Assalamualaikumwarahmatullah....
Alhamdulillah...selesai juga homepage yang
diusahakan ini setelah dua minggu bersusah payah mengharung pahit getir
dengan bermacam-macam cabaran.
Adapun homepage ini dibina adalah
dengan niat yang ikhlas dan sebagai mengisi masa lapang. Saya harap
homepage yang saya rasakan 'genit' dan kecil ini mampu memberi sedikit
pengisian dan peringatan bagi jiwa-jiwa yang tagihkan cahaya Ilahi.
Kalau hendak dibandingkan dengan homepage-homepage Islam yang lain di dunia
nie....saya rasa tidak terbanding memandangkan ilmu yang dicurahkan adalah
terlalu sedikit. Tak mengapalah...yang penting saya berada dalam
jalan usaha untuk mengembangkan usaha dakwah di dunia.
Seterusnya, sudilah kiranya sahabat-sahabat
sekalian menandatangani buku pelawat dan tidak lokek untuk memberikan teguran
dan nasihat atas usaha yang saya lakukan ini.
Mungkin para netters sekalian ingin
tahu siapa penyusun dan 'engineer' kepada web ini...mmmm, demi untuk kebaikan
semua saya ceritakanlah sedikit mengenai apa-apa fakta benar mengenai diri
saya sekejap lagi.
Dengan kesempatan yang ada ini, sukalah
saya untuk mengucapkan jutaan terima kasih...Jazakumullaahu Khairan Kaseera
kepada sahabat-sahabat yang dikasihi kerana memberikan semangat dan nasihat
dalam menjayakan homepage ini. Tanpa mereka siapalah saya..
Untuk pengetahuan saudara saudari sekalian... ini adalah homepage saya
yang pertama dalam usaha untuk memantapkan skil yang ada.
Juga terima kasih kepada penyumbang-penyumbang
karya dalam homepage ini dan juga kepada IsNet kerana menyumbangkan begitu
banyak link ke homepage-homepage Islam yang lain.
Saya memohon maaf, jika ada sebarang
kesulitan yang berlaku seperti lambat membeban turun homepage ini dan sebagainya.
Sungguhpun begitu saya masih tidak berputus asa untuk terus berusaha menjadikannya
sesuatu yang terbaik!!
Syukran, Thank You, Nandrey,
Kamchia, dan TERIMA KASEH!!
Wassalam.
At-ta'aruf...
Adapun nama diberi A. Najib Azmi.
Dilahirkan di Kedah pada tahun 1979 dan kini menetap di Kuala Lumpur. Mulanya
bersekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu dari tahun
1991 hingga 1996. Dan kini melanjutkan pelajaran di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Pra-Perubatan dan Insyaallah akan terus
melanjutkan pelajaran dalam jurusan Perubatan di Kuantan, Pahang Darul
Makmur. That's all...
jibam@rocketmail.com
My Photos
Di hadapan kantin sekolah, lukisan kat belakang tula..yang menjadi simbol seni sekolah kami .....nie masa muda-muda dulu
la...penyusun yang berdiri sebelah kiri sekali yang lain semua kawan-kawan lama....ini lepas habis SPM nih...
.
salam persahabatan....buat akhawan di
pelosok 'alam
Jazakumullahu Khairan Kaseera
Wassalam
View My Guestbook
Sign My Guestbook
[Muka
Sebelum] [Muka Utama]