Kenangan
Lalu waktu telah menjauhkan kita
penantian pun kian mengheret sebuah impian
musim demi musim merangkak perlahan
rindu di hati membakar diri
sesekali kau sirami harapanku
dengan kata-kata manismu
Setelah lama terpisah
kini waktu kembali menghampirkan kita
namun hampir diri bukanlah hampir di hati
kerana semakin kudekatimu semakin kau menjauhi
dan bila kuhulurkan tanganku
kau terus membisu tanpa pengucapan
seolah-olah memberi kepastian itu suatu
kepedihan
lalu kubisikkan pada diri
bahawa cinta adalah suatu mimpi
Akhirnya sekuntum harapan
telah gugur dari tangkainya
dan kini yang tinggal hanyalah kenangan
dan kesalnya diriku
atas kesengajaanmu melukakan hatiku
kini biarlah aku meneruskan kembaraku
mencari suatu kasih yang suci