KOORDINAT

NOTA

1.Sistem  Cartesan merupakan suatu sistem untuk menentukan kedudukan sesuatu titik pada satu satah berasaskan dua garis nombor iaitu paksi - x dan paksi - y , kedua -dua paksi ini bersilang pada sudut tegak di asalan.

2.Kedudukan satu titik di atas satah Cartesan diwakili  dengan pasangan tertib ( x , y ) yang dipanggil koordinat titik  itu.Kedudukan titik tersebut adalah x unit dari paksi - y dan y unit dari paksi - x.

3.Nilai bagi koordinat boleh menjadi positif atau negatif bergantung kepada kedudukan titik.

4.Skala pada paksi koordinat merupakan nisbah yang menunjukkan nilai yang diwakili oleh satu unit pada paksi tersebut.

5.Garis lurus adalah satu garis yang menyambungkan antara dua titik secara terus.

6.Titik tengah bagi satu garis lurus yang menyambungkan dua titik ialah titik yang membahagi dua sama garis tersebut.
 


LATIHAN

AKTIVITI

LAMAN WEB YANG BOLEH MEMBANTU ANDA:

http://www.eduplace.com/math/mathsteps/4/c/indeks
 
 
 

menu utama

Kemas kini:April...2002