Kakitangan Bank Sokong Pembangkang - Tindakan Perlu Tegas Dr M

Perdana Menteri berkata, kerajaan terpaksa mengambil tindakan terhadap bank yang mempunyai kakitangan daripada kalangan penyokong kuat pembangkang. Katanya, jika dibiarkan perkara itu boleh menyebabkan urusan dan rahsia kerajaan dibocorkan dan dimanipulasikan untuk kepentingan politik.

"Dalam kes di Melaka, kerajaan simpan wang di dalam bank yang juga penyokong PAS, kita tahu pada masa lepas, cek yang dipunyai oleh orang ramai diberikan kepada parti dan disiarkan dalam internet, bagaimana kita boleh percaya kepada bank yang pekerjanya menentang kerajaan, dan mendedahkan rahsia kita, sudah tentu kita tak dapat mempercayai bank yang mempergunakan rahsia kerajaan dan didedahkan dalam internet, kita tak boleh percayai bank seperti ini.

Beliau mengulas arahan kerajaan Melaka supaya semua agensinya mengeluarkan wang deposit mereka yang disimpan di bank yang mempunyai kakitangan penyokong parti pembangkang. Setakat ini dua buah bank dikesan mempunyai kakitangan yang menentang kerajaan di negeri berkenaan.

Justeru, Datuk Seri Dr Mahathir berkata, kerajaan pusat akan mengambil tindakan yang sama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Melaka. Beliau juga mengakui ada di antara kakitangan kerajaan menjadi menyokong kuat parti pembangkang. Bagaimanapun, katanya, mereka perlu bersikap profesional dan menjalankan tugas dengan niat yang betul serta tidak mudah terpengaruh dengan ketaksuban parti. Perdana Menteri turut ditanya mengenai ceramah anti kerajaan yang masih dijalankan oleh pembangkang walaupun pilihanraya umum sudah berakhir.

"Kita dapati pilihanraya dah habis, ceramah masih berjalan, fitnah dilemparkan....di terengganu masjid dicuci kerana kata kotor sebab dulu masjid UMNO. Menurutnya, selain masjid, pembangkang kini menjadikan soal replika binatang yang diletakkan di pusat bandar sebagai isu. Misalnya di Terengganu, PAS bertindak mengalihkan replika penyu kerana dikatakan bertentangan dengan Islam sedangkan pas kelantan hanya bertindak mengalihkan replika rusa selepas sepuluh tahun memerintah.

ULASAN

sampai macam tu sekali mahathir lakukan terhadap PAS dan juga pembangkang yang lain iaitu akan memecat pekerja bank yang jugak penyokong parrti pembangkang.Nak jadi ape ni sebenarnya dunia..di mana dia kebebesan kita berpolitik??..sampai kena buang kerja.ok Pm sebab akan dipecat adalah takut membocor rahsia kerajaan.Tak payah nak sembunyi lah rahsia..tak hari ni esok..tak esok lusa..rakyat akan tahu jugak nanti. jadi tak wajar lah kalu kerajaan memecat pekerja bank yang menyokong parti pembangkang...pasal kat terengganu yang cici masjid tu...dah takkan nak biarkan masjid tuh kotor.kena lah jugak cuci..salah ke cuci dan bersihkan masjid?