang telah direndahkan akan diterusuai oleh diod D1 dan D2. Penerus akan hanya membenarkan denyut positif melaluinya.

  3. Separuh kitar pertama, kitar positif pada titik P, D1 akan mengalirkan arus. Manakala titik R adalah kitar negatif, ini akan menyebabkan D2 tidak mengalirkan arus.

  4. Separuh kitar kedua, kitar negatif pada titik P, D1 tidak akan mengalirkan arus. Titik R adalah kitar positif, ini akan menyebabkan D2 mengalirkan arus.

  5. Denyut positif penuh akan ditapis oleh rangkaian penapis p iaitu komponen C1,R2,C2. Keluaran pada titik S merupakan Voltan AT yang bersih.

  6. Perintang Rb akan menyusutkan voltan AT sepenuhnya.

 
 
5 minit Latihan
  1. Lukiskan litar bekalan kuasa AT.
  2. Nyatakan fungsi peringkat:
    1. Penapis.
  3. Terangkan kendalian litar bekalan kuasa AT.
 
 
     
SPM