Pensejarahan Sekolah:
Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) 
Temenggong Ibrahim, Batu Pahat atau Temenggong 
Ibrahim Girls’ School ditubuhkan pada 1938 mengambil sempena Temenggong Daeng Ibrahim Johor. Ia 
merupakan sekolah perempuan yang pertama di 
daerah Batu Pahat. Tapaknya merupakan sebuah 
tasek yang terletak di antara Jalan Tasek dan 
Simpang Rantai di keliling oleh Bukit Soga, Gunung 
Banang, Bukit Jeragan dan Bukit Bendera.
 

Mempunyai sebuah blok bangunan kayu 2 tingkat 
mengandungi 2 bilik darjah, pejabat, dewan dan 
bilik guru. Hingga hari ini ia masih tersergam megah 
dan kukuh diberi nama Bangunan Cempaka.
Tahun 1942-1945  TIGS dijadikan Markas Tentera Jepun. Tahun 1957  TIGS pecah dua jadi Sek.Men. di blok
  Cempaka dan Sek.Ren. di blok Teratai. Tahun 1959  
TIGS Rendah berpindah ke tempat lain di Jalan Limpoon. Tahun 1960  Makmal Sains, Kantin dan Padang Sekolah dibina. Tahun 1969  2 blok bilik darjah dibina lagi. Tahun 1970  Kelas Rancangan Khas dibuka (Tingkatan 1).
Tahun 1972 : TIGS mewakili Johor dalam Bola Jaring 
di peringkat Kebangsaan dan berjaya menjadi johan 
MSSM. Tahun 1973 : Pasukan Pancaragam ditubuhkan. 
Tahun 1974 : Sebuah Asrama Puteri dibina untuk 100 
orang asramawati. Tahun 1979 : Kelas Tingkatan 6 
dibuka. Tahun 1980 : Makmal Tingkatan 6 dibina dan 
kelas Tingkatan 6 Sains dibuka di Blok Tanjung. Tahun 
1989 : Sebuah lagi blok Asrama Puteri dibina untuk 
menampung jumlah sramawati yang meningkat 
hingga 250. Tahun 1990 : Sebuah Gelanggang 
Serbaguna siap dibina. Pusat Sumber diluaskan dan 
kemudahan-kemudahan asas ditambah.

Tahun 1990 : Di segi akademik keputusan pelajar-pelajar sekolah ini sejak awal 1970an hingga kini terus 
berkembang maju dan mencatat satu kejayaan yang membanggakan dalam SPM dengan 95% ke atas dan 164 orang mendapat Gred 1. Begitu juga dalam peperiksaan SRP(PMR) dan STPM yang melebihi 90%. 
Tahun 1991 : Satu blok 12 bilik darjah dan Makmal Sains, bilik Alatan, bilik Tayangan, bilik Karel dan KBSM siap dibina. 
Tahun 1992 : TIGS dianugerahkan sebagai 
"Sekolah Harapan Negara" peringkat Negeri Johor, 
bagi kategori sekolah menengah dalam bandar 
berdasarkan pencapaian yang cemerlang dalam 
bidang akademik dan Kokurikulum. Kejayaan Pusat 
Sumber TIGS meraih Johan Daerah Batu Pahat 
selama 4 tahun berturut-turut (1992-1995) dan 
Johan Negeri Johor pada tahun 1995 telah membawa 
sekolah terpilih ke ambang kecemerlangan.
 Kemenangan 
pelajar sekolah ini dalam pertandingan Puisi Peringkat 
Kebangsaan pada tahun 1993, 1994 dan 1995 
menunjukkan kegigihan, iltizam dan prihatin Pengetua 
dan guru-guru terhadap aspirasi Wawasan Pendidikan 
dan Wawasan 2020. Semoga TIGS terus cemerlang. 
"Jati Diri Asas Kecemerlangan".