http://www.bigfoot.com/~tembikai

   Laman Timun Cine Ijau - Laman Perjuangan Keadilan Sejagat

    

 

Program cuci otak guru/cikgu
Mahazalim

Disini saya hendak memberitahu kepada cikgu-cikgu supaya bersedia untuk pergi berkursus selama 5 hari dimana-mana kem bina semangat di seluruh Malaysia. Kursus akan di buat secara silangan - orang Melaka dihantar ke Johor, orang Johor dihantar ke Negeri Sembilan dan seumpamanya. Dalam masa terdekat ini sudah dua orang kawan saya, seorang guru sekolah menengah dan seorang guru sekolah rendah telah dihnatar berkursus untuk mencelup otak. Pelbagai pendekatan mereka gunakan. Yang paling berkesan merupakan pendekatan lembut. Mereka (BTN) cuba mendekati guru-guru ini secara lembut dan seolah-olah neutral dan tidak berpihak.

Topik yang paling mereka gemar adalah ancaman keselamatan negara. Bagaimanakah kita hendak mengatasi mereka ini? Mereka suka provok - cucuk, dan suka wujudkan keadaan serbasalah pada masa peserta letih dan tertekan. Atau mereka gunakan slogan atau cliche, contoh "You reap what you sow" atau "kita tuai apa yang kita tabur" atau "bersatu teguh bercerai roboh". Keadaan ini sama seperti yang digunakan oleh propagandis sejak zaman rovolusi peranchis lagi. "Freedom, fraternity and equality" atau oleh golongan nazi "The Fatherland" .

Mereka suka kalau orang marah-marah dan menjawab soalan mereka . Dengan cara itu mereka boleh meratahorang tersebut. Cara untuk mengatasi mereka ialah dengan menjadi lembu kenyang. Jangan hirau provokasi mereka. Jamgan hirau ugutan mereka untuk melaporkan kepada ketua jabatan dan sebagainya. Jawab mereka dengan logik Wak Dogol dalam Hikayat Seri Rama atau sekarang ini dengan logik Din Beramboi atau Senario. "Apa akan jadi kalau ada orang nak bakar bendera Malaysia? Pak Din menjawab Hulurkan rokok supaya dia ramai-ramai hisap rokok bukan bakar bendera Malaysia." Soal balik " Kalau BTN ini begitu berkesan untuk membangkitkan patriotisme mengapa hanya orang melayu saja yang diambil berkursus? Kalau begitu memang sah kata Lee Kuan Yew orang melayu tidak boleh diharap jika berlaku peperangan?" Program ini akan berterusan sehingga kesemua 280,000 guru akan di celup otak atau dicuci otak dengan warna BN. Setakat ini guru-guru telah luntur BN dan tetap BA.

Kolum Tepi


Wawancara Khas dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


Animation of the Day
klik gambar di atas

   cari sesuatu di sini or the web        powered by FreeFind
 
  laman ini laman lain

ada komen atau cadangan? klik sini

untuk ruangan iklan

Kepada sesiapa yang berminat membeli pakaian bundle sila hubungi kami
untuk keterangan lanjutanda boleh emailkan kepada
Toke Bundle

 

Terima kasih kerana sudi menjenguk laman timun cine ijau ni..

terima kasih kepada Bebeh sebagai penulis undangan di laman ini

sila klik sini

My Muslim Network Banner Exchange