Senarai Pengetua

 

1. Puan S.A. Monteiro
   1938 – 1942
Pn. S.A. Monteiro ialah pengetua pertama TIGS ketika sekolah inidiasaskan dalm tahun 1938. di bawah pentadbirannya, bangunan-bangunan utama termasuklah kelas-kelas  dan bilik guru. Mengambil sempena nama pengetua pertama salah satu daripada pasukan di dalam sukan telah  pernah dinamakan Monteiro(warna merah)
2. Puan E.Joseph
   1945 – 1947
Pengetua selepas Pendudukan Jepun. Beliau telah berjaya membuka semula TIGS dengan memanggil semula  pelajar yang meninggalkan sekolah semasa Penduduka Jepun. Beliau cuba sedaya upaya agar sekolah dapat berjalan seperti biasa.
3. Cik Mascot  Van Someran
    1947 – 1955
Pengetua yang terkenal dikalangan pelajar dan guru selama 8 tahun mentadbir. Beliau meninggalkan majalah Co-Pilot yang diterbitkan bersama-sama majalah Pilot yang diterbitkan oleh Sekolah Kerajaan Inggeris(sekarang SMK Tinggi, Batu Pahat)
4. Puan Emily Poey
    1955 – 1959
Bekas guru dari SMK Tinggi Batu Pahat. Beliau memperkenalkan dua mata pelajaran yang baru iaitu Sains Rumahtangga dan jahitan sekarang digabungkan menjadi mata pelajaran ERT. Pelajar  ketika itu digalakkan mengambil mata pelajaran tersebut dalam peperiksaan LCE.
5. Puan Wong Foong Lan
    1960 – 1972
Menjadi guru sebelum bertugas sebagai Pengetua di TIGS. Semasa pentadbirannya di bina makmal sains, makmal ERT, bilik darjah dan kantin. Menerbitkan majalah TIGS 2 kali setahun.
6. Puan Wan Kalthom bt.W.C.Bakar
    Dis.,1972–  Mac, 1977
Seorang pengetua yang dinamik yang berusaha menaikkan taraf TIGS ke peringkat tinggi. Beliau telah berusaha menambahkan bilangan buku-buku di perpustakaan dan menggunakan sistem Dewey serta menghawadinginkan  perpustakaan. Beliau telah berjaya meningkatkan mutu peperiksaan MCE dan LCE ketika itu. Beberapa persatua baru telah ditubuhkan peperti Pancaragam TIGS, Bulan Sabit Merah, Rekoder, persatuan catur, Angklong, Seni Lukis, Agama Islam, Keselamatan jalanraya, Wang Gambar, Fotografi, kerjaya dan Bimbingan serta PIBG.
Pada masa itu juga terdirinya bangunan perpustakaan, asrama dan dewan sekolah.
7. Puan Hamidah bt. Baba
    Mei, 1977 – Julai 1989
Kehadiran Pn.Hamidah Baba telah menambahkan kecermelangan TIGS dalam semua aspek.Semasa pentadbiran beliau terdiri 2 makmal baru, sebuah bilik kebal, bilik mesyuarat berhawadingin dan sebuah surau hasil kerjasama PIBG. Mengadakan kelas tingkatan 6 sain dan sastera.
8. Puan Hjh. Juriah bt. Hj.Mohd. Jaffri
    Ogos, 1989 – 15 Mac 1999

  
Bermula zaman IT dan memperkenalkan      penggunaan komputer. TIGS memulakan     era baru menjadi Sekolah Bestari Gred B      pertama  di Daerah Batu Pahat dan antara 80 buah  sekolah diseluruh negara.
9. Puan Hjh. Zaharah bt. Hj. Ismail
    16 Mac 1999 - Sept 2000
    

 

Peralatan Sekolah Bestari dilengkapkan. 
Penubuhan Kelab komputer yang telah     dengan 10 buah komputer yang  disambung  dengan LAN hasil pembiayai  
oleh ahli-ahli sepenuhnya secara tunai.

10.Pn Hjh Salamah Baharum
     Sept 2000-hingga sekarang
    

Pengajaran dan pembelajaran secara Sekolah Bestari digiatkan.
Mengwujudkan Smart Link yang menghubungkan Server komputer perpustakaan dengan bilik pengetua,bilik guru, makmal,bilik darjah 1K1K, bilik tayang,  perpustakaan asrama dengan LAN menggunakan kiosk. Astro yang dirangkaikan kepada 7 buah TV serta Karel yang menghubungkan PA Sistem keseluruh TIGS.

Memajukan lagi sistem Pusat Sumber Sekolah sehingga menjadikannya lebih berkesan dan mewakili Negeri Johor ke peringkat kebangsaan pada tahun 2001.