Sukatan Pelajaran Gayong
Sistem pembelajaran Silat Seni Gayong ini lazimnya dijalankan semenjak dahulu hingga hari ini secara "BERGURU". Amalan dan latihan tubi yang di akhiri dengan pelbagai percubaan sebagai suatu ujian penentuan tahap kemahiran dan kecekapan yang bermutu adalah menjadi matlamat.Di mana terangkum di dalamnya kelembutan, ketahanan, kekuatan tenaga, kecergasan fikiran dan jasmani.
Segala sifat, sikap dan semangat yang di tanamkan dapat memberikan suatu ketentuan mengawal dan mengarah segala tindak tanduk dan gerak laku. Pelajaran-pelajaran seperti serangan bela diri, mengumpan lawan, elak mengelak, kunci atau mematahkan gerakan lawan, akan lebih mantap dan berkesan di lakukan dengan penggunaan pancaindera dan naluri kemanusian.
Pelajaran-pelajaran yang di susun di dalam Perguruan ini adalah mengikut peringkat-peringkatnya, di sertakan juga dengan adat-adat yang telah di pusakai sejak lama.Bagi menimba pelajaran Gayong di tafsirkan mangambil masa selama setahun untuk membolehkan seseorang menduduki ujian akhir.
Berikut adalah sukatan pelajaran bagi Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Tanjung Puteri JB:

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Pertubuhan Silat Seni Gayong PASAK Singapura