Bekalan Kuasa Arus Terus

Bab 4        
Masa: 30 minit
Objektif
  1. Melukis dan menerangkan pengatur voltan dalam unit bekalan kuasa.
  2. Melukis dan menerangkan litar penstabil zener.
 
Rangka Isi Pelajaran
  1. Pengatur voltan.
  2. Penstabil zener.
   
Isi Pelajaran
2 minit

Pada bab 3 telah diterangkan bagaimana litar bekalan kuasa AT beroperasi. Namun begitu keluaran voltannya tidak stabil. Untuk menstabilkan keluaran voltan AT satu litar penstabil digunakan.

 
5 minit Pengatur
  1. Litar pengatur juga disebut litar penstabil.

  2. Tujuan litar pengatur adalah untuk menentukan keluaran litar bekalan kuasa AT sentiasa tetap pada satu nilai voltan walaupun mendapat masukan yang berubah-ubah nilai voltannya.

 

 
10 minit Penstabil Diod Zener
  1. Diod Zener mempunyai nilai voltan pecah tebat. Ini bermakna diod zener hanya membenarkan satu nilai voltan merentasinya.

  2. Nilai voltan ini dinyatakan pada badan diod zener.

  1. Apabila nilai voltan yang susut pada R4 berubah nilai arus yang mengalir pada DZ1 akan berubah.

  2. Apabila arus berubah galangan pada DZ1 akan berubah, ini akan menyebabkan voltan susut pada DZ1 sentiasa tetap.

  3. Sekiranya voltan pecah tebat DZ1 9V pada arus 7.5mA dan nilai R5 ialah 5KΩ.

 
 
10 minit Jadual Voltan Jika R4 4KΩ
V i/p VRx V o/p IR5 IJ Iz Rz R4
20V 11V 9V 1.8mA 2.75mA 0.95mA 9473Ω 4KΩ
25V 16V 9V 1.8ma 4mA 2.2mA 4090Ω 4KΩ
30V 21V 9V 1.8mA 5.25mA 3.45mA 2608Ω 4KΩ
 
 
5 minit Latihan
  1. Lukiskan litar bekalan kuasa AT yang mempunyai penstabil.
  2. Nyatakan fungsi pengatur
  3. Terangkan kendalian litar sekiranya nilai voltan masukan pada R4 berkurangan.
 
 
     
SPM