Izinkanlah aku melupai namamu
dan melenyapkan sketsa wajahmu
dari ruang kalbuku
buat seketika waktu
bukanlah kerana aku membenci
tapi terlalu sebak di dadaku memikirkan
kerana penantian ini terlalu lama untuk
dilalui
hingga tiada mampu lagi aku menahannya
Katakanlah
masihkah jauh lagi pertemuan itu
aku pun telah bosan bertanya
tentang semua ini