Pisahkan politik dengan agama?
Kuala Lumpur - Para pemimpin PAS menganggapkan bahawa adalah tidak wajar sekiranya politik dipisahkan dari agama. Ust Fadzil Noor berkata sekiranya kerajaan bertindak demikian. ia akan memisahkan hubungan antara politik dengan agama. Jika perkara ini berlaku, ia akan mengulangi sejarah kerajaan turki di bawah pimpinan Mustaffa kamal Attartuk yang mendapat kecaman semua umat islam di dunia. Ust Fadzil berkata jika tujuan kerajaan untuk mengelakkan perpecahan antara rakyat, itu akan lebih memburukkan lagi keadaan. Bantahan ini dilakukan bagi mengulas kenyataan Datuk Rais Yatim yang menyatakan kemungkinan kerajaan akam menggubalkan satu undang2 baru yang bertujuan memelihara kesucian agama.
Kalau betul kerajaan akan memeisahkan politik dari agama, adakan tindakan ini wajar? tentu jawapannya tidak kepada mereka yang tahu tentang agama. tapi bagi mereka yang tahu tentang agama tetapi mereka setuju dengan tindakan itu, kemanakah ilmu agama yang dipelajari? kenapa tidak praktikkan? sememangnya undang2 ini tidak mungkin boleh dilaksanakan. Politik sebenar cara pentadbiran sesuatu hal, jadi kita perlu berpolitik dalam apa jua sekalipon. Kalu nak tadbir sesebuah negara kita perlu politik, kalu nak bina sebuah negara islam kita perlukan kepada politik islam. Jadi politik tidak boleh dipisahkan dari agama, dan politik itu bukan lah hanya kepartian sahaja. Apa guna kerajaan melaungkan slogan 'islam adalah cara hidup' jika tidak dpraktikkan?..oleh itu janganlah kita anggap politik itu hanya parti UMNO, PAS dan sebagainya. Jika pelajar sekolah menengah agama dalam subjek agama tinggi ada satu bab yang menceritakan tentang makna politik, ini bermakna dari zaman sekolah lagi kita telah tahu apakan politik tapi bila semakin dewasa sebahagian daripada kita lupa tentang apa yang telah kita pelajari dulu disebabkan oleh persekitaran politik di negara kita. Dalam islam meliputi apa jua segenap perkara dari A-Z. Jadi tidak perlulah kita membelakangkan undang2 islam. Cuba kita lihat ke belakang di zaman Rasulullah, bagai mana politik berlaku untuk membina sebuah negara islam di madinah.
|
|