Hukuman Pada Pesona

Tiada lagi suara hati bernyanyi
lagu sebuah impian kasih sayang
Tiada lagi angan-angan melambung
khayalan sebuah mahligai indah
Tiada lagi puisi-puisi
mengungkap sebutir permata hati

Kini apa yang ditemui hanyalah
suatu ikatan yang merantai diri
Sebuah impian setinggi gunung
telah hancur menjadi debu
Permata yang diidamkan
nyatanya hanya suatu khayalan

Lupakanlah segala kebahagiaan yang telah diidamkan
kerana hukuman itu telah pun dimulakan
Diri ini hanya meniti hari-hari
menghabiskan waktu usia
menunggu waktu nafas ini terhenti

Home