| Belajar bahasa Arab? | Ya -- Bahasa Al-Quran. |
| Susah atau senang? Mengaji pun tak pandai! | Mudah dan mesra pelajar. Dengan belajar bahasa Arab, seseorang boleh melatih diri untuk lancar mengaji. |
| Bagaimana saya tahu tahap mula saya? | Kelas *percubaan selama sebulan secara percuma akan menentukan tahap mula anda.
Saringan dibuat untuk menentukan pelajaran mula bagi pelajar.
|
| Adakah bahan-bahan yang dimuat turun dari laman web ini membantu saya mempelajari bahasa Arab? | Bahan-bahan yang dipamerkan adalah sebahagian dari siri-siri bahan dan buku teks yang akan memudahkan anda menggunakan, mempraktik, mengingati dan memahami bahasa ini. |
| Adakah pelajaran akan diterjemah ke bahasa lain? | 90% pelajaran menggunakan bahasa penghantar bahasa Arab. Begitupun, penterjemahan minima untuk perkataan-perkataan dan ayat-ayat tertentu dan penerangan akan memberi kefahaman yang perlu. | <
| Saya telah belajar bahasa arab sebelum ini, malangnya merasa susah sangat, kenapa? | Mempelajari bahasa Arab tidak susah jika anda bermula dari tahap yang anda kenalpasti, kemudian dibantu meningkatkan kefahaman dan kefasihan secara beransur-ansur oleh seseorang yang boleh mengendali kelas tersebut. |
| Banyak kah yang perlu dihafal? | Kaedah kami ialah mengenal, memahami, mengguna dan kefasihan praktikal. dan
berkursus untuk mengajar supaya kefasihan dapat diteruskan dengan mengajar dikelas asas.
Hafalan dari ayat-ayat AlQur'an dan Hadith adalah digalakkan bagi memetik kaedah nahu. |
| Di mana saya boleh mengikuti kelas-kelas yang mesra pelajar ini? | |
| Apakah maklumat yang terkandung di pengkalan data? | Pengkalan data kami mengandungi maklumat lokasi-lokasi kelas bimbingan fardhu ain, kelas bahasa Arab, beserta nombor telefon mengikut negeri atau daerah. Hubungilah pengendali kelas tersebut, jika ia berdekatan dengan tempat tinggal anda. |
| Adakah mana-mana guru bahasa Arab boleh mengajar bahasa arab? | Mana-mana guru bahasa Arab boleh mengajar menggunakan kaedah kami. Walau bagaimana pun, pelajar yang telah mengikuti kelas kami dan berkursus dengan kami adalah digalakkan mengendali kelas kaedah kami. |
Bagaimanakah peranan pentadbiran? |
1: mengumpul maklumat pengajar dan pelajar kelas-kelas bahasa arab, bagi yang ingin berada
dalam pengkalan data kami. 2: mempastikan pelajar kami dapat memahami Al-Quran dengan cara yang lebih baik dari hanya menggunakan terjemahan. 3: memberi kursus dan latihan mengajar kepada pelajar kami supaya mereka dapat meneruskan kerjaya mereka atau kerjaya tambahan mereka dengan mengendali kelas-kelas bahasa arab yang mesra pelajar. 4: membekal buku teks, nota, latihan, buletin dan lain-lain sebagai bahan pembelajaran. 5: membuat kursus mengajar bagi guru dan bakal guru bahasa Arab kendalian kami. 6: mengawasi kemajuan pelajar yang berdaftar dengan rangkaian kami. 7: menjana kerjaya bagi lepasan aliran sekolah ugama, pondok ilmu dan pelajar tahfiz. 8: mencari kaedah baru pembelajaran berteknologi bagi menerus dan menyebarkan pembelajaran bahasa arab dapat dibuat mengikut peredaran zaman. |
Apakah tahap peringkat pembelajaran bahasa Arab yang dikendalikan? |
1: Peringkat mula ialah mengenal beberapa perkataan Arab
seperti qalamun (pen), alal (atas), maktabun (meja) dan sebagainya.
Kemudian cantumkan perkataan-perkataan ini menjadi satu ayat
mudah, seperti: (Sebatang pen di atas sebuah meja).. 2: Peringkat pertengahan ialah mempelajari nahu bahasa Arab. 3: Peringkat kefasihan penggunaan dalam perbualan dan penulisan. 4: Peringkat tertinggi, diharapkan Universiti Islam Madinah dapat menerima pelajar-pelajar kami untuk meneruskan pembelajaran mereka. |
| Bolehkah bangsa Cina, India atau lain-lain bangsa menyertai pelajaran bahasa Arab? | Rangkaian kami mengajar bahasa Arab kepada semua bangsa dan ugama dengan
menggunakan kaedah Mesra Pelajar. |