Berkat Rezeki Kerana Sedekah......
[Ummijundi,29/03/03] Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan,harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.
1. Bersyukur
atas apa yang diberikan oleh Allah.
2.
Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha
untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan
sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang
miskin dan anak yatim.
5.
Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari.(cari anak-anak
yatim untuk diberikan). InsyaAllah
akan diganti oleh
Allah
tanpa kita sedari.
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri).
Sedekah
mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu
barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian
itu
hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
7. Hulurkan
pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian
wajib
(zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep
sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali
Imran ayat 92 yang bermaksud : Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan
yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan
apa sahaja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah
mengetahuinya.
9. Cari
harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia
untuk
akhirat -bukan dunia untuk dunia)
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%).
Nabi
Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan
yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan
dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan
amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri
oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini,seluruh umat
Islam
berdosa.
11. Hulurkan
bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam
satu
hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada
dua
malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya
Tuhanku,kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana
Allah.Yang satu lagi
menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)' Orang yang bakhil
tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan)
harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah
celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan
sebelah biji tamar. Dan
sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.
Sekian,
wallahualam. Semoga yang baik datang daripada Allah
dan yang buruk dari kesilapan sendiri.
sumber: www.oocities.org/Athens/Parthenon/5352/berkat.htm - 9k