Kota Bharu - pemuda PAS diminta memantapkan diri dalam menghadapi cabaran politik yang semakin hebat terutamanya dalam usaha parti itu memenangi hati rakyat.
menteri besat Datuk Nik Aziz berkata, parti itu kini semakin mantap berikutan ramai anggotanya mempunyai latar belakang profesional , terutama dari kalangan pemuda yang berjiwa ulama'.
Beliau juga Mursyidul Am PAS mahukan penggantinya selepas ini adalah bertaraf ulama' dan lebih profesional bagi menjamin kesinambungan kepimpinan yang sedia ada.
"pengganti saya kelak adalah dikalangan pemuda yang mempunyai kriteria tertentu dan berpotensi untuk
memimpin rakyat berdasarkan landasan islam"
Datuk Nik Aziz meminta barisan kepimpinan pemuda supaya bersungguh dalam mengumpul ilmu dan pengalaman mulai sekarang sebagai persediaan mantap.