MEMORANDUM RAKYAT

MEMORANDUM RAKYAT Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al _ Haj, Yang DiPertuan Agong Malaysia.

Ke Bawah Duli_Duli Yang Maha Mulia Raja_Raja Melayu,

MEMORANDUM RAKYAT MENUNTUT TINDAKAN SEGERA RAJA_RAJA MELAYU SEMPENA HARI MEMPERINGATI KEZALIMAN MAHATHIR

Ampun Tuanku Beribu_ribu Ampun,

Patik sekalian, rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kemakmuran dan keadilan, merafak sembah Ke Bawah Duli_duli Yang Maha Mulia Raja_ raja Melayu dan menuntut tindakan segera Raja_raja Melayu demi menyelamatkan martabat bangsa Malaysia dan maruah agama Islam yang suci.

PERTAMA, Patik sekalian menuntut Raja_raja Melayu mengambil tindakan keras terhadap Mahathir Muhamad, seorang rakyat Malaysia berusia 75 tahun yang menghina agama Islam dan baginda Rasulullah s.a.w. hingga menimbulkan perpecahan dikalangan rakyat negara ini.

Mahathir telah mempersendakan hukum Allah s.w.t. seperti yang terkandung dalam Al_Quran serta menidakkan sunnah yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. Mahathir juga mempergunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri untuk menindas alim ulamak dan memecat mereka semata_ mata atas sebab mereka enggan menyokong dasarnya yang jelas menghina Islam secara jelek.

Sebagai Ketua Agama di negeri masing_masing, Duli_duli Tuanku wajib mengambil tindakan segera terhadap Mahathir, apatah lagi sebagai penganut Agama Islam Duli_duli Tuanku harus segera bertindak mempertahankan martabat agama yang suci ini.

KEDUA, Patik sekalian menuntut Duli_duli Tuanku mengambil tindakan segera terhadap seorang rakyat Malaysia berusia 55 tahun iaitu Rahim Nor. Rahim dengan sengaja dan mengikut arahan Mahathir memukul seorang rakyat Duli_duli Tuanku iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan niat membunuh.

Namun, hakim_hakim dan peguam pendakwaraya yang dilantik atas nama Duli_duli Tuanku bersekongkol lantas menjatuhkan hukuman yang teramat ringan terhadap Rahim.

Duli_duli Tuanku bertanggungjawab sebagai payung negara untuk menyegerakan hukuman setimpal terhadap Rahim dan semua yang berpakat dengannya untuk membunuh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KETIGA, patik sekalian mendesak duli_duli Tuanku agar jangan dipermain dan diperbudak_budakkan oleh Mahathir dan UMNO yang ingin memerangi rakyat dengan bersenjatakan Raja_raja Melayu.

Duli_duli Tuanku harus ingat bahawa Mahathirlah yang mengaibkan raja_ raja Melayu sewaktu krisis pindaan perlembagaan tahun 1983 dan 1993 hingga duli_duli Tuanku menjadi boneka tanpa kuasa. Atas dasar itu, Duli_duli Tuanku wajar membuka pekong Mahathir dan memastikan dia terkapai_kapai tanpa sokongan setelah rakyat menyatakan tentangan yang hebat terhadapnya dalam pilihanraya umum lepas, walaupun diugut dan disekat dengan taktik kotor pihak Barisan Nasional, Suruhanraya Pilihanraya, Polis DiRaja Malaysia dan segala cabang kerajaan.

Patik sekalian menuntut tindakan raja_raja Melayu dengan segera, sewajar dengan semangat perjuangan rakyat dan raja yang berganding bahu menentang Malayan Union dan menuntut kemerdekaan negara!

Digahayu Raja_raja Melayu!

Patik_patik yang merafak sembah

, RAKYAT MALAYSIA

s.k.

1. DYMM Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis Indera Kayangan.

2. DYMM Tuanku Al_Muhibbudin Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlisyah, Sultan Kedah Darul Aman.

3. DYMM Paduka Seri Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

YTM Datuk Kelana Jaya Putera, Undang Luak Sungai Ujong

YAM Datuk Mandulika Menteri Akhirulzaman Sultan Jelebu, Undang Luak

Jelebu. YAM Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Undang Luak Johol.

YAM Datuk Lela Maharaja, Undang Luak Rembau.

YAM Kolonel Tuanku Syed Idrus, Tuanku Besar Tampin

. 4. DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al_Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al_Muadzam Shah, Sultan Pahang Darul Makmur.

5. DYMM Al_Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Al_Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan Darul Naim.

6. DYMM Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor Darul Ta'azim.

7. DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzudin Shah Ghafarullahu_lahu, Sultan Perak Darul Ridzuan.

8. DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Al_Sultan Mahmud Al_ Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu Darul Iman.

9. DYMM Tengku Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Pemangku Raja Selangor Darul Ehsan.

10. TYT Tun Syed Ahmad Shahabuddin bin Syed Mahmud Shahabuddin, Yang di_Pertua Negeri Melaka.

11. TYT Tun Ahmad Zaidi Adruce bin Mohd Nor, Yang di_Pertua Negeri Sarawak.

12. TYT Tun Hamdan bin Sheikh Tahir, Yang di_Pertua Negeri Pulau Pinang.

13. TYT Tun Sakaran bin Dandai, Yang di_Pertua Negeri Sabah.

14. TM Engku Datuk Ibrahim bin Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja_ raja Melayu.