Kuala Lumpur - ketua pemuda Keadilan , Mohd Ezam menyifatkan langkah menteri di jabatan perdana menteri , Datuk pandikar Amin Mulia mengumumkan bahawa jabatan peguam negara telah menutup kes rasuah yang membabitkan datuk seri Rafidah Aziz sebagai satu strategi untuk membantu beliau dalam perebutan jawatan ketua wanita umno.
" Strategi yang sama digunakan 3 tahun yang ketika Rafidah dicabar oleh Datuk Seri Zaharah Sulaiman. Pada tahun 1996 beberapa minggu menjelang perhimpunan agung umno, jabatan peguam negara membuat keputusan muktamad untuk tidak mendakwa beliau berhubung dengan isu pemberian saham kepada menantunya' tegasnya
Mohd Ezam juga mendakwa jabatan peguam negara tidak berterus terang dan tidak telus dalam menangani kes siasatan rasuah terhadap menteri perdagang antarabangsa dan industri itu. menurutnya peguam negara harus membuat kenyataan rasmi berhubung kes tersebut dan mesti memperlihatkan kewibawaan agar tidak dituduh menjadi alat politik kumpulan tertentu.
Kata Ezam lagi kenyataan yang dibuat di parlimen adalah tidak memadai dan umum mengetahui apa sebenarnya kandungan dokumen jabatan peguam negara itu.
"seharusnya jabatan peguam negara memperlihatkan profesionalisme khususnya menarik balik balik dakwaan OSA terhadap saya sekiranya kenyataan Pandikar Amin itu benar, kerana kenyataan itu juga membawa maksud menafikan kandungan dokumen yang saya dedahkan"tegasnya.
Sementara itu presiden PAS , Datuk Fadzil Noor menolak keputusan yang dibuat oleh jabatan peguam negara sebaliknya mahukan mahkamah memutuskan sama ada Rafidah mempunyai kes untuk didakwa atau sebaliknya.
"saya fikir lebih adil sekiranya mahkamah yang memutuskan bahawa Rafidah mempunyai kes untuk didakwa dan seterusnya dihukum sebab tiada siapa yang boleh meneliti dan menyemak penilaian yang dibuat oleh jabatan peguam negara."ujarnya
Tambah Fadzil lagi, mahkamah adalah institusi sebenar yang mampu membuat keputusan adil berkenaan isu itu dan mahu agar keputusan muktamad jabatan peguam negara untuk tidak mendakwa Rafidah berhubung dengan pemberian saham kepada menantunya itu dikaji semula.
menteri di jabatan perdana menteri datuk Pandikar Amin Mulia pada 9 mac lalu mengumumkan keputusan jabatan peguam negara itu setelah mendapati tiada bukti jelas yang mengaitkan Rafidah dengan tuduhan rasuah.