Pembatalan kawal selia di samping ujudkan suasana liberalisasi ke atas Penyiaran


DAP menyeru supaya dibatalkan kawal selia ke atas penyiaran untuk membolehkan penubuhan stesen-stesen swasta, yang menggambarkan sifat Malaysia yang berbilang kaum, bahasa, budaya dan agama

Beberapa orang ahli Parlimen BN telah melafazkan kekhuatiran mereka mengenai imperialisma budaya dunia Barat dalam era Teknologi Maklumat dan keperluan memelihara dan mempromosikan budaya serta nilai Malaysia untuk mengelakkan dari ditelan dan dimusnahkan oleh nilai-nilai Barat. Perasaan sebegini memang sah.

Tetapi ini juga merupakan salah satu dari sebab yang diberikan oleh seorang ahli Parlimen BN yang melahirkan rasa bangganya kerana Malaysia kini memiliki satelit kita sendiri, iaitu MEASAT, tanpa menyedari bahawa apa yang paling penting di dalam era Teknologi Maklumat adalah kandungan dan bukannya pemilikan.

Sementara rakyat Malaysia berbangga dengan satelit kita sendiri, kita tentu akan merasa lebih bangga lagi sekiranya saluran-saluran radio dan TV yang ditawarkan oleh ASTRO ini adalah saluran-saluran keluaran Malaysia yang baru!

Di dalam ikhlan-ikhlannya, ASTRO mendakwa bahawa ia menawarkan “Dunia aneka pilihan dengan lebih daripada 30 saluran televesyen dan radio, Terus-kepada-Anda”. Pemeriksaan yang selanjutnya menunjukkan bahawa selain daripada RTM 1 & 2, yang juga akan dipancarkan “Terus-kepada-Anda dengan kualiti gambar dan bunyi yang lebih cemerlang”, kandungan tempatan sungguh minima sekali.

Satu-satunya saluran yang menonjolkan sedikit kandungan tempatan adalah apa yang digelar sebagai ‘RIA: saluran berbahasa Melayu sepenuhnya”. Sngguhpun saluran ini akan mengemukan drama-drama terbitan tempatan, ‘game shows’ dan filem-filem terbitan Malaysia, ia akan mengemukakan juga ‘filem lain, aneka hiburan, rancangan musika, siri-siri popular dan drama dari Singapura, Indonesia dan seluruh dunia”, dan saya tidak akan merasa terperanjat sekiranya kandungan Malaysia dalam saluran ini hanya mendapat kedudukan minoriti.

Maka adalah sah dan wajar untuk bertanya tentang bagaimanakah penyiaran satelit Malaysia sendiri ini dapat mempromosikan nilai-nilai sosial dan budaya Malaysia, ataupun samada ia hanya akan menyebarkan nilai-nilai Barat?

Tidak lama lagi, dengan adanya penyiaran satelit, beratus-ratus saluran akan dapat dicapai. Sebagai contoh, ASTRO kini merancang untuk membuka sebanyak lebih dari 100 saluran baru menjelang tahun 1998 sungguhpun ia tidak membangkitkan tentang rancangan untuk memastikan bahawa kandungan tempatan akan menjadi siknifiken di dalam saluran-saluran radio dan TV ASTRO.

Satu cara untuk memastikan bahawa nilai-nilai sosial dan budaya Malaysia akan diwakili di dalam Lebuhraya Maklumat Malaysia adalah dengan membatalkan kawal selia ke atas penyiaran dan membenarkan penubuhan stesen-stesen penyiaran swasta supaya suara, idea, cerita dan artis Malaysia akan hadir di Lebuhraya ini secara nyata.

Aset paling besar bagi Malaysia adalah kepelbagaian kaum, bahasa, budaya dan agama kita, dan tidak ada apa-apa sebab mengapa kita tidak boleh membatalkan kawal selia ke atas dasar penyiaran untuk membolehkan saluran-saluran radio dan TV menggambarkan kepelbagaian bahasa, budaya dan agama yang kaya di negara ini.

Semalam, ahli Parlimen kawasan Sri Aman menyeru supaya RTM menggunakan lebih banyak bahasa Iban di atas saluran-saluran RTM. DAP menyokong seruan sedemikian dengan sepenuhnya dan Kementerian Penerangan harus membentuk satu kumpulan tugas khas untuk menggariskan blueprint untuk menjadikan penyiaran dalam bahasa Iban di radio dan TV lebih bermakna dan siknifiken dari keadaannya sekarang. Malah saya akan membuat cadangan supaya satu stesen penyiaran swasta dibenarkan supaya bahasa Iban digunakan sebagai salah satu dari bahasa pengantar penyiaran yang utama!

Sama juga, kepelbagaian agama di Malaysia seperti Buddhis, Kristian, Hindu dan Sikh, harus dibenarkan untuk memiliki stesen radiao sendiri ataupun diadakan satu stesen bersama, yang selaras dengan prinsip Rukunegara untuk mencipta Bangsa Malaysia yang “Kepercayaan Kepada Tuhan”.

Ini sungguh sesuai sekali memandangkan Kerajaan enggan memperuntukkan masa yang sesuai dan secukupnya untuk rancangan-rancangan agama selain dari rancangan Islam - sungguhpun prinsip Rukunegara yang pertama adalah “Kepercayaan Kepada Tuhan”.

Kerajaan-kerajaan negeri juga harus dibenarkan untuk menubuh stesen-stesen mereka sendiri. Saya tidak faham mengapa kerajaan negeri Sabah tidak boleh mengadakan stesen penyiarannya sendiri, ataupun Kerajaan Negeri Kelantan - sunggupun saya sendiri bukannya spokeman untuk Kerajaan Negeri Pas di Kelantandan saya memegang pendapat yang sungguh jauh berbeza dari mereka dalam isu perundangan hukum hudud.

Malah universiti-universiti yang berhajat berbuat demikian juga harus dibenarkan untuk memiliki stesen-stesen penyiaran mereka sendiri.

Pembatakan kawal selia ke atas penyiaran untuk membenarkan keujudan stesen-stesen penyiaran swasta mungkin kelihatan satu cadangan yang berani, tetapi bagaimana pula kerajaan hendak menjustifikasikan keengganannya untuk membenarkan penubuhan stesen-stesen penyiaran swasta sementara beratus-ratus saluran penyiaran akan dibuka kepada rakyat Malaysia, dan majoriti dari saluran-saluran ini jelasnya adalah dari dunia Barat?

Adalah komputer peribadi, pager and telefon bimbit digital memerlukan lesen seperti yang diwajibkan di bawah Rang undang-undang Pindaan penyiaran ini sebagai ‘penerima penyiaran televisyen’?

Saya ingin merujuk kepada pindaan definasi bagi ‘penerima penyiaran televeisyn’ di dalam rang undang-undang ini, yang menafsirkannyua sebagai “apa-apa radas yang digunakan bagi penerimaan visual dan aural bahan penyiaran yang dipancarkan oleh gelombang radio atau apa-apa gelombang elektromagnetik lain, melalui eter- kawat, kabel atau satelit, termasuklah suatu antena penerima atau apa-apa kombinasi radas yang berupaya menerima secara langsung apa-apa bahan penyiaran;”

Komputer peribadi kini telah berupaya untuk menerima audio dan video, adakah ini bermaksud ia perlu membayar yuran lesen televisyen di bawah undang-undnag yang dipinda ini?

Pertanyaan yang sama juga ujud pada pager dan telepon bimbit digital, yang melanggan kepada penyiaran maklumat berdasar-teks, seperti laporan trafik, keputusan 4D magnum, toto, dan lain-lain lagi. Adakah pager dan telefon bimbit juga perlu mendapatkan lesen-lesen tambahan selain daripada apa yang diperlukan sekarang mengikut Akta Telekomunikasi?

Saya diberitahu bahawa dawai penyindai pakaian ataupun gril besi juga dapat mempertingkatkan kualiti penerimaan pancaran radio, maka mengikut rang undang-undang ini, adakah mereka juga akan dianggap sebagai ‘penerima penyiaran radio’ - yang memang sungguh tidak masuk akal!

Menteri Penerangan harus sedar tentang rancangan-rancangan beberapa syarikat telekomunikasi multinasional untuk mencipta sistem telefon alternatif yang berasaskan satelit, seperti projek Iridium Motorola, yang menggunakan 66 satelit untuk meliputi kebanyakan kawasan bandar dunia ini. Dengan bertambahnya penumpuan digital ini, yang mengkaburkan perbezaan antara penyiaran dan telekomunikasi, apakah kedudukan sistem telefon alternatif ini di bawah Rang Undang-undang Pindaan Penyiaran?

Penyiaran mestikan menegakkan standard kewartawanan bebas, adil dan saksama yang tinggi

Satu tajuk yang penting apabila kita membincangkan isu penyiaran adalah mengenai kebebasan berakhbar, kerana berita dan komentari adalah di antara bahan-bahan penyiaran. Masa tidak membenarkan kita mengadakan perbincangan yang menyeluruh ke atas tajuk kebebasan berakhbar ini, tetapi semua stesen-stesen penyiaran mestilah mengingati tentang tugas dan tanggungjawab mereka untuk menegakkan standard kewartawanan bebas, adil dan saksama yang tinggi ini.

Malang sekali, media elektronik di Malaysia telah ketinggalan jauh di belakang standard ini dan keadaan mereka adalah lebih buruk dari media bercetak.

Semua stesen penyiaran mestilah melaksanakan tanggungjawab sosial mereka semasa mengeluarkan rancangan-rancangan dalam semua kategori maklumat, hiburan, pendidikan dan budaya. Sebagai contohnya, RTM haruslah berlagak sebagai Radio Television Malaysia dan bukannya Radio Television Mahathir.

(Tamat Ucapan)