laman timun cine ijau
                    

Dilema Internet di malaysia
Penapisan dilihat sia-sia

Dengan tindakan drastik dan dilihat sebagai tergesa-gesa untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Malaysianampaknya bersazam untuk menyebarluaskan penggunaan IT. kerajaan juga turut menyediakan beberapa insentif untuk mempertingkatkan penggunaan komputer.

Dianggarkan seorang dari sepuluh rakyat malaysia mempunyai komputer peribadi dan kira-kira 1.2 juta rakyantnya menggunakan internet. Berjuta-juta dibelanjakan untuk membangunkan kemudahan teknologi komputer di kawasan bandar dan juga luar bandar. Malahan demam e-dagang turut melanda, sekurang2nya tiga pengumuman berkaitan permulaan syarikat baru, kerjasama baru atau perlancaran dana kewangan memulakan syarikat baru dilakukan.

Khairiyatul Azlina, pengurus kanan e-perniagaan di IBM malayisa berkata "ledakan penggunaan internet dan lonjakan nilai teknologi maklumat meningkat pada kadar yang amat tinggi. Dan ini adalah pengalaman yang menyeronokkan".

Kerajaan kini berusaha untuk menyediakan kelengkapan It di pejabat kerajaan untuk membolehkan mereka dan masyarakat berurusan melalui internet. Dua syarikat tempatan yg diberi lesen untuk membangunkan sebuah kerajaan elektronik (e-kerajaan) yang bermatlamat untuk memudahkan rakyat membayar cukai, memeriksa saman lalulintas dan perkara lain hanta memlaui komputer.

Namun begitu, Malaysia masih dilihat sebagai sebuah masyarakat konservatif yang mengawal setiap perkara. Medianya , mengikut sesetengah pendapat dikawal ketat oleh kerajaan yang sekurang-kurangnya menghalang perdebatan politik tanahair . Kontrasnya, internet dilihat sebagai satu-satunya medium bebas dari kawalan pemerintah.

Jadi hampir setiap hari Malaysia berada dalam dilema iaitu mencari jalan untuk sentiasa berada dalam lebuhraya internet dengan bebas dan pada masa yang sama terpaksa berhadapan dengan sistem yang bersifat konservatif. Apabila pihak berkuasa mengadakan sekatan ke atas akhbar pembangkang Harakah , editornya bergerak kepada versi talian diinternet. Ini menyebabkan kemudiannya pegawai-pegawai kanan kerajaan mula terfikir sama ada mereka boleh melaksanakan sekatan terhadap laman web atau tidak. tetapi penyokong kuat It dalam negara ialah perdana menteri.

beliau mahukan negaranya dilingkari oleh IT seberapa segera. Projek meganya korridor raya multimedia adalah antara perojek pemangkin hasrat beliau, yang menarik syarikat It tempat dan asing.

Penapisan dan kawalan hanyalah menentang prinsip pembangunan internet. Akhirnya, Pm dengan segera menyatakan bahawa Malaysia tidak berminat untuk masuk campur tangan dalam urusan internet.

Tetapi ada usaha untuk menyekat beberapa laman daripada pengguna malaysia. Pembekal tempatan berkata semua pelanggan harus melalui server proxy yang secara teorinya boleh diprogramkan untuk menghalang laman seperti laman pornografi. Tetapi masalahnya terdapat berjuta-juta laman web yang kebanyakkannya akan terlepas dari dari pemerhatian dan para pembekal bersetuju bahawa kawalan yang berkesan adalah mustahil.

"di Malaysia, kami berpendapat cara paling berkesan untuk pengawalan ialah meminta setiap pengguna berhati-hati apabila berhadapan dengan IT", kata Christopher Wong dari majalah internet jaring, sebuah jurnal khas yg berpengkalan di kuala lumpur.

Industri IT malaysia kini akan memerhati kes yang akan dibicarakan di mahkamah tinggi kuala lumpur pada 17 mac . Ahli korporat Vincent Tan menfailkan saman berjumlah RM5.7 juta terhadap bekas wartawan ganesh sahathevan. Tan turut meminta mahkamah menghalang sahathevan daripada menulis dan menyebarkan emel yang didakwa memfitnah beliau. Inilah kali pertama mahkamah malaysia berhadapan dengan kes seumpama itu - Asiaweek