MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN RAKYAT

House of Representatives

PARLIMEN KESEMBILAN

PENGGAL KEEMPAT

MESYUARAT KETIGA


Jilid IV

Bil. 59

Hari Selasa

17 November 1998

 

K A N D U N G A N

JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

(Ruangan )

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 1999

(Ruangan)

Jadual-

Maksud B.19

(Ruangan)

Maksud B.20

(Ruangan)

Maksud B.21

(Ruangan)

USUL:

Anggaran Pembangunan 1999

(Ruangan)

 

 

Jawatankuasa:

Maksud P.19

(Ruangan)

Maksud P.20

(Ruangan )

Maksud P.21

(Ruangan)

 

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tun Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kewangan I, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu)

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, D.G.S.M., S.P.M.P., D.P.M.S., D.P.M.P. (Labis)

" Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., DPMS, PCM, AMN (Sungai Siput)

" Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, D.G.P.N, S.P.M.P., D.P.C.M. (Beruas)

" Menteri Tugas-tugas Khas, Tun Daim Zainuddin, S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S.A.P.)

" Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Leo Moggie anak Irok, P.N.B.S. (Kanowit)

" Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Rafidah Aziz, S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar)

" Menteri Pertanian, Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.I.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya)

" Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S. (Pekan)

" Menteri Penerangan, Datuk Seri Mohamed bin Rahmat, D.G.S.M., S.P.M.J., S.I.M.P., S.P.D.K., S.S.S.A., S.P.M.T., S.S.I.J., D.P.M.J., D.P.M.S., P.N.B.S., K.M.N., P.I.S., B.S.I. (Pulai)

" Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Seri Sabbaruddin Chik, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., S.M.S. (Temerloh)

" Menteri Sumber Manusia, Dato’ Lim Ah Lek, S.I.M.P., D.S.A.P., S.M.T., J.P. (Bentong)

" Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha, D.S.A.P., P.N.B.S., D.P.T.J., J.M.N. (Kuala Rajang)

" Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei)

" Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng)

" Menteri Pertahanan, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi)

" Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Haji Annuar bin Haji Musa, S.I.M.P. (Peringat)

" Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas)

" Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.J., S.M.J., P.S.I., B.S.I. (Pagoh)

" Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail, D.P.M.S., S.M.S, K.M.N (Gombak)

" Menteri Kesihatan, Dato’ Chua Jui Meng, S.I.M.P, S.M.J, P.I.S (Bakri)

" Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman, D.S.D.K., J.S.M., K.M.N., P.P.T (Sik)

" Menteri Pembangunan Usahawan dan Menteri Kewangan II, Dato’ Mustapa bin Mohamed, D.P.M.S. (Jeli)

" Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Megat Junid bin Megat Ayob, S.P.D.K., S.P.M.P., D.P.M.K., D.S.S.A, D.S.A.P., D.P.CM., A.M.P., A.M.K (Pasir Salak)

 

" Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya)

" Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, P.G.D.K (Kinabatangan)

" Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman, D.I.M.P. (Paya Besar)

" Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim)

" Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Railey bin Haji Jaffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam)

" Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol)

" Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.B.K., J.B.S. (Mukah)

" Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang)

" Timbalan Menteri Penerangan, Dato’ Drs. Suleiman bin Mohamed, D.P.M.S. (Titiwangsa)

" Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Teng Gaik Kwan, D.I.M.P., A.M.N., P.P.N. (Raub)

" Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.B.S., A.B.S. (Miri)

" Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali, D.P.M.P., A.M.P. (Gerik)

" Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu)

" Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Kerk Choo Ting, D.P.M.P. (Taiping)

" Timbalan Menteri Pertanian, Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor, S.P.M.T., D.P.M.T., K.M.N., P.J.C., J.P., P.J.K. (Setiu)

" Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Wong See Wah, D.S.N.S. (Rasah)

" Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.N.B.S., J.B.S., K.M.N., P.B.S., A.M.N., P.P.C. (Saratok)

" Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M. (Selandar)

" Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Chan Kong Choy, D.S.A.P., .D.P.M.S. (Selayang)

" Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Ong Ka Ting D.P.M.P. (Pontian)

" Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ K. Kumaran, D.P.M.P., K.M.N., J.S.M., P.M.P., P.P.T., J.P. (Tapah)

" Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Affifudin bin Haji Omar, D.S.D.K., J.S.M., K.M.N., B.C.K. (Padang Terap)

" Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ibrahim bin Saad, D.M.S.M. (Tasek Gelugor)

" Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Abu Bakar bin Daud, D.S.M.T., D.S.A.P., D.P.M.T., J.M.N., P.J.C., P.J.K. (Kuala Terengganu)

" Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Wira Mohd. Ali bin Mohd. Rustam, D.C.S.M., D.M.S.M., D.S.M., P.B.M. (Batu Berendam)

" Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Subramaniam, D.S.N.S., D.P.M.J., S.M.J. (Segamat)

" Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Goh Cheng Teik (Nibong Tebal)

" Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh)

" Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Idris bin Jusoh, P.J.K. (Besut)

" Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Hishamuddin bin Tun Hussein, D.P.M.J. (Tenggara)

" Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar)

" Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman, D.I.M.P., A.M.P., P.P.N. (Kuantan)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Dato’ M. Mahalingam, D.P.M.S., J.M.N., J.P. (Subang)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Mohd. Noh bin Rajab, D.S.N.S. (Tampin)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Douglas Uggah Embas, A.B.S., P.B.S. (Betong)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Tuan Yong Khoon Seng (Padawan)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Puan Ainon Khariyah binti Dato' Mohd. Abas, P.M.P., A.M.P. (Parit)

" Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah, D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran)

" Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman bin Abdul, D.S.S.A., A.M.P., P.P.T. (Pendang)

 

" Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato’ Dr. Haji Shafie bin Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Dato’ Chor Chee Heung, D.S.D.K. (Alor Setar)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria (Jerantut)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato’ Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., K.M.N., B.C.K., P.J.K. (Langkawi)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Semporna)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Shahrizat binti Abdul Jalil, D.I.M.P. (Lembah Pantai)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tuan G. Palanivel, P.J.K. (Hulu Selangor)

" Datuk Abdol Mulok bin Haji Awang Damit (Labuan)

" Tuan Abdul Aziz bin Mohd. Yassin (Muar)

" Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Jasin)

" Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (Marang)

" Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (Sungai Benut)

" Tuan Abdul Rahin bin Dato’ Mohd. Said (Kuala Nerus)

" Tuan Abdul Rahman bin Haji Sulaiman, S.S.A., A.M.N., A.M.S., A.M.P., A.D.K. (Parit Buntar)

" Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, D.P., D.A., S.P.M.J., P.G.D.K., S.S.A.P. (Kota Samarahan)

" Datuk Abu Seman bin Haji Yusof, D.M.S.M., J.P., B.K.T. (Alor Gajah)

" Dato’ Haji Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang, D.S.N.S., A.M.N. (Kuala Pilah)

" Tuan Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun)

" Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok)

" Tuan Akbarkhan bin Abdul Rahman (Libaran)

" Tuan Amihamzah bin Ahmad (Lipis)

" Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu)

" Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, S.P.M.P., S.P.C.M., S.S.A.P., D.U.P.N., S.S.S.A., D.G.S.M., S.P.N.S., S.P.D.K., D.M.P.N. (Permatang Pauh)

" Raja Dato’ Ariffin bin Raja Sulaiman, D.S.D.K., S.M.S. (Baling)

" Tuan Asmat Nungka (Beluran)

" Dato’ Haji Badruddin bin Amiruldin, D.S.D.K., B.K.M., P.J.K. (Yan)

" Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, A.S.A. (Hulu Langat)

" Tuan Billy Abit Joo (Hulu Rajang)

" Tuan Haji Buniyamin bin Yaakob (Bachok)

" Tuan Chang Kon You (Ipoh Timor)

" Tuan Chang See Ten (Gelang Patah)

" Che Ibrahim bin Mustafa, P.J.K. (Sungai Petani)

" Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera)

" Tuan Chiew Chiu Sing (Bintulu)

" Dato’ Joseph Chong Chek Ah, D.S.P.N. (Batu)

" Puan Chua Soon Bui (Tawau)

" Tuan Fu Ah Kiow (Mentakab)

" Tuan Hamzah bin Ramli (Sri Gading)

" Dato’ Haji Hanafi bin Ramli, D.S.D.K., S.M.S., K.M.N., A.M.K., A.M.N., P.P.N., P.J.K., J.P. (Jerlun

" Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang)

" Tuan Haji Hashim bin Jasin (Arau)

" Tuan Henrynus Amin, A.D.K. (Kinabalu)

" Dato’ Hew See Tong, D.P.M.P., J.P., P.M.P. (Kampar

" Tuan Ho Cheong Sing, A.M.N. (Ipoh Barat

" Dato’ Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban)

" Tuan Hoo Seong Chang (Kluang)

" Tuan Haji Ibrahim bin Mahmood (Kuala Krai)

" Tuan Ibrahim bin Pateh Mohamad (Tanah Merah)

" Puan Hajah Ilani binti Dato’ Haji Isahak (Kota Bharu

" Tuan Jacob Dungau Sagan, P.P.B. (Baram)

" Dato’ Jamaluddin bin Adnan (Kuala Selangor)

" Dato’ Dr. Haji Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis, D.I.M.P., S.A.P. (Rompin

" Tuan James Jimbun Anak Pungga, P.B.S. (Kapit)

" Tuan Jawah Anak Gerang (Lubok Antu)

" Tuan Jimmy Lim @ Jimmy Donald (Sri Aman)

" Tuan Joseph Mauh Anak Ikeh (Selangau)

" Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau

" Dato’ Dr. Kamal bin Salleh, D.S.P.N., K.M.N., P.K.T., J.M.N. (Wangsa Maju)

" Tuan R. Karpal Singh (Jelutong)

" Dr. L. Krishnan, P.M.C., A.M.N. (Telok Kemang)

" Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K. (Sandakan)

" Dr. Lee Chong Meng (Bukit Bintang)

" Dr. G. Leelavathi, A.M.N. (Kapar

" Tuan Liew Ah Kim (Seputeh)

" Tuan Lim Guan Eng (Kota Melaka)

" Tuan Lim Hock Seng (Bagan)

" Tuan Lim Kit Siang (Tanjong)

" Tuan Vincent Lim Kuo Phau (Petaling Jaya Utara)

" Puan Lim Lay Hoon, P.P.N., B.K.M. (Padang Serai)

" Tuan Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan)

" Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai)

" Dato’ Haji Mahbud bin Haji Hashim, D.S.S.A., A.S.A., P.J.K. (Sabak Bernam)

" Tuan Mansor bin Masikon (Batu Pahat

" Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau)

" Tuan Md. Isa bin Sabu (Kangar)

" Tuan Michael Lisa Kaya, B.B.S. (Bukit Mas)

" Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson (Teluk Intan)

" Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kubang Kerian)

" Tuan Haji Mohamed bin Haji Abdullah (Pasir Puteh)

" Tuan Mohamed Khaled bin Nordin P.I.S. (Johor Bahru)

" Datuk Mohd. Salleh bin Tun Said, P.G.D.K. (Kota Belud)

" Dato’ Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan, D.I.M.P., P.M.P., A.M.P., J.P. (Larut

" Tuan Mokhtaruddin bin Wan Yusof (Dungun)

" Tuan Haji Mustafa bin Muda, A.M.N., A.M.T., P.P.N., P.J.K. J.P. (Hulu Terengganu)

" Tuan Haji Nik Mohd. Amar bin Haji Nik Abdullah (Pengkalan Chepa)

" Tuan Haji Noh bin Omar, P.J.K. (Tanjong Karang)

" Dr. Nungsari bin Ahmad Radhi (Balik Pulau)

" Datuk Nurnikman bin Abdullah (Beaufort)

" Datuk Osu bin Haji Sukam, P.G.D.K. (Papar)

" Dr. Patau Rubis, P.B.S. (Mas Gading)

" Tuan Paul Nointien, A.D.K. (Penampang)

" Datuk Philip Yong Chew Lip, A.D.K. (Gaya)

" Dato’ Haji Qamaruz Zaman bin Haji Ismail, D.P.M.P., P.C.M., K.M.N., B.C.K., P.J.K. (Bagan Serai)

" Tuan Radin Malleh (Tenom)

" Dr. Ramli bin Taib (Kemaman)

" Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang)

 

" Tuan Richard Riot Anak Jaem (Serian)

" Tuan Robert Lau Hoi Chew (Sibu)

" Puan Rohani binti Haji Abd. Karim, P.P.B. (Santubong)

" Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad, P.I.S. (Parit Sulong)

" Dato’ Salamon bin Selamat, D.P.M.S., S.S.A., A.M.S., P.J.K. (Shah Alam)

" Dr. Sanusi bin Daeng Mariok (Rantau Panjang)

" Cik Siti Zainab binti Abu Bakar, S.M.J. (Tebrau)

" Datuk S’ng Chee Hua, D.S.N.S., P.G.D.K. (Julau)

" Datuk Song Swee Guan, P.G.D.K. (Bandar Kuching)

" Cik Sukinam Domo (Batang Sadong)

" Dato’ Haji Sukri bin Haji Mohamed, D.J.M.K., J.P. (Machang)

" Dr. Tan Chong Keng (Bukit Mertajam)

" Dr. Tan Kee Kwong (Segambut)

" Tuan Tan Kok Wai (Cheras)

" Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)

" Dr. Tan Yee Kew (Kelang)

" Tuan Tiong Thai King (Lanang)

" Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman, B.K.M. (Pokok Sena)

" Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.B.S. (Batang Lupar)

" Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood (Tumpat)

" Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru)

" Dato’ Yap Pian Hon, D.M.P.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang)

" Dr. Yap Yit Thong, A.M.P., A.M.N. (Lumut)

" Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru)

" Tuan Yeong Chee Wah (Batu Gajah)

" Tuan Yunof Edward Maringking (Tuaran)

" Tuan Yunus bin Rahmat (Jelebu)

" Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang)

 

" Tuan Zainal Abidin bin Osman (Mersing)

" Tuan Haji Zainuddin bin Haji Mohamad Nor, S.M.K. (Pasir Mas)

 

" Dato’ Haji Zakaria bin Mohd. Said, D.S.D.K., S.M.K., K.M.N., P.J.K. (Kuala Kedah)

 

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat

:

Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan,P.S.D., J.S.D., K.M.N.

Ketua Penolong Setiausaha

:

Zamani bin Haji Sulaiman

Ketua Penolong Setiausaha

:

Haji Mustakin bin Salamat

Penolong Setiausaha

:

Nor Hayatee binti Abdullah

"

:

Haji Mustafa bin Abdul Rahman

"

:

Ruhana binti Abdullah

 

CAWANGAN DOKUMENTASI

Pegawai Penerbitan:

:

 Azhari bin Hamzah

Pegawai Penerbitan

:

Monarita binti Mohd. Hassan

Pelapor Perbahasan Parlimen

:

Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop, P.P.N.

"

:

Hajah Supiah binti Dewak

"

:

Mohd Saleh bin Mohd. Yusop

"

:

Mohamed bin Osman

"

:

Hajah Norishah binti Mohd. Thani

"

:

Shamsina binti Janor

"

:

Nora’ini binti Hetam

"

:

Ramlah binti Mohd. Yusuff

"

:

Miskiah bt Hassan

Pembaca Pruf

:

Abu Bakar bin Hasan

 

CAWANGAN BENTARA

Bentara Mesyuarat"

:

Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali

"

:

Mejar (B) Zakaria bin Salleh

 

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Selasa, 17 November 1998

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[TimbalanYang di-Pertua (Datuk Ong Tee Keat)

mempengerusikan Mesyuarat]

 

 

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

 

[Soalan No. 1 - Y.B. Datuk Philip Yong Chiew Lip (Gaya) tidak hadir]

 

SYRAIKAT RADIO SWASTA - PENGELUARAN LESEN

DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

 

2. Che Ibrahim bin Mustafa [Sungai Petani] minta Menteri Penerangan menyatakan:

 

(a) berdasarkan industri penyiaran radio yang sedang berkembang, nyatakan bilangan syarikat radio swasta yang diberikan lesen untuk beroperasi; dan

(b) apakah kementerian masih dapat memastikan bahawa tanggungjawab sosial masih dilaksanakan sebaik mungkin, memandangkan syarikat-syarikat ini lebih berorientasikan komersial.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) sehingga kini terdapat lima syarikat radio swasta yang telah dilesenkan untuk beroperasi.

(b) sehingga kini kementerian berpuas hati tanggungjawab sosial yang dimainkan oleh stesen radio swasta di negara ini melalui syarat lesen penyiaran dan arahan-arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Kementerian menentukan stesen radio swasta menjalankan tanggungjawabnya

LEBIHAN DALAM IMBANGAN PERDAGANGAN -

PENINGKATAN

3. Tuan Hoo Seong Chang [Kluang] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapakah lebihan dagangan negara kita bagi tempoh Januari 1998 hingga September 1998. Adakah kementerian berpuas hati atas perdagangan ini dan apakah langkah-langkah lain yang akan diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan lagi lebihan dagangan negara kita.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria]: Tuan Yang di-Pertua, bagi tempoh Januari hingga September 1998, Malaysia telah mencatatkan lebihan dalam imbangan perdagangan berjumlah RM38.7 bilion. Lebihan dalam imbangan perdagangan ini adalah satu pencapaian yang memberangsangkan. Kementerian ini menjangkakan lebihan tersebut akan berterusan di masa hadapan.

Untuk meningkatkan lagi lebihan dalam imbangan perdagangan, kerajaan sedang melaksanakan langkah-langkah bagi meningkatkan eksport dan mengurangkan import. Di antara langkah-langkah untuk meninggkatkan eksport ialah:

(i) meningkatkan promosi eksport oleh Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Syarikat-syarikat Perdagangan Am (General Trading Corporations);

(ii) menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia menyertai pameran perdagangan antarabangsa;

(iii) meningkatkan daya saing barangan eksport Malaysia melalui peningkatan kualiti produk dengan mendapati sistem kualiti ISO 9000 dan penyesuaian produk;

(iv) mewujudkan mekanisme dua hala untuk meningkatkan perdagangan seperti perjanjian perdagangan, peraturan pembayaran dua hala dan perjanjian jaminan pelaburan khususnya dengan negara-negara selatan; dan

(v) menyediakan insentif bagi menggalakkan eksport seperti:

(a) pengecualian cukai pendapatan bersamaan dengan 10% daripada pertambahan dalam nilai eksport bagi syarikat yang mengeksport barangan yang mengandungi nilai ditambah sekurang-kurangnya 30%; dan

(b) pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun yang berkaitan dengan peningkatan jualan eksport bagi syarikat-syarikat yang diluluskan sebagai syarikat perdagangan antarabangsa.

Di antara langkah-langkah untuk mengurangkan import pula ialah:

(i) menggalakkan penubuhan industri penggantian import, misalnya, melalui program pembangunan industri kecil dan sederhana;

(ii) mengadakan kempen membeli barang-barang keluaran tempatan;

(iii) menggalakkan lebih banyak pengeluaran dan penggunaan sumber tempatan sebagai input kepada pengeluaran barang-barang perkilangan: dan

(iv) membenarkan kerugian yang dialami dalam pengeluaran bahan makanan yang banyak diimport seperti jagung dan lembu, ditolak daripada keuntungan syarikat dalam kumpulan yang sama.

Tuan Hoo Seong Chang: Tuan Yang di-Pertua, antara eksport dan import, saya ingin tahu, apa barang yang banyak sekali kita eksport dan apa barang yang banyak kita import. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kementerian atas usaha untuk meningkatkan lagi perdagangan di negara kita. Tetapi saya merasa amat kesal dengan ucapan Vice President US, Al Gore semalam. Jadi saya ingin tahu keadaan yang sebenar kalau dengan statement ini adakah ia akan menjejaskan perdagangan antarabangsa negara kita ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat dari Kluang, saya ingin menyatakan bahawa apa yang diutarakan ataupun diucapkan oleh Al Gore, Naib Presiden Amerika adalah satu perkara yang biadab dan kurang ajar yang menyentuh perkara-perkara yang bersabit dengan sebuah negara yang merdeka. Saya berharap kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kita mengadakan satu stand menyatakan perkara itu tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang datangnya daripada kononnya a civilized society. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, dari segi barangan yang diimport, kita mengeksport barangan kita, eksport yang terbesar terdiri daripada semi-conductors dan kita mengimport barangan komponen untuk membuat semi-conductors ini. Jadi, maknanya barangan yang diimport adalah barangan raw materials untuk membuat semi-conductors dan barangan yang paling banyak dieksport adalah semi-conductors yang dibuat di Malaysia ini sebab kita ada lebih kurang nilai tambah daripada barangan semi-conductors yang diimport secara raw materials, nilai tambahnya lebih kurang 30% dan selepas itu diimport keluar negara.

Jadi, ini adalah antara barangan yang banyak diimport dan banyak dieksport selain daripada barangan makanan yang tahun lepas kita import lebih kurang RM10 bilion.

Tuan Lim Hock Seng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Malaysia telah memesan sebuah jet untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, harganya RM200 juta. Bilakah jet ini akan diterima dan sama ada pembelian jet RM200 juta ini akan menjejaskan imbangan perdagangan kepada negara kita.

Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria: Tuan Yang di-Pertua, ini tidak ada kena mengena dengan perdagangan antarabangsa. Jadi saya rasa ajukan soalan ini kepada Kementerian Kewangan.

Tuan M. Kulasegaran: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sejak kegawatan ekonomi apakah industri penggantian yang telah kita sediakan di negara ini dan berapakah success, dengan izin, industri penggantian ini dan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat yang sudi jawab apa sahaja. Saya hendak tanya mengenai Yang Berhormat dari Kuala Kangsar yang telah menghuraikan beberapa perkataan yang tidak baik dua hari sebelum ini dan adakah.....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, saya rasa perkara yang tidak bersabit itu Yang Berhormat boleh gugurkan, perkara yang tidak bersabit.

Tuan M. Kulasegaran: Jadi, perkataan biadap macam itu tidak patut digunakan.

Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak faham apa soalannya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, saya telah buat keputusan tadi.

Tuan M. Kulasegaran: Saya tanya soalan mengenai perindustrian penggantian.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Ya, perindustrian penggantian?

Tuan M. Kulasegaran: Ya mengenai import substitution yang dikatakan sebelum ini, apakah successnya di Malaysia sejak kegawatan ekonomi dan apakah industri-industri yang berkaitan.

Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria: Tuan Yang di-Pertua, dia bercakap berkenaan dengan import substitutionkah, intermediate goodskah? Saya tidak tahu sama ada dia faham atau tidak apa yang dia hendak soal.

Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat dari Teluk Intan tanya dari segi import substitution maknanya kita telah berjaya, kalau hendak angka, saya tidak mempunyai angka tetapi kita telah berjaya dan kita akan terus memastikan agar industri di Malaysia akan menjana lebih banyak lagi kapasiti dari segi memastikan kita tidak perlu mengimport intermediate goods untuk mendapatkan final products.

MAKANAN TAMBAHAN KANAK-KANAK MISKIN – TADIKA KEMAS

4. Tuan Haji Zainuddin bin Haji Mohamad Nor [Pasir Mas] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan kenapa pada tahun l998 bantuan makanan PPRT kepada kanak-kanak di Sekolah Tadika KEMAS masih belum diberikan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Apakah sebabnya perkara ini terjadi.

 

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar [Datuk Douglas Uggah Embas]: Tuan Yang di-Pertua, perlaksanaan program makan tambahan kanak-kanak termiskin pada tahun-tahun yang lalu adalah melalui Tabika KEMAS. Kaedah ini tidak menepati tujuan program RMT iaitu memberi makanan tambahan kepada anak-anak keluarga termiskin kerana kanak-kanak di Tabika KEMAS adalah dari keluarga termiskin dan juga dari keluarga yang bukan miskin. Pada tahun 1998 ini kementerian telah meneliti semula kaedah ini bagi memastikan program ini benar-benar dimanfaatkan oleh kanak-kanak dari keluarga termiskin. Kini bantuan di bawah kaedah baru program ini akan terus disampaikan kepada keluarga termiskin yang mempunyai anak-anak di bawah umur 12 tahun.

Tuan Haji Zainuddin bin Haji Mohamad Nor: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengenai dengan makanan tambahan kepada kanak-kanak di sekolah tadika ini, pada pendapat saya adalah satu perkara yang amat baik dan telah memberi kesan yang positif kepada anak-anak yang belajar di kelas tadika ini terutama sekali kanak-kanak di luar bandar. Jadi apakah pihak kementerian telah mengenalpasti cara yang terbaik untuk disampaikan kepada mereka yang benar-benar menepati sasaran PPRT ini sebab setakat ini setahu saya program ini masih belum dilaksanakan sedangkan kita sudah berada di dalam bulan November akhir tahun 1998.

Jadi saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, apakah keputusan yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk menyalurkan bantuan makanan tambahan ini kepada kanak-kanak yang miskin.

Datuk Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Seperti yang saya sebutkan tadi, sekarang kementerian telah membuat keputusan bahawa bantuan bakul makanan ini akan diberi terus kepada keluarga rakyat termiskin tidak lagi melalui Tabika KEMAS oleh kerana masalah-masalah yang saya sebutkan tadi. Jadi untuk tempoh suku akhir tahun ini kita telah mengarahkan bahawa kita sedang memilih sesiapa yang dapat menerimanya kerana masalah pokok di sini adalah kadangkala senarai yang patut menerima bantuan ini kadangkala tidak tepat dipilih seperti mana yang selalu ditimbulkan oleh Yang Berhormat di sini. Maka sekarang kita telah mengarahkan agensi-agensi kementerian untuk meneliti penerima-penerima supaya tepat kepada sasarannya. Saya akan memberi jaminan di sini bahawa ini akan dijalankan sebelum akhir tahun ini.

Tuan Yunus bin Rahmat: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengenai bangunan sekolah Tadika, saya ingin tahu apakah kementerian mendapat makluman bahawa keperluan pembaikan bangunan-bangunan Tadika yang ada di seluruh negara. Kalau terdapat perancangan yang teliti yang dikemukakan oleh pihak pejabat KEMAS kawasan ataupun pejabat KEMAS daerah, mengapa masih berlaku permasalahan di mana pengerusi-pengerusi Tadika KEMAS, Jawatankuasa Pengurusan Tadika KEMAS, masyarakat tempatan dan juga pemimpin-pemimpin di kawasan-kawasan mengemukakan permohonan membaiki bangunan Tadika KEMAS, sama ada ianya menumpang di balai-balai raya ataupun di bangunan sendiri yang masih belum cukup keperluan.

Jadi soalan saya adakah kementerian mendapat makluman ini sebagai satu perancangan yang menyeluruh, keperluan sebenar bangunan-bangunan Tadika KEMAS ini kerana kita tidak mahu ada juga program tadika, pimpinan Tadika KEMAS akan mengemukakan pemohonan membaiki yang tidak kurang daripada RM5,000. Jadi diberitahu bahawa peruntukan pembaikan bangunan ini cukup banyak, mengapakah masih lagi berlaku perkara yang sedemikian.

Datuk Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. KEMAS memang ada perancangan dan kita telah mengetahui kedudukan seluruh rumah-rumah tadika di seluruh negara dan kita juga tahu ada beberapa buah tadika yang begitu uzur, bukan hanya perlu pembaikan tetapi juga diganti sepenuhnya. Oleh yang demikian pada beberapa tahun yang lepas kementerian ada program untuk membina semula rumah tabika ini tetapi kita juga terhad kepada jumlah peruntukan yang ada maka perancangan perlu dibuat dan kita akan menentukan keadaan yang tertentu di mana dia lebih mendesak. Saya berharap sementara kita menjalankan program ini dan di beberapa tempat dalam kawasan Yang Berhormat kalau masih ada masalah yang begitu teruk Yang Berhormat boleh berhubung dengan kementerian, mungkin maklumat dari pihak KEMAS tidak berapa tepat bahawa kementerian akan mengkaji masalah ini dan kita telah difahamkan bahawa beberapa jentera pelaksanaan yang telah menjalankan pembinaan tadika ini juga telah berjalan dengan lancar. Kita berharap program kita untuk memulih dan membina rumah-rumah tadika ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) – DIVIDEN

 

5. Datuk Abu Seman bin Haji Yusof [Alor Gajah] minta Menteri Kewangan menyatakan berapa banyakkah keuntungan di bawah Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) masih belum diagihkan setakat ini kepada peserta-peserta Skim ASB dan memandangkan negara masih lagi dalam keadaan kegawatan ekonomi, mungkinkah pembahagian dividen/bonus bagi tahun ini (l998) dapat dikekalkan seperti tahun-tahun yang lepas.

 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Menteri Kewangan II [Dato’ Mustapa bin Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, tahun kewangan ASB berakhir pada 31 Disember, oleh itu pada masa ini kerajaan tidak dapat membuat anggaran tentang berapa jumlah keuntungan yang dapat diagihkan kepada pelabur-pelabur dalam ASB, biasanya keputusan dibuat pada awal tahun iaitu pada bulan Januari. Seperti kita sedia maklum tahun lepas pihak ASB mengisytiharkan dividen dan bonus sebanyak 11.5% yang melibatkan kewangan sebanyak RM3.221 ribu juta, itu prestasi tahun lepas tetapi sudah pasti dividen dan bonus ini bergantung kepada keadaan ekonomi dan kalau dilihat kepada prestasi ASB pada tahun 1990 umpamanya dividen dan bonus berjumlah 14% kerana ekonominya meningkat begitu tinggi. Jadi, memanglah ada turun dan naik dalam kadar dividen dan bonus yang diisytiharkan oleh pihak ASB.

Walau bagaimanapun, kita ingin memberi jaminan bahawa kadar keuntungan ini akan kompetitif, bermakna bahawa pelaburan dalam ASB mampu untuk menjana keuntungan yang munasabah berdasarkan kedudukan ekonomi semasa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak ASB telah melabur dalam banyak syarikat, ASB merupakan satu kumpulan yang diversified, mempunyai pelaburan dalam pelbagai syarikat. Oleh itu, walaupun ada syarikat yang menghadapi masalah, ada juga syarikat-syarikat yang dijangka mencatatkan prestasi yang baik. Umpamanya, daripada jumlah portfolio pelaburan ASB, kira-kira 11.6% adalah dalam sektor perladangan (plantation). Oleh kerana sektor ini sedang mencatatkan prestasi yang baik, sudah pasti ini akan dapat mengimbangi kalaupun ada syarikat-syarikat yang tidak mampu mencatatkan prestasi yang baik, ada sektor-sektor yang lain, yang boleh membantu mengekalkan tahap keuntungan ASB pada kadar yang munasabah.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ingin mendapatkan penjelasan tambahan dari Yang Berhormat Menteri iaitu bagaimanakah kedudukan atau prestasi ASB semenjak berlakunya kegawatan ekonomi, sama ada ramai yang terpaksa menjual pegangannya ataupun keadaan semakin bertambah semenjak berlakunya kegawatan itu? Terima kasih.

Dato’ Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, jual beli ini satu perkara yang biasa bagi pelabur-pelabur, ada yang jual, ada yang beli. Kalau dilihat kepada pelaburan baru yang diterima oleh ASB daripada Januari hingga Oktober tahun ini, ianya berjumlah RM5.1 ribu juta. Ini pelaburan baru. Ada juga yang mengeluarkan pelaburannya, tetapi ini bukan satu angka yang membimbangkan.

Tuan Haji Zainuddin bin Mohamad Nor: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri Kewangan II, apa yang saya fahami iaitu keuntungan daripada perniagaan ASB dan ASN ini tiap-tiap tahun dirizabkan, bermaknanya, bukan sepenuhnya keuntungan daripada keuntungan ASN dan ASB itu dibahagi-bahagikan kepada penyimpan-penyimpan. Jadi, di dalam keadaan kegawatan ekonomi hari ini, maka saya percaya sudah tentulah keuntungan dari ASN dan ASB ini pada tahun ini kemungkinan berkurangan. Apakah kerajaan bercadang untuk menggunakan keuntungan-keuntungan di tahun-tahun yang lepas yang dirizabkan oleh ASN dan ASB ini untuk membantu kaum bumiputera supaya dividen dan bonus pada tahun ini tidak berkurangan sebagaimana tahun-tahun yang lepas? Sekian, terima kasih.

Dato’ Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, setiap unit amanah dan syarikat yang berhemat, sudah pasti menyimpan wang rizab dan ASB juga begitu. Umpamanya, sebagai contoh, tahun lepas keuntungan terkumpul ASB ialah RM3.5 ribu juta. Yang dikeluarkan sebagai dividen dan bonus ialah 11.5% itu melibatkan RM3.2 ribu juta. Ini bermakna ada lebihan RM300 juta daripada tahun lalu dan ini boleh dianggap sebagai rizab yang boleh digunakan oleh pihak ASB untuk diagihkan kepada unit-unit pelabur-pelabur ASB. Tetapi ini bukan bermakna bahawa kesemua RM300 juta akan digunakan untuk diagihkan, ada pertimbangan-pertimbangan yang berhemat yang perlu diambil kira sebelum keputusan sedemikian dapat dilakukan. Yang penting saya nak tekankan bahawa kadar keuntungan kalau tahun lepas 11.5%, tahun ini walaupun belum lagi ditentukan oleh pihak ASB, ianya adalah kompetitif, ianya adalah munasabah berbanding dengan pelaburan-pelaburan lain. Umpamanya pada hari ini, pelaburan dalam Simpanan Tetap FD dapat menjanakan return sebanyak 6.1%, pada masa ini, sebagai contohlah. Jadi, kita ingin memberi jaminan bahawa kadar keuntungan yang diisytiharkan adalah kompetitif dan munasabah.

[Soalan No. 6 – Y.B. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kubang Kerian) tidak hadir]

[Soalan No. 7 – Y.B. Tuan Riot Jaem (Serian) tidak hadir]

PELABUHAN-PELABUHAN TEMPATAN – JUMLAH KARGO

8. Dato’ Hon Choon Kim [Seremban] minta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah kargo yang dikendalikan oleh pelabuhan-pelabuhan tempatan dan sejauh manakah kerajaan berjaya menggalakkan penggunaan pelabuhan tempatan.

 

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Wira Mohd. Ali bin Mohd. Rustam]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 1997 Pelabuhan Klang telah mengendalikan kargo sebanyak 55.5 juta freight weight tan. Pelabuhan Pulau Pinang 19.5 juta freight weight tan. Pelabuhan Pasir Gudang 21 juta freight weight tan dan Pelabuhan Kuantan mengendalikan 6 juta freight weight tan. Untuk kontena pula pada tahun yang sama Pelabuhan Klang mengendalikan 1.7 juta TEUs, Pelabuhan Pulau Pinang 506,863 juta TEUs, Pelabuhan Pasir Gudang 429,448 juta TEUs dan Pelabuhan Kuantan mengendalikan 54,855 juta TEUs.

Kempen yang dijalankan untuk menggalakkan pengeksport dan pengimport menggunakan pelabuhan tempatan telah pun mempertingkatkan penggunaan pelabuhan kita. Semua pengeksport dan pengimport menggunakan pelabuhan tempatan seperti Pelabuhan Klang, Pulau Pinang dan Pasir Gudang kecuali mereka yang menggunakan Tambak Johor. Pada masa ini adalah dianggarkan bahawa 60% eksport Malaysia diangkut secara terus ke destinasi akhir melalui pelabuhan tempatan. Walau bagaimanapun hampir 40% daripada eksport melalui pelabuhan tempatan masih lagi difeeder melalui Pelabuhan Singapura sebelum diangkut ke destinasi akhir. Ini adalah disebabkan seperti yang telah disebutkan dalam jawapan yang terdahulu, pada minggu lepas:

(i) masih lagi terdapat pengimport dan pengeksport kita yang kurang faham terhadap kemudahan-kemudahan yang terdapat di pelabuhan kita;

(ii) mereka masih lagi tidak ingin menggunakan pelabuhan oleh kerana mereka mempunyai rangkaian perniagaan yang lama di Singapura; dan

(iii) oleh kerana terdapatnya MLO yang kurang berbanding dengan MLO yang singgah di Singapura. Seperti yang kita ketahui, setakat ini kita telah berjaya menarik 67 Main Line Operators (MLO) singgah ke Pelabuhan Klang manakala di Singapura mereka telah dapat menarik 444 MLO. Oleh kerana itulah di pelabuhan kita, kita mempunyai 2 atau 3 MLO singgah seminggu, sedangkan di sana adalah setiap hari.

Usaha-usaha sedang giat dijalankan terutama untuk menambah ‘frequency of call’ di Pelabuhan Klang bagi memastikan semua pengeksport dan pengimport tempatan menggunakan pelabuahan tempatan sepenuhnya. Dan juga untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai transitment untuk menarik kargo-kargo daripada pelabuhan-pelabuhan yang berdekatan sama ada dalam negara ataupun di luar negara supaya barang-barang mereka dapat dihantar ke Pelabuhan Klang, daripada situ akan dieksport ke destinasi-destinasi yang terakhir.

Dato’ Hon Choon Kim: Terima kasih, soalan tambahan. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada kementerian Yang Berhormat Datuk Timbalan Menteri, kerana telah berusaha untuk meningkatkan pelabuhan tempatan itu supaya menggalakkan lebih ramai syarikat-syarikat untuk menggunakannya. Soalan saya ialah walaupun Pelabuhan Klang itu boleh dikatakan pelabuhan yang one of the biggest, dengan izin dalam dunia ini, sampai kapal yang terbesar pun boleh menggunakan Pelabuhan Klang itu. Tetapi kita masih dengar masih ada syarikat-syarikat ataupun pengusaha kilang-kilang masih hendak gunakan Pelabuhan Singapura, kononnya Pelabuhan Singapura lebih efisien, lebih cepat untuk menghantarkan, mengendalikan kargo-kargo yang dihantar melalui Pelabuhan Singapura. Sama ada ini benar, dan apa sebabnya, masih ramai untuk menggunakan Pelabuhan Singapura walaupun Pelabuhan Klang adalah pelabuhan tempatan yang mempunyai cukup kemudahan untuk mengendalikan kargo yang telah dihantar ke situ.

Datuk Wira Mohd. Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan sebentar tadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang masih terdapat lagi pengeksport dan pengimport kita yang kurang faham ataupun kurang pengetahuan. Sesungguhnya pelabuhan kita telah pun mempunyai alat-alat ataupun perkhidmatan yang terbaik di dunia yang standardnya sama dengan Singapura. Oleh yang demikian, banyak pertemuan yang baru telah diadakan, termasuk yang diuruskan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri supaya pengeksport dan pengimport dapat berdialog dengan beliau dan yang terbaru dalam tiga minggu yang lepas adalah dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri untuk memberi kesedaran kepada pengimport dan pengeksport kita bahawa kemudahan kita telah lengkap, walaupun MLO kita kurang tetapi kita mesti memulakan penggunaan pelabuhan kita. Mengapa orang lain telah boleh gunakan dan mengapa yang sebahagian ini tidak boleh gunakan. Kerana untuk menarik MLO kita perlu ada 500 kontena dan jika ada 500 kontena 1 MLO boleh singgah. Ini bererti jika sebulan 30,000 kontena ini dipindahkan ke Pelabuhan Klang, kalau kita bahagi 500 kita boleh tarik, berapa 30,000 bahagi 500 kita boleh tarik 60 MLO boleh singgah ke pelabuhan kita. Jika kita bahagi seminggu, dua minggu bermakna sekurang-kurangnya dalam 15, 16 MLO baru boleh datang ke Pelabuhan Klang. Ini boleh menambah dan apabila pelabuhan-pelabuhan yang berdekatan pula misalnya daripada Pelabuhan Pulau Pinang, Johor, Kuantan, feeder ke pelabuhan kita sudah tentu bilangan kontena akan bertambah dan jika kita dapat menarik kontena daripada Northern Sumatera dan juga Teluk Bengal dan difeeder ke Pelabuhan Klang, ini lagi akan menambah bilangan kontena yang boleh menarik MLO untuk singgah ke pelabuhan kita. Inilah antara strategi yang kita sedang laksanakan dan kita berharap menjelangnya tahun 2000 atau 2003 kita akan menjadi pelabuhan yang ke sepuluh terbesar dalam dunia daripada segi menguruskan kargo ataupun TEUs.

Saya juga ingin memaklumkan kita telah memulakan banyak kemudahan seperti Jabatan Kastam, pengeksport dan pengimport tidak perlu lagi menghantar Borang Kastam K2 apabila shipment dibuat. Dia cuma perlu menghantar invois rasmi sahaja dan nota penghantaran ataupun ‘shipping note’ pada masa barang-barang itu ingin dieksport. Dan Borang Kastam K2 ini boleh dihantar tidak lewat daripada tujuh hari daripada kapal-kapal berlepas daripada Pelabuhan Klang. Inilah kemudahan yang kita mudahkan lagi. Yang keduanya kita juga telah memberi kemudahan supaya barang-barang yang disemak boleh disemak di bangunan shippers sendiri. Bermakna daripada gudang kita sudah boleh semak, tidak perlu hendak tiba di pelabuhan. Pada masa kini, kemudahan ini diberi kepada kilang-kilang yang terdapat dalam radius 25 kilometer daripada Port Klang. Ertinya mana-mana kilang yang dekat 25 kilometer, mereka boleh periksa barangnya di kilangnya lebih awal tidak perlu diperiksa di pelabuhan.

Kita juga telah mengadakan pre-clearance seperti yang disebutkan iaitu dua minggu sebelum ketibaan kapal. Importer dan exporter diminta menghantar manifest dalam tempoh 24 jam sebelum ketibaan kapal. Jabatan Kastam juga telah memberi kemudahan mengecualikan keperluan bank guarantee untuk barang-barang tertentu yang disimpan di dalam warehouse yang dilesenkan dalam kawasan Pelabuhan Klang. Di samping itu juga Jabatan Kastam di Pelabuhan Klang membenarkan kotak-kotak yang telah di‘seal’ dengan ‘shipper seal’ untuk dipindahkan terus tanpa diperiksa oleh Pelabuhan Klang ke mana-mana kemudahan warehouse. Inilah antara perkara-perkara yang telah diberi tambahan oleh Jabatan Kastam untuk memudahkan lagi pengimport dan juga pengeksport.

Datuk Abdol Mulok bin Haji Awang Damit: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Datuk Timbalan Menteri dalam jawapan asal tadi tidak menyebutkan pelabuhan-pelabuhan di Malaysia Timur ataupun di Sabah, Sarawak ataupun Labuan. Apakah ini merupakan dasar kerajaan supaya segala import ataupun eksport hanya melalui empat pelabuhan yang disebutkan tadi iaitu Pulau Pinang, Klang, Pasir Gudang dan juga Kuantan dan tidak menggunakan pelabuhan-pelabuhan seperti Bintulu, Kuching, Kota Kinabalu ataupun Labuan untuk tujuan eksport ataupun import.

Yang kedua, apakah usaha kementerian bagi meningkatkan penggunaan ataupun sistem penyediaan perkhidmatan perkapalan ini untuk Malaysia Timur kerana ini adalah di antara faktor utama yang menyebabkan barangan yang diimport untuk negeri Sabah, Sarawak dan Labuan menjadi mahal kerana sistem perkapalan yang sedia ada ini tidak efisien, terima kasih.

Datuk Wira Mohd. Ali bin Mohd Rustam: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat untuk feedering daripada Pantai Timur juga memang termasuk dalam skim galakan supaya mereka boleh hantar sama ada ke Pelabuhan Johor atau juga ke Pelabuhan Klang yang mana lebih mudah. Ini tidak bermakna dalam jawapan saya tadi dua-dua ini ditinggalkan, saya menunjukkan contoh tadi yang banyak barang ada ketika ini di Pantai Barat adalah di pelabuhan-pelabuhan yang telah saya sebutkan.

Bagi Pelabuhan Bintulu, kebanyakannya adalah mengeksport oil and gas dan juga LNG dan ini dihantar terus daripada pelabuhan berkenaan dan barang-barang yang lain seperti barang-barang penggunaan, sekarang ini memang semakin bertambah menggunakan Pelabuhan Bintulu. Ini bermakna jika Bintulu juga dapat digunakan sebagai transhipment bagi barang-barang daripada sebelah Timur Laut China Selatan, maka sudah tentu pelabuhan ini juga akan memberi pertambahan perkhidmatan barangan bagi pelabuhan-pelabuhan kita dan daripada sana mereka boleh hantar terus ke destinasi-destinasi akhir dan jika tidak mereka boleh feeder ke pelabuhan di Semenanjung dan daripada sini kita boleh hantar ke destinasi akhir. Manakala pelabuhan-pelabuhan lain macam di Labuan memang kerajaan sentiasa beri perhatian. Walau bagaimanapun, tentulah perhatian ini tidak sama dengan Pelabuhan Klang kerana pelabuhan utama kita adalah di Pelabuhan Klang dan kita berharap pelabuhan-pelabuhan di Pantai Timur akan masa hadapan dan akhirnya mereka akan menjadikan Pelabuhan Klang sebagai transhipment harbour mereka untuk penghantaran akhir.terus bertambah maju pada

PUSAT PEMULIHAN AQIDAH

DI JELEBU NEGERI SEMBILAN - JANGKA OPERASI

9. Tuan Yunus bin Rahmat [Jelebu] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah Pusat Pemulihan Akidah di Jelebu Negeri Sembilan Darul Khusus akan beroperasi, apakah bentuk, kokurikulum latihan yang disediakan, jangka masa kursus dan golongan manakah yang akan menghuni pusat berkenaan serta menyatakan kumpulan ajaran sesat yang masih bergiat aktif di negara ini serta taburan mengikut neger

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan memulakan operasi Pusat Pemulihan Akidah di Jelebu Negeri Sembilan pada awal tahun 1999. Buat sementara ini Pusat Pemulihan Akidah tidak menyediakan kokurikulum latihan. Sebagai permulaan kurikulum yang disediakan ialah merangkumi modul-modul seperti berikut:-

(i) modul penetapan ilmu akidah;

(ii) modul ketatanegaraan dan penjelasan isu-isu semasa;

(iii) modul kesedaran dan mengenal pasti masalah dan pemecahan minda.

Jangka masa kursus adalah tertakluk kepada keputusan mahkamah dan tidak melebihi tiga bulan, manakala penghuni Pusat Pemulihan Akidah ini terdiri daripada mereka yang dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah berhubung dengan kesalahan akidah. Kumpulan ajaran sesat yang telah dikenal pasti masih bergiat aktif ialah sebanyak 50 buah dan taburannya adalah seperti berikut:

NEGERI

BILANGAN

Perlis

1

Kedah

3

Perak

4

Pulau Pinang

2

Pahang

5

Kelantan

6

Terengganu

3

Selangor

4

Wilayah Persekutuan

4

Melaka

2

Negeri Sembilan

1

Johor

3

Sabah

1

Sarawak

1

 

Di antara ajaran sesat yang masih bergiat aktif ialah ajaran antihadis, ajaran Kahar bin Ahmad, ajaran Haji Ghazali bin Seman, Taslim dan lain-lain lagi.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Tadi Yang Berhormat mengatakan banyak ajaran-ajaran sesat di negeri-negeri iaitu di negeri Perlis, Kedah dan lain-lain lagi. Jadi setakat ini sejauh manakah tindakan pihak kementerian untuk membanteras ajaran-ajaran sesat kerana ajaran ini amat merbahaya kepada negara kita dan kepada penduduk di masa akan datang. Adakah dalam kita hendak membendungkan ajaran sesat ini pihak kementerian juga akan mengenal pasti parti-parti politik yang merosakkan akidah seperti mengkafirkan orang Islam, memaki hamun sesama Islam yang bertentangan dengan ajaran Islam. Jadi adakah Yang Berhormat bercadang untuk memasukkan kumpulan-kumpulan ini supaya mereka ini dibawa kepada jalan yang benar. Terima kasih.

Dato' Haji Muhamad bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang sedar dan sentiasa mengambil tindakan dari semasa ke semasa untuk menghapuskan dan mengurangkan kalau tidak menghapuskan semua sekali tetapi mengurangkan ajaran sesat ini. Kita telah tahu sejak dahulu seperti Arqam dan lain-lainnya semua kita telah ambil tindakan dan juga pihak negeri-negeri kadangkala ada di antara negeri itu akan mewartakan ajaran-ajaran yang dikira sesat dan tidak diikuti. Kalau sesiapa mengikut akan ditangkap dan akan dihukum. Macam negeri Selangor misalannya, diwartakan beberapa ajaran sesat tertentu yang diharamkan dan siapa yang mengikutnya kalau tidak ditangkap, akan didakwa. Kalau kita lihat masa dahulu ajaran sesat pengikutnya hampir 30,000 dan kita telah memulihkan mereka seramai lebih kurang 13,000 dan pengikut-pengikutnya yang masih aktif lebih kurang 16,000 orang. Jadi usaha-usaha masih kita buat supaya mengurangkan yang sudah mengikut ajaran sesat di samping itu untuk memberitahu kepada orang ramai supaya tidak mengikut ajaran-ajaran sesat itu. Kita memang mengambil tindakan dengan memberi penerangan melalui pelbagai media dan alat-alat hubungan kepada rakyat kita supaya beritahu ajaran-ajaran sesat supaya mereka tidak terjerumus sebagaimana yang saya katakan tadi.

Mengenai parti politik ini saya kira yang paling faham ialah pemimpin-pemimpin parti itu sendiri. Saya cukup yakin dengan parti pemerintah kita UMNO dan Barisan Nasional, terutamanya Parti UMNO telah – sebab kita buat penjelasan ini juga dikehendaki oleh pemerintah. Kita telah cuba dengan sebaik mungkin memberitahu dan kita memberitahu juga kepada penyokong-penyokong kita supaya jangan terlalu suka membuat tafsiran al-Quran sesuka hati. Kalau kita membuat tafsiran al-Quran sesuka hati termasuklah di dalam ciri-ciri yang dikatakan kriteria-kriteria ajaran sesat. Sebab dalam buku ada menjelaskan di antaranya kriteria-kriteria yang masuk dalam ajaran sesat ini ialah yang ke tujuh – mentafsir dan menghuraikan al-Quran atau hadis dengan sesuka hati. Jadi kalau "siapa yang makan cili dia rasa pedaslah".

Yang penting ialah supaya pemimpin-pemimpin yang benar cintakan kepada perpaduan, cinta kepada ajaran Islam yang sebenar, tolong beritahu kepada pengikut-pengikut supaya jangan membuat tafsiran sesuka hati dan menuduh orang lain sesuka hati. Inilah yang penting kita perjelaskan. Mungkin di peringkat atasan tidak tahu tetapi di peringkat bawahan pengikut-pengikutnya telah ramai dan menuduh pelbagai bahkan kalau sekiranya mengundi dan tidak mengundi Parti PAS – tidak masuk syurga. Ini merupakan satu perkara yang amat berat seolah-olah menambahkan Rukun Islam dan Rukun Iman. Ini sudah satu pembawaan yang tidak betul. Jadi kita berharaplah kepada pemimpin-pemimpin parti yang berkaitan dan yang tinggi supaya memberi penjelasan kepada pengikut-pengikutnya tidak usahlah, kalau hendak menang dalam pilihan raya sekalipun janganlah mempersetujui apa yang dibuat oleh pengikut-pengikut mereka sehingga boleh memecah-belahkan masyarakat dan juga boleh memperkecilkan agama Islam itu sendiri.

Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Oleh kerana pemulihan akidah melibatkan perkara-perkara murtad dan perkara-perkara ini di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah pemulihan mereka yang murtad ini dan dikatakan sudah ada usaha daripada pihak kerajaan sehingga ke peringkat mengkaji Perlembagaan dan sejauh mana kajian itu dibuat dan bilakah ia akan dikemukakan ke dalam Dewan ini dan dalam perkara yang lain pernah pertubuhan-pertubuhan agama Islam menganjurkan supaya mengadakan satu muzakarah di antara PAS dengan UMNO. Di masa yang lalu pernah dianjurkan satu debat, adakah pihak UMNO yang mewakili kerajaan bersedia untuk menganjurkan muzakarah di antara PAS dan UMNO ataupun satu debat di antara dua pihak ini bagi menyelesaikan masalah seperti yang ditimbulkan pada jawapan yang akhir daripada Yang Berhormat?

Dato' Haji Muhamad bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan. Memang hasrat kerajaan untuk membanteras pelbagai gejala yang mungkin menyelewengkan akidah penganut-penganut Islam itu sendiri termasuklah kita panggil murtad, riddhah iaitu orang Islam yang keluar daripada agama Islam.

Sebagaimana yang telah dijelaskan dahulu kita telah draf dan draf ini telah dihantar kepada pihak Peguam Negara dan apabila diluluskan kita akan bahaskan di dalam Dewan ini. Di antaranya termasuklah cara hukuman yang dijatuhkan sebab pada masa zaman Rasulullah s.a.w. dahulu ada di antara yang murtad itu dia panggil kemudian diberikan nasihat dan dia disuruh bertaubat dalam masa yang tertentu. Sekiranya dia bertaubat dan pulih kepada asal, maka dia tidak akan dihukum apa-apa. Inilah cara yang hendak kita buat, apabila kita dapat tuduh-menuduh mereka itu murtad kemudian kita bawa ke Mahkamah Syariah – dihukum, ertinya dihukum mesti dipulihkan akidahnya dalam masa yang tertentu di pusat pemulihan. Jadi apabila mereka sudah pulih dan balik semula bertaubat, maka dia boleh dilepaskan kerana dia telah pulih seperti asal.

Inilah cara yang paling baik kerana kita memulihkan balik orang yang telah ‘terkeluar’, maka merupakan satu usaha yang amat baik sebab dia akan bertaubat dan akan kembali kepada ajaran yang asal daripada kita ambil tindakan yang tergopoh-gopoh, kadangkala kita tersilap dan tidak tahu mengapa mereka itu menjadi murtad. Kadangkala tidaklah menjadi satu perkara yang susah sangat menyebabkan mereka itu menjadi murtad sebab itu kita beri peluang supaya mereka bertaubat dan apabila dihukum oleh mahkamah, dipulihkan di tempat yang tertentu.

Mengenai dengan muzakarah, dialog, bersemuka lebih kurang serupalah saya rasa, berdebat, tidak jauhlah bezanya daripada itu. Daripada segi Islam kalau sekiranya kita berdebat untuk mencari kebenaran yang masih tidak mempunyai tempat pertemuan yang akan menyelesaikan perkara, lebih baik tidak usah dibuat kerana akan memporak-perandakan lagi masyarakat. Lebih baik kita dalam kerajaan sendiri yang mempunyai ramai alim ulama, kita panggil ulama luar negara memberikan pandangan kepada kita, lebih baik kita buat tindakan yang dibuat oleh orang yang berkecuali dalam politik, kita buat lebih baik. Sebab berdebat mesti masing-masing akan hendak menegakkan ‘benang yang basah’, sampai bila-bila pun tidak akan selesai, tidak usahkan kita hendak mencari penyelesaian, saya fikir perkara keruh akan kita dapat. Sebab itu kita tidak ada hajat untuk bermuzakarah dengan sedemikian rupa kerana kalau kita gunakan emosi tanpa memikirkan dengan fikiran yang sempurna maka, sudah barang tentu natijah yang kita debat itu tidak akan berkesudahan dan akhirnya kita akan tambah lagi bermusuh di antara satu sama lain. Sebab itulah pegangan kerajaan lebih baik kita menjemput orang yang berkecuali dan memberikan pandangan apakah kita patut buat untuk memajukan Islam dalam negara kita ini, lebih baik daripada kita berdebat dengan parti politik yang mungkin sentiasa mencari kesempatan untuk ‘menegakkan benang yang basah’ bagi mereka. [Tepuk]

JURUUKUR TANAH BERLESEN –

PENGIKTIRAFAN

 

  1. Datuk Abdol Mulok bin Haji Awang Damit [Labuan] minta Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi menyatakan:

 

    1. langkah-langkah yang telah dan sedang diambil bagi menentukan tempoh masa bagi graduan ukur tanah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Juruukur Tanah Berlesen setelah IPT tempatan memendekkan tempoh masa untuk mendapatkan ijazah; dan
    2.  

    3. berdasarkan kepada kes-kes yang telah diberikan lesen, berapakah purata tempoh masa bagi seorang graduan yang mempunyai ijazah ukur tanah yang diiktiraf oleh kerajaan bagi mendapatkan lesen sebagai Juruukur Tanah Berlesen.

 

Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi [Dr. Goh Cheng Teik]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin bagi menjawab pertanyaan lisan ini bersekali dengan pertanyaan lisan daripada Ahli Yang Berhormat dari Sabak Bernam bertarikh 30 November 1998 kerana soalan-soalan yang telah dibangkitkan adalah mempunyai persamaan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Baiklah.

Dr. Goh Cheng Teik: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, adalah amat penting bagi juruukur tanah profesional mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kerja dalam bidang ukur untuk memastikan agar mereka dapat bertindak sebagai seorang profesional yang berupaya memberikan perkhidmatan ukur tanah yang terjamin dan terbaik bagi negara. Kementerian sedar bahawa proses pendaftaran dan mengeluarkan lesen praktis kepada juruukur tanah mengambil masa yang panjang.

Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi telah pun mengarahkan supaya langkah-langkah perlu diambil bagi mempercepatkan proses pendaftaran dan mengeluarkan lesen tanpa mengkompromi atau menjejaskan standard dan kualiti yang telah ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, di antara langkah-langkah yang sedang diambil oleh kementerian dan Pejabat Peguam Negara adalah seperti berikut:

 

    1. memendekkan tempoh menjalani kerja ukur di lapangan dan pejabat bagi mereka yang sudah mempunyai pengalaman-pengalaman yang relevan;
    2. menyediakan kursus atau tuisyen kepada juruukur tanah yang bercadang menduduki peperiksaan untuk memenuhi syarat pendaftaran; dan
    3. menambah bilangan juruukur tanah yang boleh diartikel di bawah Juruukur Tanah Berlesen pada satu-satu masa daripada dua kepada empat orang.

Langkah-langkah tersebut di atas, akan memberi faedah kepada semua terutama sekali juruukur-juruukur yang berkhidmat dalam kerajaan dan juruukur-juruukur yang mengajar di institusi-institusi pelajaran tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, tempoh masa seseorang graduan ukur tanah ditauliahkan dengan lesen sebagai Juruukur Tanah Berlesen bergantung kepada kesungguhan, komitmen dan inisiatif sendiri semasa dalam tempoh artikel masing-masing. Pada umumnya, purata tempoh masa bagi seseorang graduan baru lepasan ijazah yang diiktirafkan oleh Lembaga Juruukur Tanah mendapat Lesen Praktis dalam tempoh di antara empat hingga lima tahun.

URUSNIAGA TUKARAN WANG ASING

  1. Dr. G. Leelavathi [Kapar] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah apa-apa aduan dibuat kepada Bank Negara Malaysia mengenai mana-mana pengurup wang berlesen yang menjalankan urus niaga tukaran wang asing bertentangan dengan beberapa peraturan baru yang diumumkan melalui surat pekeliling bertarikh 4 September, 1998. Apakah tindakan susulannya.

 

Dato’ Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini pihak Bank Negara telah menerima enam aduan daripada orang ramai berkaitan dengan salah laku pengurup-pengurup mata wang. Daripada enam aduan tersebut, lima merupakan aduan lisan dan satu merupakan aduan bertulis. Berdasarkan aduan tersebut, Bank Negara telah melancarkan tiga gerakan untuk menyiasat aduan-aduan yang telah disampaikan itu. Pertama, pada 22 September 1998. Yang kedua 5 Oktober 1998 ketiga pada 15 Oktober 1998. Dalam siasatan pada 22 Oktober melibatkan sebelas pengurup wang yang berlesen, 5 Oktober 1998, lapan pengurup wang berlesen iaitu 19 sekali tidak ada kes yang dapat kita bawa di peringkat ke atas. Oleh itu, siasatan mengenai sembilan belas pengurup mata wang ini telah pun selesai. Ketika dilaksanakan pada 15 Oktober 1998 yang lalu, ini melibatkan sepuluh pengurup mata wang yang tidak berlesen. Daripada sepuluh ini, dua didapati tidak ada kes, lapan mempunyai kes tertentu dan hari ini Bank Negara akan mengkompaunkan lapan pengurup mata wang yang tidak berlesen ini melibatkan RM20,000 kompoun.

Sebelum undang-undang dipinda kompaun yang boleh dikenakan cuma RM1,000. Setelah undang-undang pengurup mata wang dipinda kompaun yang boleh dikenakan oleh Bank Negara adalah antara RM10,000 hingga RM50,000. Dalam kes lapan pengurup mata wang ini, kompaun yang akan ditetapkan hari ini ialah RM20,000.

Tuan Yang di-Pertua, aduan-aduan yang diterima ini adalah kecil berbanding dengan bilangan pengurup mata wang yang banyak di Malaysia, di seluruh negara kita ada 468 pengurup mata wang berlesen.

Dr. Yap Yit Thong: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tanya, adakah sindiket-sindiket pengurup wang berlesen terlibat dalam kegiatan penyeludupan untuk wang Ringgit Malaysia masuk Malaysia. Dan untuk bahagian kedua adakah black market telah diwujudkan oleh pengurup wang oleh sebab kemungkinan kekurangan mata wang asing. Sekian, terima kasih.

Dato’ Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia tidak ada kekurangan mata wang kerana kita mempunyai kedudukan imbangan bayaran yang begitu kukuh. Seperti kita maklumkan beberapa hari yang lalu, sejak kita mengenakan kawalan secara selektif ke atas mata wang, rizab negara telah meningkat US$4 juta sejak 31 Ogos. Dalam tempoh sepuluh minggu telah mendapat peningkatan yang ketara di dalam rizab luar negara US$4 ribu. Oleh itu, di Malaysia tidak ada masalah pertukaran wang asing mungkin kadang-kadang ada sedikit masalah yang dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Satu, dua kes tertentu yang mampu ditangani oleh pihak Bank Negara. Oleh itu, kita tidak ada black market di Malaysia seperti negara-negara lain satu ciri apabila dikenakan kawalan modal dibeberapa buah negara adanya black market ataupun pasaran gelap. Di Malaysia tidak ada pasaran gelap kerana kedudukan kewangan kita yang kukuh kerana tidak ada kekurangan mata wang di pasaran. Kita belum lagi nampak sindiket yang terlibat dalam penyeludupan mata wang sama ada hendak keluar ataupun masuk. Kes-kes yang timbul setakat ini adalah merupakan kes-kes yang melibatkan individu tidak ada bukti bahawa sindiket terlibat di dalam sama ada hendak bawa keluar ataupun masuk mata wang Ringgit atau mata wang luar negara.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dengan pengurup wang yang berlesen lebih 400, termasuk bank-bank dan sebagainya di negara ini mungkin ada lebih 1,000 dan bagaimana pihak Bank Negara dapat memeriksa secara rambang ataupun secara sasaran memandangkan dengan pintu masuk negara pun tidak sebanyak 1,000 tapi nampaknya ada orang yang tidak faham ataupun tidak ikut prosedur sehingga 1 Oktober 1998, pihak kastam merampas lebih RM2 juta yang membawa wang tidak dibenarkan. Bolehkah Yang Berhormat terangkan bagaimana Bank Negara mempunyai pasukan penguat kuasa yang begitu besar yang dapat mengawal semua.

Dato' Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, seperti saya maklum tadi setakat ini sudah ada tiga siasatan dibuat, satu pada – September; dua pada – Oktober. Bank Negara mempunyai pasukan untuk membuat siasatan. Siasatan ini dibuat secara mengejut, tidak ada amaran. Siasatan juga berasaskan kepada kompelin orang ramai. Setakat ini enam yang saya sebutkan tadi. Jadi, tidak ada masalah untuk menyiasat kes-kes ini. Di Malaysia hari ini ada 468 pengurup mata wang berlesen. Selain itu, kita ada juga 60 buah tempat dipanggil "Bureau to Change", tempat menukar wang yang dikendalikan oleh bank. Kita juga ada 620 yang kita panggil ‘lesen separuh’ yang diberikan kepada hotel. Umpamanya, di mana mereka cuma boleh membeli tetapi tidak boleh menjual. Jadi, kalau dicampur semuanya – 468; lesen separuh – 620; jadi 1,088, campur 60 lagi. Bermakna jadi 1,148 di seluruh negara. Walaupun angkanya tinggi, Bank Negara mempunyai cukup kemampuan untuk menjalankan siasatan apabila adanya aduan yang diterima daripada orang ramai.

 

UNIVERSITI SWASTA YANG DILULUSKAN KERAJAAN –

JENIS PROGRAM PENGAJIAN

 

12. Tuan Chia Kwang Chye [Bukit Bendera] minta Menteri Pendidikan menyatakan:

 

    1. apakah nama universiti-universiti swasta yang telah diluluskan oleh kerajaan dan apakah program-program pengajian tinggi yang ditawarkan yang diiktiraf oleh kerajaan; dan
    2.  

    3. adakah sijil/diploma/ijazah yang dianugerahkan oleh universiti-universiti ini diterima oleh universiti-universiti luar negeri.

 

Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Dr Fong Chan Onn]: Tuan Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan,

    1. Universiti swasta yang telah diluluskan oleh kerajaan ialah Universiti Tenaga Nasional, Universiti Telekom dan Universiti Teknologi Petronas. Antara kursus-kursus yang telah diperakukan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) ialah kejuruteraan elektrik, elektronik, kimia dan mekanik, sains komputer, perakaunan, kewangan dan pemasaran, pembangunan usahawan dan semi media digital, filem inovasi dan animasi.
    2. Lembaga Akreditasi Negara (LAN) ditubuhkan untuk memastikan tahap minimum semua kursus pengajian yang dikenalkan di IPTS ialah mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Oleh itu, ijazah yang dikurniakan oleh universiti diharapkan dapat diterima oleh universiti-universiti luar negara.

Tuan Chia Kwang Chye: Saya hendak tanya setakat ini berapakah permohonan baru untuk menubuhkan universiti swasta telah diterima dan telah dipertimbang oleh kerajaan dan apakah dasar kerajaan tentang permohonan ini, sama ada kerajaan akan mengawal selia dan memastikan bahawa taraf universiti swasta yang sedia ada adalah dikekalkan dan adalah memuaskan sebelum permohonan baru ditimbangkan atau diluluskan?

Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, pewujudan universiti-universiti swasta adalah mengikut undangan Menteri Pendidikan. Jadi, dari segi teorinya tidak ada permohonan. Kita jemput pihak-pihak tertentu untuk menubuhkan. Jemputan itu memanglah ada berdasarkan kepada perbincangan di antara agensi atau pihak tersebut dengan Kementerian Pendidikan. Pada masa ini Kementerian Pendidikan ada mengeluarkan jemputan untuk satu-dua pihak untuk menubuhkan universiti tersebut. Kita tunggu mereka membuat keputusan sama ada mereka hendak wujudkan universiti tersebut ini berdasarkan kepada kegawatan ekonomi sekarang seperti mana pihak-pihak tertentu yang dahulunya ada minat tetapi sekarang hendak mengkaji selanjutnya tentang pewujudan tersebut.

Dr. Ramli bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu kita bahawa bilakah ketiga-tiga universiti yang disebutkan tadi akan beroperasi sepenuhnya dan berapa ramaikah pelajar-pelajar yang boleh ditampung oleh ketiga-tiga universiti ini. Keduanya, Tuan Yang di-Pertua,....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, masa tidak mengizinkan.

Dr. Ramli bin Taib: Sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Sudah cukup.

Dr. Ramli bin Taib: Sedikit lagi, penting, Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu di Pantai Timur tidak ada satu pun universiti induk pada masa sekarang ini. Jadi, saya hendak bertanya kepada Timbalan Menteri adakah kerajaan tidak bercadang langsung untuk membina satu universiti induk di negeri Terengganu khususnya. Kerana Universiti Petronas sepatutnya dibina di negeri Terengganu, bukannya di Perak.

Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, ketiga-tiga universiti itu bolehlah dikatakan sudah operasi secara sepenuhnya. Bilangan pelajar di Universiti Telekom sudah melebihi 3,000. Jadi, universiti-universiti lain, iaitu Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Teknologi Petronas juga ada bilangan pelajar yang hampir 1,000 masing-masing. Jadi, kita harap dengan adanya lebih permohonan, bilangan pelajar di ketiga-tiga universiti itu akan ditambahkan.

Tentang universiti di Terengganu, Kementerian Pendidikan memang sedang dalam proses mewujudkan universiti kolej Terengganu. Kita harap dalam satu masa yang singkat, konsep itu dapat direalisasikan. Oleh kerana pewujudan universiti-universiti swasta terpulang ke pihak swasta, kita haraplah dengan kerjasama antara kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan kita boleh galakkan lagi banyak pihak swasta yang mempunyai minat dan kebolehan untuk mewujudkan sebuah universiti swasta di Terengganu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan sudah cukup.

[Masa untuk pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 1,6,7 dan 13 hingga 21 akan dijilid dalam buku berasingan]

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Ya, Rompin bangun, atas apa Yang Berhormat?

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Point of order, Tuan Yang di-Pertua, 26(1)(p).

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Ya, sebutkan.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya bangun di bawah 26(1)(p) di bawah hak dan kebebasan saya sebagai Ahli Parlimen Rompin yang dipilih secara demokratik oleh rakyat. Kebebasan saya dan saya yakin kebebasan ramai rakyat Malaysia, majoriti yang besar rakyat Malaysia telah diganggu dan cemari semalam, interfere, dengan izin, oleh ucapan Timbalan Presiden Amerika, Al-Gore.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya anggap, my right, please. Saya anggap ucapan ini biadab, melainkan DAP hendak jadi boneka Amerika. Saya cabar bangun kalau tidak setuju ucapan saya. Saya anggap ucapan ini biadab dan kurang ajar, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: [Bangun dan keluar dari Dewan]

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: PAS pun sokong tetapi dia hendak pergi ke bilik air. Daripada seorang yang dikatakan pemimpin dunia mengenai negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, ya.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ulas satu dan Tuan Yang di-Pertua boleh buat ruling.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Ya, saya hendak buat keputusan.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Kenyataan tersebut yang dibuat semalam di majlis makan malam sidang APEC menunjukkan keangkuhan (arrogant) satu kuasa besar, super power untuk mengenakan impose will power dia kepada orang lain. Kalau DAP hendak ikut telunjuk dia, okay.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Beliau meninggalkan majlis makan malam. Beliau hadir makan malam, buat ucapan tetapi tanpa menikmati jamuan. Mereka sentiasa menuduh orang uncivilize.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Sekarang tengok siapa uncivilized. Sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, sabar Yang Berhormat.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Sedikit sahaja, selepas itu Tuan Yang di-Pertua boleh buat ruling.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Nanti dahulu, Yang Berhormat.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Beliau menuduh negara kita tidak demokratik, mempraktikkan kronisme. Saya hendak menyatakan di sini, mereka marah kepada kita Malaysia. Ini tidak tahu sama ada DAP sanggup jadi kroni Amerika atau tidak. Kerana kita tidak sanggup menjadi kroni antarabangsa mereka. Kita tahu mereka mempunyai jaringan kroni antarabangsa ini. Tidak perlu kita sebut contoh. Kita tahu mereka sanggup protes, negara militer jika akur kepada telunjuk mereka. Mengapa mereka marah kita, untuk kepentingan strategik, kita tidak akur kepada mereka. Mereka sanggup sanitize, halalkan dictatorial kerana kalau ikut telunjuk mereka.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Sedikit sahaja lagi. Saya....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Sedikit sahaja lagi, Tuan Yang di-Pertua. [Pembesar suara dimatikan] Mengapa....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, nanti dahulu. Yang Berhormat.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: [Menyampuk]

Tuan M. Kulasegaran: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, sebenarnya.

Tuan M. Kulasegaran: Ini buat ucapan.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat! Sebenarnya, Yang Berhormat, bila Yang Berhormat bangun hendak bangkitkan peraturan mesyuarat biasanya saya izinkan. Yang Berhormat sebutkan sahaja. Yang Berhormat tidak perlulah ambil kesempatan ini untuk berhujah. Saya rasa Yang Berhormat yang lain pun kena sabar juga, saya akan buat keputusan, itu kerja saya, bukan Yang Berhormat yang menentukannya.

Yang Berhormat saya rasa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Rompin tadi itu di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1)(p) bersabit dengan hak dan kebebasan. Saya rasa eloklah Yang Berhormat, kalau hendak bentangkan sesuatu usul, buatlah secara bertulis seperti sedia kala. Inilah nasihat saya. Kalaulah Yang Berhormat sekadar hendak baca ataupun hendak suarakan ketidakpuasan hati Yang Berhormat, saya rasa itu bukan untuk perbahasan. Yang Berhormat, saya rasa ini cukup jelas ya. Kalau Yang Berhormat hendak buat usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), itu saya akan benarkan Yang Berhormat. Itu boleh buat kemudian, tidak mengapa.

 

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1999

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 1999

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas "Rang Undang-undang Perbekalan 1999 dan Anggaran Pembangunan 1999 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis". [Hari Keempat]

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ong Tee Keat) mempengerusikan Jawatankuasa]

Maksud B.19 [Jadual] –

Maksud P.19 [Anggaran Pembangunan, 1999] –

 

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian diminta sambung.

11.10 pagi.

Timbalan Menteri Pertanian [Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor]: Tuan Pengerusi, bagi pihak Yang Berhormat Menteri Pertanian, saya ingin memohon untuk menyambung jawapan saya semalam.

Menyentuh tentang apa yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Santubong yang ingin mengetahui penanaman padi secara estet boleh dijalankan di Sarawak. Mengikut katanya, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengenal pasti dua kawasan yang sesuai dengan kawasan padi iaitu melebihi 10,000 hektar setiap satu dan dengan itu boleh menjadikan Sarawak sebagai ‘rice bowl of Malaysia’.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang pernah saya jelaskan dalam melaksanakan program pengeluaran padi negara, kementerian berpandukan Dasar Pertanian Negara yang telah diluluskan oleh kerajaan. Selaras dengan dasar tersebut, setakat ini pengeluaran padi ditumpukan kepada lapan kawasan jelapang padi iaitu MADA di Kedah, projek IADP di Pulau Pinang, IADP di Seberang Perak, IADP di Kerian Sungai Manek, IADP Barat Laut negeri Selangor, KADA dan IADP Kemasin Semarak, Kelantan serta IADP Ketara di negeri Terengganu.

Walau bagaimanapun, di mana kawasan-kawasan sebagaimana Ahli Yang Berhormat sebutkan itu, maka kementerian akan menggalakkan pihak swasta supaya dapat melabur di kawasan-kawasan yang didapati sesuai dan ini terutamanya sekali BERNAS kerana BERNAS juga yang telah diberi tanggungjawab sosial untuk memajukan bidang pertanian khususnya pengeluaran padi di negara kita.

Namun demikian, kementerian masih lagi mengekalkan dasar iaitu pengeluaran kita setakat 65% daripada keperluan negara. Walau bagaimanapun, kita telah mampu mengeluar sehingga hampir 72%.

Menyentuh tentang perkara yang kedua, yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Santubong, meminta supaya penemuan-penemuan baru teknologi pertanian seperti penanaman bawang hendaklah disebarkan kepada petani-petani menerusi LPP untuk lebih berkesan, katanya. Ini dapat meningkatkan juga latihan-latihan kepada petani dan akan melahirkan lebih ramai lagi peladang jaya seperti di Amerika Syarikat yang imej peladangnya kaya-raya mengikut pendapat Ahli Yang Berhormat.

Beliau juga menyokong penubuhan Institut Peladang di Langkawi. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, bahawa apa yang biasa kita amalkan sesuatu penemuan baru yang telah diperolehi oleh MARDI, maka Jabatan Pertanian Malaysia akan membuat pengembangannya. Dan selepas didapati sesuatu penemuan baru itu ‘viable’ dan boleh dikembangkan, maka Jabatan Pertanian bersama-sama dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta MARDI akan mengembangkannya secara komersial. Jadi, ini selaras sebagaimana yang dikehendaki oleh Ahli Yang Berhormat.

Ahli Yang Berhormat dari Santubong juga bertanya adakah ladang-ladang korporat atau ladang integrasi diwujudkan di negeri-negeri. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, pada masa ini ada setengah-setengah kerajaan negeri telah menawarkan tanah mereka dengan mengadakan projek-projek integrasi ataupun dengan mewujudkan ladang-ladang untuk diberi sewa kepada petani-petani. Ini termasuklah di negeri Johor, Terengganu, Perak dan juga di negeri Selangor.

Selain dari itu, beliau juga ingin mengetahui sejauh mana projek-projek agrotourism telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, boleh dikatakan kita telah berjaya mewujudkan beberapa projek agrotourism terutama sekali menerusi pertubuhan-pertubuhan peladang.

Walau bagaimanapun, menjadi dasar kita sesuatu projek ke arah komersial hendaklah dijalankan oleh pihak swasta dan kita akan menyokong seberapa mampu bagi meningkatkan lagi projek-projek agrotourism terutama sekali chalet di kawasan nelayan atau perkampungan nelayan, kawasan taman-taman buah-buahan, di kawasan-kawasan pertanian yang lain dengan harapan kita akan dapat meningkatkan hasil kepada petani-petani dan juga para nelayan kita.

Menyentuh tentang apa yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Tanjong Karang dan juga Ahli Yang Berhormat dari Serdang telah meminta supaya peraturan sekatan pemindahan padi dari negeri Selangor ke negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang hendaklah dibatalkan, walaupun harga padi atau harga beras telah pun dikawal pada masa ini, kerana mengikut pendapat mereka bahawa sekatan tersebut merugikan petani-petani terutama di Tanjong Karang sendiri.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kementerian tidak berhajat lagi untuk membatalkan sekatan pemindahan padi ke negeri-negeri di utara itu kerana pada masa ini kita mendapati bahawa kebanyakan kilang-kilang padi yang terdapat di negeri Selangor masih lagi mempunyai kapasiti untuk mengisar padi dan adalah tidak munasabah sekiranya kita longgarkan syarat untuk ke utara maka ini akan menimbulkan kos pengangkutan yang tinggi dan secara tidak langsung menyebabkan kos pengeluaran beras akan meningkat.

Jadi, sebab itu dengan adanya kawalan harga beras yang baru maka kita lihat dahulu, apa kesannya. Kalau kesannya agak baik, maka mungkin kita akan mengkaji balik apa yang telah dijalankan tentang sekatan itu.

Mengikut pengetahuan Ahli Yang Berhormat juga bahawa pada masa ini dengan adanya kawalan harga beras, maka kita akan dapat mengurangkan pengeluaran beras dengan secara harga yang melebihi sebagaimana yang telah kita jelaskan pada masa yang lalu.

Ahli Yang Berhormat dari Tanjong Karang juga meminta supaya beras super tempatan sahaja yang dikawal itu hendaklah dipanjangkan kepada beras import iaitu beras super import kerana pada masa ini mengikut pendapat beliau ada setengah-setengah peniaga beras telah mencampurkan beras super tempatan menjadikan super import.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kementerian memang mengakui pada peringkat awal, kita ada menemui satu, dua kes di mana peniaga-peniaga beras telah menjadikan beras super tempatan dilabelkan menjadi super import di mana harga kawalannya tidak dibuat pada beras super import.

Namun demikian, bagi pihak kawal selia sedang menjalankan kajian dan kita memberi amaran kepada semua peniaga beras supaya hendaklah mematuhi arahan yang dibuat oleh kementerian di mana beras super tempatan adalah ditetapkan harga runcitnya sebagaimana yang kita perkenalkan berdasarkan zon-zonnya, berdasarkan zon A, B, C, D iaitu dengan harga RM1.65 hingga RM1.80.

Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat jika ada menemui lagi kes-kes seumpama ini, sila laporkan dan tindakan segera akan kita ambil supaya pengawalan harga runcit beras super itu akan dapat kita pastikan berjalan dengan baik dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat yang ada.

Tuan Haji Noh bin Omar: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ya, Tanjong Karang bangun.

Tuan Haji Noh bin Omar: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hendak bertanya balik mengenai sekatan jualan beras. Saya terpaksa bercakap dalam Dewan yang mulia ini kerana saya sudah letih hendak jawab di Bahagian saya ini, di kawasan Parlimen saya dan saya pun sudah nyatakan 19 hari bulan ini Ahli Parlimen Kubang Kerian, wakil PAS ini datang ke Tanjong Karang, saya yakin isu ini mesti dia mainkan untuk mempengaruhi rakyat supaya marah kepada kerajaan kerana sekarang ini banyak isu lain yang patut kita tangani.

Jadi, saya hendak tanya kepada pihak kementerian, soalan yang orang kampung tanya dengan saya, macam mana saya hendak jawab. Bukankah bila sekatan ini diadakan, bukankah ini merupakan satu denda ataupun penalti kepada penduduk-penduduk Selangor. Bila sebut Selangor ini, tentu Tanjong Karang yang ada sawah padi menyebabkan mereka ini tidak boleh menjual padi di luar. Jadi bukankah ini bertentangan dengan dasar ekonomi bebas yang kita amalkan. Apa salahnya kita batalkan dan terpulang kepada mereka. Kalau pihak swasta hendak beli mahal mereka boleh jual ataupun apa jaminan kerajaan, macam kata Bernas. Bolehkah Bernas menaikkan lagi harga, memberikan pelbagai imbuhan kepada petani supaya nasib petani ini terbela.

Jadi, saya harap pihak kementerian dapat menjelaskan kerana seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan tujuannya untuk mengawal harga-harga kenaikan beras. Sekarang beras telah dikawal harganya. Jadi, saya tengok sudah tidak ada sebab lagi sekatan ini harus diteruskan. Oleh itu saya merayu sekali lagi supaya sebelum perkara ini dijadikan isu politik oleh parti-parti pembangkang, maka kerajaan, saya merayu supaya mengkaji semula dasar-dasar ini.

Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Terima kasih, kepada Ahli Yang Berhormat Tanjong Karang. Sebagaimana yang telah saya jelaskan tadi, bahawa sebenarnya harga minimum yang terjamin harga padi ini seminimum, serendah-rendah RM55.00 setan, yang telah ditetapkan. Itu harga minimum kita, tetapi kalau ada orang hendak membeli RM80.00, RM70.00, itu tidak ada masalah. Jadi, kita hanya mengawal buat sementara dan kita akan melihatlah dahulu dan Ahli Yang Berhormat Tanjong Karang jangan takutlah pada Kubang Kerian, jangan takut kepada orang PAS kerana kita buat ini, kita bertanggungjawab kepada semua rakyat dan juga petani.

Kepada pengguna dan petani, kita terpaksa bertanggungjawab kerana harga kalau dibenarkan terlalu tinggi, dibeli katalah dengan harga RM80.00 setan, maka sudah pasti penyelewengan akan berlaku sebab harga beras telah dikawal. Sebagaimana Yang Berhormat katakan tadi, pada masa ini beras super tempatan susah hendak dapat di kedai-kedai kerana beras super tempatan sudah dicampur dengan beras super import dan dilabelkan dengan tanda import. Jadi, ini menunjukkan salah satu penyelewengan yang berlaku akibat kos pengeluaran beras itu tinggi. Jadi sebab itu kita sebagai kerajaan bertanggungjawab atas kedua-dua pihak.

Kita hendak menjaga petani yang mengeluarkan padi. Kita juga hendak menjaga consumer yang memakan beras. Jadi sebab itu, kementerian saya sudah sebut beberapa kali kita sanggup mengeluarkan lebih daripada RM500 juta setahun untuk subsidi harga padi dan juga subsidi baja bagi membantu petani-petani tetapi walaupun begitu Yang Berhormat, sabar dahulu, kalau keadaan agak terkawal, saya percaya Yang Berhormat Menteri saya akan membuat kajian balik kerana tidak ada niat Kementerian Pertanian hendak menyeksa mana-mana pihak malah tugas kita hendak memberi keselesaan kepada semua pihak. Jadi, saya rasa berilah peluang dahulu Yang Berhormat.

Tuan Haji Noh bin Omar: Terima kasih. Saya tidak takut dengan PAS ini Yang Berhormat. Tinggal lagi kita sedia faham, kita tidak mahu create unnecessary isu-isu yang orang kata patut kita boleh selesaikan dengan cara lebih baik. Saya ingin cadangkan, kalau misal kata kerajaan bimbang penyelewengan berlaku kerana pembeli-pembeli membeli harga lebih daripada harga yang ditetapkan, sebagaimana kita sedia maklum RM55.00 sahaja ditetapkan untuk harga padi tetapi pihak swasta dia beli sampai RM70.00 lebih. Jadi, adakah kerajaan bercadang pula untuk menyekat, mengenakan hukuman ataupun tindakan kepada mana-mana pembeli-pembeli padi ini yang membeli harga lebih daripada RM55.00 ataupun sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan kerana bagi penduduk Tanjong Karang dan Selangor, saya rasa tidak adil kerana Kedah tidak kena, Perlis tidak kena, hanya Selangor yang kena dan khasnya orang-orang di Tanjong Karang yang masih lagi tidak puas hati dengan peraturan ini.

Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Terima kasih, Ahli Yang Berhormat dari Tanjong Karang. Memang ketika ini kita melihat dahululah, kerajaan tidak berhajat untuk hendak menyekat pembelian padi seberapa tinggi yang boleh. Kita, kalau situ sekat, sini sekat, tidak jadi juga. Walau bagaimanapun kita yakin dengan sekatan tadi, harga padi yang satu masa dahulu RM600.00 sehingga RM700.00 setan telah menurun apabila sekatan dibuat pada 2 hari bulan Julai dahulu kepada RM580.00 sehingga RM600.00 sahaja. Jadi, dengan sekatan yang saya sebutkan tadi, bahawa harga yang ditetapkan RM550.00 setan ataupun RM55.00 bagi 100 kilogram. Itu kita lihat dahulu apa kesannya. Ini baru sangat Yang Berhormat, iaitu baru bulan Julai. Ini kita lihatlah beberapa bulan lagi, jadi dengan ini bermakna kerajaan sentiasa terbuka untuk memberi kesejahteraan kepada petani-petani dan juga pada pengguna-pengguna.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Serdang bangun.

Dato' Yap Pian Hon: Tuan Pengerusi, minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya memang beri sokongan kepada rakan saya Tanjong Karang kerana ini terlibat secara langsung nasib petani di negeri Selangor. Maka saya minta, adakah boleh bagi jaminan bahawa satu tempoh yang ditentukan supaya akan mengkaji semula sistem atau sekatan tersebut supaya petani akan tahu kerajaan akan timbang semula peraturan ini.

Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Serdang yang beliau juga menyokong supaya sekatan ini dibatalkan. Sebagaimana jaminan yang telah saya beri kepada Yang Berhormat dari Tanjong Karang tadilah, bahawa kita melihat dahulu keadaan kerana sesuatu dasar itu berdasarkan keadaan. Dasar dibuat oleh kementerian berdasarkan keadaan. Jadi sebab itu, kalau keadaan tersebut boleh dikatakan akan menghimpit petani-petani, maka kajian perlu dibuat tetapi janganlah pula menyeksa pengguna, macam apa yang saya tegaskan tadi. Tapi walau bagaimanapun kita melihatkan bahawa di Kedah sendiri, Perlis dan Pulau Pinang, harga pun jatuh, tidak sebagaimana selama ini kerana selama ini harga beras diampungkan. Bila diampungkan, maka petani-petani berlumba-lumbalah hendak beli padi dengan harga sesuka hati tetapi bila harga beras sudah dikawal, saya percaya kenaikan pembelian padi, walaupun dipotong sekatannya maka dia tidak akan setinggi sebagaimana yang telah berlaku sebelum daripada kawalan harga beras.

Yang Berhormat Tanjong Karang juga minta Kementerian Pertanian mengawal harga input pertanian, terutamanya racun perosak dan ini kita di kementerian telah pun mengkaji dan kita akan berbincang dengan pihak pengeluar-pengeluar input pertanian ini supaya dapat sama-sama mengawal kerana begitulah tabii kerajaan Barisan Nasional, kerajaan yang mengamalkan dasar demokrasi ini, kita tidak membuat sesuatu itu dengan sambil lewa tetapi sesuatu itu kadang-kadang kita beri ruang dahulu, kita beri amaran, beri peluang supaya semua pihak hendaklah akur jangan dengan sewenang-wenangnya menaikkan barangan mereka, input-input pertanian mereka. Akibatnya menyebabkan kos pengeluaran makanan kita akan meningkat. Begitu juga macam padi, Yang Berhormat, beras dahulu pun begitu juga. Kita kata janganlah naikkan harga beras ini, Yang Berhormat Menteri saya telah beberapa kali merayu kepada pengilang-pengilang. Pengilang-pengilang beri jaminan tidak akan naik, tiba-tiba naik terus- menerus, maka akhirnya kementerian kita terpaksa mengehadkan harga beras sebagaimana yang ada.

Begitu jugalah dengan input-input pertanian yang lain, sekarang ini tahap kita minta semua pihak memberi kerjasama supaya kadar pengeluaran makanan kita, kosnya tidak melambung sebagaimana yang kita ketahui. Di samping itu, kementerian juga telah memberi bimbingan daripada dahan menerusi Jabatan Pertanian supaya penggunaan racun perosak ini hendaklah digunakan seberapa minimum yang boleh. Jangan kita guna sewenang-wenangnya kerana ini juga dalam jangka panjang akan merosakkan kesihatan pengguna-pengguna. Kita menerusi….

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Pokok Sena bangun Yang Berhormat.

 

Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin penjelasan sebab perkara ini saya bangkit dalam ucapan dasar tentang racun ini. Kementerian Pertanian mencadangkan supaya kita guna sehabis minimum tetapi tidak adakah rancangan, yang kementerian kena buat contoh dahulu banyak mana minimum buat satu experiment dahulu 200-300 ekar, sebab sekarang ini kalau satu petani gunakan yang minimum yang sebelah lagi yang maksimum, jadi yang minimum akan pergi ke sebelah hak minimum maka tidak akan mendapat kejayaan. Saya bangkit perkara ini sebab sekarang ini Yang Berhormat mengatakan bahawa kita akan mengkaji apa semua ini tetapi masalah ini patut disegerakan, tentang production cost ini, tentang racun ini terpaksa diguna lebih kurang satu relong RM70, lepas itu baja tambahan, RM80 kalau Kementerian tidak mahu memberi subsidi racun dan baja tambahan, naikkan harga padi dahulu saya mencadangkan kurang-kurang RM60, sekarang ini bagi RM55 ini dahulu pun petani dapat jual padi mereka RM54.

Sekarang bila kita tetapkan RM55 seperti Yang Berhormat dari Tanjong Karang kata orang beli RM70, RM68 sampai RM75 pun ada. Jadi, kenapa tidak buat perbincangan dengan pihak-pihak pengilang beli harga padi dengan harga yang memberi keuntungan kepada petani dan juga kepada pengilang. Saya harap perkara ini boleh selesai. Harga RM55 itu saya rasa tidak berapa banyak menguntungkan petani. Saya sudah survey kawasan saya lebih kurang 10 sen sahaja boleh dapat. Saya cadangkan supaya kementerian buat kajian supaya harga padi itu - kalau tidak mahu bagi subsidi racun dan baja tambahan, bagi harga padi RM60 atau RM65. Apa salahnya orang petani dapat lebih sikit, sekarang pun dia dapat bukan cukup untuk perbelanjaan orang yang anak banyak ini. Terima kasih.

 

Timbalan Yang di Pertua [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Menteri bangun.

Menteri Pertanian [Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud]: Kita harus ingat daripada padi itu datangnya beras, kalau kita naik harga padi, harga beras pun naik juga. Ada Ahli-Ahli Yang Berhormat mengatakan harga beras naik tinggi sangat, ada yang mengatakan harga padi murah sangat, itu yang menjadi masalah. Kalau kita dapat satu formula, di mana kita boleh menaikkan harga padi, harga beras tidak naik. Itu cara yang baik, sebab kita perlu menjaga kepentingan orang ramai, bilangan consumer begitu ramai sekali berjuta-juta orang manakala bilangan pesawah padi adalah sedikit kalau dibandinglah akan tetapi kita tidak mengabaikan kepentingan para petani sebab itulah kerajaan telah menyediakan lebih RM550 juta sepertimana dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan Belanjawan itu hari.

Jadi, mengenai dengan perundingan dengan pihak pengilang sebenarnya sebelum kita menetapkan harga padi kepada RM55 dulu saya telah mengadakan perbincangan dengan para pengilang, mereka telah memberi jaminan kepada saya bahawa segala kenaikan harga akan di ‘absorb’ oleh mereka. Ini betul hanya empat bulan sahaja lepas itu dinaikkan harga beras. Itu yang jadi masalah kepada kita. Walau bagaimanapun Pengerusi, kenaikan harga padi baru kita lakukan bulan Disember tahun lepas kalau tak salah ingatan saya, jadi kalau difikirkan perlu bahawa kita mengkaji semula harga padi supaya kita tidak menyusahkan para petani padi, maka kita akan berbuat demikian.

Itu sahaja yang dapat saya jelaskan dalam soal ini, kita tidak mengabaikan kepentingan para petani, terutama sekali, petani orang-orang luar bandar yang selama ini memberi sokongan yang kuat kepada kerajaan.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Sekejap Yang Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan sukacitanya saya bagi pihak Dewan mengalu-alukan kehadiran President of Senate dan Speaker of the House of Representative serta Ahli-Ahli Parlimen dari negara Filipina yang bersama kita dalam Dewan pada hari ini. Mereka ada di sebelah situ. Ya, teruskan perbahasan.

Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Pengerusi, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri …

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Tanjong Karang bangun.

Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Boleh tak Yang Berhormat saya teruskan dahulu ya. Dan satu lagi saya hendak jelaskan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan saya kagum melihat Ahli-Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional berkobar-kobar membela petani, tidak seperti PAS, DAP senyap sahaja. Ini menunjukkan kesungguhan kita berkhidmatan kepada rakyat. Walaupun begitu saya tidak nafikan Arau pun bercakap, Arau sahaja yang bercakap, orang lain semuanya tidak bercakap tentang petani. Lagi satu, Yang Berhormat, kalau kita hendak tolong petani, selain daripada harga padi maka kita berusaha ke arah meningkatkan produktiviti penanam-penanam padi itu iaitu kalau boleh yield per hektar, atau per ekar hendaklah kita pertingkatkan. Pada masa ini di kawasan jelapang padi pengeluarannya hitung panjang 5 tan, 1 hektar. Dan setengah-setengah tempat adalah sampai 10 tan satu hektar, dan kita hendak kalau boleh Ahli-ahli Yang Berhormat, dapat banyakkan kursus-kursus motivasi supaya petani-petani kita dapat mengawal menjaga, dan menerima pelajaran yang diperolehi dari Jabatan Pertanian supaya yield per hektar ini akan dapat tingkatkan. Jadi kalau ini dapat ditingkatkan hasil petani-petani kita akan berlipat kali ganda. Kalau hendak bandingkan dengan petani-petani di luar jelapang padi yang pengeluaran 2 tan sahaja, 1 hektar atau 2.5 tan 1 hektar. Jadi ini satu jalan yang terbaik saya rasa, kita tidak membebankan konsumer, tapi kita menambahkan pendapatan petani-petani kita.

Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Yang Berhormat Timbalan Menteri memang semua petani hendak mempertingkatkan tetapi bila hendak mempertingkatkan pengeluaran dia mesti tambah dia punya cost of production. Yang ini kami bangkitkan semua ini, masalah cost of production itu, perbelanjaan pengeluaran itu mahal. Bila kita hendak tambah yield kita kena tambah baja yang saya katakan tadi. Kerajaan memberi baja basic tiga kampit satu ekar, serelongkah satu ekar, tiga kampit, tetapi tiap-tiap petani dia kena beli baja tambahan bila padi itu mula hendak keluar buah dia kena bubuh satu jenis baja yang kosnya lebih kurang RM10 satu relong, ini yang menjadi masalah. Kita memang hendak mengeluarkan. Bila Yang Berhormat Timbalan Menteri kata kita hendak suruh orang kampung bawa keluar bagi banyak, padi harga itu juga, bawa keluar banyak padi harga itu juga, sama ada naikkan harga padi atau bagi subsidi baja tambahan dan racun ini.

Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Pokok Sena Apa yang saya hendak sentuhkan dari segi teknikalnya sesuatu hasil boleh ditingkatkan bukan kerana baja semata-mata, dan baja pula bukan baja komersial semata-mata, kita telah memperkenalkan

baja kompos sekarang, banyak buangan yang kita boleh buat, batang padi daun padi, dan sebagainya. Dan di samping itu penjagaan itu penting, pengawalan air,

kalau air tidak dikawal dengan baik dia kering, rumput cepat tumbuh, dan ini menyebabkan terganggu pertumbuhan pokok padi itu sendiri. Jadi pendek kata, bukan semuanya yang menyebabkan kos tetapi yang pentingnya ilmu, bagaimana ilmu kita hendak tingkatkan, amalan kita hendak kita jalankan. Itu sedikit sebanyaklah saya rasa yang boleh kita berikan…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ya. Tanjong Karang bangun Yang Berhormat.

Tuan Haji Noh bin Omar : Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa kita mesti menaikkan pengeluaran padi, ini terbukti dekat Tanjong Karang apabila MARDI buat kajian dia ada pilih 15 atau 20 orang kumpulan memang boleh ia mengeluarkan yield sampai 10 tan, tetapi soalnya sekarangnya ini bila MARDI pilih 12-15 orang ini saya difahamkan MARDI yang buat di Tanjong Karang kos pun tidak cukup untuk memberi bantuan kepada petani-petani yang dipilih untuk mengeluarkan yield yang banyak ini. Jadi soalnya sekarang ini sudahlah kos pengeluaran kurang dibantu, kemudian peruntukan yang dibagi kepada MARDI untuk membimbing petani-petani ini pun kurang. Saya hendak merayu kepada kerajaan cuba buat kajian secara terperinci, berapa baja keluar, berapa padi dapat. Daripada kajian yang dibuat oleh PPK, pendapatan petani hanya RM383 sebulan - cuba bayangkan. Tetapi kalau kajian ini salah, saya merayu supaya kementerian sendiri buat. Semalam saya telah nyatakan, macam mana kenaikan harga secara detail – contohnya baja buah. Baja buah dulu hanya RM112, hari ini RM320, naiknya RM208, ini yang petani mengeluh. Saya sudah sebut semalam beza kenaikan ini. Jadi, kita harap kementerian, kalau tidak mahu naikkan harga pun cuba kaji secara terperinci berapa sebenarnya pendapatan petani setiap bulan. Terima kasih.

Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Kepada Yang Berhormat dari Tanjong Karang, pada dasarnya kita sedarlah mengapa penting kita menolong petani di samping kita melindungi pengguna-pengguna. Insya-Allah Kementerian Pertanian akan memberi wang lagi, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberi peluang yang lebih dengan adanya majlis taklimat dan sebagainya, kita akan dapat berbincang dengan lebih panjang lagi.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ada tiga lagi yang bangun Yang Berhormat.

Tuan Abdul Rahman bin Haji Sulaiman: Tuan Pengerusi, sebenarnya saya tertarik dengan apa yang ditimbulkan oleh Tanjong Karang. Dia sebut RM300 lebih sehektar tetapi itu di Tanjong Karang dianggap sebagai ‘rice bowl of the country’. Di kawasan saya daerah Kerian ‘yield’nya adalah lebih rendah. Dari segi teorinya kalau kita bercakap tentang ekonomi, padi ini memang mudah tetapi saya bercakap sebagai seorang yang pernah menjadi petani, terus terang saya katakan, saya pernah menjadi petani pada suatu masa dahulu.

Dari segi ‘real income’, ia telah deteriorate sebenarnya, menurun daripada dulu jika dibandingkan dengan harga barangan pengguna yang kian meningkat. Jadi dari segi pendapatan sebenar petani ia sudah merosot walaupun ada diberikan subsidi. Jadi, saya pernah mencadangkan sama ada kementerian boleh fikirkan di kawasan yang memang tidak sesuai untuk tanaman padi tetapi secara kebetulan ia dijadikan jelapang padi. Misalnya di setengah-setengah tempat di daerah Kerian, memang tidak sesuai ‘yield’nya terlalu rendah kalau dibandingkan dengan input pengeluaran, tolak pula dengan sewa mesin, petani tidak mempunyai mesin, dia sewa dan bila tolak sewa, ‘the real income’ kadang-kadang cukup sedikit tidak berbaloi dengan usaha yang dijalankan. Tetapi oleh kerana tidak ada sumber pendapatan yang lain hanya itu sahaja cara mereka mencari makan, maka mereka terpaksa bertani.

Saya pernah mencadangkan apa salahnya kita tukar dasar. Kawasan-kawasan yang memang tidak sesuai untuk pengeluaran padi dari segi ekonominya biarkan saja kita tukar, syarat, tanam yang lain misalnya di setengah-setengah tempat di daerah Kerian didapati sesuai untuk kelapa sawit. Walaupun kerajaan telah mengeluarkan modal untuk membuat perparitan dari segi jangka panjang kita tukar dan semalam kita dengar Santubong sudah offer beberapa hektar di Sarawak untuk buka kawasan yang baru.

Saya minta jawapan daripada pihak kementerian kalau boleh, kawasan-kawasan yang tidak sesuai dengan padi kita benarkan dipindah syarat dan kita cari kawasan baru seperti di Sabah dan Sarawak yang saya dimaklumkan masih banyak kawasan yang mungkin lebih sesuai untuk padi. Terima kasih

Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Parit Buntar. Saya amat berpuas hati terhadap minat yang agak mendalam tetapi walau bagaimanapun, saya beri jaminan bahawa lapan buah jelapang padi yang ada di seluruh negara kita dengan keluasan 211,000 hektar keseluruhan atau sebahagian besarnya adalah sesuai, sebab itu ia di jelapang padi. Tetapi mungkin ada sedikit sebanyak yang kurang sesuai itu perlulah dibuat kajian, dahulu.

Menyentuh tentang…

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ada dua lagi Yang Berhormat, hendak beri kepada siapa Yang Berhormat?

Tuan Md. Isa bin Sabu: Tuan Pengerusi, saya bersetuju dengan pendapat rakan daripada Parit Buntar, makin hari pendapatan petani makin nipis. Tetapi sebenarnya kita sukat pendapatan petani daripada hasil padi ataupun hasil beras. Tetapi kalau kita perhatikan kadang-kadang buat bendang, buat sawah padi ini, batang jerami lebih banyak daripada buah. Jadi, kita nampak pendapatan tertumpu kepada buah padi sahaja tetapi apa jadi pada jerami. Jerami merupakan satu bahan buangan. Apakah pihak Kementerian Pertanian tidak boleh cuba membuat kajian supaya jerami-jerami ini boleh dijadikan satu bahan yang boleh mendatangkan hasil kepada petani. Begitu juga sekam, sekam padi kalau kita lihat di tempat-tempat yang ada kilang, sekam merupakan bahan sumber pencemaran alam, kalau sekam ini kita buat kajian, kita ubah dengan menggunakan teknologi penemuan baru untuk dijadikan bahan yang berguna.

Sekarang kita dapati jerami dan sekam ini merupakan bahan yang mendatangkan pencemaran kepada kita dan kalau bahan ini boleh diubah menjadi bahan yang bernilai, ia akan menjadikan bahan yang boleh mendatangkan hasil tambahan kepada petani tidaklah kita tumpu kepada hasil padi semata-mata. Kita masih berperang di sini, masing-masing hendak bela petani terutama sekali kawan-kawan dari Barisan Nasional yang kawasannya ada banyak padi. Saya rasa kalau boleh kita cari hala dan kerajaan cari formula, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata petani sedikit, orang ramai banyak petani pun kita hendak bela walaupun sedikit dari orang ramai yang biasa. Saya minta pihak kementerian mencari formula, jangan kami yang cari formula, macam mana hendak membela petani kita? Sekian.

Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Kangar. Sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi, kementerian akan terus berusaha sedaya upaya bagi meningkatkan lagi pendapatan petani-petani sawah dan juga lain-lain petani. Tentang jerami itu buat sementara ini kita syorkan baja kompos hendaklah dibuat bagi mengelakkan daripada pencemaran dan kegunaan baja dapat dikurangkan.

Menyentuh tentang Ahli Yang Berhormat dari Tanjong Karang yang menyatakan peruntukan sebanyak….

Tuan Michael Lisa Kaya: [Bangun]

Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Penghabisan ya, Tuan Pengerusi;

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ya, saya harap penjelasan ini yang penghabisan kerana kita telah mengambil masa kementerian yang lain.

Tuan Michael Lisa Kaya: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin meminta penjelasan tentang kos pengeluaran kerana kos pengeluaran ada secara direct akan memainkan peranan untuk meningkatkan harga beras ataupun padi. Saya ingin minta penjelasan di sini, baru-baru ini seperti yang saya katakan kelmarin, dulu harga beras Bario satu gantang dalam RM15, baru-baru ini dijualkan di pasaran RM22 satu gantang bermakna meningkat 45% baik untuk petani untung untuk petani tetapi setelah kita melawat kawasan on the sport, dengan izin, bersama Dato’ Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri Sarawak, kita difahamkan misal kata, harga baja, baja memang perlu supaya dari segi pengeluaran kita dapat meningkatkan the yield per hektar atau ekar. Kita dapati di Ba’ Kelalan misalnya harga baja kalau sampai ke Ba’ Kelalan satu beg RM75, di pekan Lawas RM9 hingga RM13 satu beg, oleh kerana itu saya merayu dengan serta merta kepada Menteri Pertanian sendiri, apa salahnya Jabatan Pertanian mengambil kos pengangkutan ini sebagai subsidi dan dipersetujui serta- merta. Oleh kerana itu adakah misal kata di lain tempat di mana ‘is very specific’ misal kata di kawasan saya dan di semenanjung adakah kos pengangkutan seperti ini boleh diambil kira, dengan izin, to be taken by Jabatan Pertanian sebagai subsidi supaya dapat mengurangkan kos pengeluaran padi ataupun beras. Minta penjelasan.

Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Bukit Mas. Apa yang telah ditimbulkan insya-Allah kita akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengkaji apa yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat yang berkenaan.

Apa yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat Tanjong Karang yang memohon supaya peruntukan pada tahun 1998 yang diberikan kepada IADP Barat Laut Selangor sebanyak RM4.322 juta dapat diberikan sepenuhnya kerana beliau menyatakan baru diberi RM2.3 juta sahaja.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, sebenarnya seluruh peruntukan tersebut telah pun diberi kepada Barat Laut Selangor pada tahun ini iaitu sehingga bulan Jun 1998 iaitu RM3.22 juta malah untuk pengetahuan Yang Berhormat peruntukan tambahan diberi lagi RM900 ribu dengan melalui pindah peruntukan untuk dikeluarkan bagi projek berkenaan. Jadi keseluruhan peruntukan yang diberi pada tahun ini kepada Barat Laut ialah RM5.22 juta.

Ahli-ahli Yang Berhormat juga telah menyentuh tentang meminta skim pinjaman kredit padi (SPKP) Bank Pertanian Malaysia dihidupkan semula kepada petani-petani dan ini juga ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Bukit Mas.

Untuk pengtahuan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa skim SPKP ini sebenarnya masih lagi diteruskan, tidak dihentikan walaupun dalam budget kita tahun ini tidak ada peruntukan tetapi peruntukan sebanyak RM30 juta telah pun diberi kepada Bank Pertanian bermula pada tahun 1996 sampai ke tahun yang lalu. Jadi peruntukan RM30 juta itu merupakan duit revolving fund, pusingan. Jadi duit itu tidak habislah. Dia boleh pinjam dan dibayar pinjaman, pinjaman diteruskan. Jadi ini bermakna skim itu macam biasa, tetap berjalan walaupun peruntukan bagi tahun 1999 tidak dimasukkan.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat juga bahawa pada masa ini kita telah mengadakan peruntukan di bawah projek-projek iaitu 3F. Walaupun tidak boleh untuk padi tetapi tanaman-tanaman yang lain boleh dipinjam menerusi 3F sama ada menerusi Bank Pertanian atau bank-bank komersial yang lain.

Menyentuh tentang perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat dari Bagan, dia bertanya, adakah Kementerian Pertanian tahu banjir sedang berlaku di Pulau Pinang sekarang ini. Memang kita tahu dan kita telah menerima laporan tetapi walau bagaimanapun, usaha-usaha sedang dijalankan oleh JPS bagi mengurangkan kadar tekanan banjir di Pulau Pinang dan juga di Seberang Perai.

Yang Berhormat dari Bagan juga yang telah bertanya, mengapa peruntukan untuk memelihara sungai di Pulau Pinang diberi token sahaja RM10. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat oleh kerana projek-projek pemuliharaan sungai ini boleh dikatakan dijalankan berdasarkan keperluan-keperluan yang tertentu maka sebahagian besar negeri-negeri memang diberi token sahaja dengan harapan kerja-kerja jika perlu boleh dijalankan dengan mendapatkan peruntukan tambahan kerana Kepala token itu masih terbuka dan permohonan boleh diangkat dari masa ke semasa.

Ahli Yang Berhormat dari Bagan juga ingin mengetahui, mengapa peruntukan untuk ternakan khinzir tidak dimasukkan tahun ini sedangkan peruntukan ternakan ayam, itik, kerbau ada diberikan. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat bahawa tahun ini ada diberi di bawah kepada 18000 sebanyak RM100 ribu iaitu tujuan kawalan pencemaran ternakan khinzir. Oleh kerana khinzir adalah merupakan ternakan yang paling berjaya iaitu telah dapat eksport dan pengeluarannya dikira lebih kurang 120% maka kerajaan tidak lagi memberi peruntukan untuk ternakan ini kerana sepatutnya dijalankan oleh pihak swasta. Apa yang kita perlu ialah dari segi pengawalan kesihatan sahaja.

Yang Berhormat dari Serdang telah menyentuh mengenai bagaimana cara hendak menggalakkan petani-petani mendapatkan pinjaman bagi meningkatkan pengeluaran hasil. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat sebagaimana yang kita ketahui bahawa peruntukan untuk meningkatkan tabung makanan kita telah diluluskan oleh kerajaan sebanyak RM1 bilion, RM300 juta akan diberikan kepada Bank Pertanian oleh Bank Negara pada akhir bulan Disember ini sebagaimana jaminan yang diberikan oleh Bank Negara kepada kita dan RM700 juta diberikan menerusi bank-bank komersial dan juga Bank Pertanian menerusi Bank Negara. Sehingga ini ada baki lagi Yang Berhormat dalam RM250 juta. Jadi mungkin melalui majlis-majlis penerangan boleh dijelaskanlah dengan syarat-syarat pegawai Bank Pertanian pun boleh Yang Berhormat jemput untuk buat majlis dan menerangkan cara-caranya.

Yang Berhormat dari Serdang juga ingin megetahui bahawa kempen Cintailah Sungai Kita yang dianjurkan oleh JPS, adakah gagal kerana masih banyak lagi sungai yang tercemar. Saya memberi jaminan bahawa kempen itu sebenarnya amat berjaya Yang Berhormat. Sebab itu sungai yang tercemar itu sedikit sahaja tetapi banyak sungai sungai telah pun diberi nafas baru dan dijadikan tempat rekreasi dan sebagainya. Namun demikian saya yakin kalau JPS sahaja bertungkus-lumus untuk mencintai sungai maka tidak tahan lama kalau rakyat sendiri tidak sama-sama mencitai.

Jadi lantaran itu saya rasa kalau Ahli-ahli Yang Berhormat dapat sama-sama menyokong. Apakah salah kalau Ahli-ahli Yang Berhormat pilih mana sungai yang tercemar jadikan ‘sungai angkat’ kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau ini dapat dibuat sekurang-kurang 190 batang sungai akan dapat kita jaga di mana Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Parlimen berilah budget RM10 ribu, RM20 ribu, mengadakan berbagai kempen, pertandingan supaya sungai yang tercemar itu dapat kita jagai dengan baik. Kalau kempen Sungai Angkat, Ahli-ahli Yang Berhormat dikembangkan kepada ADUN-ADUN pula, saya percaya 500 batang sungai lagi akan dapat dijadikan sungai angkat kepada ADUN-ADUN. Jadi pihak JPS akan memberi perkhidmatan dari segi teknikal tetapi dari segi semangat untuk sama-sama menjaga sungai, sepatutnya kita menjagai bersama-sama dengan rakyat yang ada di sekitarnya.

Ahli Yang Berhormat dari Serdang juga ingin mengetahui mengenai program pembersihan Sungai Klang yang sentiasa banjir dan kotor terutama oleh penghuni-penghuni yang tinggal di sekitar sungai yang berkenaan. Ini Yang Berhormat saya perlu minta notislah kerana kerja-kerja ini kebanyakannya dijalankan bersama dengan majlis perbandaran, jadi saya tidak dapat menjawab dengan secara detail.

Ahli Yang Berhormat dari Tawau minta penggunaan semaksimum yang boleh hendaklah diberi untuk dikeluarkan bahan-bahan makanan. Memang benar untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat bahawa seberapa maksimum yang boleh kita hendak pengeluaran bahan-bahan makanan negara kita ditingkatkan dengan harapan import bahan-bahan makanan dapat dikurangkan. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa ini terdapat RM560 ribu hektar tanah terbiar yang ada di seluruh negara dan mungkin ini kita dapat menggunakannya bagi mengeluarkan pengeluaran sebagaimana yang dikehendaki.

Yang Berhormat dari Tawau juga bimbang dengan kesan El-Nino dan La-Nina yang menyebabkan pengeluaran padi negara terjejas dan beliau bimbang kalau-kalau negara Thailand tidak lagi mengeksport beras akibat kesan daripada kedua-dua El-Nino dan juga La-Nina tadi. Jadi, sebagaimana yang telah kita jelaskan bahawa kita berusaha ke arah meningkatkan pengeluaran padi terutama sekali menerusi swasta secara komersial di Sabah dan Sarawak kerana Ahli Yang Berhormat dari Tawau bimbang katanya, Sabah hanya baru mengeluar 32% daripada keperluan negeri Sabah sedangkan yang lain itu semuanya diimport. Jadi kita sama-samalah memberi penjelasan supaya Sabah yang telah mewartakan sebanyak RM100 ribu hektar mengikut pendapat Yang Berhormatlah akan dapat kita penuhi dengan tanaman padi secara komersial.

Ahli Yang Berhormat dari Tawau juga menyentuh tentang Pusat Penyelidikan Koko di Tawau diminta supaya dapat diberi klon-klon yang baru. Untuk pengetahuan Yang Berhormat bahawa Pusat Penyelidikan Koko di Tawau sebenarnya di bawah Kementerian Perusahaan Utama bukan di bawah Kementerian Pertanian. Mengenai sistem peparitan di Sabah minta ditingkatkan terutama di Tawau yang sering menghadapi banjir, ini saya yakin dan percaya bahawa kementerian akan berkerjasama dengan pihak kerajaan negeri supaya dapat melihat kawasan-kawasan yang menjadi tekanan banjir berkenaan.

Yang Berhormat dari Labuan telah bertanya.....

Tuan Yunof Edward Maringking: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang Berhormat, kita ada beri notis tadi tidak boleh minta penjelasan. Hendak beri?

Tuan Yunof Edward Maringking: Terima kasih. Tuan Pengerusi, minta penjelasan tentang masalah penanaman padi di Sabah ataupun kekurangan penanaman padi di Sabah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Tawau dan dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya minta penjelasan sama ada Yang Berhormat ataupun kementerian sedar bahawa pada masa ini mulai bulan lalu kerajaan negeri Sabah telah menghentikan subsidi padi untuk para petani dan juga pemberian benih semaian padi tidak mencukupi dan di samping itu kontraktor-kontraktor membajak sawah padi sejak tahun lalu tidak dibayar.

Justeru ini usaha untuk mempergiatkan lagi penanaman padi di Sabah ini amat terjejas dan adakah kementerian sedar tentang kedudukan ini dan jika sedar adakah pihak kementerian di peringkat persekutuan akan membantu kerajaan negeri Sabah untuk mengembalikan subsidi padi kepada pesawah-pesawah ataupun petani-petani supaya pengeluaran padi di Sabah tidak akan terus terjejas. Minta penjelasan daripada pihak kementerian.

Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Terima kasih, Yang Berhormat dari Tuaran. Kementerian akan cuba berbincang dengan kerajaan negeri mengenai apa yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat yang berkenaan kerana ini ada hubung kait dengan kerajaan negeri. Kementerian Pertanian akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian di Sabah bagaimana cara untuk mengatasi apa yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi.

Yang Berhormat dari Labuan juga menyentuh tentang pengeluaran padi. Saya telah sentuh tadi dan saya telah jawab bersama-sama dengan Yang Berhormat dari Tanjong Karang. Yang Berhormat dari Labuan ingin supaya tiga buah pulau yang digazetkan sebagai taman laut diberi perhatian kepada nelayan tradisional. Untuk pengetahuan Yang Berhormat bahawa kita terpaksa menjaga dua kilometer dari pantai pulau itu adalah untuk mengelakkan sumber ikan rosak dan kerosakan batu-batu karang. Walau bagaimanapun kementerian akan meneliti balik apakah cara yang boleh kita beri pertolongan kepada nelayan tradisional.

Mengenai taman burung, Yang Berhormat dari Labuan mengatakan bahawa pada masa ini belum ada burung lagi. Insya-Allah pada tahun 1999 burung-burung kita akan beli tetapi walau bagaimanapun pada asalnya taman ini diharapkan akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Labuan tetapi oleh kerana lembaga ini belum bersedia dan kita akan beri tugas kepada Jabatan Haiwan untuk menjaga taman burung di Labuan.

Yang Berhormat dari Bukit Mertajam telah menyentuh tentang perparitan juga. JPS hendaklah sentiasa peka dan hendaklah menjaga kebersihan parit-parit dan longkang-longkang. Untuk pengetahuan Yang Berhormat bukan semua parit dan longkang dijaga oleh JPS, sesetengahnya yang di kawasan majlis perbandaran akan diberi tanggungjawab kepada majlis perbandaran untuk menentukannya.

Dr. Tan Chong Keng: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang Berhormat dari Bukit Mertajam kita kesuntukan masa, minta singkatkan.

Dr. Tan Chong Keng: Pendek sahaja, penjelasan. Saya ingin minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan berkaitan dengan laporan kehilangan 30 buah flood-gate yang dipasang oleh JPS di merata-rata tempat di sepanjang peparitan JPS di kawasan Seberang Prai Tengah iaitu di Bukit Mertajam. Malam kelmarin saya telah berhubung dengan jurutera daerah yang mengesahkan kehilangan 30 buah flood-gate yang dikatakan menyebabkan banjir kilat di kawasan Seberang Prai Tengah dan khasnya di Bukit Mertajam. Jadi siapakah yang bertanggungjawab mengawalselia dan apakah tindakan yang akan diambil untuk membetulkan keadaan ini untuk menjaga supaya semua flood-gate bertindak secara berkesan.

Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Bukit Mertajam. Ini berita baru yang kita dengar kehilangan 30 pintu pengawalan banjir, jadi saya harap pegawai-pegawai saya dari JPS akan membuat kajian dan melihat siapa yang bertanggungjawab sehingga berlakunya kehilangan pintu-pintu kawalan banjir.

Ahli Yang Berhormat juga telah mengatakan mengenai kekurangan pemandu-pemandu jentera berat untuk mengorek sungai dan juga tali air, ini sedang dalam perhatian kita. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi bahawa kebanyakan kita tidak berapa jelas mana di bawah tanggungan JPS, mana di bawah tanggungan majlis perbandaran, jadi sebab itu dalam bandar kebanyakan longkang-longkang itu adalah tanggungjawab majlis perbandaran.

Dr. Tan Chong Keng: Tuan Pengerusi, yang manakah parit itu di bawah jagaan JPS, JKR, MPSP itu jelas kepada kami di kawasan Bukit Mertajam tetapi yang tidak jelas itu kepada kakitangan JPS. Kadang-kadang dia beritahu maklumat yang mengelirukan kepada orang ramai. Bila orang ramai buat kompelin, mereka kata itu adalah jagaan JKR tetapi kita periksa mengikut pelan-pelan yang dikeluarkan oleh JPS, JKR, MPSP masing-masing. Jadi tidak ada alasan untuk menolak tanggungjawab.

Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Terima kasih Yang Berhormat. Tentang pam-pam besar hendaklah digunakan bila banjir, insya-Allah, JPS bersama-sama dengan Jabatan Pertanian terutamanya bagi projek-projek air, kita ada pam-pam yang boleh digerakkan. Jadi kalau berlaku banjir, kalau pertolongan boleh diberi maka insya-Allah kita akan cuba memberikan pertolongan bagi mengurangkan tekanan-tekanan banjir, tetapi yang menjadi masalahnya kebanyakan kawasan perumahan yang banjir itu keadaan tanahnya lebih rendah dari paras sungai. Kalau ini berlaku maka rumitlah, bagaimana cara kita hendak mengatasi melainkan terpaksa kita menasihati supaya rumah-rumah yang akan dibina nanti hendaklah lebih tinggi daripada paras sungai untuk mengelakkannya dari dinaiki air.

Ahli Yang Berhormat dari Kubang Kerian juga minta soal perparitan diberi perhatian di Kota Bharu dan di Pulau Pinang termasuk di Sungai Kulim. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat seperti mana yang saya kata bahawa JPS memang memberi perhatian tetapi walau bagaimanapun, ada saja tempat yang dinaiki air, ini disebabkan oleh pembangunan perumahan-perumahan yang tidak mengikut syor-syor yang diberikan oleh JPS.

Kebanyakan tanah yang ditimbus menghalang lalu-lalang air. Jadi kita akan terus bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain termasuk JKR, majlis perbandaran, majlis daerah supaya sesuatu lot tukar syarat itu hendaklah memenuhi keselamatan daripada aliran air.

Ahli Yang Berhormat dari Kubang Kerian juga bertanya mengapa kilang-kilang kisar padi di Bernas kebanyakannya membeli harga padi rendah sedangkan swasta beli dengan harga tinggi dan swasta boleh untung lagi. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kilang-kilang padi swasta itu besar – bila besar dari segi viabilitynya agak lebih viable kerana beras patahnya dapat dikurangkan. Kalau yang kecil-kecil beras patahnya sampai 30% dikeluar tetapi kalau yang besar kadang-kadang 10% sahaja. Jadi ia tidak perlu lagi dikeringkan sebaliknya boleh diproses – dengan sebab itu untuk jangka panjang kilang-kilang besar lebih viable berbanding dengan kilang-kilang kecil. Kementerian akan bekerjasama lagi supaya dapat mengurangkan masalah yang dihadapi.

Yang Berhormat dari Kubang Kerian juga minta Kementerian Pertanian berbincang dengan Exco Pertanian Kelantan supaya dapat mengedar baja dengan menggunakan ketua-ketua kampung yang dilantik oleh kerajaan Kelantan. Jadi Yang Berhormat ini biasalah, kita ada juga Kerajaan Pusat melantik ketua-ketua kampung, jadi kalau tidak beri tugas kepada mereka, gaji dibayar, kerja tidak ada, jadi sudah tentu audit akan query. Jadi hendak tak hendak, kita terpaksa menggunakan channel masing-masing. Walau bagaimanapun, kita akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan supaya melicinkan lagi pembahagian baja yang ada di Kelantan ini. Tapi kesemua pihak hendaklah akur dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dari masa ke semasa. Kita tidak kira sama ada mereka itu penerima-penerima baja dari PAS, UMNO atau lain, kerana soal kita, yang pentingnya rakyat mesti diberi perhatian kerana kita hendak rakyat kita selesa. Bila rakyat kita selesa, makin ramai yang selesa, makin ramai yang menyokong Barisan Nasional. Itu harapan kitalah.

Yang Berhormat dari Kubang Kerian juga, meminta Kementerian Pertanian menumpukan keluaran sayur di Lojing, sepertimana yang dibuat di Cameron Highland. Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat, kementerian akan menggalakkan pihak swasta melibatkan diri cara komersial. Kita tidak akan membuka ladang-ladang sayur dan buah-buahan, tetapi sebaliknya, kita menggalakkan pelaburan dibuat oleh pihak swasta. Kita hanya membimbing peringkat awal, peringkat pilot project sahaja. Yang besar-besaran ini akan dijalankan oleh pihak swasta. Saya percaya kalau di Lojing juga mempunyai tanah yang subur dan iklim yang baik, insya-Allah, lambat-laun akan datang pelabur-pelabur.

Yang Berhormat dari Kubang Kerian juga menyatakan buah-buah keluaran daripada swasta lebih bermutu daripada MARDI. Saya rasa tak tepat juga kerana kebanyakan MARDI bukan tempat mengeluarkan buah. MARDI hanya mengeluarkan teknologi, memilih benih, jadi sebab itu kebanyakan yang dibuat oleh swasta itu asalnya daripada MARDI, sebahagiannya dan saya tak nafilah ada juga yang teknologi diambil daripada luar. Tapi walau bagaimanapun kita menyanjung tinggi kalau orang perseorangan atau syarikat membuat R&D kerana hasilnya yang dapat ialah negara kita. Jadi kedua-dua, kita mengambil peluang ini.

Ahli Yang Berhormat dari Lumut telah menyentuh tentang kompleks di Kampung Apit, Lumut minta diberi keutamaan kepada nelayan-nelayan. Ini Yang Berhormat, saya sudah beberapa kali berbincang dan kita telah bersama-sama dengan pegawai LKIM, kita akan melihat supaya keutamaan hendaklah diberi kepada nelayan-nelayan tempatan, tidak kepada bot kargo dari Indonesia dan negeri lain. Ini kita akan melihat lagi, Yang Berhormat.

Yang Berhormat dari Lumut juga minta ditambah kemudahan kakitangan di kompleks LKIM Setiawan, Perak. Jadi, ini juga sama Yang Berhormat, kita akan melihat dan kalau ia perlu, maka mungkin tambahan-tambahan akan dibuat.

Ahli Yang Berhormat dari Kangar minta kementerian cari jalan untuk mengurangkan kos pengeluaran padi. Yang ini saya sudah sebut tadilah, kita akan cuba sama-sama mencari jalan bagaimana nak mengurangkan kos pengeluaran padi dan juga harga racun, tenggala dan lain-lain lagi.

Ahli Yang Berhormat dari Kangar juga minta tanah-tanah sawah yang sempit diuruskan cara ladang oleh pertubuhan peladang. Ini memang menjadi dasar kementerian supaya pertubuhan-pertubuhan peladang mempergiatkan supaya dapat tanah-tanah yang dipunyai oleh peladang yang sempit itu, dicantumkan untuk diurus cara ladang. Ini sudah berjaya, Yang Berhormat. Ada beberapa tempat terutama di KADA, Kelantan telah dapat melahirkan sawah-sawah secara pengurusan estet. Ada yang 300 ekar, ada yang 500 ekar dan hasilnya agak menggalakkan. Jadi, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat akan dapat kempen kepada tuan-tuan punya sawah yang sudah tua, uzur, yang tidak boleh lagi mengusahakan sawah supaya dapat memberikan pertubuhan-pertubuhan peladang terutama PPK memajukannya dan dengan ini akan dapat menambahkan produktiviti sawah-sawah kita.

Ahli Yang Berhormat dari Kangar juga meminta FAMA mengadakan pendekatan bersepadu pemasaran petani-petani dalam masa-masa tertentu. Memang untuk pengetahuan Yang Berhormat, FAMA sentiasa memberi pertolongan misalnya pada dua bulan yang lalu bila harga sayur di Perlis jatuh sehinggakan 10 sen sekilo, 20 sen sekilo, di bawah pada paras kos pengeluaran, maka FAMA telah diarah dan FAMA telah membeli pada harga kos pengeluaran. Jadi kerugian yang ditanggung oleh penanam-penanam sayur agak dapat diatasi dan sekarang insya-Allah, harga sayur nampak pulih pada tahap yang agak sederhana.

Mengenai banjir yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari Kangar, di Parlimen Arau yang berlaku baru-baru ini, memang JPS sentiasa peka. Tapi walau bagaimanapun, sebagaimana yang saya sebutkan tadilah, sebahagian besar kawasan yang banjir itu memang letaknya di bawah paras sungai. Jadi kita sedang mengkaji kalau dapat tambatan banjir dapat dijalankan kerana ini memakan kos yang besar, maka mungkin projek-projek seumpama ini akan ditunggu pada masa keadaan ekonomi kita pulih.

Yang Berhormat dari Arau juga telah menimbulkan tentang harga padi. Saya sudah jawab tadi Yang Berhormat ya, saya sudah sentuh tadi. Yang Berhormat peka dengan petani-petani padi, sama dengan orang-orang Barisan Nasional tadilah. Jadi saya ucapkan terima kasih dan kita akan cari jalan supaya kita dapat atasi pada masa yang akan datang ini.

Yang Berhormat dari Arau juga minta subsidi harga padi yang dijual kepada kilang-kilang padi Bernas dapat dibayar terus, tetapi oleh kilang swasta ditangguh dulu. Ini kita akan buat kajian supaya perkara ini dapat dikurangkan pada masa-masa yang akan datang. Inilah Yang Berhormat yang saya cakap tadi. Saya kata, kalau swasta beli dengan harga tinggi, dia cari jalanlah, dia cari jalan supaya duit itu dapat digunakan dulu ke, kerana harga terlalu tinggi. Jadi sebab itu kita nak elakkan daripada seseorang itu membeli padi terlalu tinggi yang menyebabkan kerugian kepada mereka kerana mereka akan cari jalan untuk nak mengambil balik apa yang mereka mengalami kerugian.

Penghabisan Yang Berhormat ya.....

Tuan Pengerusi: Ya, Yang Berhormat Arau.

Tuan Haji Hashim bin Jasin: Terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung dengan apa yang saya bangkitkan sama dengan ahli Barisan Nasional berhubung dengan harga padi. Apa yang berlaku ialah, subsidi harga padi yang dijual oleh petani kepada kilang-kilang swasta bukan di bawah tanggungan kilang swasta tetapi di bawah kerajaan. Jadi kerajaan bayar subsidi harga padi beserta harga padi kepada kilang-kilang Bernas, sedangkan di kilang swasta kerajaan yang tak bagi pada swasta untuk bayar sebab dia suruh melalui bank yang terpaksa tunggu 15 hari. Jadi bukanlah kerana disebabkan oleh pengilang-pengilang, tetapi disebabkan oleh kerajaan yang tidak mahu bayar terus seperti yang dibayar kepada kilang-kilang Bernas sedangkan Bernas sendiri pun, kita nampak tidak ada apa khidmat sosial yang dibuat kecuali satu kampung empat gantang beras saja dibantu setahun sekali dalam bulan puasa. Itu saja yang dibuatnya. Apa lebihnya Bernas dengan kilang-kilang yang lain?

Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Kalau begitu, minta maaflah, saya tidak berapa jelas tadi ya. Jadi kalau macam itu, kita akan lihat bagaimana perkara ini dapat dipercepatkan sedikit. Memang benar Yang Berhormat, kalau beli daripada Bernas, dia boleh bayar terus, sebab kawalan subsidi itu Bernas yang diberi tanggungjawab. Jadi dia ada dengan pegawai, tapi kalau dijual kepada luar, luar itu terpaksa lapor balik kepada Bernas, baru diclaim balik. Jadi, sebab itu saya rasa kalau boleh kita kurangkan sikitlah, kalau boleh ya.

Yang Berhormat juga menyentuh tentang pertubuhan peladang dalam kawasan MADA yang mana lembaga pengarahnya tujuh orang, dipilih oleh mesyuarat dan lima orang dilantik oleh Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya Yang Berhormat, untuk pengetahun Ahli Yang Berhormat, yang dipilih tujuh, betul, yang dilantik empat saja, Yang Berhormat. Empat itu pula standard, Yang Berhormat. Seluruh negara, semua pertubuhan peladang dilantik empat orang oleh Yang Berhormat Menteri dengan harapan Yang Berhormat, supaya kita dapatlah masuk barangkali orang-orang yang mempunyai pengalaman, kepakaran dan lain-lain. Dan kita tidak nafilah ada juga satu dua kes barangkali yang tersasul, itu biasa Yang Berhormat ya. Jadi kita akan cuba lihat.

Ahli Yang Berhormat dari Bukit Mas minta FAMA supaya dapat memasarkan highland kopi ataupun kopi tanah tinggi ini, sama ada dari ‘Labrika’, ‘Roberstar’, ini saya rasa di Semenanjung memang sudah dibuat tetapi saya akan lihat bagaimana di Sarawak, jadi kita akan buat supaya kopi ini dapat dipasarkan bersama. Begitu juga dengan garam gunung Yang Berhormat, saya pun pertama kali melihat garam dapat dihasilkan dari gunung dan ini kali pertamalah ada air masin atas gunung tetapi sebelum kita hendak edarkan, sebelum FAMA hendak memasarkan kita mesti pastikan apakah kandungan garam itu selamat. Apakah kelebihan-kelebihannya. Ha, jadi ini kajian terpaksa dibuat.

Yang Berhormat dari …………..

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Rompin bangun.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya Tuan Pengerusi, saya minta sedikit penjelasan dari segi peranan FAMA memasarkan barang-barang ataupun buah-buahan, sayur-sayuran yang dikendalikan oleh masyarakat tani luar bandar. Saya hendak bertanya adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh pertubuhan-pertubuhan peladang, jenis apa contohnya sayur-sayuran hendak ditanamkan dan bagaimana hendak dijual. Sebab baru-baru ini saya menghayati lawatan Dato’ Setiausaha Parlimen daripada Kementerian Pertanian datang ke Rompin, terima kasihlah, melihat sendiri permasalahan yang dihadapi oleh pertubuhan peladang, masalahan mereka untuk memasarkan jenis tanaman yang ditanam. Saya hendak bertanya dan minta penjelasan, adakah kerajaan memandangkan suasana ekonomi sekarang ini menggalakkan petani-petani melalui pertubuhan peladang dan ikatkan sekali mereka ini dengan FAMA supaya memasarkan sayur-sayuran yang ditanam oleh pertubuhan-pertubuhan peladang dan juga masyarakat-masyarakat lain, pertubuhan-pertubuhan lain di kawasan luar bandar.

Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Rompin. Memang menjadi dasar kementerian kalau dapat supaya penyelarasan dari segi pemasaran dapat diatur tetapi walau bagaimanapun petani-petani kita ramai Yang Berhormat ya, dan setengahnya menanam tidak melalui persatuan-persatuan peladang tetapi walau bagaimanapun pandangan Yang Berhormat itu kita akan minta supaya pertubuhan peladang mengambil kira terutama dari segi kontrak farming iaitu kita akan cuba mengawal seberapa yang boleh tetapi saya yakin apa yang berlaku sekarang, dia orang hendak menanam yang senang dapat hasil, tidak payah mereka menjaga seperti apa yang sesetengah petani tradisional kita, dia pakai sistem 3T - (tanam, tinggal, tuai). Jadi ini yang jadi masalah ya, tetapi kita akan cuba tingkatkan lagilah.

Soalan yang seterusnya Yang Berhormat dari Bukit Mas minta supaya kementerian dapat menolong untuk ternakan lembu, kerbau secara komersial terutama di Bukit Mas. Jadi ini saya rasalah kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak supaya dapat diadakan skim ini tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat sebagaimana yang saya sebutkan tadi kalau secara komersial tidak dibuat oleh kementerian, kementerian akan buat secara pilot projek dahulu. Selepas itu cara komersial hendaklah dijalankan oleh swasta dan saya yakin kerbau ini ada potensi kerana kebanyakan yang kita import dari India itu adalah daging kerbau. Yang Berhormat ………

Tuan Michael Lisa Kaya: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Dato’ Menteri. Di sini saya ingin minta penjelasan, bagaimana sekiranya kementerian mengambil kira untuk mengimportkan kerbau ataupun lembu daripada India dan Pakistan kerana selepas berucap semalam saya terima surat daripada Yang Berhormat Tuan Pengerusi, terima kasih. Pertama kali saya mendengar kita boleh mengimportkan daripada India dan Pakistan kerana mungkin harganya murah sedikit daripada Australia. Bagaimana pandangan kementerian?

Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Bukit Mas, sebagaimana yang saya sebutkan tadi memang kos import di India memang murah sebab kebanyakan kerbau mereka ternak dilepas berkeliaran sahaja bukan dengan secara sistematik. Walau bagaimanapun apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu akan dapat dikaji balik.

Ahli Yang Berhormat Bukit Mas juga telah bertanya tentang tanaman padi secara komersial di Sarawak. Jadi saya jawab sama dengan Yang Berhormat dari Santubong tadi.

Ahli Yang Berhormat yang terakhir yang bertanya saya iaitu Ahli Yang Berhormat dari Kepong, soalannya bernas. Kebanyakannya memerlukan statistik-statistik yang agak susah bagi saya untuk menjawab dalam masa yang singkat tetapi walau bagaimanapun saya cuba menjawab supaya Ahli Yang Berhormat akan dapat peka dan sama-sama memberi pertolongan kepada petani-petani dan penternak kita. Mengenai pinjaman Bank Pertanian, untuk pengetahuan Yang Berhormat, bilangan peminjam Bank Pertanian sehingga 31 Ogos 1998 ialah berjumlah 86,036 orang, baki jumlah pinjaman yang ada ialah sebanyak RM1,903,746,915 pada 31 Disember 1997 setahun sebelum itu jumlah baki pinjaman ialah RM1,989,780,972 dan jumlah peminjam pada masa itu ialah 96,233 orang. Ini bermakna 10,197 orang telah menjelaskan pinjaman mereka bernilai RM86,034,057. Peminjam yang menerima dana khas dan skim khas untuk tahun 1997 ialah seramai 45,105 peminjam bernilai RM318,245,969 dan untuk tahun 1998 bilangan mereka ialah 39,870 orang bernilai RM300,093,539. Mereka ini tergolong daripada kumpulan sasaran iaitu orang-orang miskin atau terdiri daripada PPRT dan sederhana manakala orang-orang yang menerima dana khas pinjaman seperti pinjaman 3F, pinjaman Tabung IKS, Tabung Pembangunan Usahawan, MAP dan MPPB anggaran jenis pinjaman yang diberi ialah 85% kepada individu, 10% kepada syarikat swasta, 3% kepada koperasi dan 2% kepada persatuan termasuk Persatuan Nelayan, PPK dan lain-lain dan untuk pengetahuan Yang Berhormat juga bertanya tentang sumber ikan di negara kita. Ini agak begitu detail di mana di negara kita masih ada lagi stok ikan, di Malaysia sahaja termasuk Malaysia Timur, Malaysia Barat, Sabah, Sarawak ya Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat hendak detail saya boleh bagi sebentar lagi. Yang Berhormat, ikan palajit, daripada apa yang kita buat pada tahun 1986 masih ada stok sebanyak 167,200 tan, ikan demoiselle pula kita masih ada stok 166,700 tan dan ikan tuna kita ada 100,000 tan. Jumlah stok ikan negara kita sebanyak 433,900 tan. Saya harap Yang Berhormat fahamlah. Apa ikan palajit, apa ikan demoiselle, ya.

Tuan Pengerusi: Ya, stok itu dilautkah Yang Berhormat?

Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Ya, ikan laut, semua ikan di laut.

Tuan Pengerusi: Kita boleh tahu berapa banyak ikan di laut itu.

Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Ya, ini anggaran. Sebab itu saya katakan tadi mengikut kajian Tuan Pengerusi. Mengikut kajian yang dibuat oleh jabatan kita. Memang jabatan sentiasa membuat anggaran tan bukannya ekor. Jadi ikan palajit ialah ikan yang hidup di bahagian atas air dan ikan demoiselle ialah ikan batu termasuk ikan kerapu ikan di bahagian bawah.

Ahli Yang Berhormat telah menyentuh tentang terumbu karang dan memang kita buat taman-taman laut dengan harapan dapat kita menjaga terumbu karang. Begitu juga tentang penguatkuasaan dan kita terpaksa buat tindakan-tindakan kepada mereka yang telah menceroboh taman laut dan juga merosakkan batu-batu karang ini dan tentang objektif Bank Pertanian dan keadaan bagaimana dia mengeluarkan pinjaman, saya telah jelaskan tadi. Jadi itu sahaja ……

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, penjelasan yang singkat sahajalah. Saya berterima kasih kerana dapat sekurang-kurangnya sebahagian jawapan tetapi yang saya bimbang ialah walaupun ada sedikit usaha tetapi tidak ada penyelidikan langsung. Ada anggaran, saya pun tidak tahu macam mana dia hendak anggarkan – daripada satelitkah mungkin kerana sekarang orang menggunakan satelit untuk perikanan dan mungkin pihak kementerian menggunakan satelit, saya pun tidak tahulah, Measat ataupun apa, tetapi saya akan dapati butir-butir yang selanjutnya daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma bolehkah Yang Berhormat terangkan di dalam usaha untuk memelihara sumber perikanan di perairan Malaysia ini apakah tindakan terhadap pukat-pukat harimau, misalnya pencemaran yang sering berlaku, tumpahan minyak dan sebagainya yang menjejaskan sumber perikanan kita dan saya tidak kiralah sama ada ikan palajit ataupun ikan yang lain.

Cuma saya hendak tahu sebab saya tidak nampak usaha yang diambil untuk memelihara bahkan membiakkan lebih banyak ikan. Sebab Tuan Pengerusi pun tahu di Terengganu, Kelantan, seluruh Semenanjung dan Sabah dan Sarawak kita nampak nelayan-nelayan kita terpaksa pergi lebih jauh, semakin tahun semakin pergi lebih jauh daripada masa yang dahulu. Ini menunjukkan sumber ikan sudah kurang – kemerosotan sumber ikan. Kalau ini berlaku mengapa Yang Berhormat masih katakan kita banyak lagi anggarannya. Anggaran itu tetap anggaran sahaja dan ditangkap oleh troller kapal-kapal besar dari Taiwan, Thailand dan negara-negara lain kerana kita tidak mampu untuk menangkap ikan kita.

Dato' Dr. Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kepong. Saya terlupa tadi hendak jawab mengenai R&D. R&D kita buat dan banyak belanja yang kita kemukakan tetapi di bawah Institut Penyelidikan Perikanan. Kita ada lebih kurang seratus orang kakitangan yang sentiasa membuat R&D dan ditolong atau dibantu oleh universiti-universiti terutama UPM. Banyak projek yang sedang kita jalankan dan begitu juga pembiakan sumber di mana kita membelanjakan lebih daripada RM15 juta untuk membuat tukun-tukun dan unjang-unjang konkrit dan ini akan menambah pembiakan ikan terutama sekali udang karang (lobster) dan sebagainya. Tentang pencemaran pukat tunda, pukat harimau tindakan diambil dan beratus-ratus kes yang disaman setiap tahun kerana kita ada zon A, zon B dan zon C. Kebanyakan zon A kita tidak membenarkan pukat tunda masuk kecuali pada musim tengkujuh sahaja untuk menangkap udang dan lain-lain. Jadi ini bermakna kementerian menerusi Jabatan Perikanan memang peka dengan apa Yang Berhormat katakan tadi tetapi kita berterima kasih kepada Ahli Yang Berhormat kerana sentiasa mengingatkan kita dan kita akan menambahkan lagi supaya sumber ikan akan dapat kita kekalkan.

Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan mana-mana yang tidak sempat saya sentuh pegawai-pegawai saya yang ada di hadapan saya ini telah mencatat dan akan mengambil tindakan seberapa yang kita mampu. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,012,680,700 untuk Maksud B.19 di bawah Kementerian Pertanian jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM1,012,680,700 untuk Maksud B.19 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM856,962,430 untuk Maksud P.19 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 1999 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM856,962,430 untuk Maksud P.19 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan, 1999.

 

Maksud B.20 [Jadual] –

Maksud P.20 [Anggaran Pembangunan, 1999] –

Tuan Pengerusi: Kepala Bekalan B.20 dan Kepala Pembangunan P.20 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbuka untuk dibahas. Ya, Serdang.

12.37 tgh.

Dato' Yap Pian Hon [Serdang]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hanya menyentuh Butiran 00501, 00502, 00507 dan Butiran 01105 di bawah Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana.

Tuan Pengerusi, saya merasa gembira kerana mendapat peruntukan begitu besar untuk menggalakkan atau memberi bantuan kepada IKS pada tahun hadapan. Tetapi saya hanya meminta penjelasan daripada pihak kementerian kerana saya anggap IKS penting kepada negara kita. Walaupun negara kita sedang menuju kepada perindustrian yang moden tetapi IKS masih memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara kita. Seperti di negara Taiwan, begitu kukuh ekonominya kerana IKS yang wujud dan memperolehi bantuan dan perlindungan kepada kerajaannya, maka itulah negara Taiwan telah dapat mengelakkan diri daripada kegawatan ekonomi yang melanda di rantau ini, maka sebab itu peranan penting yang dimainkan oleh IKS harus diambil berat supaya ekonomi negara kita terus berkembang melalui IKS.

Tuan Pengerusi, maka itulah masih terdapat banyak kawasan-kawasan industri IKS diwujudkan seperti di kawasan Puchong, Serdang dan kawasan Balakong. Kawasan ini telah mewujudkan IKS yang begitu banyak tetapi oleh kerana sehingga kini walaupun wujudnya Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana tetapi masih menjadi masalah kepada pengusaha-pengusaha IKS yang saya sebutkan tadi. Kita ada saluran dan kita tahu bagaimana untuk menghubungi pegawai-pegawai daripada perbadanan ini supaya memberikan satu pandangan dan nasihat teknikal untuk mengatasi kelemahan yang sedang dihadapi oleh mereka. Saya telah berbincang dengan IKS di Balakong kelmarin dan mereka sedang menghadapi masalah besar. Tetapi saya kata ada perbadanan di bawah kementerian yang boleh dihubungi tetapi mereka tidak tahu macam mana caranya.

Jadi bolehkah pihak kementerian memberikan penjelasan lebih lanjut cara mana untuk mendapat perhubungan antara perbadanan dengan pihak IKS supaya mereka dapat membincang untuk mengatasinya. Masalah yang dihadapi oleh mereka terutama sekali ialah dari segi teknikal. Daripada pinjaman, seperti skim pinjaman IKS, cara mana prosedurnya supaya dapat memberi bantuan kepada IKS yang sedang dilanda kesusahan ketika kegawatan ekonomi kita.

Tuan Pengerusi, oleh itu peruntukan sejumlah RM82 juta, jadi ini satu galakan dan mungkin satu caranya untuk memberi bantuan kepada IKS, maka dengan cara yang lebih sesuai, lebih mudah supaya IKS dapat melalui permohonannya supaya tidak ada rintangan dan halangan dari pihak-pihak tertentu di mana IKS ini akan dapat pinjaman untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi ini.

Tuan Pengerusi, saya juga hendak meminta penjelasan daripada pihak kementerian bagaimana penubuhan perkilangan IKS yang akan diperuntukkan RM22 juta pada tahun hadapan. Pihak kementerian ada bermacam cara untuk kenal pasti tapak-tapak perkilangan IKS sama ada dapat koordinasi dari pihak kerajaan negeri untuk menentukan tapak yang lebih sesuai untuk IKS. Kalau sudah kenal pasti tapak-tapak perkilangan IKS itu cara mana untuk memberi penentuan permohonan supaya IKS yang tidak ada tapak kilangnya dapat permohonan supaya dapat satu tapak untuk menjalankan perniagaan mereka.

Tuan Pengerusi, saya dapati banyak tapak IKS yang diwujudkan oleh pihak pemaju swasta, tapi oleh kerana kemudahan-kemudahan yang wujud tidak lengkap walaupun tapak-tapak atau kilang-kilang perusahaan telah dijual kepada IKS, semasa mereka dapat beli tapak kilang tersebut menghadapi masalah ini. Mungkin ke hadapan masalah kekurangan air, kekurangan bekalan elektrik seperti satu tapak industri di Pusat Industri Puchong. Lebih 200 kilang telah wujud, pembelinya dapat kunci dari pihak pemaju swasta dalam masuk tanpa air, ia sedang menghadapinya saya telah uruskan dengan pihak berkuasa tempatan, walaupun mungkin ini di luar bidang kuasa kementerian tetapi oleh kerana wujudnya Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana patutnya beri bantuan kepada pihak IKS yang sedang menghadapi masalah ini. Mungkin dapat berunding atau koordinasi dengan pihak tertentu untuk mengatasinya. Mungkin ini satu peranan dan fungsi yang akan dijalankan oleh perbadanan supaya memberi panduan kepada IKS yang menghadapi masalah ini.

Dengan adanya penubuhan tapak-tapak perkilangan IKS di bawah kementerian itu, maka mungkin akan memberi lebih kemudahan kepada IKS, tetapi sama ada kos pembinaan munasabah supaya IKS boleh membeli tapak-tapak daripada kementerian ini dengan harga yang lebih munasabah. Kalau kos itu lebih tinggi, mahal mungkin IKS tidak dapat membelinya, mungkin jadikan rancangan ini gagal, jadi mintalah penjelasan yang lebih lanjut dengan cara mana untuk Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana akan memberi bantuan kepada IKS yang sebenar-benar berlaku di negara kita ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Yan.

12.44 tgh.

Dato’ Haji Badruddin bin Amiruldin [Yan]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin membincang Butiran 080100 - Persidangan APEC. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga kakitangan kementerian yang telah berjaya menganjurkan APEC, walaupun persidangan tersebut telah dicemari oleh barbarian dari Amerika iaitu Al Gore dan ‘Alblur’ bukan Albright, kalau orang bright itu, ia tidak bercakap begitu, ini dia ‘blur’. Bila fikiran dia blur dia bercakap begitu. Jadi Tuan Pengerusi, persidangan ini amat memanfaatkan Malaysia menaikkan nama Malaysia dan juga membuktikan kepada dunia bahawa keadaan di Malaysia ini amatlah aman, tenteram walaupun tunjuk perasaan mingguan diadakan, tetapi ini tidak langsung menjejas kedudukan perniagaan, perdagangan dan juga pemufakatan rakyat Malaysia.

Tuan Pengerusi, saya di sini ingin merakamkan amat kecewa di atas sikap Al Gore yang telah datang ke Malaysia untuk menghadiri dan menjadi tetamu kepada Persidangan APEC dan beliau bersikap begitu kurang ajar, datang ke majlis makan ke rumah kita kemudian maki kita, kemudian makan pun tidak, balik, saya berharap Al Gore ini jangan masuk lagilah ke Malaysia. Get out from Malaysia, dengan izin Tuan Pengerusi, bahawa kita tidak memerlukan orang yang sedemikian, kalau saya ingat orang bangsa-bangsa barbarian ini. Tuan Pengerusi, [Tepuk] di zaman moden ini tidak wujud lagi tetapi rupanya ada, di Amerika ada, jenis yang otak mereka ini agak bercelaru dan keliru tidak langsung mengerti bagaimana menghormati inilah budaya kita yang baik di Malaysia ini.

Tuan Pengerusi, di Malaysia, kalau kita pergi rumah orang, orang panggil kita makan, kalaupun nasi itu tak sedap kita habis-habisan kita kata bagus. Balik ke rumah kita kira lain, kita sakit perut kita urut minyak tak kisahlah tu, tapi ni makan tidak, apa tidak kita bagi penghormatan dekat dia untuk berucap kalaupun dia marah kepada sistem perundangan kita, tunggulah tempat yang wajar di persidangan akhbar yang khas, ini bukan di majlis jamuan orang panggil makan bermaknanya jenis American ni depa tidak ada langsung budi bahasa. Dia very root, dengan izin, Tuan Pengerusi. Mentality, I dont no, betullah macam Rafidah Aziz kata, sampai saya nak cakap pun tak tahu punya geram, geram sungguh, dengan lapar tengah hari ini. Depa ingat depa boleh bagi duit sikit-sikit kat kita depa boleh kata lebih kurangkah?

Dia can get lost, sungguh, jadi saya berharap hari Tuan Pengerusi, terbukti dan ternyata bahawa wakil rakyat Permatang Pauh mendapat sokongan yang kuat daripada Amerika, yang basenya Yahudi, jadi la ni saya minta pejuang-pejuang Islam, rakyat Malaysia termasuk parti PAS ada sedikit pemimpin-pemimpin yang menyokong oleh Gerak, lihat Tuhan telah membuktikan dan kenyataan hari ini Setiausaha Negara Amerika, Albright, Timbalan Presiden Al Gore mewakili Presiden Clinton yang moralnya begitu rendah dan jijik hari ini datang ke Malaysia menyokong Yang Berhormat dari Permatang Pauh, isteri Yang Berhormat Permatang Pauh - kereta daripada Duta Amerika pergi ke rumah ambil bawa ke hotel. Memberi sokongan moral, saya tidak dengar dari negara-negara Islam memberi sokongan moral kepada Yang Berhormat dari Permatang Pauh dan mengkritik Kerajaan Malaysia dari segi perundangan kita.

Hari ini kita dapat lihat dari Amerika Syarikat negara yang sentiasa membunuh orang Islam, negara yang hentam orang Islam di Kosovo yang akan menyerang Iraq datang ke Malaysia menyokong gerakan reformasi dan Timbalan Presidennya menyuruh rakyat Malaysia bangun di jalan raya menentang dan merobohkan kerajaan dan mereka anggap yang menunjuk perasaan ini ialah hero, adalah pejuang-pejuang keamanan.

Tuan Pengerusi, kalaulah peristiwa menunjuk perasaan ini berlaku di negeri mereka, apakah perasaan mereka? Amerika Syarikat ini dia cerdik Tuan Pengerusi, dia guna negeri lain untuk tak cuba senjata dia, guna negeri-negeri lain untuk bergaduh kemudian dia kaut, Saudi negara yang kaya- raya suatu ketika, hari ini nyaris-nyaris bankrap kerana Amerika Syarikat kononnya, kononnya mereka hendak menolong Kuwait, menggunakan Saudi dan akhirnya Saudi terhutang berbilion dengan pihak Amerika Syarikat. Inikah yang dikatakan pejuang keadilan dan keamanan.

Tuan Pengerusi, saya hairanlah mengapakah negara yang sebesar sedemikian sepatutnya menghormati kita, menghormati negara-negara ini dan saya percaya sikap Al Gore ini adalah sama sikap Presiden Clinton yang menyokong tindakan Yang Berhormat dari Permatang Pauh, sepatutnya mereka yang sedar tentang hak asasi manusia menyerah perkara ini kepada mahkamah untuk menentukan.

Kita ada undang-undang yang cukup adil dan telus. Jadi, tidak sepatutnya mereka datang ke negara kita dengan alasan untuk menghadiri Persidangan APEC, melibatkan diri dalam politik kita. Pasal apa dia hendak jaga tepi kain kita. Dia ingat Amerika itu baik tara mana. Di sana kalau pukul 7.00 malam, kalau kita keluar tidak tentu kita boleh balik ke hotel kita. Kalau dia tidak boleh samun kita, kaki kita pun dia ambil. Ini yang dikatakan penyanyak Amerika, bukan baik sangat di Amerika, pergilah tengok. Kita keluar dari hotel tidak tentu, kita akan akan mati, kita akan hilang. Berapa ramai rakyat Amerika yang tidak ada rumah yang tidur berkeliaran di bawah jejambat, di kaki lima, cukup banyak. Di Malaysia mana ada. Kalau ada, itu orang yang tidak centre. Yang itu otaknya celaru, dia tidak tahu rumahnya. Yang itu tidak mengapalah kerajaan ambil alih bubuh di pusat. Jadi, tidak ada. Di negara kita ini cukup baik.

Jadi, saya kira, Tuan Pengerusi, saya berharap Presiden Clinton yang kedudukan maruahnya pun masih dipertikaikan di Amerika Syarikat, tengah dok buat kerja dalam pejabat pun dia buat satu kerja lain. Dalam pejabat dia buat dua kerja dalam satu masa, cuba fikirlah. Kerja hak pejabat boleh buat, kerja hak itu dia boleh buat, cuba fikirlah apa jenis manusia ini. At one time dia boleh buat dua kerja, masih dipertikaikan oleh rakyat Amerika dan dunia. Dia boleh datang ke Malaysia hendak mempertikaikan masalah perundangan kita.

Saya berharap rakyat Malaysia akan faham dengan serius, akan faham hasrat tersirat Amerika Syarikat.....

Tuan Haji Noh bin Omar: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya, ada yang bangun.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Boleh.

Tuan Haji Noh bin Omar: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya tadi tertarik dengan Yang Berhormat mengatakan Amerika daripada sejarah tidak pernah sokong pun pejuang-pejuang Islam atau perjuangan Islam. Kita tengok Usama bin Laden pun pejuang Islam mereka hendak tangkap. Pemuda yang buta, Sheikh Omar Abdul Rahman, saya sudah lupa pun dipenjara dengan tidak adil. Jadi, saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat, mengapakah agaknya Amerika sokong sangat bekas Timbalan Perdana Menteri kita. Adakah kerana bekas Timbalan Perdana Menteri ini seorang pejuang Islam. Yang kita lihat dalam sejarah tidak pernah Amerika sokong pejuang-pejuang Islam. Tetapi hari ini Ahli Yang Berhormat dari Permatang Pauh dia terkenal sebagai pejuang Islam. Apakah sebab, bolehkah Yang Berhormat fikirkan mengapakah agaknya Amerika hendak menyokong pejuang Islam yang kononnya pejuang Islam dari Malaysia ini. Kita tengok bila bekas Timbalan Perdana Menteri kita pergi ke Amerika pun dahulu diberi sambutan dengan carpet merah. Jadi, nampak sangat dia agung-agungkan bekas Timbalan Perdana Menteri. Adakah sebab dia seorang pejuang Islam ataupun ada udang di sebalik batu?

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Pengerusi, jawapannya mudah. Bila orang itu ada hobi yang sama, dia akan sokong. [Ketawa] Kalau tidak percaya, kalau kaki ekor, yang main judi, macam mana kita beritahu dia pun, dia kata judi bagus macam itulah. Jadi, manusia macam itu. Bila hobi yang sama, kita larang macam mana pun tidak berupaya. Dia kata everything is alright, it is okay, it is normal. Behind or front is normal, dengan izin. [Ketawa] Jadi, saya boleh kata apa, itu hobi, benda itu betul. Sebab itulah dalam Islam disuruh menikah empat, suruh berlaku adil, itu Tuhan Maha Kaya yang sudah siap mengatur. Tetapi Tuhan tidak kata, go-ahead, ‘gostan’ dalam Al-Quran, tidak ada. Itulah sebabnya Yang Berhormat dari Tanjong Karang. [Ketawa]

Jadi, saya percaya pasal apa Amerika Syarikat tidak pernah menyokong Islam. Dia memperalatkan Islam ada. Macam dia peralatkan Arab Saudi dengan menjual senjata dan sebagainya. Dia guna pemimpin Islam, tetapi hendak menyokong tidak. Tidak pasal dia hendak menyokong. Tetapi hari ini saya minta rakyat Malaysia termasuk pemimpin-pemimpin PAS dan DAP lihat sendiri tokoh Amerika Syarikat datang ke Malaysia berbincang dengan bekas pemimpin kita yang sedang menghadapi perbicaraan. Jadi, di sini kita dapat lihat kenapakah Amerika Syarikat menyokong kuat Permatang Pauh semata-mata hendak menunjuk kepada dunia bahawa keadilan di Malaysia ini tidak ada.

Saya sungguh menghormati Srikandi, saya hendak beri penghormatan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Eloklah dia ajar puak-puak ini. Saya ingin label ‘Gore’ dengan ini biar Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.....

Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: [Bangun]

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Sila Pokok Sena.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Tuan Pengerusi, saya minta Yang Berhormat dari Yan, bila sebut ‘Gore’ sebut Goh Cheng Teikkah, Goh Chock Tongkah. Minta sebut betul-betul. Sebab kita ada Timbalan Menteri, Goh Cheng Teik. Singapore Prime Minister, Goh Chock Tong. Jadi, Al-Gore ini mungkin keturunan Arab.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: ‘Al-Gore’. Kita punya menteri bukan lekeh. Level Timbalan Presiden dan Albright kita beri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sahaja handle, no problem. Kita punya Prime Minister relax, don’t worry Sir. You sit there properly, we handle the case, dengan izin, Tuan Pengerusi. [Ketawa] We have more ministers. Kita ada Menteri Sumber Manusia, dia akan employ semua buruh-buruh dengan Al-Gore gone. [Ketawa] Jangan main-main. Saya ucap tahniah.

Sungguhpun kita menteri kita dalam persidangan ini dia ‘pokpet’ sedikit tidak mengapa, dia tegas. Kita tengok dalam surat khabar hari ini dia kata, don’t open big mouth dan bubuh kaki masuk dalam mulut. Ini cukup bagus. Dia kata dia tidak kira walaupun five cent mereka hendak beri berapa juta, you go to hell. Sebab maruah kita bukan boleh jual-beli. Datang hendak beri pinjaman, bantuan berjuta-juta, kemudian maki kita. Ingat kita lekeh tara mana. Kita ada maruah, negara kita berdaulat. Kita berjuang dengan titisan darah untuk mendapat kemerdekaan. Puak Red Indian datang hendak act dengan kitakah. They can go to hell! Tuan Pengerusi, dengan izin. Tepuklah sedikit. [Tepuk]

Tuan Pengerusi, saya berharaplah supaya rakyat Malaysia, dan saya berharap Yang Berhormat dari Marang, pemimpin PAS beritahu kepada Presiden PAS dengan.....[Y.B Kubang Kerian masuk ke dalam Dewan] Sila, Yang Berhormat. [Ketawa] Arau balik awal. Beritahu kepada Fadzil Noor, saya tahu PAS bukannya semua sokong Permatang Pauh. Macam Marang bagus, duduk senyap-senyap. Kubang Kerian pun bagus, dia duduk senyap dia tidak kacau apa. Ini hak Gerak semuanya. Apa yang mereka hendak gerak. Sekarang ini bermakna sudah terbukti Yang Berhormat dari Permatang Pauh yang ada di belakang dia Amerika Syarikat. Saya hendak tahu stand daripada PAS sama ada PAS atau Gerak termasuk Yang Berhormat Dato’ Fadzil Noor, Mahfuz dan rakan-rakan lain daripada socialist dan sebagainya termasuk DAP sama masih hendak menyokong Yang Berhormat dari Permatang Pauh, bermakna mereka menyokong Amerika Syarikat. Mereka sekongkol dengan Amerika Syarikat. Kalau mereka sekongkol dengan Amerika Syarikat, bermakna mereka adalah pengkhianat kepada negara kita. Saya kira Amerika Syarikat sekarang ini dia ingin Malaysia haru-biru. Dia mahu rakyat ini bangun tunjuk perasaan. Apa jenis manusia. Kita sebagai pemimpin kena sabar beritahu menenangkan keadaan, bukan menghuruharakan keadaan. Depa boleh kata, yang tunjuk perasaan ini ‘hero’, cuba fikir tengok. Tengoklah di Indonesia beribu yang cedera, yang luka parah, yang mati. Bukan ada hala tujuan langsung. Berilah peluang kepada kerajaan hendak betulkan keadaan.

Jadi, ini menunjukkan Tuan Pengerusi, negara kita ini sebuah negara yang mengikut peraturan dan undang-undang, undang-undang yang dibuat oleh rakyat. Di Amerika Syarikat undang-undang bukan tentu arah. Pistol bubuh dalam poket macam Cowboy, tembak ‘pompang-pompang’. Kita di sini bukan boleh main-main. Jumpa peluru pun gantung.

Tuan Pengerusi: Cukuplah, Yang Berhormat. Masa Yang Berhormat sudah cukup.

Dato' Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya menyokong kementerian ini dan saya harap menteri steady, go on. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula]

Tuan Yang di-Pertua: Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Persidangan disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ong Tee Keat) mempengerusikan Mesyuarat]

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sekarang masih berada dalam peringkat perbahasan Jawatankuasa di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Ada sesiapa lagi yang hendak mengambil bahagian dalam perbahasan ini?

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Balik Pulau.

2.31 ptg.

Dr. Nungsari bin Ahmad Radhi [Balik Pulau]: Tuan Pengerusi, terima kasih. Di bawah Kepala B.20 – Butiran 030000 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Tuan Pengerusi, Malaysia adalah sebuah negara perdagangan yang besar, yang ketujuh belas terbesar kalau kita ukur dari segi nilai dagangan dua hala negara kita dan kita juga mempunyai satu struktur ekonomi yang sangat berlandaskan kepada ekonomi luar iaitu kalau kita lihat daripada nilai import dan juga eksport negara kita ini, kalau kita jumlahkan kedua-dua komponen itu maka jumlah amaun itu adalah lebih daripada 130% daripada ekonomi negara sendiri dan kita lihat daripada permintaan agregat dalam negara hampir 60% daripada permintaan agregat dalam negara adalah berasaskan kepada ekonomi luar negara. Ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang struktur ekonominya begitu bergantung kepada ekonomi negara luar.

Tuan Pengerusi, di bawah Kepala ini saya ingin membuat beberapa pemerhatian dan juga bertanyakan beberapa persoalan tentang pembangunan perindustrian dan juga perdagangan dalam negara kita ini.

Pertamanya, kita lihat bahawa dalam tempoh 25 atau 30 tahun yang lepas, apabila kita memulakan sektor pembuatan dalam negara kita ini, kita bermula dengan menjemput pelaburan luar ataupun foreign direct investment dan kawasan saya adalah satu kawasan antara yang terawal menggunakan strategi ini pada awal tahun 1970.

Apa yang kita dapati sekarang ini setelah lebih daripada 20 tahun, kita telah berjaya menjadikan sektor pembuatan (manufacturing) ini sebagai satu sektor yang utama, kita lihat angka tahun 1998 misalnya dianggarkan RM231 bilion daripada RM286 bilion eksport kita adalah dihasilkan daripada sektor pembuatan, tetapi terlalu besar angka sektor pembuatan ini datangnya daripada FDI dan oleh itu kita banyak bergantung kepada multinasional yang hadir dalam negara kita ini untuk menjanakan output yang tersebut dan apa yang kita lihat sekarang ialah sebahagian besar daripada komponen input untuk mengeluarkan output untuk eksport ini adalah juga diimport.

Dalam sektor elektronik misalnya di Bayan Lepas 80% lebih daripada nilai yang dieksport itu adalah sebenarnya barangan perantaraan ataupun barangan modal yang diimport. Ini bermakna bahawa penjanaan nilai ditambah yang dihasilkan dalam negara kita ini daripada sektor ini adalah kecil.

Ini satu perkara yang merupakan sedikit masalah kepada kita kerana walaupun kita sudah matang, saya ingat dari segi jenis pelaburan semacam ini tetapi perkara ini masih lagi berterusan. Jadi, satu dari kesannya ialah komponen import yang terlalu tinggi di dalam eksport pembuatan.

Yang kedua, ialah kita juga sudah mula menggunakan sebilangan yang tidak kecil pekerja asing di dalam sektor pembuatan ini dan ini telah mencacatkan pembangunan produktiviti dalam negara dan kita lihat bahawa oleh sebab pertambahan pelaburan modal yang terlalu tinggi dan penggunaan buruh pada tahap yang rendah, yang terlalu banyak telah menjadikan total factor productivity di dalam negara kita ini dalam empat, lima tahun yang lepas menurun sebenarnya dan ini mencacatkan produktiviti keseluruhan ekonomi negara. Itu yang pertama. Yang kedua, ia tidak melepaskan kita daripada bergantung kepada buruh asing khususnya buruh asing pada tahap kemahiran yang rendah. Yang ketiga, ia juga menghalang ataupun tidak memaksa kita untuk meningkatkan kemahiran dan juga tahap pembangunan manusia di kalangan pekerja kita sendiri.

Jadi, walaupun dalam Pelan Induk Perindustrian Kedua yang telah dibentangkan pada awal tahun ini kalau tidak silap saya, kita telah mengemukakan strategi yang tertentu dan mengenal pasti sektor-sektor yang tertentu, penggunaan pendekatan cluster approach yang dicadangkan dalam IMP yang kedua itu, tetapi jelas pada saya bahawa kita perlu memberi sedikit perhatian kepada soal pergantungan yang terlalu banyak kepada FBI ini.

Kedua, penggunaan buruh asing yang tidak berkemahiran tinggi dalam sektor ini dan ketiga, soal peningkatan produktiviti pekerja secara umum dalam negara kita ini.

Tuan Pengerusi, satu hal lagi dalam pada membangunkan perindustrian dan khususnya untuk kita bersaing di dalam ekonomi dunia yang tidak dapat kita lari sebab struktur ekonomi kita telah distrukturkan begitu bergantung kepada sektor luar ialah kita juga perlu membangunkan industri ataupun firma-firma dalam negara kita ini yang berkemampuan untuk bersaing di luar negara.

Tuan Pengerusi, kalau kita melihat dalam mana-mana negara yang mempunyai kelebihan perbezaan (comparative advantage) dalam pasaran dunia, mereka mempunyai comparative advantage dalam bidang yang mana terdapat persaingan yang tinggi dalam negara tersebut. Kalau dalam barangan pengguna yang tahan atau the consumer durables kita lihat bahawa negara seperti Jepun yang mempunyai syarikat National, Sony, Toshiba dan sebagainya yang mengeluarkan produk-produk ini, mereka mempunyai persaingan yang begitu kuat dalam negara sendiri dan akhirnya persaingan sesama mereka itu dalam negara telah menjadikan mereka lebih cekap dan oleh kerana mereka lebih cekap dan mereka boleh menguasai pasaran-pasaran lain di luar dan kalau kita lihat misalnya di Itali kalau ramai orang pandang rendah Itali sebagai sebuah negara perindustrian, tetapi kalau kita lihat dalam pengeluaran barangan yang tertentu misalnya kita lihat pada high fashion, misalnya Gianni Versace, nama-nama Itali ini semua mereka begitu mempunyai kepakaran di dalam high fashion ini sama ada kasut, neck tie, suit atau sebagainya dan persaingan yang kuat sesama mereka di dalam negara telah menjadikan mereka mempunyai kelebihan berbanding dengan negara-negara lain untuk mendapat sebahagian besar daripada pasaran dunia di dalam bidang yang sama.

Jadi, ini berlaku kepada banyak industri kalau kita boleh beri banyak contoh. Jadi, dalam pembentukan struktur industri dan pembangunan perindustrian dalam negara kita, kita hendaklah sentiasa mengambil kira faktor ini iaitu membentuk satu industri yang mana kita hendak ketengahkan industri itu dalam pasaran dunia tetapi tidak membenarkan penguasaan pasaran kepada mana-mana satu syarikat dalam negara yang terlalu besar kerana kalau kita hendak promote satu industri misalnya tetapi tidak ada banyak firma dalam negara kita dalam bidang yang tersebut, maka sudah tentu tidak ada persaingan sesama mereka dalam negara yang boleh meningkatkan kecekapan mereka dalam pasaran dan oleh itu membolehkan mereka bersaing dalam negara.

Jadi, sekarang ini kita lihat daripada syarikat-syarikat yang tersenarai dalam bursa-bursa saham di Kuala Lumpur ini, sama ada di papan utama ataupun papan kedua, kita lihat syarikat kita ini terlalu horizontally integrated, maknanya syarikat itu walaupun dia disenaraikan di bawah katakan industrial product, tetapi dia juga jadi contruction, dia juga property, dia juga consumer, product, dia juga hendak buat finance, jadi struktur industri ataupun syarikat sebegini rupa tidak membenarkan pengkhususan yang dalam sama ada pengkhususan dari segi teknologi, pengurusan dan sebagainya yang boleh meningkatkan kecekapan firma yang tersebut.

Jadi, bukan sesuatu yang janggal kita lihat sekarang ini kemunculan firma yang begitu horizontally integrated dalam negara dan saya rasa syarikat-syarikat ini dalam struktur pasaran yang sedemikian tidak boleh menaikkan dia punya kecekapan dan membolehkan mereka untuk bersaing di luar negara kerana akhirnya apa juga pembentukan perindustrian dalam negara kita ini, kita hendaklah menjurus kepada pembentukan firma dan industri dalam negara kita ini yang boleh bersaing di luar negara kerana kita sedar bahawa satu, pasaran dalam negara adalah tidak besar; dan kedua, apa juga kita hendak buat, kita kenalah bersaing di dalam di luar negara.

Jadi, ini bangkit kepada soal yang berikutnya, Tuan Pengerusi, bawah Kepala 070000 – bawah SMIDEC ini, saya ingin cadangkan supaya kementerian dan kerajaan pada umumnya memberi, melihat semula khususnya dalam keadaan semasa sekarang ini di mana kita boleh melihat semula dasar dan juga pembentukan polisi kita ialah melihat semula kepada polisi menarik pelaburan asing dalam bidang-bidang tertentu dan juga Industrial Master Plan yang kedua.

Saya bersetuju misalnya apa yang dikatakan oleh rakan saya daripada Serdang tentang Taiwan ini. Kita telah, saya ingat dalam tempoh 15 tahun yang lepas, 10 tahun yang lepas telah modelkan pembangunan industri kita ala Korea ataupun ala Jepun, pembentukan Kebo ataupun Sogohosha ini dan jelas sekali bahawa walaupun model ini telah menghasilkan kejayaan yang besar kepada Jepun dan juga kepada Korea, tetapi model ini mempunyai kelemahan-kelemahan yang tersendiri yang apabila masa berlalu ia berkumpul dan menyebabkan kedua-dua jenis ekonomi yang seperti ini, Jepun dan juga Korea, tidak boleh tahan lama, not sustainable. Model yang boleh digunakan di Malaysia ialah model yang lebih berasaskan kepada apa yang dilaksanakan di Taiwan, yang berdasarkan kepada syarikat-syarikat yang kecil. Struktur organisasi ataupun industrial organization dia ialah banyak syarikat-syarikat yang kecil dan ini saya rasa adalah merupakan peranan SMIDEC yang utama dan kementerian khususnya, iaitu bagaimana kita mahu membentuk competencies dalam bidang-bidang dengan menggunakan kemunculan syarikat-syarikat yang tidak besar, syarikat-syarikat yang bukanlah kecil tetapi syarikat-syarikat yang sederhana besarnya kerana sektor ekonomi yang sebegini rupa lebih fleksibel dan lebih memunculkan persaingan sesama mereka dan menjadikan di kalangan mereka yang survive dalam persaingan ini. Cekap untuk mendapat kejayaan di dalam pasaran dunia yang tertentu dan kita juga hendaklah membangunkan industri-industri dalam bentuk yang sebegini rupa yang mana kita mempunyai kelebihan dengan negara-negara yang lain.

Tuan Pengerusi, kalau kita hendak membentuk kelebihan ada setengah orang bercakap dalam 5 tahun, 6 tahun ini dalam buku-buku yang ditulis, kita tidak payah bergantung kepada kelebihan persaingan semula jadi. Kita boleh membeli kelebihan persaingan itu dengan membeli teknologi dan sebagainya tapi saya ingin memberi caution di sini kerana kalau pendekatan yang sedemikian rupa akan menjadi mahal, maknanya kita kena protect, kita kena lindungi industri-industri yang tersebut. Adalah lebih baik kita gunakan kelebihan yang ada dalam negara kita ini berbanding dengan negara lain dan membentuk industrial sturcture itu tetapi menggunakan pendekatan SMI yang saya katakan tadi.

Jadi, kita hendaklah membangunkan lebih banyak petrochemical industry, oleochemical industry yang dan juga resource-based industry yang tertentu yang mana kita boleh bersaing secara yang efisien dalam pasaran dunia dan juga kita boleh mewujudkan banyak firma dalam negara kita sendiri. Yang berikutnya Tuan ……..

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, masa cukup.

Dr. Nungsari bin Ahmad Radhi: Tuan Pengerusi, saya akan habiskan. Kenalah juga kita beri penekanan kepada sektor perkidmatan kerana yang menjadi masalah dalam negara kita ini ialah kelemahan kita dalam sektor perkhidmatan, berbagai-bagai jenis sektor perkhidmatan - pengangkutan, telekomunikasi, insurans, perbankan, macam-macamlah yang services industry ini. Kita hendak supaya penekanan kepada pembangunan sektor perkhidmatan sebagai satu sektor menghasilkan pertukaran asing ini hendaklah kita beri penekanan. Saya difahamkan saya pernah bangkitkan soal ini dahulu dalam kita punya Human Resource Development Fund pun penggunaannya untuk latihan dan juga peningkatan kemahiran ini untuk sektor perkhidmatan yang berbagai-bagai jenis ini kurang.

Jadi, di sektor inilah untuk sebuah negara yang bukan besar, yang mempunyai penduduk yang tidak ramai, kalau kita tekankan pembangunan manusia, maka dalam sektor-sektor inilah kita boleh menjana pulangan ekonomi yang lebih tinggi. Dan akhirnya, Tuan Pengerusi….

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat.

Dr. Nungsari bin Ahmad Radhi: Satu minit sahaja, ialah……

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Masa tidak mengizinkan, Yang Berhormat.

Dr. Nungsari bin Ahmad Radhi: Saya cuma hendak minta clarification daripada kementerian, Tuan Pengerusi, konsep Free Commercial Zone yang telah dilaksanakan, ini adalah satu konsep yang baik dan telah dilaksanakan dalam kawasan yang cukup kecil di Lapangan Terbang Bayan Lepas. Ini adalah satu konsep yang cukup baik dan saya berharap mendapat penjelasan daripada kementerian tentang adakah konsep ini hendak diperluaskan lagi untuk merangkumi keseluruhan zon perindustrian Bayan Lepas supaya kita boleh bangunkan kawasan Lapangan Terbang di Bayan Lepas ini. Rakyat saya banyak yang sudah kena lay-off daripada manufacturing ini boleh bertumpu kepada perdagangan dalam Free Commercial Zone ini. Tuan Pengerusi, saya minta maaf. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Kubang Kerian.

2.45 ptg.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Tuan Pengerusi, perdagangan dua hala dan juga APEC yang ingin saya sentuh pada petang ini dalam masa yang ringkas. Tuan Pengerusi, memang mutakhir ini kita lihat bidang ekonomi tidak boleh dipisahkan dengan politik sebab keselamatan ataupun ketenteraman sesebuah negara menentukan arah ekonomi pada masa akan datang. Oleh itu keadaan politik dan ekonomi tidak dapat dipisahkan.

Dalam persidangan APEC kita melihat walaupun ianya persidangan hal-hal ekonomi tetapi banyak perwakilan menyentuh soal politik.

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, ini butiran yang ke berapa, Yang Berhormat?

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: APEC – 080100, Persidangan APEC. Sudah veteran Tuan Pengerusi, tidak apalah. Dari segi politik dalam negeri, kami daripada PAS sudah tentulah orang yang selalu menegur, membangkang, bertindak bahkan sampai habis suara lawan UMNO, Barisan Nasional bahkan kami hendak jadikan Kubang Pasu sebagai Kubang PAS, pilihanraya akan datang. Itu hasrat kami. Kalau kami puji Perdana Menteri, kami suka dekat dia, lebih baik masuk UMNO.

 

Jadi kami mengkritik dasar-dasar ekonomi yang dibuat oleh Perdana Menteri terutama dasar penswastaan dan sebagainya, jadi jelas sikap kami terhadap UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti pembangkang. Tetapi sikap Amerika Syarikat yang ini yang kita tak setuju bila beliau mencampuri urusan politik sesebuah negara, Amerika Syarikat boleh mengkritik secara umum, misalnya, berikan kebebasan demokrasi, hapuskan ISA, kebebasan cetak, kebebasan akhbar, kritikan secara umum begitu, tetapi Amerika tidak boleh "point form" menyokong mana-mana group, kalau Amerika menyokong UMNO pun kami tidak setuju, Amerika menyokong DAP pun kami tidak setuju, kalau Amerika menyokong PAS pun kami tidak setuju. Bila Amerika sebuah kuasa besar tunjukkan group mana yang dia sokong, ini satu perkara dia sudah mencampuri urusan dalam negara. Kita tahu Amerika ini bukan sebuah negara yang ada standard, sebenarnya tidak ada standard langsung. Kita lihat dia memperjuangkan demokrasi, kami dan kita memperjuangkan demokrasi, kita tidak puas hati terhadap demokrasi di Malaysia, betul, tetapi Amerika yang memperjuangkan demokrasi kadang-kadang dia menyokong puak yang tidak demokrasi, misalnya, Amerika berbaik dengan negara-negara Teluk yang tidak ada pilihan raya langsung di negeri mereka. Sama ada Arab Saudi, Bahrain, United Arab Emirates, Kuwait - ada pilihan raya, dan mereka menyokong golongan-golongan ini tujuannya untuk meletakkan pangkalan-pangkalan tentera mereka di negeri itu. Amerika juga menyokong Taleban, yang kita tahu perangai Taleban ini hak asasi mereka terhadap wanita, tidak mengizinkan wanita keluar rumah, wanita kena duduk dalam rumah kena sapu cat cermin rumah mereka. Dalam keadaan begitu Amerika boleh menyokong Taleban.

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat Parit Buntar bangun.

Tuan Abdul Rahman bin Haji Sulaiman: Terima kasih, sikit sahaja. Ada dua perkara yang saya minta penjelasan. Pertama, Yang Berhormat kata tadi Amerika menyokong puak yang tidak demokratik, jadi dalam keghairahan sekarang sebenarnya Amerika menyokong puak yang terlibat dalam reformasi di Malaysia. Jadi apakah bermakna bahawasanya saudara setuju bahawa golongan reformasi itu tidak demokratik. Kedua, sama ada dengan kenyataan Yang Berhormat tadi bermakna bahawa PAS sebagai sebuah parti mengutuk tindakan Al Gore dan Madeleine Albright yang campur tangan dalam urusan Malaysia. Terima kasih.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Sikap kami terhadap Amerika jelas, kamilah yang paling banyak berdemonstrasi di hadapan kedutaan Amerika, hantar memorandum terhadap sikap-sikap Amerika kepada dunia Islam, selalunya selama ini UMNO yang lunak dengan Amerika, sikap kami jelas, sebab itu Amerika ini memang sebuah negara yang cukup jahat. [ahli lain menyampuk] Tak apalah, jawablah sekejap lagi. Tetapi kita lihat dia hendak berdagang kononnya negeri yang berdemokrasi, tetapi saya sebut tadi, dia menyokong Taleban, negeri Teluk yang membunuh para penentang-penentang tanpa bukan setakat ISA, bunuh terus penentang-penentang seperti di Bahrain dan sebagainya.

Begitu juga kita lihat apabila Amerika menyokong Shah Iran, ulama-ulama Iran bukan setakat dibunuh secara biasa, dibuang daripada helikopter ke laut garam. Dalam keadaan begitu Amerika dengan tenteranya, dengan perisiknya menyokong Shah. Naik pemerintah sekarang di Iran, mereka ada pilihan raya, Presiden ditentukan dengan pilihan raya, Ahli Majlis macam kita di sini Senate, expert of council ditentukan oleh pilihan raya, kalau mereka hendak kritik pun kritik caa pilihan raya, tetapi tidak, Amerika berdegil tidak mahu buat hubungan dengan Iran, kerana mereka tahu negeri itu tidak boleh mengikut telunjuk mereka. Jadi sikap Amerika ini begitu jelas sekali, begitulah juga mereka bercakap soal kedaulatan undang-undang, ya, berhak mereka kritik, kita pun tidak puas hati kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Dalam Parlimen ini kita menegur bagaimana surat Syed Ahmad Idid, yang menceritakan bagaimana kepincangan dalam sistem kehakiman, kita hentam, kita kritik, tetapi Amerika sendiri dalam membicarakan rakyatnya dan orang luar yang datang ke negerinya, kita lihat bagaimana Sheikh Omar Abdul Rahman ulama buta yang dituduh merancang dan mengebom Trade Center di New York, ulama buta yang sudah tidak berupaya umur 60 tahun lebih hafiz Al Quran, dituduh merancang mengebom Trade Center dan dipenjarakan seumur hidup dan dia seorang ulama ditelanjangkan bahkan di periksa punggung Sheikh Omar Abdul Rahman dihina diperiksa dengan begitu rupa. Ini yang lawyer daripada Sheikh Abdul Rahman memberitahu dunia tetapi dunia diam terhadap kezaliman yang apa yang dilakukan oleh mahkamah Amerika terhadap Sheikh Omar Abdul Rahman.

Sebab itu bagi kami, jelas saya sebut tadi, suara saya pun parau kerana hentam Dr. Mahathir bin Mohamad tiap-tiap malam, itu hak saya sebagai rakyat Malaysia, sebagai parti pembangkang. Tetapi Amerika ini dajal, bila dia buat sesuatu dia ada nawaitu, bukan soal demokrasi, bukan soal human right, tetapi dia hendak jadi polis dunia, dia hendak jadi kuasa utama, kuasa dagangan dan kuasa militer, inilah dia yang dia buat di Timur Tengah.

Dato' Azmi bin Khalid: Minta penjelasan. Terima kasih Pandangan Yang Berhormat itu memang secocok. Saya hendak tanya satu soalan, dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi bahawa Amerika bukan berniat untuk menegakkan demokrasi bahkan menegakkan apa saja yang menyokong mereka. Adakah bermakna mereka lebih mementingkan mewujudkan, menegakkan pemimpin-pemimpin yang kroni yang mereka boleh arah, maknanya mereka mewujudkan kepimpinan yang kroni antarabangsa untuk sujud kepada apa sahaja kehendak Amerika.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Di negara-negara Arab begitulah, mereka mahu negara itu tunduk kepada mereka, mereka boleh buka American Base dan tujuannya ialah untuk mengawal terutama sekali kebangkitan Islam. Sebab itu mereka terlalu memusuhi Sudan dan memusuhi Iran dan potensi yang ada kepada Iraq. Kita lihat satu lagi sifat Amerika di atas human right mereka semasa Iraq membunuh rakyatnya sendiri dengan bom kimia di Albabja memakan korban lebih 10,000 orang tentera Iraq menggunakan bom kimia untuk mengebom tentera Iran di Fore Island atau Semenanjung Fore waktu itu Amerika tidak kata apa-apa kerana waktu itu dia menyokong Saddam. Walaupun kezaliman dilakukan terhadap manusia, Amerika mendiamkan diri, sebab tugas Saddam pada waktu itu ialah melenyapkan atau melemahkan Iran. Tetapi bila berhenti Perang, Iraq telah kuat dan boleh mengancam kepada Israel, waktu itulah bahawa soal human right timbul di Iraq dan Amerika sendiri melancarkan serangan untuk memusnahkan keupayaan Iraq.

Saya sebut sekali lagi bahawa kita rakyat Malaysia, memang tidak puas hati banyak terhadap kerajaan Malaysia, ini kalau Amerika hendak kritik secara umum kita alu-alukan tetapi sekali lagi saya ulang jangan dia tunjuk puak mana yang dia sokong. Ini kalau dia tunjuk begitu ertinya mereka telah campur tangan secara direct dalam politik di Malaysia ini. Sikap kami begitulah dahulu bila Congress Amerika minta Dr. Mahathir berhenti, kata Menteri Besar Kelantan sama ada Dr. Mahathir bin Mohamad hendak berhenti atau tak berhenti, dia hendak kalah atau tak kalah dalam pilihan raya, itu urusan rakyat Malaysia. Biarlah rakyat Malaysia menilai Dr. Mahathir dan kita bekerja dengan kuat, termasuk orang-orang UMNO tumbangkan Dr. Mahathir dalam pilihan raya akan datang tetapi bukan cara Yahudi, dan soal Yahudi ini kami amat tegas, sebab itu bila pasukan Yahudi datang untuk main kriket di Malaysia pemuda kami mengadakan tunjuk perasaan, dibelasah oleh pihak keselamatan begitu teruk.

Kami hendak beritahu bahawa Yahudi telah datang dan mula bertapak di negeri kita, tambah pula sekarang kita lihat William Cohen, Setiausaha Pertahanan dia Yahudi, Madeleine Albright - Yahudi, bahkan Pentagon Amerika itu kalau 10 penasihat, 7 Yahudi. Begitulah juga ahli-ahli Congressnya Yahudi ada formula untuk menjadikan selain daripada Bani Israel adalah ‘ghayim’ iaitu binatang, ataupun lembu-lembu yang boleh ditunjuk oleh mereka. Sebab itu hal dalam negeri ini sama ada hendak berlawan dengan UMNO, kita menentang Barisan Nasional, ia itu tak puas hati datang daripada kami dan kita tidak mahu Amerika tunjukkan puak mana yang mereka mahu kerana ini sudah nampak bahawa kita jadi telunjuk kepada kuasa besar dan pihak kerajaan sendiri buktikan mereka tidak tunduk kepada sesiapa dan buka lagi demokrasi supaya kita dapat bertanding dengan pilihan raya dalam suasana yang lebih demokratik, siapa menang pun orang tidak boleh kritik lagi. Kalau tutup demokrasi sangat maka akan berlakulah rakyat tidak puas hati maka dia keluar ke jalan raya, seperti mana yang saya ucapkan dalam perbahasan dasar pada hari itu. Jadi ada lagi masa?

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, sila gulung.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Jadi saya sekali lagilah berharap bahawa persidangan APEC ini, Kerajaan Malaysia dapat kemukakan idea-idea baru untuk memulihkan ekonomi dan bagaimana cara untuk menghadapi Yahudi dalam menguasai spekulasi mata wang yang kita tahu spekulasi mata wang ini adalah satu riba. Riba adalah diharamkan oleh Islam. Yahudi menguasai riba, Malaysia hendaklah menjadi champion bagaimana hendak menentang riba. Beritahu seluruh dunia bahawa manipulasi mata wang ini kerja Yahudi dan Yahudi mahu seluruh dunia ini tunduk kepada mereka tetapi kita juga mahu Kerajaan Malaysia demokratikkan, bebaskan media dan sebagainya supaya kita tidak disebut sebagai negeri yang diktator. Sekian, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Dato' Ong Tee Keat]: Pokok Sena.

3.01 ptg.

Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Terima kasih, Tuan Pengerusi, saya bangun mengambil kesempatan di sini untuk membincang tentang Butiran 080000 iaitu berhubung dengan APEC. Saya cuma hendak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri kementerian ini, Setiausaha Parlimen dan pegawai-pegawainya yang telah berjaya menganjur APEC dengan begitu berjaya, sungguhpun berjumlah RM1.12 juta. Saya rasa inilah satu anjuran yang berjaya cuma kita rasa dukacita sedikit, kita telah berjaya menganjurkan dua upacara yang besar iaitu Sukom dan APEC. Saya tengok akhir-akhir ini Estrada pun apabila dia datang ke negara kita dan tengok, dia sendiri percaya apa yang kita buat adalah perkara yang betul tetapi cuma saya dukacita sedikit tentang ucapan Al Gore, Timbalan Presiden Amerika Syarikat. Saya merasa sedih kepada rakyat Amerika yang mempunyai Timbalan Presiden yang begitu jahil, bila dia datang di sini dia tidak tengok keadaan, terus menyerang.

Saya juga hendak mengucapkan terima kasih, sejak saya duduk dua penggal di Parlimen ini, saya dengar ucapan Yang Berhormat Kubang Kerian, saya puji bersemangat betul, cuma saya hendak tahu ‘kami’ itu siapa. Sebab dalam PAS dia ada kumpulan. ‘kami’ itu termasuk Pengerusi Gerak ataupun ‘kami’ termasuk Nik Aziz sahaja. Sebab ‘kami’ saya ingat tidak masuk semua. Tetapi kalau ‘kami’ termasuk semua saya puji pendirian PAS, biar kita berjuang dalam pilihan raya, ini demokrasi tetapi Al Gore kata kita tidak demokrasi. Dia kata di sini [sambil mengeluarkan kertas untuk dibaca] – ‘ketika mengalami krisis ekonomi kita harus mendengar tuntutan demokrasi yang inginkan perubahan,’ dia kata. Maknanya kita tidak demokrasi tetapi yang selonggok tang itu apa? [sambil menunjukkan ke arah tempat duduk pembangkang] yang dipilih dalam pilihan raya, kita bertanding. Yang Berhormat Kubang Kerian, ia pergi ke kawasan saya, dia tutuh dengan saya sekali, demokrasilah tu.

Demokrasi – kita boleh berucap bebas, kita pun bangkit kalau apa yang tidak betul. Menteri kami pun bangkitkan juga, bukan perlu pembangkang. Tetapi yang sedih dia kata kumpulan-kumpulan reformasi penyokong-penyokong Dato’ Seri Anwar itu hero. Hai, ini too much. Ini saya rasa hero depa ini boleh pukul polis. Kita tidak pernah bangkit tentang Amerika. Di Amerika kalau kita tengok polis, kekejaman polis di Amerika lagi teruk. Di Los Angeles, polis kulit pulih hentam polis kulit hitam. Kita sungguhlah di sini tidak ada polis kulit warna tetapi tidak ada perkara itu berlaku. Ini teruk betul, ludah polis, baling polis dengan bata di Kampung Baru, barulah polis hendak pegang sedikit. Jadi saya rasa ini menuduh kita tidak demokrasi, satu perkara yang betul-betul tidak kena pada tempat, jahil tidak ambil tahu, dia datang ke sini tidak tengok keadaan aman begini dalam bersidang, kalau tidak aman tidak akan kita boleh bincang, bangkit perkara-perkara ini dalam Dewan yang sedang bersidang.

Saya juga hendak minta Kementerian Penerangan tolonglah tunjuk sama, ini dok biar kepada CNN dok tunjuk bergaduh semalam dan saya tengok CCN dia kata kerajaan Mahathir ini adalah kerajaan iron fish – kuku besi yang tidak akan tahan lama. Adakah kita percaya yang Mahathir itu kuku besi. Yang saya tahu Mahathir itu pengundi saya tu. Dia mengundi pada saya dua kali dah, itu demokrasi – memang masa dia hendak pergi mengundi saya orang PAS minta dia mengundi. Saya pun selalu check, Dato’ Seri jangan lupa undi saya, takut dia undi PAS, tetapi mustahillah. Ini demokrasi yang aman, damai, takkanlah boleh bercakap begitu rupa di dalam jamuan semalam.

Lagi satu saya rasa Al Gore dan Kerajaan Amerika ini sebenarnya bukan Yahudi, Yahudi pun ada melabur dalam negara kita. Kerajaan Amerika menuduh kita, barangkali sasaran dia Dato’ Seri Dr. Mahathir, Perdana Menteri kita ini selalu mempengaruhi negara-negara Arab, mempengaruhi negara-negara Selatan tentang keburukan negara Barat yang tidak demokrasi hingga Perdana Menteri kita biasa berucap di Bangsa-Bangsa Bersatu. Bangsa-Bangsa Bersatu juga tidak demokrasi macam kita ini. Kalau kita semua bersetuju, ada lima orang sebelah itu tidak bersetuju, tak boleh. Dalam security council ada lima negara, satu negara tidak bersetuju, habis semua tidak boleh. Seratus lima puluh negara, kalau satu negara misalnya Russia atau Amerika tak setuju, maka seluruh ……...

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat diingatkan jangan cakap dasar. Walaupun ini kalau sepintas lalu, ambil itu sebagai contoh saya tidak kisah.

Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Okeylah balik pada APEC, Al Gore ini mai APEC meeting.

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Ya, PBB itu buat apa?

Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Al Gore ini dia datang APEC meeting. Saya hendak cakap pasal Butiran 080000. Dia tuduh kita tidak demokrasi, masa dia hadir APEC meeting. Jadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kubang Kerian, tentang pendirian kita Barisan Nasional memanglah kita bangkang sebab kita tidak bersetuju takkan dia tidak tengok keadaan, dia datang kita sambut dia, Menteri Sumber Manusia kita salam dia begitu punya meriah, tidak tengok orang boleh sambut dengan begitu meriah, macam mana kita bersiap untuk APEC, RM1.2 juta kita habis, takkan kalau keadaan tidak aman kita boleh buat benda itu.

Jadi saya berharap tidak boleh ke kita ambil tindakan. Dalam dunia ini ada satu samseng. Ini masalah kita sebab bila dalam kampung ada satu samseng, dia kacau kita, kita tidak boleh hendak khabar pada orang lain. Dulu ada dua orang samseng dalam kampung, bila si A buat pada kita, kita khabar dekat si B – si A hendak buli aku, si B boleh beri warning, jangan kacau, itu orang aku. Sekarang ini tak ada, cuma ada satu sahaja - Amerika. Dulu kita ada Russia, dia hasut, CIA pergi ke Russia sampai berpuluh tahun hingga berpecahrelai, habis. Sekarang saya hendak minta Menteri Luar Negeri pergilah lobby negara-negara mana angkat samseng satu lagi. Kita gaya-gaya hendak ambil Saddam kalau ada bom kimia biar dia hancurkan. Kita minta Kementerian Luar Negeri ini supaya APEC tahun depan, ini berbalik pada APEC kerana Tuan Pengerusi, suruh saya sebut APEC kerap-kerap tetapi bila silap sebut APEC jadi ‘apek’.

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat minta Kementerian Luar buat apa, sekarang ini bukan perbahasan di bawah tajuk itu?

Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Bila hendak panggil orang luar, kena Kementerian Luar Negeri. Hendak buat apa-apa, APEC hendak buat dalam negeri kena berhubung dengan Kementerian Luar juga. Jadi, Tuan Pengerusi, saya di sini berharap supaya negara Amerika ini, kita patut adakan satu lagi samseng dalam dunia. Saya hendak mencadang supaya kita ada, kalau ada satu dialah polis, dialah penghukum sampai kita negara yang demokrasi dituduh tidak demokrasi. Kalau tidak demokrasi tak akan boleh cakap macam ini, saya dah lama kena jel, kalau cakap macam ini. Kubang Kerian saya ingat dok dalam sampai bila-bila. [Ketawa] Sebab dia pergi kawasan saya, dia tutuh macam-macam, dari Perdana Menteri sampai ke saya dia bagi. Kalau kita tidak demokrasi sudah lama dok dalam, tidak keluar-keluar. Bukan setakat ISA sahaja, lebih daripada ISA, kalau tidak pun dia gantung dekat simpang mana-mana kaki naik ke atas. Itu baru tidak demokrasi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat Rompin bangun.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya tertarik dengan Pokok Sena dengan andaian kononnya gambaran yang diberi oleh Amerika kononnya memperjuangkan demokrasi. Saya hendak bertanya, dua parti Islam yang demokratik di Algeria, satu parti Islam menang pilihan raya, lepas itu dia menyokong tentera, batalkan pilihan raya. Baru-baru ini di Turki satu parti Islam melalui dengan kuasa sokongan Amerika batalkan parti Turki, Kubang Kerian tahu, parti apa? REPA, adakah Amerika ini apa, dia pilih mana, bila masa hendak guna demokrasi, dia guna sebagai label untuk kepentingan dia, bukan sebenarnya dia memperjuang demokrasi. Saya minta pandangan Pokok Sena.

Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Demokrasi tahi kucing dia! [Ketawa]. P. Ramlee kata bukan saya kata. Itu ikut demokrasi cara dia. Kita tengok di negara dia, hak asasi dia, berapa lama, dalam penjara dia 60% kulit hitam. Dia panggil`kumpulan minoriti’, walhalnya kulit hitam yang ada dalam penjara, hak asasi kepala otak dia. Ini geram ni, saya lebih daripada menteri dia lagi, menteri dia tidak boleh hendak kata, kita boleh kata dalam Dewan, luar dia tidak boleh saman. Biar CIA dia ikut saya. Kekejaman polis dia macam saya sebut tadi, pukul depan televisyen, kita tengok dia pukul kulit hitam ini, lebih teruk lagi, kita tidak pukul apa pun, yang hitam di muka itu, entah kan buat sendiri, kita tidak tahu. Kita kalau pukul sehari 100 kali, duduk lima hari sahaja, biru. Itu kalau kita hendak buat tapi kalau kita buat dia, kalau dia ludah muka hari-hari, tak tahan juga. Boleh jadi. Jadi benda ini boleh berlaku.

Kita merdeka 41 tahun, dia merdeka 200 tahun. Tengok negara dia, demokrasi apa, demokrasi tahi kucing. Macam saya kata demokrasi apa, pemilihan, saya study comparative education, dulu masa saya buat master, comparative education. Di negara dia daripada dulu bicara kisah kulit hitam, macam mana hendak jadi satu sekolah. Di buat busing system, dia usung budak kulit hitam ke kawasan kulit putih, tak jadi, dia usung budak kulit putih pergi ke kawasan kulit hitam, pun tak jadi. Bila kulit hitam berjaya sedikit dia pindah ke kawasan kulit putih, kulit putih lari habis. Begitulah macam di New York, orang kullit hitam yang berjaya pergi ke seberang sana ...

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, Santubong bangun, tetapi, Yang Berhormat. Saya hendak ingatkan Yang Berhormat, masa sudah suntuk.

Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Cukup dah...

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Sudah cukup.

Puan Rohani binti Haji Abd. Karim: Setengah minit saja, setengah minit.

Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: APEC tidak habis lagi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Had masa tetap 10 minit. Yang Berhormat, masa dia sudah cukup.

Puan Rohani binti Haji Abd. Karim: Ala...setengah minit sahaja, yang ini penting sebab ini tengah...

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat..

Puan Rohani binti Haji Abd. Karim: Naik semangatlah, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Penting itu saya rasa saya tidak pasti, masa sudah cukup.

Puan Rohani binti Haji Abd. Karim: Sikit sahaja, bagilah, Pengerusi...

Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Tuan Pengerusi jangan bagi belah Amerika. [Ketawa] Saya bagi amaran.

[Pembesar suara dimatikan]

Puan Rohani binti Haji Abd. Karim: Ini naik semangat, merbahaya....

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, yang kita patuhi ialah peraturan mesyuarat, tidak kisah pihak mana sekalipun.

Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Hey, Tuaran, duduk, you masuk belah Amerika.

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Nanti dulu, nanti dulu.

Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Saya hendak beri penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, Yang Berhormat berhak bagi Yang Berhormat Santubong peluang untuk mendapat penjelasan. Tetapi saya juga berhak mengehadkan masa Yang Berhormat berucap, 10 minit, itu dah habis. Yang Berhormat, bagi peluang kepada orang lain.

Tuan Haji Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: Tuan Pengerusi pakai standing orderkah?

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, 10 minit itu memang dikekalkan. Tanjong Karang.

Tuan Haji Noh bin Omar: Terima kasih Tuan Pengerusi, kerana beri peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa. Saya juga hendak menyentuh 080100 - Persidangan APEC. Persidangan sedang bermula, sedang berjalan.

Pertama sekali, saya ingin mengucap tahniah kepada pihak kerajaan yang telah dapat menyusun cadangan APEC ini dengan begitu baik dan banyak negara-negara luar telah pun datang ke negara kita dan ini amat penting untuk mencerminkan kepada negara luar bahawa sesunguhnya apa-apa yang mereka dapati daripada laporan-laporan luar negara adalah tidak benar sama sekali. Jelas menunjukkan perkara ini memberikan gambaran positif kepada negara kita apabila Estrada sendiri dari Filipina mula mengakui bahawa sistem keadilan kita adalah betul.

Kemudian daripada Australia dan juga New Zealand, daripada Kanada, negara-negara besar ini memberikan sokongan yang positif kepada negara kita dan menyatakan bahawa negara kita adalah negara demokrasi dan menjalankan keadilan yang sebenarnya. Sebab itu saya percaya apabila banyak negara-negara yang datang ke negara kita melalui APEC ini mulai memberikan sokongan yang positif kepada pimpinan negara kita dan saya yang paling membimbangkan, Amerika. Apabila keputusan APEC nanti bersetuju ....

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Santubong bangun.

Tuan Haji Noh bin Omar: Lepas ini saya bagi, sekejap....... sebab mukadimah, dan yang saya bimbang, yang saya rasa mereka bimbang ialah apabila persidangan APEC nanti merumuskan bahawa dasar ekonomi negara kita ini betul, yang baru-baru ini kita mengadakan dasar yang baru untuk mengawal ekonomi negara kita yang mana agak bertentangan dengan dasar IMF. Jadi saya rasa sebab-sebab inilah yang menyebabkan pihak wakil-wakil Amerika, dia rasa kelam-kabut menyebabkan Presiden Clinton pun takut hendak datang, takut menjadikan tamparan kepada Amerika.

Puan Rohani binti Haji Abd Karim: Tuan Pengerusi, saya ingin, semangat berkobar, tidak boleh tahan lama-lama, jadi apakah reaksi Yang Berhormat daripada Tanjong Karang, semangat pun berkobar jugalah mengenai tindak-tanduk Al Gore, nama dia pun ‘gore’ macam orang yang hendak makan orang. Amerika mengatakan mereka adalah sebuah ‘civilized nation’ seperti dikatakan Pokok Sena, ‘samseng sorang sahajalah dia’, tetapi apakah reaksi Yang Berhormat di mana mereka datang dengan arogant, dengan sombong, dengan bongkaknya, datang ke sini sebelum itu menempah 89 bilik hotel yang mewah, lepas itu datang sini, dia cancel semua di mana hotel mengalami kerugian. Inikah tindak-tanduk sebuah negara yang ‘civilized’?

Tuan Haji Noh bin Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Saya sebenarnya hendak sampai kepada pembatalan hotel, tetapi tak apa, saya jawab. Saya menyatakan bahawa Amerika ini bukanlah satu bangsa yang bertamadun, mereka juga barbarian kerana daripada segi undang-undang-undang, apabila kontrak ini telah dibuat dengan Hotel Renaissance sepatutnya bayarlah, kalau dah tidak jadi. Ini dia hendak jadi samseng. Di ingat bila Presiden dia tidak datang, maka dia pun boleh buat bukan sahaja kepada sesebuah negara sehingga kepada hotel yang sekecil itu pun dia cuba hendak menggunakan kuasa-kuasa yang boleh menyusahkan orang lain.

Mengenai bertamadun ini, saya ingin menyentuh sedikit, sudah dibangkitkan tadi, kita lihat civilization di US begitu lama. Dia merdeka pada tahun 1774 daripada British sehingga tahun 1960, hampir 200 tahun mereka masih lagi mengamalkan dasar pilih kasih apartheid, membezakan kulit putih dengan kulit hitam daripada segi keadilannya, daripada segi pendidikannya seperti mana yang dinyatakan oleh Pokok Sena tadi tetapi kita dalam masa 40 tahun sahaja, baru 41 tahun kita merdeka kita telah dapat mewujudkan satu masyarakat yang harmoni terdiri daripada berbilang kaum, berbilang bangsa dan kebudayaan.

Jadi ini menunjukkan bahawa kita lebih maju, lebih dahulu bertamadun daripada Amerika ini. Jadi Tuan Pengerusi, kalau mengenai tamadun ini saya ingin menyentuh dua perkara. Yang pertama, mengenai hak asasi, dan juga yang kedua, demokrasi. Kita tidak pernah mendengar bahawa Amerika ini akan menyokong seorang pejuang Islam, tetapi hari ini kita merasa pelik juga, merasa hairan. Permatang Pauh yang tekenal sebagai pejuang Islam, mengapa hari ini mendapat sokongan yang begitu kuat daripada Amerika, isterinya, keluarganya dibawa dengan kereta Duta, satu penghormatan telah diberi sedangkan perjuangan Amerika memang anti kepada Islam. Daripada segi mereka cuba menghapuskan pejuang-pejuang Islam seperti mana yang Kubang Kerian nyatakan tadi, Sheikh Omar Abdul Rahman, yang ditangkap, yang diadili. Yang masih lagi dipersoalkan tentang keadilan perbicaraan kepada Sheikh Omar Abdul Rahman yang disyaki mengebom World Trade Centre di New York. Hari ini satu orang ulamak yang buta yang didera, yang tidak diberikan keadilan sewajarnya, tidak ada siapa pun yang berani untuk menyuarakan kerana Amerika ini kuasa besar.

Begitu juga dengan Osama Laden, pemimpin Islam yang dituduh merancang pengeboman kedutaan US, di Tanzania dan di Kenya yang mana Osama Laden ini seorang tokoh Islam. Jadi mana-mana sahaja orang yang memperjuangkan Islam terkenal di seluruh dunia, sebagai tokoh perjuangan Islam maka orang inilah yang akan menjadi target atau sasaran kepada Amerika untuk menghapuskan pejuang-pejuang Islam ini, tetapi hari ini kita hairan mengapa tokoh pejuang Islam di negara kita pula mendapat sanjungan dan sokongan daripada Amerika.

Begitu juga kalau kita lihat tentang keadilan hendak dibicarakan. Dua orang rakyat Libya yang disyaki mengebom PAN diminta dibicarakan di US dan di Britian sedangkan Libya minta dibicarakan di mahkamah antarabangsa tetapi Amerika tidak setuju, apakah muslihatnya? Kita tentu percaya kalau kedua-dua orang rakyat Libya ini dibicarakan di US dan di Britian sudah tentu kedua-dua orang ini tidak akan mendapat keadilan yang sebenarnya.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya hendak minta penjelasan. Syabas kepada Yang Berhormat dari Tanjong Karang dengan pandangan beliau. Saya hendak tanya tentang Osama Laden ini, adakah Yang Berhormat sedar Osama Laden yang sebenarnya kawan sekutu Amerika bila berperang dengan Russia dahulu. Osama Laden ini satu kumpulan pejuang yang diwujudkan oleh Amerika itu sendiri. Dahulu, dengan izin, it serve the papers of the America untuk berlawan dengan Russia sekarang bila semua itu sudah selesai Osama Laden ini mungkin tidak mengikut agenda Amerika sebab itu sekarang dituduh sebagai musuh Amerika dan musuh CIA. Saya minta pandangan Yang Berhormat dari Tanjong Karang sedikit.

Tuan Haji Noh bin Omar: Saya setuju dengan pendapat Yang Berhormat dari Rompin sebab itu saya ingin mengisytiharkan bahawa Amerika ini pengamal kronisme antarabangsa, ‘gengster’ antarabangsa bukannya setakat polis seperti mana Yang Berhormat dari Kubang Kerian menyatakan polis antarabangsa, tetapi adalah merupakan pengamal kronisme antarabangsa, yang mana kroni kepada dia, yang mana memberi faedah kepada Amerika dia akan memberi sokongan. Walaupun pada mulanya menjadi kawan tetapi akhirnya kalau kroninya tidak ikut cakapnya, dia akan ‘hentam’ habis-habisan. Tetapi mana-mana kroni yang mahu mendengar cakap Amerika, mereka inilah yang akan dapat sanjungan dan sokongan daripada Amerika.

Kita lihat dari segi demokrasi, demokrasi kronisme seperti mana di Nigeria Parti FIS menang pada tahun 1991 pimpinan Dr. Abas Madani, tidak diiktiraf oleh Amerika malah Amerika menyokong kepada kerajaan tentera sedangkan pilihan raya di Nigeria dibuat dengan cara demokrasi, tetapi oleh kerana parti Islam pimpinan Dr. Abas Madani ini tidak disenangi oleh Amerika maka mereka tidak mengiktiraf.

Begitu juga di Turki, parti Islam, Parti Refah pimpinan Najmuddin Erbakan, pun sama apabila menang tidak diiktiraf. Jadi sebab itu saya nyatakan bahawa Amerika ini mengamalkan kronisme, dengan cara-cara mereka yang memang kononnya satu kuasa besar, dengan satu ‘samseng’ seperti mana Yang Berhormat dari Pokok Sena mengatakan tadi, maka Amerika boleh membuat sesuatu dengan sesuka hati mereka.

Begitu juga kita lihat bagaimana Amerika menangkap Presiden Noriga dari Nicaragua, ditangkap secara ‘samseng’, kita merasa sedih di dalam reformasi baru-baru ini ada pula rakyat Malaysia suruh Clinton tangkap Mahathir, kita merasa sedih, siapa di belakang reformasi ini. Ini kita harus ingat oleh kerana Amerika ini adalah ‘samseng’ dan juga ‘gengster’ sebab itu dia menyokong reformasi, gerakan reformasi yang kita lihat di Kuala Lumpur minggu lepas dibuat dengan cara ala ‘gengster’, ala ‘samseng’, jadi sudah tentu ‘samseng’ akan sokong ‘samseng’ kerana ‘samseng’ reformasi ini memberikan kata-kata semangat supaya Amerika campur tangan di Malaysia.

Saya ingin mendapatkan juga penjelasan dari pihak pembangkang, DAP menafikan terlibat dalam reformasi, Majlis Keadilan Rakyat atau Gerak pun menafikan, PAS juga menafikan, jadi kita hendak tanya siapa sebenarnya di belakang reformasi ini. Kalau betul parti pembangkang juga tidak sokong reformasi ini, mereka kena tampil ke hadapan supaya kerajaan bertindak tegas menghapuskan reformasi ini, kerana hari ini jelas kata-kata sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh Amerika ini maka saya yakin bahawa Amerikalah dibelakang reformasi dan kita minta kerajaan siasat Syarikat Apple, yang membuat komputer dan juga Cocacola, apakah benar kedua-dua syarikat ini terlibat memberi sokongan kepada gerakan reformasi ini.

Tuan Pengerusi, kita merasa sedih pentas ekonomi yang patut membincangkan bagaimana kita ingin mengatasi masalah ekonomi di Persidangan APEC ini telah diambil kesempatan oleh Amerika untuk menghina kita dan ini saya rasa satu perbuatan yang keterlaluan. Oleh itu kita tetap menyatakan bahawa segala tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi dan Amerika sebenarnya hanya pandai menghina satu-satu negeri dengan harapan bahawa Malaysia satu hari nanti akan tunduk kepada telunjuk Amerika. Oleh itu marilah kita bersama-sama, saya sokong Yang Berhormat dari Kubang Kerian mempunyai pendirian yang sama, PAS memberi pendirian yang sama, DAP dan PBS kita belum dengar lagi macam mana pendirian mereka sama ada mereka mahu bersama-sama dengan kerajaan untuk mempertahankan maruah dan juga kedaulatan Malaysia ini. Dengan ini saya menyokong.

Tuan Pengerusi [Datuk Ong Tee Keat]: Bukit Mas.

3.26 ptg.

Tuan Michael Lisa Kaya [Bukit Mas]: Terima kasih. Tuan Pengerusi, saya juga ingin mengambil bahagian untuk menyentuh sedikit tentang Butiran 080000. Tuan Pengerusi, saya berterima kasih dan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan keseluruhan anggota team Yang Berhormat Menteri sendiri. Sebetulnya inilah masa kita sebagai rakyat Malaysia untuk memuji pemimpin kita yang layak dipuji. Saya rasa apa yang telah kita dengar tadi, saya anggap itu sebagai cabaran. Sebagai sebuah negara yang maju, mungkin mereka cemburu dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan sebagai pemimpin Islam, walaupun saya beragama Kristian, saya juga merasa sedih tentang apa yang dikatakan oleh Al Gore dan juga Setiausaha Negara Amerika Syarikat Madeleine Albright.

Walau bagaimanapun, sebagai satu negara yang maju yang boleh dikatakan terkenal di Asia Pasifik, saya mencadangkan, cadangan dari Bukit Mas, tolong beritahu kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, buat satu majlis penutupan rasmi APEC dan kalau mereka tidak pandai tulis speech, datang jumpa saya. Kita rebut, dengan izin, as very professional, kita rebut semua apa yang dikatakan oleh Al Gore, sebetulnya tadi saya tidak ingin berucap tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri panggil saya, dengan izin, "what is your opinion?" Kita punya pendirian, kita harus berdiri teguh di belakang pemimpin kita iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. This is the time we all must stand together, dengan izin, saudara kita dari PAS, tidak perlu saya sebut Islam, ini rakyat Malaysia, negara Malaysia yang diancam oleh Amerika Syarikat [Tepuk].

Walaupun ada perselisihan pendapat tentang apa yang dikatakan dalam kefahaman Islam kita, yang penting tanpa negara, tanpa pemimpin bagaimana kita dapat menjalankan kegiatan kita, agama kita. Cadangan saya, buat satu majlis penutupan rasmi, Menteri sendiri, perempuan kita yang boleh dikatakan terkenal, saya sokong ask her to speak, jangan suruh Perdana Menteri, suruh Perdana Menteri duduk di hadapan, senyum sahaja fokus TV ke Perdana Menteri. Menteri sendiri saya rasa boleh rebut semua ini dan kalau boleh tanya sahaja, dengan izin, we don’t have to be very sentimental, kita ambil perkara ini sebagai satu cabaran supaya dunia luar mengatakan selain daripada kewibawaan kita menganjurkan Sukan Komanwel dan APEC dari segi to rebut perkara seperti yang Al Gore, Madeleine Albright katakan itu kita rebut secara rasmi. Saya cadangkan kalau boleh PAS dan pembangkang semua keluar dalam surat khabar ‘hentam’ mereka, dengan izin, don’t interfere in our internal affair, kita boleh jaga affair kita sendiri dan saya sarankan kepada Pengerusi Backbenchers, jangan tunggu, malam ini keluar dalam Internet semua supaya pada satu masa nanti dating twice before saying something to us.

Tuan Pengerusi, kalau boleh ambil berat tentang cadangan ini, kalau tidak ada peruntukan minta peruntukan tambahan dari Menteri Kewangan, majlis penutupan rasmi, dengan izin, take that as a flatform to attack them back professionally, ask the Menteri to smile all the way through, jangan tunjuk muka yang masam then they know what is Malaysia, Malaysia boleh. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Saya tahu topik ini popular tetapi kita tidak ada masa, saya dapat benarkan seorang sahaja. Tambun.

3.30 ptg.

Tuan Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh di bawah bahagian Penggalakan Perdagangan serta Pembangunan Perindustrian. Saya turut bersama dengan rakan saya menyatakan rasa kesal serta mengutuk campur tangan Amerika Syarikat dalam politik negara Malaysia. Sepertimana kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, beliau akan mengambil peluang Persidangan APEC ini untuk menjelaskan tentang prinsip-prinsip serta dasar-dasar negara kita. Apa yang saya harapkan, melalui Mesyuarat Ketua-ketua Negara segala ketidakfahaman ke atas negara ini dapat diselesaikan dengan kepintaran dan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Apa yang saya ingin sentuh, Tuan Pengerusi, mengenai dengan kesimpulan daripada persidangan APEC ini. Apakah yang akan terjadi dengan adanya kenyataan-kenyataan tersebut, bagaimanakah kesudahannya dan apakah pattern perdagangan negara kita pada masa akan datang kerana APEC ini mempunyai implikasi ekonomi dan kita berharap melalui APEC ini kita akan dapat menjadi sebuah negara yang besar dalam perdagangan antarabangsa. Apa yang saya ingin kaitkan di sini, saya berharap pihak kementerian akan dapat mengkaji kesan-kesannya dari segi negara-negara yang terlibat, di manakah mereka.

Dari pengamatan saya sendiri menghadiri persidangan APEC selama dua hari, hari Sabtu dan Ahad, saya nampak sebahagian besar negara adalah pro-western dan di sini saya ingin kaitkan dengan perdagangan negara kita. Saya dapati dari segi permintaan - aggregate negara kita, 57% adalah dalam bentuk eksport dan daripada eksport kita, 80% datang daripada barangan perkilangan (manufactured good). Apabila kita lihat dari segi aliran eksport kita, sebahagian besar hampir 80% pergi ke Amerika Syarikat, negara-negara EU (European Union) termasuk United Kingdom, Germany dan dua negara yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat iaitu Jepun dan Singapura. Hanya 20% lebih kurang yang pergi kepada negara-negara lain. Kalau kita lihat dari segi eksport semi-conductor kita, hampir 100% pergi ke Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Taiwan, Netherland, Hong Kong, Germany dan United Kingdom. Laporan-laporan ini terdapat dalam Economic Report tahun 1998 dan 1999.

Jadi saya berharap kajian ini dapat dilakukan. Di samping itu kita mengambil satu langkah yang pro-aktif kerana kita dapati di antara sektor swasta dengan kerajaan, mempunyai perbezaan pendapat. Walaupun kerajaan mungkin mengenakan sekatan dan sebagainya tetapi kalau hubungan antara sektor swasta sebuah negara dengan sektor swasta sebuah negara lain itu kukuh, maka pengaruh kerajaan dalam sektor swasta ini tidak ada. Jadi bermakna perdagangan di antara negara dengan negara lain akan terus kukuh.

Sehubungan dengan itu, saya berharap bahawa melalui persidangan APEC ini, kita ada APEC-Business Advisory Consul yang dipengerusikan oleh rakyat kita, Tan Sri Tajuddin, dapat kita perkukuhkan hubungan ini. Kalaupun kerajaan dengan kerajaan tidak mempunyai hubungan yang baik, tapi dengan adanya hubungan baik di antara sektor swasta Malaysia dengan sektor swasta di negara-negara lain ini, perdagangan kita tidak akan terjejas dan perdagangan kita akan terus kukuh.

Satu lagi, Tuan Pengerusi, saya melihat apa yang berlaku sekarang serupa dengan apa yang telah saya sentuh dalam ucapan saya dalam perbahasan Belanjawan bahawa wujud dalam dunia ini negara yang besar dan kita negara yang kecil. Amerika adalah ketua kepada negara-negara besar. Kepada dia, kita hanya merupakan sebuah negara yang kecil. Kalau di dalam Malaysia, kalau negara kecil itu, saya minta maaf, kita anggap Perlis, pada dia, kita lebih kecil daripada Perlis lagi. Jadi, kalau kita ingin satu hari nanti kita dihormati oleh negara-negara besar, ini masanya untuk kita merancang serta merencanakan bagaimana untuk menjadi negara kita sebuah negara besar. Fokusnya adalah kepada perdagangan dunia di mana saya nyatakan kita mesti menjadi economic power di dalam perdagangan dunia. Jadi, sehubungan dengan itu, contoh yang saya ingin ambil, Tuan Pengerusi, dalam persidangan APEC kita ada China sebagai negara yang mempunyai kedaulatan. Tapi ada juga wakil pula sebuah negara yang sama tinggi kedudukannya dengan China – Hong Kong China. Jadi apa logik, kalau kita lihat sebuah negeri dalam sebuah negara menjadi salah satu wakil yang menjadikan 21 wakil APEC. Bermakna walaupun dia kecil, tapi apabila ekonominya kukuh ia dihormati dan dia duduk sama tinggi dengan negara-negara lain.

Jadi sehubungan dengan itu, dalam proses untuk kita memperkukuhkan ekonomi kita, kita bukan sahaja perlu mengkaji tapi kita melakukan usaha-usaha untuk memperkukuhkan ekonomi kita. Saya ingin mengajak kita melihat dari segi aliran barangan kita, flow of goods kita, daripada pengeluaran iaitu di kilang kepada kegiatan eksport melalui institusi yang terlibat dalam kegiatan eksport dan juga dari segi pasaran eksport.

Pada pandangan saya, ketiga-tiga tingkat ini mesti diperkukuhkan. Sehubungan dengan itu, saya ingin berbincang dari segi soal di peringkat pengeluaran. Ini telah disentuh oleh rakan saya dari Balik Pulau. Saya bersetuju, kita tidak mahu menggunakan model Korea ke, Jepun ke, ternyata telah jatuh dan merugikan. Kita lebih senang kalau menggunakan model Taiwan melibatkan syarikat-syarikat yang kecil dan sebagainya. Tapi apa yang saya ingin sentuh, adalah mengenai peranan FDI ini. Kita tahu FDI telah memberi banyak keuntungan kepada kita dari segi cara langsung mahupun tak langsung. Dari segi langsung kita dapati eksport kita meningkat, begitu juga dengan import kita. Tapi ada beberapa persoalan yang saya ingin bangkitkan dari segi kesan langsung. Bagaimanakah effect bersihnya ataupun net-effect daripada kesan langsung ini. Kita berkata bahawa negara kita antara 20 negara yang mempunyai perdagangan yang terbesar, ini termasuk eksport FDI dan juga import untuk tujuan yang sama. Tapi kalau kita ambil net-effect dia, bagaimanakah saiz perdagangan dan kita mahu tahu di manakah kedudukan negara kita kalau kita lihat dari segi net-effect.

 

Di samping itu ke arah untuk kita menjadi sebuah negara yang menjadi power besar dalam perdagangan antarabangsa, saya dapati hubungan kita dengan FDI ini tidak begitu kukuh. Kita nampak seolah-olah FDI ini duduk dalam ‘free trade zone’ dan ia satu dunia yang terasing daripada kita. Tidak banyak kemudahan yang dapat kita perolehi dari segi transfer of technology tidak berlaku dan saya dapati antara yang kita tidak dapat nikmati daripada FDI ini adalah dari segi kita hendak memperluaskan pasaran eksport kita. Kita tidak ada kerjasama, tidak ada strategic alliance dengan FDI. Saya dapati dalam negara-negara lain, saya ambil contoh macam Singapura, Taiwan, Thailand pun begitu termasuk Korea. FDI ini digunakan untuk mereka meneroka pasaran-pasaran luar yang sekarang ini dikuasai oleh FDI. Saya berharap pihak kerajaan akan melihat tentang peranan FDI ini dan bagaimana syarikat-syarikat tempatan boleh menumpang atau melalui strategik alliance atau joint venture dan sebagainya kita boleh menembusi pasaran antarabangsa seperti mana yang saya nyatakan sekarang kita tidak dapat banyak manfaat dan faedah daripada FDI.

Keduanya, saya ingin menyentuh tentang peranan SMIDEC ini. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian. Ia telah ditubuhkan dua tahun lalu dan saya lihat dari segi peruntukan yang disediakan begitu kecil, tidak beratus juta ringgit. Pada hal kita mengiktiraf bahawa syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana sebagai institusi ekonomi yang penting buat masa yang akan datang tetapi dari segi peruntukan dan sebagainya kita dapati tidak begitu banyak dan IKS ini tidak memainkan peranan yang besar dalam menjadi syarikat yang membekal kepada FDI. Kita tahu FDI masih menggunakan 80% hingga 90% barangan perantara diimport daripada syarikat-syarikatnya di luar-luar negara. Jadi ini masanya untuk kita mempertingkatkan …………..

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin ]: Masa sudah cukup Yang Berhormat.

Tuan Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah: …..mempertingkatkan peranan IKS ini untuk tujuan tersebut. Akhir sekali secara ringkas sahaja, saya ingin mendapat penjelasan sekali lagi mengenai dengan MATRADE kerana saya lihat budgetnya bertambah begitu kecil daripada RM40 juta kepada RM49 juta begitu kecil. Jika kita buat perbandingan dengan Jetro, Jepun ataupun Singapura, kita dapati dalam keadaan perlunya meningkatkan eksport negara-negara, badan-badan ini diberikan keutamaan dengan budget yang begitu besar. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Minta kementerian jawab.

3.43 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam membahaskan Belanjawan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di peringkat Jawatankuasa ini. Seramai lapan orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian di dalam perbahasan ini tetapi daripada lapan orrang ini hanya enam orang yang menumpukan kepada Asia Pacific Economic Cooporation ataupun APEC dan hanya dua, tiga orang sahaja ataupun yang lainnya menyentuh berkenaan butiran-butiran di dalam budget ataupun belanjawan tersebut. Sepertimana yang saya telah jawab pada pagi tadi bahawa langkah ataupun kenyataan ucapan yang dibuat oleh Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat adalah satu kenyataan yang tidak seharusnya dibuat oleh seorang tetamu negara yang datang ke persidangan di dalam negara kita. Kita telah mengundang pemimpin-pemimpin negara untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat APEC tetapi undangan kita adalah setulus-tulus dan seikhlas-ikhlas yang boleh dan kita mengharapkan pemimpin-pemimpin di negara-negara lain tidak menggunakan peluang ini untuk mengkritik dan mencaci-cela apa yang berlaku di dalam negara kita. Saya ingin menitikberatkan bahawa negara kita sebuah negara yang demokratik.

Tadi Ahli dari Kubang Kerian telah menyatakan agar kerajaan membuka demokrasi seluas-luas yang mungkin. Saya ingin menyatakan bahawa Ahli Kubang Kerian juga telah berucap selain daripada Pokok Sena, berucap juga di kawasan saya di Jerantut menggunakan sebuah rumah Ahli PAS tetapi yang menghadirinya ataupun mendengar ucapan tersebut terdiri daripada beribu-ribu manusia. Tidak mungkin sebuah rumah yang kecil di Jerantut boleh memuatkan beribu-ribu manusia dan ini pihak keselamatan memberikan permit supaya Ahli Yang Berhormat dari Kubang Kerian berucap seperti yang dikatakan menghentam Perdana Menteri dan sebagainya. Jadi apakah ini bukan demokrasi dan apakah ini bukan demokrasi yang seluas-luasnya.

Jadi saya ingin mengatakan walaupun ada beberapa perkara yang dinyatakan oleh Kubang Kerian adalah secocok dengan pendirian pihak kerajaan tetapi apa yang dari segi demokrasi kita telah mengamalkan sistem demokrasi yang saya rasa dengan izin, Tuan Pengerusi, ‘within the contact of multi-racial nation’ saya rasa kita telah mengadakan demokrasi yang sehabis-habis luas yang boleh. Saya pulangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membuat kenyataan dan sebagainya berkenaan dengan apa yang dinyatakan oleh pihak Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat dan juga Madeleine Albright, Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

Tuan Pengerusi, ada beberapa perkara yang khusus yang dinyatakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Nombor satunya dari segi apa yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat dari Serdang berkenaan dengan pemilihan kawasan bagi pembangunan tapak-tapak IKS. Justifikasi utama pemilihan kawasan bagi pembangunan tapak IKS adalah berasaskan kepada perkara-perkara seperti berikut:-

(i) kesediaan agensi-agensi pelaksana ataupun kerajaan negeri untuk menyediakan tapak perindustrian;

(ii) kos tapak tanah adalah berpatutan;

(iii) kedudukan tapak terletak berdekatan dengan kawasan industri-industri besar; dan

(iv) lokasi tapak berhampiran dengan kedudukan projek-projek IKS yang sedia ada.

Pihak kerajaan hanya membiayai sebahagian kos menyediakan kemudahan asas infrastruktur, manakala kos pembangunan yang lain seperti penyediaan bangunan-bangunan kilang dan sebagainya ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju. Mengenai masalah di atas tapak kilang yang dimajukan oleh pihak swasta dan tidak mempunyai kemudahan asas yang mencukupi, ianya adalah di luar bidang kuasa kementerian. Walau bagaimanapun pihak kementerian akan memberikan perhatian di atas permasalahan ini.

Masalah seterusnya yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Serdang ialah berkenaan dengan penyebaran maklumat. Penyebaran maklumat mengenai kemudahan dan pembiayaan IKS sememangnya dilaksanakan dari masa ke semasa. SMIDEC telah memberikan taklimat dan mengadakan perbincangan dengan kumpulan-kumpulan syarikat, juga diadakan perbincangan secara terus-menerus serta mengambil bahagian di dalam seminar-seminar domestik dari masa ke semasa. Penerangan juga telah diberi kepada organisasi seperti FMM, SMI Committee, Persatuan-persatuan IKS dan Persatuan-persatuan SMI. Penyebaran ini juga dilakukan menerusi kenyataan SMIDEC di ekspo-ekspo yang dianjurkan oleh negeri-negeri berkaitan. Saya hendak bagi kepada Yang Berhormat dari Serdang, Website SMIDEC: www.jaring.smidec.gov.my, e-mail SMIDEC: Smidec.po.my dan nombor telefon 03-9258585. Ini untuk menyenangkan Ahli Yang Berhormat berjumpa dengan IKS di kawasan Yang Berhormat supaya dapat berhubung dengan pihak SMIDEC.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Balik Pulau berkenaan dengan buruh asing. Pada umumnya pengambilan buruh asing hanyalah dibenarkan kepada industri-industri strategi sahaja untuk menentukan supaya pihak industri tidak terlalu bergantung kepada penggunaan tenaga buruh yang ramai. Beberapa insentif telah ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang mengadakan pelaburan termasuk pelaburan tambahan yang berintensifkan modal. Ini termasuklah galakan-galakan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 seperti galakan taraf perintis, elaun cukai pelaburan dan galakan pelaburan semula.

Mengenai pengambilan buruh asing sektor-sektor strategik yang dibenarkan ialah sektor berdasarkan syarikat berorientasikan eksport, mempunyai nilai tambah yang tinggi, menggunakan bahan tempatan dan mengeluarkan keluaran pengganti import ataupun import substitution. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa kerajaan amat peka kepada wujudnya buruh asing dan bagaimana mereka ini dapat menurunkan produktiviti buruh-buruh yang ada di dalam negara kita yang datang dari asalnya orang Malaysia tetapi apakan daya, Tuan Pengerusi, bahawa kadangkala kita tidak dapat pekerja-pekerja yang datang daripada negara kita sendiri oleh kerana boleh jadi ada ramai di antara mereka yang memilih pekerjaan tanpa memikirkan bahawa pendapatan yang boleh didapati dari kilang-kilang ini merupakan satu pendapatan yang agak lumayan.

Saya telah menerima banyak permohonan daripada kilang-kilang yang berkehendakkan buruh asing untuk menjadi pekerja-pekerja mereka dan mengikut tuan punya kilang-kilang ini. Mereka telah membuat pelbagai jenis iklan menerusi surat khabar mahupun pengiklanan di kilang-kilang mereka tetapi tidak mendapat pekerja daripada kalangan rakyat Malaysia. Justeru itu mereka terpaksa mendapatkan pekerja daripada buruh-buruh asing.

Berkenaan dengan perkara ‘total factor productivity’ (TFP) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Balik Pulau, saya ingin menyatakan bahawa produktiviti kita telah pun meningkat kalau dibandingkan secara menyeluruh dengan negara-negara lain. Kalau dibandingkan dengan Thailand kita telah juga meningkat walaupun Thailand meningkat lebih sedikit. Tetapi kalau dibandingkan dengan Filipina kita meningkat lebih baik daripada Filipina. Malaysia menerima banyak pelaburan yang merupakan pelaburan dalam alat-alat jentera bagi meningkat ……….

Dr. Nungsari bin Ahmad Radhi: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ya.

Dr. Nungsari bin Ahmad Radhi: Minta penjelasan, Tuan Pengerusi. Sebenarnya saya tidak membuat perbandingan TFP kita dengan negara jiran. Saya cuma menyatakan daripada perangkaan yang dikemukakan oleh Laporan Ekonomi sendiri bahawa TFP kita dalam beberapa tahun kebelakangan ini menurun. Itu adalah satu hakikat dan ia menurun pada pendapat saya kerana pertambahan modal dan pelaburan yang terlalu tinggi dan juga penggunaan tenaga manusia pada tahap yang berkemahiran rendah yang mengakibatkan ‘capital absorption rate’ tidak tinggi. Oleh yang demikian ‘total factor productivity’ kita jatuh.

Jadi persoalannya ialah menyedari akan hakikat itu apakah perubahan dari segi dasar yang mahu kita perkenalkan untuk memastikan bahawa kalau tidak boleh kekalkan TFP kita itu pun maka kita tingkatkan TFP itu dengan mengubah sedikit dasar pelaburan asing ke dalam negara ataupun dasar penggunaan buruh ataupun pekerja dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sedemikian rupa. Itu maksud saya, maknanya bukan perbandingan TFP Malaysia dengan Thailand atau Malaysia dengan Indonesia. Kita menyedari trend yang akan kita kenal pasti dan kemukakan pendapat apakah punca berlakunya trend tersebut dan persoalannya, apakah langkah yang boleh kita lakukan untuk kita atasi masalah ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria: Tuan Pengerusi, terima kasih kepada sahabat saya dari Balik Pulau. Tidak ada dasar kita dari segi FDI dan dasar untuk meningkatkan produktiviti memang sentiasa ada dan kita akan memastikan agar ‘total factor productivity’ ini walaupun sepertimana yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat dari Balik Pulau menurun tetapi kita akan pastikan ianya dapat meningkat di dalam keadaan ini. Langkah-langkah daripada pihak National Productivity Centre (NPC) telah pun mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan walaupun dalam keadaan ini kita dapat mempertingkatkan produktiviti.

Tuan Pengerusi, Ahli Yang Berhormat dari Balik Pulau juga telah bertanya berkenaan dengan ‘Free Commercial Zone’ yang ada di kawasan beliau. Zon Perdagangan Bebas ataupun dengan izin, Free Commercial Zone ini adalah satu kawasan di mana pedagang-pedagang boleh mengimport barangan secara besar-besaran ataupun ‘in bulk’ secara pukal tanpa dikenakan cukai, dibungkus semula dan dieksport ke luar negara. Zon ini selalunya ditempatkan berhampiran pelabuhan dan lapangan terbang. Kerajaan bersedia mempertimbangkan permohonan menubuhkan zon-zon ini jika ada keperluan dan permohonan daripada pihak berkuasa pelabuhan ataupun lapangan terbang. Jadi kalau Ahli Yang Berhormat dari Balik Pulau hendak mendapatkan atau ‘extend the zone’, saya minta Yang Berhormat dapat memberikan permohonan berkenaan dengan perkara ini kepada pihak kementerian.

Tuan Pengerusi, oleh kerana ramai daripada ahli-ahli tadi yang menyentuh berkenaan dengan APEC, Ahli Yang Berhormat dari Tambun ada menyarankan supaya perancangan dan merencana untuk meningkatkan perdagangan.

Tuan Pengerusi, memanglah kiranya APEC ini adalah satu forum oleh kerana ahli-ahli APEC ini dari segi perdagangannya adalah 50% daripada perdagangan seluruh dunia. APEC merupakan satu forum di mana untuk mempertingkatkan perdagangan. Motto APEC Business Community kali ini ialah ‘APEC means Business’ dan ini adalah satu motto yang bertujuan untuk meningkatkan lagi perdagangan di kalangan negara-negara APEC. Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan perdagangan dua hala dan pelbagai hala di antara serantau seperti di APEC dan Asean. Kepelbagaian pasaran eksport dalam konteks kerjasama ‘South-South’ akan diteruskan. APEC juga akan meningkatkan ………

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Kepong bangun, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, penjelasan. Adakah Yang Berhormat sedar walaupun disebutkan ada hasil di dalam mesyuarat atau persidangan tersebut, adakah Yang Berhormat sedar bahawa salah satu matlamat APEC ialah untuk mengurangkan tarif sebagai satu liberalisasi yang sentiasa disebut-sebutkan. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa tarif untuk kayu-kayan dan tarif untuk perikanan (fishering) itu yang merupakan soal pokok telah pun ditunda dan dirujukkan kepada World Trade Organization. Apakah pendapat Yang Berhormat mengenai masalah seumpama ini – matlamat yang utama tidak dapat dipenuhi atau dicapai?

Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria: Tuan Pengerusi, saya memang sedar oleh kerana saya menghadiri mesyuarat APEC tersebut. [Ketawa] Kita sedar, jadi masalah EVSL merupakan satu masalah kepada pihak APEC tetapi kita juga atas prinsip bahawa kita tidak akan meliberalisasikan pasaran kita sekiranya kita belum lagi bersedia. Kalau misalannya, sebagai contoh negara Malaysia hendak meliberalisasikan semua sekali pasaran kita, kita akan dapati bahawa negara-negara maju di mana syarikat-syarikat yang begitu besar dapat masuk ke negara kita untuk membeli syarikat-syarikat kita dengan senang.

Oleh kerana kita telah liberalised kita punya pasaran seperti yang berlaku di Thailand pada masa ini, oleh kerana pasaran saham begitu jatuh dan Baht begitu turun, maka syarikat-syarikat besar datang ke negara itu oleh kerana terpaksa mengikut telunjuk IMF. Thailand mengambil sebanyak US$17.2 bilion bantuan IMF, maka syarikat-syarikat besar membeli syarikat-syarikat Thailand ‘at a discount through merges and acquisition’. Jadi ini akan menyebabkan negara kita akan kehilangan syarikat-syarikat di mana negara kita yang berpotensi untuk mendapatkan keuntungan. Jadi kalau kita turunkan segala atau ‘do away with all barriers ’, dengan izin, sama ada ‘tariff’ mahupun ‘non tariff barrier’, maka ini akan menyebabkan negara kita ataupun negara mana sekalipun mereka ini terdedah kepada negara-negara yang lebih maju dan syarikat-syarikat yang lebih besar yang boleh mengongkong, membeli dan sebagainya syarikat-syarikat yang ada di dalam negara tersebut.

Jadi saya tahu masalah dari segi Early Voluntary Sectoral Liberalization (EVSL) di mana pihak Jepun tidak bersetuju dari segi untuk liberalise sektor perikanan dan juga perhutanan dan barang-barang perhutanan dan perkara ini akan di bawa kepada pihak WPO untuk diputuskan. Jadi, bagi pihak kerajaan Malaysia kita membuka pasaran kita ikut kemampuan dan kebolehan negara tersebut. Itu dari segi dasar kita.

Tuan Yang di-Pertua, APEC juga akan meningkatkan pertalian dan penglibatan pihak swasta di kalangan anggota APEC dan ini merupakan salah satu priority bagi APEC.

Ahli Yang Berhormat dari Tambun juga telah memohon penjelasan berkenaan peruntukan yang diberikan pada pihak MATRADE. Mengikut Ahli Yang Berhormat dari Tambun ianya adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan badan galakan perdagangan yang lain seperti JETRO mahupun Singapore Trade Board. Peruntukan yang diluluskan kepada MATRADE bagi tahun 1999 adalah RM49 juta berbanding dengan RM40 juta bagi tahun 1998. Peruntukan ini adalah mencukupi bagi membolehkan MATRADE melaksanakan program-program yang dirancangkan. Di pihak kementerian, sekiranya kita dapati bahawa MATRADE tidak mencukupi dari segi belanjawan yang diberikan, kita akan memohon kepada pihak Kementerian Kewangan untuk meningkatkan perbelanjaan ini supaya MATRADE dapat memasarkan atau menjalankan program-program promosi di peringkat antarabangsa.

Selain daripada itu Yang Berhormat dari Tambun juga telah menyentuh berkenaan dengan strategic alliance di antara syarikat-syarikat yang multinasional dengan juga syarikat-syarikat dalam negeri. Saya tidak boleh memberikan contoh secara spesifik tetapi saya berpendapat bahawa strategic alliance ini memang wujud yang membolehkan pemasaran barangan di peringkat di seluruh dunia dan juga pembuatan barang-barang tersebut di dalam negara Malaysia ini. Strategic alliance ini bukan hanya kita memikirkan dari segi barangan yang final products atau pemasaran consumer product di seluruh dunia tetapi kita juga mesti memikirkan linkages dari segi linkages yang ada di antara syarikat-syarikat multinasional ini dengan syarikat-syarikat dalam negara kita sendiri di mana pembuatan intermediate product dibuat oleh syarikat tempatan dan lepas juga itu dibuat sepenuhnya oleh syarikat-syarikat multinasional. Saya percaya bahawa strategic alliance ini wujud di kalangan multinasional dengan syarikat-syarikat dalam negara kita.

Yang Berhormat dari Tambun juga menyatakan berkenaan SMIDEC, budgetnya kecil. Kita ada budget yang tidak begitu kecil juga tapi kiranya memadai dengan dengan kedudukan SMIDEC, saya ingin menyatakan bahawa sebanyak RM82 juta tabung-tabung seperti IKS tidak dinyatakan di sini tetapi tabung IKS ini adalah di bawah kelolaan pihak Bank Negara dan commersial bank.

Tuan Pengerusi, saya tidak ada perkara lain yang hendak saya jelaskan atau memberi penerangan. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam membahaskan peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM147,065,000 untuk Maksud B.20 di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM147,065,000 untuk Maksud B.20 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM99,000,050 untuk Maksud P.20 disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 1999 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM99,000.050 untuk Maksud P.20 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan, 1999.

Maksud B.21 [Jadual] -

Maksud P.21 [Anggaran Pembangunan, 1999] -

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Kepala Bekalan B.21 dan Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terbuka untuk dibahas. Ya, Balik Pulau.

4.06 ptg.

Dr. Nungsari bin Ahmad Radhi [Balik Pulau]: Di bawah B.21, Butiran 030000 - Konsumerisma dan Butiran 030100 -Penguatkuasaan.

Tuan Pengerusi, perkara yang banyak dipersoalkan apabila berlaku kesuntukan barangan ataupun kenaikan harga barang ialah bagaimana kita hendak memastikan bahawa kementerian melalui bahagian penguatkuasanya boleh memastikan harga barang-barang yang terkawal ini tidak naik harga.

Saya nak bertanya, kalau pada pendapat saya, jikalau kita hendak bergantung kepada Pegawai Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memastikan bahawa semua kedai dan juga outlet barangan ini menjual harga barang-barang yang terkawal ini dengan harga yang ditetapkan, saya ingat tak mungkin dapat dibuat, kalau hendak diharapkan kepada Pegawai Penguatkuasa ini untuk memastikan bahawa ‘Cheap Sale’ yang diadakan itu benar-benar ‘Cheap Sale’ itu pun susah hendak diadakan. Saya hendak bertanya kepada kementerian ialah pada saya kemampuan untuk mana-mana satu pekedai ataupun penjual untuk menjual pada harga yang melebihi sesuatu tahap bergantung kepada banyak perkara. Misalnya, kalau ada tiga empat kedai yang dalam satu kawasan, kalau saya jual RM2 sekilo, kalau orang lain, setengah kilometer lagi menjual RM1.90 benda yang sama satu kilo dan kalau maklumat ini tersebar kepada pengguna, maka orang akan pergi kepada yang menjual RM1.90 satu kilo itu.

Ini menunjukkan bahawa kalau nak jadi semua penjual jual harga lebihi pada harga yang patut maka wujud satu collusion yang cukup besar di seluruh negara, jadi ini tidak mungkin. Jadi, satu daripada usaha untuk memastikan bahawa perkara ini tidak berlaku ialah penyebaran maklumat yang menyeluruh kepada pengguna melalui program-program kepenggunaan ini di bawah Kepala 030000 ini. Itu yang pertama kerana saya rasa program itu lebih mendatangkan maksud mengawal harga lebih berkesan daripada pergi secara fizikal, Pegawai Penguatkuasa ini di mana yang itu kena buat juga tetapi kita boleh tokokkan dengan usaha yang saya katakan tadi.

Yang kedua, kebanyakan harga barangan terkawal ini apakah dia tidak ada permit untuk ataupun lesen untuk diimportkan barang ini. Kalau ada, maka permit-permit ataupun lesen-lesen sama ada untuk mengimport ataupun untuk menjual barang-barang ini adalah merupakan sekatan-sekatan dalam pasaran. Ini juga mewujudkan satu distortion dalam pasaran yang membolehkan mereka yang memegang permit ataupun lesen ini untuk menjual barang-barang tertentu ini untuk menggunakan kuasa pasaran yang ada pada dia untuk menaikkan harga. Jadi kuasa pasaran itu diwujudkan dan diberikan kepadanya menerusi lesen ataupun permit yang diberikan kepada dia.

Jadi satu daripada cara yang menggunakan mekanisme kesemua pasaran itu untuk mengawal harga pasaran ialah untuk mengurangkan distortion di dalam pasaran ini dan satu cara untuk mengurangkan distortion dalam pasaran ialah sama ada beri permit-permit atau lesen yang sebanyak mungkin kepada semua orang supaya menjatuhkan nilai sewa permit itu, rental ‘value’nya bukan rental/sewa dari segi sewa tapi dari segi ekonominya sehingga tidak ada mana-mana pemegang permit atau lesen itu mempunyai kuasa pasaran untuk mengenakan harga yang lebih tinggi.

Maknanya kalau ada barang tertentu itu, 20 lesen untuk import dan 30 lesen untuk jual. Jadi, jangan buat macam itu. ‘Liberalise’kan pemberian permit itu ataupun hapuskan permit ataupun hanya gunakan pendaftaran untuk memberi kebenaran kepada orang hendak jual. Jadi, itu bagi saya adalah dua pendapat tentang kepenggunaan dan penguatkuasaan harga barangan ini yang bukan berbentuk penguatkuasaan undang-undang. Jadi, selain daripada usaha penguatkuasaan (regulatory function) untuk mengawasi harga barang, kita kena tengok kepada market base, cara-cara yang menggunakan kuasa pasaran sendiri untuk mengawal harga dalam pasaran.

Jadi, kaedah yang saya cadangkan ini tidak bergantung kepada penggunaan personnel yang ramai. Peranan utama kementerian ialah untuk mengenal pasti di mana terdapat distortion ini yang boleh kita buangkan ataupun kurangkan untuk memastikan bahawa harga dapat diwujudkan keseimbangannya pada tahap yang tidak berapa tinggi seperti yang dikehendakkan.

Yang keduanya, dalam keadaan sekarang ini kita dapati bahawa pengurangan bekalan minyak masak dalam negara kita ini. Jadi, saya ingin sedikit penjelasan – saya ada penjelasan saya sendiri tetapi saya tidak ada masa hendak melihat perkara-perkara ini. Saya ingin penjelasan daripada kementerian. Adakah mungkin pengurangan ini disebabkan oleh kerana harga minyak sawit mentah (CPO) dalam negara kita ini telah meningkat dalam tempoh setahun ini oleh kerana nilai Ringgit telah jatuh berbanding dengan Dolar Amerika. Jadi, pengeluar dan pedagang minyak mentah sawit ini lebih suka untuk jual minyak ini di luar negara daripada memproseskannya menjadi minyak masak. Tetapi bila jual minyak masak ia jadi barangan harganya terkawal, jadi pulangannya tidak cukup banyak. Kalau saya jadi pedagang minyak sawit mentah ini ataupun orang yang terlibat dalam bab ini, jadi saya lebih suka jual CPO eksport, daripada saya ambil CPO saya, saya pergi kepada refinary dan jadikannya minyak masak dan jual dalam negara pada harga yang dikawal.

Jadi, itukah penjelasannya ataupun ada cerita lain. Saya tidak berapa yakin dengan penjelasan bahawa dekat sempadan Thailand ataupun sempadan Singapura ataupun Indonesia ada orang bawa lari dua-tiga kotak seludup keluar. Itu tidak akan menyumbang kepada pengurangan bekalan minyak masak ini. Kalau setakat orang seludup di Padang Besar, kawasan Yang Berhormat, kawan saya di sebelah Perlis dan Kedah saya ingat tidak menimbulkan gejala yang kita hadapi sekarang ini. Saya mohon penjelasan atas dua perkara yang saya timbulkan tadi. Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Tambun.

4.14 ptg.

Tuan Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Pertama saya ingin menyentuh di bawah hal ehwal pengguna. Yang ini berkaitan dengan kempen membeli barangan tempatan. Saya memang menyokong kempen membeli barangan tempatan ini terutama dalam masa kita menghadapi kenaikan nilai mata wang Amerika Syarikat dengan kos import yang lebih tinggi. Tetapi dalam kita menjalankan kempen membeli barangan tempatan ini, saya berharap kementerian dapat juga melihat dari segi kualiti produk tempatan ini. Saya sendiri berhadapan dengan keadaan di mana bila saya beli barangan tempatan, kualitinya jauh lebih rendah daripada barangan luar. Pen umpamanya, saya beli ball point, saya tulis. Selepas tulis berapa lama dakwatnya turun. Ini berlaku banyak kali. Saya ingat hanya satu sahaja barang yang rosak. Tetapi rupanya kerap kali berlaku. Bermakna syarikat tersebut mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti tinggi.

Kalau kita pergi ke produk yang higher order, kita ambil kereta Proton umpamanya. Saya naik Proton Perdana, dan saya biasa naik kereta-kereta lain seperti Mercedes, Volvo dan sebagainya. Saya nampak kelemahannya. Satu dari segi finishing. Finishingnya kalau kena sedikit sahaja tercabut getah-getah dekat pintu. Kemudian, satu yang saya nampak yang cukup mencacatkan kereta tersebut, bila kita naik kereta dan bila ia goncang sedikit, kita dengar bunyi minyak dalam tangki minyak itu. Ini telah berlaku dalam kereta lain. Jadi, apa yang saya ingin menyentuh, dengan adanya kempen ini, ini memberi peluang yang lebih besar kepada pengeluaran tempatan. Tidak payah mereka kempen, tetapi kerajaan kempen untuk mereka. Tetapi jangan kita begitu protective kepada pasaran ini sehingga ia menjejaskan kepada kualiti. Kerana kita mesti ingat prinsip perniagaan ialah untuk mencari keuntungan. Pengilang akan mengeluarkan produk secara besar-besaran untuk mengambil peluang daripada pasaran tersebut tidak kira kualiti.

Saya menyentuh soal kualiti kerana ia berkait pula dengan cita-cita negara pada masa akan datang, kita hendak menjadi satu kuasa besar dalam sektor perdagangan antarabangsa, dan tentunya kualiti memainkan peranan yang penting. Makanya dari sekarang lagi kita menekan kepada kualiti dan bila tiba masa barang kita untuk diexport kepada negara luar, ia sudah boleh bersaing dengan produk daripada negara lain.

Kedua, saya ingin menyentuh di bawah pendaftaran perniagaan. Tuan Pengerusi, kita sedar bahawa dalam negara kita ramai peniaga kecil. Seperti pernah saya sebut akibat daripada kegawatan ekonomi, ramai orang yang diberhentikan kerja yang pendapatan terjejas akan membuka perniagaan kecil. Saya juga pernah menyatakan bahawa peniaga kecil adalah aset kepada negara. Kerana budaya niaga tidak tercipta secara serta-merta. Ia tercipta melalui proses generasi, satu generasi ke satu generasi dan ke satu generasi yang lain.

Saya dapati sekarang ini majoriti peniaga-peniaga kecil merupakan peniaga yang informal, maksud saya yang tidak berdaftar. Saya berpendapat Bahagian Pendaftaran Perniagaan harus mengambil peluang dalam keadaan sekarang supaya mengadakan kempen secara besar-besaran supaya semua peniaga kita mendaftar, dengan mendaftar bermakna bahawa perniagaan telah menjadi lebih formal dan lebih sistematik dan ia boleh membantu syarikat-syarikat ataupun peniaga-peniaga kecil tersebut.

Tuan Pengerusi, saya ambil contoh, ada individu yang berniaga yang tidak mendaftar, mereka menggunakan lesen kawannya ataupun berniaga secara kecil-kecilan dan sebagainya, setelah sepuluh tahun, dia telah menjadi begitu besar, dia hendak membuat pinjaman bank, tiba-tiba bank akan bertanya: "Mana dia daftar perniagaan?" Dia tidak ada daftar perniagaan, tetapi kalau dia mendaftar sepuluh tahun yang lalu, maknanya dari segi track record perniagaannya sudah ada sepuluh tahun tempoh yang boleh dikaji oleh pihak bank dan lebih mudah bagi perniagaan tersebut mendapat pinjaman.

Jadi, untuk kepentingan masa depan negara kita dan untuk kepentingan rakyat kita, saya berpendapat, Bahagian Pendaftaran ini patut menjalankan kempen pendaftaran dan semua peniaga kecil kita mendaftar di bawah Pendaftaran Perniagaan dan di bawah bahagian ini juga saya dapati banyak kemudahan yang boleh diberikan kepada peniaga-peniaga kecil termasuk kemudahan pinjaman dan sebagainya.

Jadi, bermakna peniaga kecil sekarang ini telah mencapai pertumbuhan tidak melalui menikmati kemudahan-kemudahan yang diberi oleh Pendaftar Perniagaan dan saya cuba bayangkan dalam keadaan tidak mendapat kemudahan, peniaga-peniaga kecil sudah begitu berjaya apatah lagi dengan mendapat kemudahan daripada kementerian sendiri. Jadi, saya berharap perkara ini akan diberi perhatian oleh pihak kementerian.

Akhir sekali tentang penguatkuasaan ini, saya hendak sentuh apa yang rakan saya sentuh tentang minyak masak ini.

Tuan Pengerusi, yang menjadi masalah bukan sahaja dengan tidak adanya bekalan ini, tetapi yang menimbulkan masalah politik kepada kepimpinan negara kerana ramai pengguna yang menimbulkan isu, negara kita sebuah negara pengeluar minyak kelapa sawit yang terbesar di dalam dunia, tetapi kita tidak ada minyak masak. Saya juga bersetuju mungkin ada faktor-faktor lain yang menyebabkan kepada tidak adanya minyak masak ini kalau sekadar kerana ia diseludup di luar negara kita, jumlahnya tidak banyak, dari segi volumenya ia tidak dapat menjejaskan pasaran, tetapi katalah ia betul diseludup, saya nampak kalau diseludup, jumlah yang hendak diseludup begitu besar, kalau ke Indonesia ia akan menggunakan kapal, kalau di Thailand menggunakan lori besar, jadi ini betul berlaku daripada pandangan kerajaan ini berlaku, tidakkah perkara ini berlaku dengan adanya orang-orang yang tertentu di dalam ini yang terlibat, kalau tidak ia tidak boleh berlaku.

Saya tidak nampak satu perkara yang besar, hendak dibawa keluar negara kalau tidak ada orang dalam yang menolong, ia tidak akan dapat dibawa ke negara luar. Jadi, oleh kerana ia membawa kesan yang begitu hebat kepada masyarakat dan masyarakat mengkritik kepimpinan kita, saya berharap bahawa kementerian ini akan membuat kajian yang terperinci di manakah kesilapan-kesilapannya daripada ladangkah, pengeluaran peringkat CPOkah ataupun peringkat hiliran di manakah penglibatan tersebut dan siapakah yang terlibat dan mengambil tindakan yang saksama supaya rakyat tidak terjejas oleh masalah ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Kepong.

4.24 ptg.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, muka surat 180 – Butiran 030000 – Konsumerisma.

Tuan Pengerusi, objektif konsumerisma ialah mewujud dan meningkatkan kesedaran penggunaan di kalangan masyarakat dan peniaga melalui pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang.

Saya nampak Yang Berhormat Menteri sudah pun mengumumkan bahawa beberapa langkah diambil termasuk memperketatkan kawalan ke atas semua barang di Malaysia terutamanya barang-barang keperluan dan Yang Berhormat Menteri pun sudah mengumumkan senarai harga barang-barang pengguna kepada semua persatuan pengguna akan diadakan setiap minggu, ini bermakna setiap minggu pihak kementerian akan menghantar senarai harga barang-barang pengguna kepada semua persatuan pengguna.

Ini memang satu langkah yang betul kerana kerjasama di antara persatuan-persatuan pengguna dengan kementerian memang mesti dipertingkatkan dan ini merupakan satu langkah yang betul.

Walau bagaimanapun, daripada angka Jabatan Perangkaan sudah mencatatkan Indeks Harga Pengguna (CPI) yang melambung puratanya 5% dan misalnya pada enam bulan pertama tahun ini makanan melambung 8.4%, gula 17.5%, ikan 9.5%, kopi dan teh 8%, daging 6.9%, minyak masak 5.4%, ubatan dan kesihatan 5.6% dan seterusnya harga buku import dan majalah meningkat sehingga 20 sen pada setiap Dolar Amerika dan 25 sen pada setiap pound sterling. Dan ini satu contoh dari segi perangkaan yang diluluskan oleh pihak Jabatan Perangkaan.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Menteri bahawa apabila kita membangkitkan masalah harga, kita mesti membuat penyelidikan yang cukup bukan menyebutkan harga dengan begitu sahaja yang dibuat oleh setengah-setengah orang dan ini bermakna yang pertama, pihak kementerian - saya mencadangkan supaya memperuntukkan lebih banyak bagi setiap persatuan ataupun persatuan pengguna yang besar untuk mengadakan Bahagian Penyelidikan dan Kajian.

Ini memang satu perkara yang perlu kalau kita hendak persatuan pengguna mengadakan penyelidikan yang bererti. Saya nampak Persatuan Pengguna Pulau Pinang dari semasa ke semasa ada membuat kajian dan penyelidikan yang baik. Walau bagaimanapun, kerana mereka dapat wang sumbangan daripada pelbagai pihak dan sumbangan ini pun tidak mencukupi, setakat yang boleh mereka membuat kajian termasuk kajian ke atas penggunaan tanah komersial dan sebagainya.

Memang saya dari semasa ke semasa ada membaca penemuan-penemuan hasil kajian mereka, ini menunjukkan mereka adalah sangat serius mengenai hal konsumerisma. Walau bagaimanapun, bagi persatuan-persatuan yang lain, saya tidak nampak sangat persatuan di negeri Pahang, persatuan di negeri Selangor, penyelidikan itu tidak mencukupi dan ini kita mesti memperbaiki keadaan dan salah satu langkahnya ialah seperti apa yang saya sebutkan tadi, kementerian mesti menolong sedikit dengan peruntukan untuk penyelidikan.

Tuan Pengerusi, perkara yang kedua ialah bagaimana pihak kementerian dengan persatuan-persatuan pengguna ini dapat merapatkan hubungan, mungkin mengadakan mesyuarat setiap bulan, ini memang saya tidak tahulah dalam satu tahun berapa kali mesyuarat diadakan di antara kementerian dengan persatuan-persatuan pengguna. Dan ada juga persatuan-persatuan yang tidak berfungsi, yang tidak mempunyai ahli yang cukup, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menerangkan bilangan persatuan yang tidak berfungsi, yang tidak beroperasi dan juga kalau bolehlah bilangan ahli di dalam persatuan-persatuan pengguna. Dan kalau ada persatuan-persatuan pengguna yang tidak berfungsi atau ‘hidup segan mati tak mahu’ dan salah satu caranya ialah bagi pihak kementerian untuk memberi pertolongan sedikit kepada persatuan-persatuan yang lemah dan dengan dorongan dan bantuan dari pihak kementerian, mudah-mudahan persatuan-persatuan yang lemah ini dapat dihidupkan semula.

Tuan Pengerusi, saya nampak daripada aktiviti program konsumerisma ini, ialah di dalam pemeriksaan premis perniagaan. Tahun 1997 hampir 600,000 pemeriksaan dibuat dan tahun ini dianggarkan 750,000 dan tahun depan 850,000 kerana kementerian itu baru sahaja ditubuhkan dan saya nampak kakitangan yang berdisiplin, yang profesional tidak mencukupi dan itulah satu aspek perlu ditekankan untuk meningkatkan mutu, kaliber dan profesionalisme kakitangan di dalam kementerian untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan lagi.

Tuan Pengerusi, di dalam program aktiviti pendaftaran syarikat, muka surat 179, Butiran 020000 – Perdagangan Dalam Negeri. Saya ambil masa panjang sedikit kerana saya nampak ada ramai yang berminat.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Kementerian banyak lagi Yang Berhormat. Banyak kementerian yang perlu diselesaikan Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Tidak hari ini dijadual untuk …..

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang Berhormat sila teruskan.

Dr. Tan Seng Giaw: Mengenai aktiviti pendaftaran syarikat. Tuan Yang di-Pertua, pendaftaran syarikat, penubuhan syarikat untuk tahun lepas ialah RM40,720 dan untuk tahun ini dianggarkan RM40,000 dan bagi tahun hadapan kerana krisis ekonomi, kita nampak akan kurang separuh, mungkin 22 ribu syarikat sahaja akan ditubuhkan. Walau bagaimanapun Tuan Pengerusi, saya mintalah Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan setakat inilah, terutamanya setakat krisis-krisis ekonomi bermula pada bulan Julai tahun lepas sehingga sekarang, bilangan syarikat yang muflis, yang bankrap. Ini menunjukkanlah aktiviti ekonomi, aktiviti perdagangan dalam negara setakat mana teruknya, itu kegagalan bilangan syarikat di dalam negara ini. Ini memang boleh menunjukkan kepada kita semua setakat mana kita perlu meningkatkan usaha untuk mengatasi masalah krisis yang dihadapi ini.

Tuan Yang di-Pertua, ini juga berkaitan dengan kempen untuk membeli barang-barang tempatan. Memang kempen ini telah dijalankan berbulan-bulan sudah dan kalau kita hendak jayakan, kita mesti adakan syarikat-syarikat yang baru untuk mengeluarkan barang-barang tempatan juga dan untuk menentukan harga itu berpatutan.

Tuan Yang di-Pertua, daripada laporan-laporan daripada penyelidikan setengah-setengah badan di dalam kempen membeli barang-barang keluaran tempatannya ialah kita mesti menentukan mutu barang itu adalah secocok dengan barang-barang yang diimport, misalnya barang-barang penggunaan yang biasanya seperti health-care product dan alat-alat elektrik (eletrical appliances), hiburan dan sebagainya. Kita dan barang-barang makanan di dalam tin, di dalam pakej dan sebagainya.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang Berhormat, masa sudah lebih. Ramai hendak ambil bahagian Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Ramai lagi?

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ramai lagi dah. Masih ramai, masa lebih dah, saya bagi lebih.

Dr. Tan Seng Giaw: Baik, baik. Cuma setakat ini sahajalah. Saya menyeru supaya Yang Berhormat dapat menerangkan setakat mana kita berjaya dalam kempen membeli barangan keluaran tempatan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Bagan Datok.

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datok]: Tuan Pengerusi, saya ucapkan terima kasih. Saya ingin menyentuh perkara 020000 – Pecahan 020400 iaitu mengenai harta intelek.

Tuan Pengerusi, kita tahu bahawa negara kita sedang menuju ke alam dasar langit terbuka dan kita sedang menuju ke arah teknologi canggih tetapi di dalam pemerhatian saya dan rakan-rakan, kita lihat bahawa imej Malaysia agak terjejas dengan apa yang berlaku dalam industri pengeluaran harta intelek ini, di mana kita dapati bahawa penguatkuasaan terhadap usaha-usaha pencurian harta intelek ini berjalan dengan begitu berleluasa di negara kita dan banyak bahan yang mendapat hak cipta atau copyright dengan izin, daripada syarikat-syarikat pengeluar daripada luar negara telah dicetak rompak dan telah dikeluarkan di negara ini dan dipasarkan di luar negara dengan meletakkan barangan itu sebagai barangan keluaran Malaysia dan ini menjejaskan imej negara kita dari segi harta intelek ini.

4.35 ptg.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Kita dapati juga bahawa apabila penguatkuasaan terhadap harta-harta intelek ini, kita dapati bahawa terdapat beberapa ketidakpastian dari bidang kuasa, pihak mana sebenarnya yang memantau terhadap penguatkuasaan usaha mencuri harta intelek ini? Adakah kementerian itu sendiri? Adakah pihak polis? Adakah pihak berkuasa tempatan atau dewan-dewan bandaran atau majlis bandar raya dan sebagainya kerana ini satu cara yang harus dikoordinasikan di antara badan-badan kerajaan dan penguatkuasaan kerana didapati bahawa apa yang berlaku sekarang, apabila kita terbaca dalam media luar negara dan majalah-majalah yang diterbitkan, mereka mengkategorikan Malaysia sama taraf rendah dari segi protection ataupun untuk menjaga harta intelek ini dengan negara-negara dunia ketiga seperti China dan Taiwan dan mereka memandang usaha pihak kerajaan untuk mengadakan MSC terjejas begitu sahaja.

Kita juga simpati dengan cetak rompak yang berlaku kepada bahan-bahan rakaman oleh artis-artis tempatan kita. Kita dapati usaha-usaha yang dilakukan oleh PAPITA, Persatuan Penyanyi-penyanyi Tanah Air berjumpa dengan pihak kementerian dan pihak ‘RIM’ yang telah berjumpa dengan pihak menteri sendiri, walaupun telah mendapat response, sambutan yang baik tetapi dari segi penguatkuasaan ianya bermusim dan berkala.

Jadi, dalam perkara ini usaha-usaha yang serius hendaklah dilakukan agar usaha kerajaan yang mengurangkan cukai hiburan, cukai pendapatan daripada usaha-usaha kesenian ini benar-benar dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan oleh kerana harta intelek ini adalah penting, maka perkara-perkara penguatkuasaan ini hendaklah diambil kira dengan serius dan jangan diambil mudah.

Hukuman yang dikenakan mestilah hukuman yang harus dipinda dari segi Akta Penguatkuasaan di mana hukuman mandatori yang tinggi hendaklah dikenakan kerana hukuman-hukuman yang ringan ini menyebabkan pengeluar-pengeluar bahan cetakan rompak harta intelek ini apabila dibawa ke mahkamah, hukumannya terlalu rendah. Mereka melakukannya sekali lagi dan mereka mempunyai networking atau jaringan talian pemasaran yang begitu luas dan kita lihat di pasar-pasar malam begitu berleluasa aktiviti ini dan hingga sesuatu harta intelek itu kalau di pasaran mengikut harga aslinya RM25.00 tetapi di pasar malam ianya berharga di antara RM5.00 hingga RM10.00 dan ini memalukan dan memberikan kemaluan yang besar kepada pengeluar-pengeluar.

Tuan Pengerusi, saya dapati bahawa dalam usaha untuk membanyakkan cyber cafe, bahan-bahan intelek ini, harta intelek ini banyak dipergunakan, tetapi keaslian bahan-bahan itu tidak lagi ada, ertinya pengusaha-pengusaha juga mencari keuntungan yang berlebihan tanpa mengira jerih-perih titik peluh yang dikeluarkan, pemerasan otak dan bakat seni yang ada kepada para intelek dan juga mereka yang terlibat dalam usaha ini. Dalam hal ini saya fikir sesuatu tindakan yang tegas, yang berani hendaklah dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan saya harap perkara yang serius hendaklah diambil sebagai satu tindakan susulan.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Butiran 040000, pecahan 040200 - Percetakan, Pewartaan Cap Dagang dan Pembaharuan H.I. Soal pewartaan satu perkara yang biasa dilakukan tetapi yang penting ialah dari segi cap dagangan ini, hak cipta, kerana kita dapati dalam hal hak cipta dagang atau pun hak cipta sah bagi satu-satu barang dagangan, sekali lagi saya lihat dalam perkara ini pihak kementerian agak begitu longgar dalam pelaksanaannya di mana kita lihat beberapa barangan yang menggunakan cap dagang yang didaftarkan di negara ini kemudiannya juga digunakan oleh negara lain. Kalau ada sistem untuk under licensed kita faham, tetapi persoalannya cap dagangan ini tidak dipergunakan mengikut perundangan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan kita. Jadi dalam hal ini saya ingin mengambil perhatian Dewan yang mulia ini bahawa sesuatu perkara itu apabila dicapdagangkan, usaha mestilah diambil untuk menentukan bahawa sesuatu barangan yang dicapdagangkan itu dapat memberikan imej yang baik kepada mutu barangan keluaran itu dan tidak dipergunakan oleh sewenang-wenangnya oleh pengeluar-pengeluar lain. Begitu juga di dalam soal-soal yang berkaitan dengan promosi terhadap barangan yang dikeluarkan dengan cap dagangan untuk memberikan imej yang baik kepada barangan keluaran Malaysia, usaha hendaklah dibuat antara kementerian ini dengan MITI supaya mutu barangan keluaran Malaysia dapat dikenal di peringkat dunia dan mutu ini saya bersetuju dengan Yang Berhormat daripada Tambun bahawa mutu adalah sesuatu yang harus diberikan pemerhatian yang cukup besar. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Parit Buntar

4.43 ptg.

Tuan Abdul Rahman bin Haji Sulaiman [Parit Buntar]: Terima kasih. Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh di bawah B.21 Butiran 020000 - Perdagangan Dalam Negeri.

Sepertimana yang kita maklum salah satu langkah yang sering diperkenalkan oleh kementerian ini dalam menentukan, menstabilkan harga barangan utama, barangan keperluan di negara ini melalui kawalan harga, setakat ini sudah banyak barang keperluan dikenakan kawalan harga dalam usaha ini. Kemudian kementerian juga menjalankan langkah enforcement, penguatkuasaan di samping menggalakkan pertumbuhan gerakan konsumerisma ke arah menetapkan atau menstabilkan barangan keperluan. Sebenarnya approach ini telah diambil begitu lama, tetapi yang ingin saya sentuh di sini keberkesanan pendekatan ini yang nampaknya tidak begitu memuaskan. Kalau kita ingat, tiap-tiap kali kita hampir dengan pelbagai perayaan, apabila permintaan untuk barangan-barangan keperluan ini meningkat maka dengan sewenang-wenangnya harga pun meningkat, kadang-kadang sampai ke tahap yang bukan-bukan, mungkin tidak selari dengan permintaan. Saya ingin mengambil sebagai contoh misalnya, baru-baru ini kerajaan telah mengenakan dalam - usaha untuk menjamin bekalan minyak masak, dan menstabilkan harga, kerajaan telah mengenakan dua set harga untuk minyak masak, satu ialah untuk kegunaan eksport, ataupun untuk kegunaan orang-orang luar negara, dan satu lagi untuk pengguna orang-orang tempatan yang diberikan subsidi, kerajaan misalnya menetapkan harga RM54 sehingga RM57 untuk setin minyak masak 17 kilogram untuk orang-orang luar negara, dan harga subsidi ialah antara RM40 hingga RM42 harga maksimum setin 17 kilogram minyak masak. Itu harga yang ditetapkan. Dan memang secara kasarnya kita rasa semasa itu langkah ini akan memberi kesan yang baik untuk menjamin bekalan dan menstabilkan harga. Malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya. Seperti biasalah para peniaga sentiasa mencari loopholes, atau pun lompong-lompong yang wujud dalam apa juga sistem yang kita kenakan. Akibatnya, kebanyakan daripada pedagang-pedagang, peniaga-peniaga tempatan terutama sekali di negeri di Semenanjung hanya menjual minyak masak pada harga tanpa subsidi walaupun menurut peraturan minyak yang diberikan subsidi itu ada label harga subsidi tetapi kebanyakan para peniaga tanda itu senang sahaja dia boleh cabut - label itu dan dia jual dengan harga yang tinggi iaitu harga yang dikenakan untuk eksport ataupun untuk pengguna-pengguna diluar negara.

Oleh itu pengguna terpaksa membeli sebab minyak yang ada subsidi itu tidak ada, tidak ada minyak yang ada subsidi, jadi oleh kerana kekurangan bekalan mereka terpaksa membeli dan salah satu sebab dari tinjauan ringkas saya ialah kerana harga subsidi itu ialah harga yang dikenakan oleh pembekal ataupun packages. Ia mula-mula datang daripada kilang, kilang bagi kepada packages kemudian bagi kepada pemborong, peruncit selepas itu barulah pengguna. Jadi ada beberapa tahap, hampir lima tahap. Jadi apabila sampai kepada pengguna, pengguna terpaksa membayar harga yang berganda-ganda, sedangkan harga subsidi yang ditetapkan itu dinikmati oleh pembungkus tadi.

Jadi matlamat kita memberi subsidi kepada pengguna sebenarnya tidak sampai, yang dapat subsidi tadi bukan pengguna tetapi pembungkus tadi. Jadi ini salah satu loopholes yang mungkin kementerian salah pandang semasa mengenakan peraturan ini.

Begitu juga tentang harga beras, dulu kita bising di Dewan yang mulia ini tentang harga beras yang tidak terkawal, yang dikawal cuma harga beras premium, dan regular dan sedangkan harga beras super tidak dikawal, dan baru-baru ini kerajaan telah mengenakan kawalan untuk harga beras super, dengan harapan dia dapat menstabilkan harga. Malangnya, seperti mana yang pernah ditimbulkan dalam Dewan ini beras super itu sudah tiada, yang ada hanya beras eksport, sebab kerajaan tidak mengenakan kawalan terhadap beras import. Jadi inilah sebenarnya lompong-lompong yang kementerian harus lihat di masa-masa hadapan apabila kita hendak memperkenalkan satu pendekatan dalam usaha menstabilkan harga, kita harus anticipate ataupun menjangka apa yang pembekal-pembekal, peniaga-peniaga ini boleh buat. Mereka ini sentiasa sahaja cari sebab, alasan, jalan helah untuk keluar daripada peraturan-peraturan yang dikenakan oleh kerajaan.

Jadi walaupun sebenarnya menurut Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam soal jawaban baru-baru ini pihak kementerian telah menjalankan pelbagai usaha untuk membuat pemeriksaan terhadap premis-premis perniagaan, menjalankan penguatkuasaan tetapi kita tidak tahu di mana salahnya. Perkara ini terus berleluasa.

Kadang-kadang kita pun pelik barang-barang yang tidak sepatutnya naik harga misalannya kelapa kering yang dahulunya berlonggok di mana-mana, siapa pun tidak mahu sehingga ada kempen untuk memperkenalkan masyarakat Malaysia supaya minum air kelapa muda dalam usaha untuk mengurangkan bekalan kelapa kering kerana kelapa kering tidak ada harga sekarang ini kalau harga at source pada sumber 60 sen sampai 70 sen apabila sampai ke Kuala Lumpur saya tidak tahu, mungkin RM2 sebiji ataupun RM1 lebih. Kita tidak pernah menjangka barang yang langsung orang tidak mahu pun boleh naik harga.

Jadi dalam keadaan ekonomi yang gawat sekarang, walaupun mungkin bagi setengah-setengah pihak kenaikan ini adalah biasa dan tidak membebankan tetapi bagi rakyat biasa, bagi suri-suri rumah, bagi rakyat biasa di kampung-kampung ini adalah sesuatu yang sungguh memeritkan. Saya bimbang kalau usaha-usaha tidak diambil mengatasi masalah, ini maka keyakinan orang ramai terhadap kerajaan akan terhakis tambahan pula ada golongan-golongan yang sengaja cuba mengambil kesempatan dari peristiwa ini dengan menyatakan bahawa B.N. itu adalah sebenarnya ‘barang naik’ maka kadang-kadang orang kampung termakan juga dengan dakyah-dakyah begini sebab seolah-olah semuanya naik.

Jadi saya mintalah sempena dengan persidangan ini, kalau kementerian misalnya approach langkah pendekatan yang kita buat selama ini tidak berkesan mungkin terdapat keperluan untuk kita mengadakan brainstorming mencari jalan macam mana hendak stabilkan harga. Kalau dulu asalnya sesuatu barang itu harganya meningkat atau tidak stabil kita senaraikan sebagai barang kawalan, jadi saya bimbang lama kelamaan semua barang keperluan di Malaysia ini jadi barang kawalan, tetapi anehnya harga tidak juga stabil dan lazimnya bila sampai sahaja hampir dengan hari perayaan dan macam sekarang ini dah hampir bulan Ramadan, hampir dengan Hari Raya Puasa, saya yakin ia akan terus naik, telur naik dan macam-macam lagi naik sehingga kadang-kadang bila perkara ini dihadapkan ke kita, dia orang tanya sampai kita tidak boleh jawab. Kita hanya boleh cakap ini terpulang kepada permintaan sebab kurangnya penawaran, bertambahnya permintaan maka dari segi lojik ekonominya barang-barang ini naik harganya. Tetapi ini tidak semestinya begitu sebab saya katakan tadi kalau dulu minyak cukup susah hendak dapat, tiba-tiba apabila kerajaan mengadakan dua set harga di mana para peniaga boleh menaikkan harga mengikut harga yang tidak bersubsidi dengan tiba-tiba sahaja minyak masak boleh dapat dengan banyaknya. Padahal beberapa minggu dulu tidak boleh dapat, jadi maknanya ada pihak-pihak yang sengaja menyorokkan barang-barang ini untuk mengambil peluang daripada masalah yang diperolehi rakyat sekarang.

Jadi Tuan Pengerusi, itu sahaja yang hendak saya timbul. Sekian, terima kasih.

4.54 ptg.

Tuan Chang See Ten [Gelang Patah]: Terima kasih Tuan Pengerusi, kerana memberikan saya untuk membahas Maksud B.21 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Saya ingin sentuh Butiran 030000 Konsumerisma.

. Berkenaan dengan hal ehwal pengguna saya harap pihak berkuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dapat mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menjaga kepentingan para pengguna terutama tentang perniagaan jualan terus iaitu direct sale yang baru-baru ini saya sentiasa mendapat aduan di Johor Bahru tentang satu jenis jualan terus iaitu direct sale tentang ‘Ion mat’? Yang mana mereka perlu mengeluarkan modal sebanyak RM7,000 untuk menyertai dalam direct sale ini dan mereka diberitahu bahawa jika seorang menggunakan jenis Ion mat ini apa-apa penyakit akan sembuh – tiada masalah. Ada seorang yang kata bahawa mereka diberitahu ada orang tua yang lebih sembilan puluh tahun sakit tetapi bila menggunakan ‘Ion mat’, tidur atasnya dia baik, terasa muda. Saya kira bukan satu cara yang wajar untuk mereka jika hendak menjalankan perniagaan yang seperti ini, ini dikira tidak sihat. Diharap pihak kementerian dapat memperketatkan kawal selia tentang perniagaan jualan terus ini.

Perniagaan jualan terus ini saya dapat aduan itu ‘Ion mat’ sekarang mereka menjalankan perniagaan di City Plaza di Bandar Johor Bahru. Saya harap pihak kementerian dapat mengambil tindakan untuk memeriksa supaya untuk dapat menjaga kepentingan pengguna, supaya tidak ada orang yang tertipu oleh mereka.

Tuan Pengerusi, untuk menjaga kepentingan pengguna saya harap pihak kementerian dapat mempertingkatkan apa yang mereka sudah jalankan iaitu dengan kerjasama daripada kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna untuk menganjurkan ceramah, seminar, dialog dengan mengadakan pameran dan pada pasar-pasar jualan terus di tiap-tiap daerah supaya kerja ini dapat diteruskan untuk memberikan peluang kepada para pengguna mendapatkan barang-barang harian yang diperlukan dengan harga yang patut. Sempena Hari Pengguna Sedunia saya dapati di negeri Johor, bahawa pihak Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna telah menjalankan aktiviti-aktiviti, kempen-kempen, pasaran terus dengan mengadakan gerai-gerai di lapan daerah di Johor, saya yakin dan percaya dengan cara ini ia akan dapat mendatangkan manfaat kepada pengguna-pengguna.

Di sini Tuan Pengerusi, saya harap pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna dapat memberikan kerjasama kepada pihak Kerajaan Negeri Johor untuk bersama-sama mengadakan satu kajian kos hidup tinggi di Johor Bahru. Isu yang berbangkit ialah kita dapati bahawa perbezaan harga yang begitu ketara di antara harga runcit dengan harga di paras pengeluaran.

Satu persoalan yang kita perlu tinjau yang selalu dibangkitkan ialah adakah perbezaan harga ini dinikmati oleh orang tengah yang menyebabkan kos hidup tinggi kepada pengguna dan pulangan yang rendah didapati oleh pihak pengeluar makanan seperti petani dan nelayan.

Oleh yang demikian, saya harap pihak kementerian dapat memberi kerjasama kerana pihak negeri Johor sangat prihatin tentang masalah ini dan telah melantik Malaysian Institute of Economic Research (MIER) untuk melaksanakan kajian ini. Jika mendapat kerjasama daripada kementerian saya yakin ia akan dapat mendatangkan satu tinjauan yang terperinci, ia akan mendatangkan faedah kepada pengguna-pengguna di daerah Johor Bahru.

Tuan Pengerusi, menjelang perayaan Krismas, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Cina yang akan datang, saya harap kita boleh memastikan bahawa tidak akan ada harga barang-barang yang meningkat kerana kedatangan perayaan-perayaan tersebut supaya kita dapat menjaga kepentingan para pengguna. Di sini saya harap kementerian dapat kerjasama dari pihak berkuasa tempatan di tiap-tiap daerah dan di bandar-bandar daripada majlis bandaraya dan daripada Dewan Bandaraya supaya mewujudkan lebih tempat berniaga untuk petani-petani, nelayan-nelayan dan penjaja-penjaja untuk berniaga kerana mereka yang akan dapat menjualkan barang-barang makanan dengan harga yang patut, kerana pada masa sekarang saya dapati ada beberapa pihak berkuasa tempatan, mereka kemungkinan tidak peka tentang masalah kegawatan ekonomi yang kita hadapi sekarang. Mereka adakan dasar untuk membatalkan lesen-lesen penjaja dan mengambil tindakan tergesa-gesa terhadap penjaja-penjaja yang menjual makanan-makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Ini saya harap dapat kerjasama daripada kementerian dengan kerjasama itu supaya pihak berkuasa tempatan kerana atas permintaan daripada kementerian kemungkinan akan dapat membenarkan para penjaja, para petani untuk mengadakan peluang untuk berniaga dan menjual barang-barang dengan harga yang rendah yang berpatutan kepada para pengguna. Dengan kata-kata demikian saya ucapkan ribuan terima kasih dan saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Hulu Terengganu, lepas itu Menteri menjawab.

5.03 ptg.

Tuan Haji Mustafa bin Muda [Hulu Terengganu]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin bercakap dengan dua tajuk. Butiran 030100 - Penguatkuasaan, Butiran 030200 - Hal Ehwal Pengguna. Tuan Pengerusi, apa yang kita lihat sekarang ini selain daripada penyorokan barang-barang dan kenaikan harga barang-barang, penguatkuasaan sesetengah tempat itu jarang diambil perhatian oleh pihak kementerian terutama sekali di kawasan-kawasan, daerah-daerah yang berjauhan kerana saya difahamkan sesetengah negeri, pegawai-pegawai penguatkuasa ini tidak begitu ramai. Jadi ada peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang mereka seperti setengah-setengah barang-barang yang telah pun disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini.

Begitu juga masalah peranan sebenar, peranan Majlis Hal Ehwal Pengguna yang telah pun ditubuhkan di daerah-daerah di seluruh negara. Pada peringkat awalan dulu, saya dapati semasa taklimat yang pernah dibuat oleh kementerian ini betapa besarnya peranan Majlis Hal Ehwal Pengguna. Tetapi saat-saat terakhir ini saya nampak fungsi majlis ini tidak begitu aktif dan tidak menjadi satu hal yang boleh mengambil tindakan oleh majlis ini pada pengguna-pengguna yang mendapat faedah daripada hasil tindakan seperti contoh, kalau kita kata kempen untuk membeli barang-barang buatan Malaysia, jadi majlis ini sesetengahnya tidak pernah mengambil langkah untuk menggesa para pengguna selain daripada memperlihatkan harga-harga barang tetapi untuk kempen membeli barang buatan Malaysia juga kurang diambil perhatian.

Ini saya difahamkan kerana struktur majlis ini dipengerusikan oleh pegawai daerah dan kita dapati sesetengah pegawai daerah memikul tanggungjawab yang begitu besar sampai dua puluh jawatankuasa di peringkat daerah. Jadi mereka tidak ada masa hendak memikirkan, hendak menerajui ataupun membincangkan peranan majlis. Jadi saya minta supaya kementerian mengambil perhatian tentang penekanan yang tegas memberi suatu penekanan kepada majlis ini dan kalau boleh memberikan mereka input bukan sahaja dari segi saranan tetapi bantuan kepada majlis ini untuk mereka lebih aktif bergerak untuk membantu pengguna-pengguna di seluruh negara kita. Jadi kalau majlis ini dapat bergerak dengan cergas, saya rasa sedikit sebanyak dapat mengatasi dan menolong untuk mengatasi masalah-masalah yang berlaku tentang kenaikan harga barang ataupun jualan-jualan secara langsung yang disebut oleh Gelang Patah tadi ataupun memberi sokongan yang kuat kepada pengguna untuk memerhatikan barang-barang tiruan dan lain-lain. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ya, Timbalan Menteri.

5.08 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato’ S. Subramaniam]: Tuan Pengerusi, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil perbahasan dalam perbelanjaan kementerian yang dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini. Seramai tujuh Ahli Yang Berhormat telah memberi pandangan serta teguran terhadap beberapa perkara di bawah bidang kuasa kementerian dan kepada semua saya ucap terima kasih.

Ahli Yang Berhormat dari Tambun, dari Balik Pulau telah membangkitkan beberapa perkara iaitu khususnya mengenai penguatkuasaan di bawah kementerian, bahawa kementerian menjalankan pemeriksaan terhadap premis-premis perniagaan dan ini tidak berkesan, tetapi sukalah saya menjelaskan bahawa pemeriksaan premis-premis perniagaan dan juga harga yang ditetapkan oleh peniaga-peniaga itu telah membawa satu kesan yang baik oleh kerana melalui pemeriksaan inilah kita dapat mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga yang melakukan kesalahan dan penyelewengan di bawah undang-undang. Butir-butir mengenai tindakan-tindakan yang diambil terhadap peniaga-peniaga, saya telah memberi dalam Dewan yang mulia ini beberapa kali, tidak payah saya ulang. Walau bagaimanapun, untuk menstabilkan harga saya terima, kementerian menerima pandangan Ahli Yang Berhormat dari Balik Pulau bahawa kita menasihati ataupun memberi pendidikan kepada pengguna supaya pengguna lebih bijak berbelanja dan maklumat-maklumat mengenai barang-barang itu akan diberi kepada mereka ataupun pengguna.

Bagi barang-barang yang dikawal iaitu beberapa barang-barang kawalan di negara kita, mereka yang ingin import barang-barang ini perlu lesen oleh kerana barang-barang ini adalah barang-barang kawalan harga dan buat masa ini liberalisasi bagi barang-barang kawalan harga itu dari masa ke semasa sedang dikaji dan kalau difikir perlu kita akan memberi kelonggaran terhadap syarat-syarat itu. Buat masa sekarang kementerian mengisytiharkan 20 jenis barang-barang keperluan sebagai barang kawalan sepanjang masa. 25 jenis lagi barang-barang keperluan sebagai barang kawalan musim perayaan iaitu pada musim perayaan kita juga mengawal barang-barang itu dan sebanyak 21 jenis barang diisytiharkan sebagai barang kawalan sepanjang masa dan 20 daripadanya adalah tertakluk kepada pelesenan di bawah undang-undang subsidiari di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kementerian juga dari masa ke semasa menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap premis-premis perniagaan untuk menentukan bahawa penyorokkan tidak berlaku, peniaga enggan menjual barang-barang tidak berlaku dan juga kita mengenakan syarat-syarat tertentu. Selain daripada itu 12 jenis barang-barang keperluan yang dikawal harganya gula, tepung gandum, simen, minyak petrol, besi keluli, minyak diesel, susu pekat manis dan lain-lain termasuk minyak masak. Di dalam hal ini mekanisma yang digunakan oleh kementerian ialah dengan mendapatkan persetujuan dan kerjasama daripada pengusaha dan pengeluar menetapkan harga barang-barang berkenaan pada paras yang sesuai dengan mengambil kira kos pengeluaran serta margin keuntungan kepada pengeluar, pemborong dan peruncit. Sebarang perubahan harga yang berlaku hendaklah dirunding dan mendapat persetujuan kementerian terlebih dahulu walaupun harga barang-barang dikawal tetapi boleh diubah dari masa ke semasa.

Dengan persatuan-persatuan pengguna kita juga mengadakan perjumpaan dari masa ke semasa, persatuan pengguna di peringkat kebangsaan seperti FOMCA dan lain-lain ada diwakili di peringkat kementerian ataupun Majlis Hal Ehwal Pengguna di peringkat kebangsaan dan di lain-lain peringkat, maka mereka juga dapat maklumat daripada kementerian dan juga tindakan-tindakan yang diambil oleh kementerian, mereka juga membawa perkara-perkara yang dianggap penting dari segi pengguna supaya kementerian mengambil tindakan tertentu.

Ahli Yang Berhormat dari Tambun telah membangkitkan perkara mengenai minyak masak, bekalan yang didapati kurang. Dalam hal ini beberapa kali saya telah menerangkan di dalam Dewan yang mulia ini kekurangan minyak masak yang sebenarnya berlaku di negara kita adalah dari kategori untuk kegunaan domestik. Kita sedar bahawa negara Malaysia merupakan negara pengeluar minyak sawit yang terbesar dalam dunia dan bekalan bahan mentah itu mencukupi tetapi dari segi minyak masak untuk kegunaan domestik juga ada masalah. Berdasarkan harganya yang lebih murah iaitu minyak masak untuk kegunaan domestik, permintaan kepada minyak masak ini meningkat dengan ketara sekali dan ini telah menjejaskan bekalan minyak masak tersebut di pasaran. Dari monitoring yang telah dijalankan oleh kementerian adalah dikenal pasti peningkatan permintaan minyak masak ini disebabkan oleh beberapa faktor, kalau tahun lalu 35,000 tan metrik yang diperlukan bagi setiap bulan ini telah meningkat oleh kerana:

(i) kecenderungan peniaga untuk menjual minyak masak kegunaan domestik sebagai minyak masak untuk kegunaan industri;

(ii) kecenderungan pengguna industri membeli minyak masak kegunaan domestik bagi kegunaan industri;

(iii) kecenderungan rakyat asing membawa keluar minyak masak iaitu dua kilogram seorang bagi sesuatu masa;

(iv) penyeludupan atau barter trading termasuk mengeskport minyak masak dan minyak sawit mentah untuk kegunaan domestik sebagai minyak masak untuk kegunaan industri; dan

(v) penyorokan yang dilakukan untuk mencatut atau mencari keuntungan berlebihan.

Dengan kesedaran mengenai perkara-perkara ini, kita telah mengambil beberapa tindakan untuk menstabilkan harga minyak masak ini, di antaranya ialah:

(i) menarik balik kelonggaran membawa keluar minyak masak tidak melebihi dua kilogram;

(ii) menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga iaitu di bawah pelabelan oleh pengilang, pengimport, pengeluar ataupun penjual borong tahun 1990 yang mewajibkan pelabelan pernyataan "bukan untuk eksport" pada setiap bungkus atau bekas minyak masak untuk jualan tempatan;

(iii) mempertingkatkan kawalseliaan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan bagi mencegah aktiviti penyaluran minyak masak yang diperuntukkan bagi kegunaan domestik kepada pihak-pihak yang tidak sepatutnya mengambil tindakan tegas ke atas pihak-pihak yang melakukan penyelewengan ini;

(iv) menguatkuasakan peruntukan berhubung dengan penyelenggaraan buku stok dan penyata stok berkala di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan di bawah Akta Peraturan Kawalan Bekalan 1974; dan

(v) mendapatkan kerjasama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk mempertingkatkan pemeriksaan bagi mencegah penyeludupan minyak sawit mentah dan minyak masak yang diperuntukkan bagi kegunaan domestik.

Perkara-perkara ini masih terus diusahakan dan kita telah mengadakan beberapa perbincangan dengan pihak industri, dalam hal ini untuk menangani isu ini kita telah mengadakan kerjasama dan perbincangan dengan Kementerian Perusahaan Utama supaya mereka juga mendesak pihak industri mencari jalan untuk kalau perlu memberi kuota yang lebih kepada minyak masak untuk kegunaan domestik.

Ahli Yang Berhormat dari Tambun juga telah membangkitkan mengenai mutu ataupun.....

Dr. Nungsari bin Ahmad Radhi: Penjelasan, Tuan Pengerusi. Daripada penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan bahawa satu daripada punca kekurangan bekalan minyak masak, ada empat sebab yang rakan saya dari Tambun dan saya sendiri tidak merasakan faktor utama ialah penyeludupan yang berlaku di sempadan, yang itu kita rasa penyeludupan itu, kalau benar penyeludupan maka ia berlaku dalam kadar yang begitu besar sehinggakan boleh menjejaskan penawaran dalam pasaran. Saya sendiri tidak percaya bahawa itu satu perkara yang menyumbang kepada masalah ini tetapi kalau perkara itu benar seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat dari Tambun, maka penyeludupan itu berlaku pada skala yang begitu besar. Jadi mohon penjelasan yang lebih dalam hal itu.

Yang keduanya ialah tentang pembelian bekalan tempatan (domestik) untuk kegunaan industri. Saya rasa perkara ini juga berlaku untuk gula, misalnya kekurangan gula yang kita hadapi mungkin juga disebabkan bukan sangat pengguna rumah tangga yang beli extra, satu, dua kilogram yang menyebabkan kekurangan ini tetapi pembelian oleh industri yang membeli bertan-tan gula. Jadi dalam kes ini Yang Berhormat kata pembelian stok domestik untuk kegunaan industri yang merupakan satu penyebab kenapa terdapat kesuntukan penawaran, saya lebih bersetuju kepada alasan itu tetapi pada umumnya bagaimana kita hendak membezakan dan mengatasi masalah ini, maknanya pembelian barangan terkawal seperti minyak masak dan juga gula ini, sebab importation untuk gula ini ada permit dan kuota untuk minyak sawit pun ada. Bagaimana kita hendak kawal dan bezakan antara permintaan untuk penggunaan rumah tangga dengan permintaan perindustrian dari kalangan barang-barang yang terkawal harganya seperti minyak masak dan juga gula ini supaya harganya tidak naik seperti yang kita alami kadang-kadang.

Yang akhirnya Tuan Pengerusi, berdasarkan hipotesis saya tadi, saya mohon penjelasan sedikit iaitu mungkin kerana ada perbezaan harga atau pulangan yang boleh didapati oleh pengilang ataupun pengeluar minyak sawit mentah ini, daripada eksport terus dia dapat tinggi sebab harga minyak sawit mentah naik daripada RM1200 atau RM1300 satu tan kepada RM2300 sekarang ini, tetapi kalau diproses (refinery) dia boleh jual dengan harga sekian-sekian tertentu perkilogram sebotol, iaitu satu harga yang terkawal. Tidakkah mungkin yang itu yang merupakan sebab utama kenapa terdapat kekurangan bekalan minyak masak di dalam pasar tempatan. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tidakkah .........

Dato’ S. Subramaniam: Tuan Pengerusi, mengenai kekurangan minyak masak, saya telah menerangkan semua perkara yang mengakibatkan kekurangan dari segi bekalan. Yang penting sekali ialah minyak masak kegunaan domestik yang digunakan oleh industri. Kalau dulu, minyak masak bagi kegunaan industri mencukupi, kegunaan bagi domestik pun mencukupi. Sekarang pun kuota yang diberi bagi kegunaan domestik telah pun ditingkatkan daripada 32,000 metrik tan hingga 35,000 metrik tan bagi setiap bulan. Maka, tidak ada sebabnya selain dari kegunaan minyak bagi domestik itu dibeli atau dijual kepada pihak-pihak yang menggunakannya di industri. Saya sendiri dapat maklumat daripada beberapa pihak bahawa pihak industri beli minyak masak itu daripada pasar raya-pasar raya dalam botol beberapa kilogram dan kita tidak ada larangan untuk sesiapa beli di pasar raya. Selepas kita mendapati ada masalah, barulah kita meminta pihak-pihak pasar raya dan juga lain-lain supermarket dan juga lain-lain pihak supaya minyak masak itu hanya untuk kegunaan domestik dan perlu dijual kepada pengguna sahaja dan bukan kepada industri.

Mengenai penyeludupan, kita juga ada membuat tangkapan-tangkapan. Walaupun tidak begitu besar, tetapi adalah tangkapan yang dibuat. Oleh kerana kalau seorang beli dua kilogram di sempadan beberapa kali, perbezaan harga itu terlalu besar dan oleh kerana itu mereka juga boleh menjalankan perniagaan kecil kalau mereka membawa minyak masak yang dijual dalam negara kita kepada negara-negara jiran. Tetapi, semua ini bukan satu-satu sebab yang penting atau kurang, tetapi pada keseluruhannya. Walau bagaimanapun, pengeluar itu benar, kalau dia jual minyak kelapa sawit keluar negara, harganya dia dapat adalah lebih, tetapi kalau bagi kegunaan domestik pun bukan kita minta pengeluar untuk menjual minyak itu dengan harga yang lama atau sebelum Ringgit Malaysia menurun jika dibandingkan dengan Dolar Amerika, apakah harga yang dijual pada masa itu kita minta bagi kegunaan domestik, pengeluar memberi minyak dengan harga yang sama. Itu pun pengeluar tak rugi oleh kerana dengan ses yang dikenakan oleh pihak kerajaan, pengeluar dibayar balik, bezanya oleh kerana ses dikutip bagi setiap tan minyak kelapa sawit yang dikeluarkan. Maka, berapa banyak yang dikeluarkan bagi minyak masak tempatan itu, kerugian mereka ditanggung oleh ses yang dikenakan maka mereka tidak rugi juga. Jadi ini tidak akan menjadi satu masalah. Walau bagaimanapun, kalau kita tengok kekurangan minyak masak ini bukan di seluruh negara dan bukan dari semua jenis, yang kurang itu dalam bentuk paket plastik sahaja, itu yang paling kurang. Dalam botol dan dalam lain-lain bungkusan tidak ada kekurangan. Perkara ini akan mendapat perhatian daripada kementerian dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tentang barangan buatan Malaysia, saya tidak setuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat, bahawa barangan keluaran tempatan rendah mutunya. Sebenarnya, barangan keluaran tempatan ada barang-barang yang mutunya setanding dengan barang-barang yang dikeluarkan di negara-negara membangun atau standardnya memenuhi taraf atau mutu yang ditetapkan oleh negara-negara yang telah membangun sehingga mereka meneliti barang-barang yang diimport yang dikeluarkan dalam negara kita tapi yang diimport di negara-negara membangun, mereka bukan membenarkan semua barang. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri maklum, bahawa beberapa barang yang dikeluarkan dalam negara kita itu ditolak oleh kerana mutu di peringkat negara-negara asing itu lebih tinggi atau mereka tidak puas hati. Jadi, ada barang yang mutunya kurang dan kita galakkan industri meningkatkan standard atau mutu barang-barang, tetapi kalau kereta Proton pun dari segi mutunya diterima oleh negara-negara yang membangun seperti United Kingdom dan lain-lain negara yang menerima kereta Proton sebagai kereta yang mutunya ‘money for value’. Bukan sahaja dari segi kualiti, tetapi money for value, berapa kos kita, sehingga itulah kualiti.

Begitu juga dengan barang-barang lain, dari segi barang-barang elektrik, barang pengeluaran peralatan tertentu, alat hawa dingin dan sebagainya. Dari segi alat hawa dingin, Malaysia merupakan pengeksport terbesar dalam dunia dan kualitinya adalah begitu baik sehingga negara-negara membangun pun menerima barang-barang Malaysia, tetapi ini adalah masa yang sesuai supaya kita menegur industri-industri mengambil peluang ini, kegawatan ini, untuk menyelidik dan meningkatkan kualiti barang-barang yang dikeluarkan. Dari segi itu saya setuju dan pihak kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap kualiti barang-barang yang dikeluarkan.

Kempen membeli barang buatan Malaysia ini, pada keseluruhannya berjaya bukan sahaja dari segi barang-barang yang dikeluarkan, membeli barang-barang buatan Malaysia tetapi juga dari segi rakyat kita sedar tentang mengurangkan barang-barang import daripada luar negara.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat, memakan masa berapa lama lagi?

Dato’ S. Subramaniam: Ada lagi lebih kurang 20 minit.

Tuan Pengerusi: Besok sambung ya Yang Berhormat.

Dato’ S. Subramaniam: Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Tuan Pengerusi: Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi esok.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.