KENINGAU COMPUTER & IT USER GATHERING 2004

GATHERING IRC  WEBNET & DALNET

#KENINGAU

Pengenalan
Gathering  IRC ini merupakan satu perjumpaan untuk semua pengguna komputer dan internet MIRC atau Chatters
yang berada diseluruh negeri Sabah.Perjumpaan ini dirancang dan akan dilaksanakan sebaik mungkin
bagi memastikan matlamat sebenar gathering ini tercapai dan tidak terserong dari tujuan sebenar.
Objektif
Tujuan utama Gathering ini diadakan ialah mengeratkan hubungan silaturahim antara penguna internet
MIRC atau Chatters di seluruh negeri Sabah.Jika sebelum ini para pengguna internet hanya berkenalan
dengan pengguna internet lain melalui scrin komputer, Gathering ini memberi peluang kepada semua
pengguna internet bersua muka.
Selain itu kami juga mahu membuktikan  anggapan sesetengah pihak bahawa para pengguna
internet MIRC ini hanya membuang masa adalah satu kesilapan.
Melalui gathering ini para peserta akan dapat bertukar-tukar fikiran dan maklumat terikini
mengenai IT.
Peserta
Peserta adalah terdiri daripada golongan belia dan pengguna internet MIRC di seluruh negeri.Walau
 bagaimanapun tidak menolak penyertaan peserta yang bukan pengguna internet atau IT.
Tema

SAHABAT 

IT
 
Gathering
Gathering Diracang seperti berikut.
:
Tarikh : DISEMBER 2004
Tempat : Hotel JUTA Keningau
Masa: 7.00 pm - 10.30 pm
gathering.
Yuran
Kami sedaya upaya untuk meminimakan yuran keatas semua peserta.
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM10.00.Walau bagaimanapun yuran bergantung kepada kedudukan kewangan dan kami sentiasa berusaha,jumlah yuran ini tidak membebankan semua yang terlibat.
Makan / Minum
Semua makan dan minum adalah ditanggung halal
Penginapan
Bagi Peserta Luar Daerah  yang konform menyertai gathering ini, pihak penganjur berusaha mendapatkan penginapan yang selesa dan kos rendah.Walau bagaimanapun kos sewaan penginapan adalah tanggungan para peserta..
Kerjasama peserta adalah diharapkan untuk memaklumkan kepada pihak penganjur lebih awal
bagi memudahkan tempahan bilik dilaksana.
Tempat : AKAN DI TENTUKAN MENGIKUT KESESUAIAN
 
Penganggkutan
Penganggkutan akan hanya disediakan bagi aktiviti-aktiviti tertentu seperti :
Penganggkutan ke Komplex Sukan Keningau bagi acara bola sepak.
Penganggkutan ke Hotel JUTA dan tempat penginapan peserta
Aktiviti
Kami merancang beberapa aktiviti yang bersesuaian dengan tema dan masa yang ada.
Antara perancangan aktiviti adalah seperti berikut :
Aktiviti Luar
1- Perlawanan Bola sepak
SumazauFC 

       Vs

KENINGAU COMPUTER & IT USER (#KENINGAU)

-

Jam 5ptg
 
Aktiviti Dalam
1- aturcara majlis rasmi
2- Permainan - Win , Lose Or Draw  
- Passing Puzzel
- ala - regu"
- Stop Dance
3-Penyampaian Anuggerah
-Miss Of The Night
-Man Of The Night
-Cabutan Tiket Bertuah
Perancangan aktiviti ini bergantung kepada masa yang amat terhad dan kami amat berharap
dapat menggunakan sepenuhnya ruang masa yang ada.
Keselamatan
Pihak penganjur akan cuba sedaya upaya untuk memastikan keadaan keselamatan
semua peserta terjamin.
Larangan
Minuman Keras atau yang memabukkan adalah dilarang sama sekali dibawa sepanjang
tempoh gathering.
Sebarang jenis "benda" yang boleh memudaratkan kesihatan juga dilarang.
Peserta yang dalam keadaan mabuk atau "hi" tidak dibenarkan masuk.
Isu-isu sensitif seperti "politik , perkauman, agama dan sebagainya "  adalah dilarang.
Pakaian
Para peserta digalakkan berpakaian kemas , senang dan bergaya.
Sesuai dengan suasan gathering .( Tidak Formal )
Tanda Nama
Setiap peserta akan dibekalkan tanda nama dan wajib memakai tanda nama masing-masing
sepanjang tempoh gathering.


-  MillenniuM CyberChat  -