CONTOH JAWAPAN

Ujian Latihan Bahasa Melayu PMR
Set 1 Kertas 2

JAWAPAN 1 (a)

Cadangan Pendahuluan

1 Bila, jarak dan di mana pekerjaan itu dilakukan

2 Nyatakan mengapa anda memilih kerja tersebut - menambah wang saku, ingin berdikari, mengisi masa lapang, meringankan beban keluarga, untuk persiapan persekolahan akan datang dan sebagainya

Cadangan Isi-isi

1 Cara-cara bagaimana pekerjaan itu dijalankan seperti bila masuk kerja, pengalaman semasa mula-mula bekerja dan pendapatan bulanan atau harian pekerjaan anda
2 Pengalaman-pengalaman yang anda alami (ada yang menyeronokkan dan ada yang kurang menyeronokkan)
a) Pengalaman menyeronokkan seperti
- bertemu dengan pelanggan/majikan yang baik hati
- berjaya menyiapkan tugasan/kerja yang diberi dalam jangkamasa yang telah ditetapkan
- dapat mengetahui bagaimana sesuatu barangan itu dihasilkan
- mendapat gaji/pendapatan yang pertama - terlalu gembira (belanja keluarga dan rakan)

b) Pengalaman tidak menyeronokkan seperti
- sering melakukan kesilapan apabila melakukan sesuatu kerja
- sikap pelanggan dan majikan yang cerewet
- gaji lambat dibayar
- terlewat datang ke tempat kerja kerana terbangun lewat dan sebagainya -ditegur/dimarahi

Cadangan Penutup

1) Pengajaran yang didapati
a) sikap berusaha tanpa jemu
b) tidak perlu kecewa jika berlaku kegagalan
c) tahu bagaimana sukarnya mencari rezeki sekiranya tanpa pendidikan tinggi
d) pengajaran dan petunjuk di hari muka

JAWAPAN 1 (b)


FORMAT PENULISAN BERITA SECARA BERGARIS
Format Penulisan Berita


PETUNJUK

A Nama Tempat
Ditulis di sebelah kiri perenggan pertama dengan huruf besar sepenuhnya. Bubuhkan tanda koma diakhirnya. Contoh penulisan "TANGKAK".

B Hari
Ditulis selepas nama tempat dengan huruf besar di permulaan perkataan. Dibubuh tanda sempang selepasnya. Contoh penulisan "Khamis-"

C Pendahuluan Berita

Isi utama mestilah didahulukan. Kemudian diikuti oleh isi-isi yang menggambarkan berita tersebut dikemudiankan.
Perkara yang boleh ditulis :-
(keputusan pertandingan akhir serta pasukan mana yang berjaya mengondol hadiah kemenangan)

D/E/F Isi-isi

Cadangan Isi

Isi-isi berita yang ditulis hendaklah berkisar di sekitar persoalan seperti apa, di mana, bagaimana, bila dan siapa. Di antara isi yang boleh ditulis seperti :
a) Jangkamasa kejohanan
b) Corak pertandingan yang digunakan
c) Keputusan pertandingan dari pusingan awal hingga ke pertandingan akhir
d) Suasana pertandingan tersebut terutama pertandingan akhir
e) Keadaan penonton pertandingan
f) Dif-dif kehormat yang hadir

G. Penutup Berita
1 Siapa penyampai hadiah dan cenderamata kepada pemenang serta bentuk hadiah yang diberikan
2 Siapa pemain terbaik dalam kejohanan tersebut
Lain-lain
Jumlah perenggan tidak dihadkan tetapi setiap perenggan tidaklah terlalu panjang. Boleh juga ditulis perbualan dan kenyataan jurulatih atau pengurus pasukan yang terbabit sama ada pasukan menang atau kalah. Dipersembahkan dalam bentuk perbualan

JAWAPAN 1 (C)

Cadangan Pendahuluan
1 Budaya lepak merupakan budaya negatif terbaru yang melanda negara kita
2 Budaya lepak ini semakin merunsingkan kerana majoriti yang terbabit melibatkan belia bumiputra

Cadangan Isi-isi
Sebab-sebab berlaku budaya lepak
1 Keadaan rumahtangga yang tidak selesa
2 Pengaruh rakan sebaya dan budaya kuning
3 Pengaruh-pengaruh persekitaran
4 Pembelajaran disekolah yang kurang menyeronokkan mereka
5 Tidak ada aktiviti luar yang boleh disertai oleh mereka

Cara-cara mengatasi budaya lepak
1 Kerukunan rumahtangga perlu dititik-beratkan
2 Sekolah perlu memperbanyakkan aktiviti supaya pelajar lebih beminat ke sekolah
3 Persatuan-persatuan belia dan sukarela perlu lebih aktif mengadakan aktiviti

Cadangan Penutup
1 Semua pihak seperti pihak kerajaan, masyarakat, pihak swasta, pendidik, ibu bapa dan sebagainya perlulah bersama-sama mengembleng tenaga untuk menangani masalah sosial ini.

JAWAPAN 1 (d)

Cadangan Pendahuluan
1 Tafsiran kegiatan kokurikulum - aktiviti luar bilik darjah
2 Biasa dijalankan di waktu petang
3 Dirancang dengan teliti supaya kegiatan ini mendatangkan manfaat kepada para pelajar.

Cadangan Isi-isi
1 Nyatakan pendapat anda sama ada setuju atau tidak dengan kenyataan bahawa kegiatan kokurikulum merugikan pelajar.
2 Kegiatan ini sebenarnya tidak merugikan tetapi ia adalah pelengkap dan selari dengan aktiviti kurikulum
3 Kegiatan kokurikulum dapat membentuk dan memperkembangkan :
a) bakat dan kewibawaan
b) membentuk bakat kepimpinan dan menghormati pemimpin(arahan)
c) memenuhi masa lapang/luang pelajar dengan baik
d) melahirkan pelajar yang cergas. Dapat memudahkan mereka menerima pengajaran di kelas
e) pemikiran pelajar akan lebih terbuka (memupuk perpaduan di kalangan pelajar)

Cadangan Penutup
1 Pada hakikatnya memang aktiviti kokurikulum mengorbankan banyak masa
2 Namun ia banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan
3 Apa yang penting ialah pelajar dapat membahagikan masa antara kegiatan kokurikulum dengan kurikulum.

JAWAPAN 1 (e)

FORMAT PENULISAN LAPORAN SECARA BERGARIS:

Format Penulisan Laporan


PETUNJUK

A Tajuk Laporan
Ditulis dengan menggunakan huruf besar di awal setiap perkataan. Kemudian rangkaikata tajuk laporan tersebut hendaklah digaris di bawahnya. Contoh: Laporan Kegiatan Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Tun Mamat,Tangkak Sesi 1994/1995s.

B/C/D Isi-isi

Cadangan Isi
1 Senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa termasuk penaung dan guru-guru penasihat
2 Bilangan keahlian persatuan
3 Aktiviti yang telah dijalankan. Contoh :-
a) Lawatan sambil belajar
b) Kuiz dan perbahasan
c) Penerbitan Buletin Bahasa Melayu dan sebagainya
4 Aktiviti yang akan dirancangkan di tahun hadapan
5 Penghargaan kepada organisasi dan individu tertentu yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan kelicinan perjalanan persatuan.

E Pengakuan Pelapor

Pengakuan pelapor perlulah ditulis dengan permulaan huruf besar .
Di akhir pengakuan perlu dibuat tanda koma. Contoh 'Disediakan oleh,'

F Tarikh

Ditulis disebelah kanan laporan, bertentangan dengan pengakuan pelapor. Contoh 'l0 Julai 1994 '

G Tandatangan Pelapor

H Nama Penuh Pelapor
Nama penuh pelapor ditulis dengan huruf besar

I Jawatan Pelapor
Jawatan Pelapor ditulis permulaan dengan huruf besar. Contoh "Setiausaha"


CONTOH JAWAPAN SOALAN 2.

ISI-ISI PENTING.

1 Tersurat
-Suhu di Genting Highlands
18 °C - Januari, Februari, Ogos, September, Oktober, November & Disember
19 °C - Mac, April, Mei, Jun & Julai

-Suhu di Tangkak
26 °C - Disember
27 °C - Januari, Februari, September, Oktober dan November
28 °C - Mac, April, Mei, Jun, Julai dan Ogos

2 Tersirat
- Catatan suhu tertinggi di Genting Highlands (19 °C) - selama 5 bulan = Bulan Mac, April, Mei, Jun & Julai)
- Catatan suhu tertinggi di Tangkak (28 °C) - selama 6 bulan = Bulan Mac, April, Mei, Jun, Julai & Ogos)
- Catatan suhu terendah di Genting Highlands (18 °C) - selama 7 bulan = Bulan Ogos, September, Oktober, November, Disember, Januari & Februari)
Catatan suhu terendah di Tangkak (26 °C) - selama satu bulan = Disember.

3 Perbandingan
- Min suhu bulanan Genting Highlands = 18.4 °C
Min suhu bulanan Tangkak = 27.4 °C
Min suhu kedua-dua tempat ini tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dari suhu bulanannya.
- Julat atau bezantara suhu di Genting Highlands = 1 °C
Julat atau bezantara suhu di Tangkak = 2 °C
Julat yang rendah ini menunjukkan bahawa tidak ada perubahan suhu yang besar di kedua-dua tempat ini.
- Perbezaan suhu yang tertinggi antara Genting Highlands dengan Tangkak ialah 9 °C sementara perbezaan suhu terendah 8 °C.

4 Ulasan/Kesimpulan
- Perbezaan suhu di kedua-dua tempat ini amat ketara.
- Faktor utama yang mengakibatkan perbezaan suhu ini ialah dari kedudukan kedua-dua kawasan tersebut.
Genting Highlands mengalami suhu yang rendah kerana perletakkannya di kawasan tanah tinggi.
Tangkak mengalami suhu yang agak tinggi kerana perletakkannya di kawasan tanah yang rendah/pamah.

CONTOH RUMUSAN

Jadual menunjukkan taburan suhu di Genting Highlands dan Tangkak dalam setahun. Genting Highlands mengalami dua kadar suhu berbeza iaitu 18 °C dan 19 °C. Sementara suhu di Tangkak mengalami tiga kadar suhu berbeza iaitu 26 °C, 27 °C dan 28 ° C. Catatan suhu tertinggi di Genting Highlands ialah 19°C dan terendah 18 °C sementara catatan suhu tertinggi di Tangkak ialah 28 °C dan terendah 26 °C. Min suhu bulanan Genting Highlands dan Tangkak ialah 18.4 °C dan 27. 4 °C. Julat atau bezantara suhu di Genting Highlands ialah 1 °C sementara di Tangkak ialah 2 °C. Faktor utama yang mengakibatkan perbezaan suhu ini ialah kedudukan kawasan tersebut. Genting Highlands terletak di kawasan tanah tinggi sementara Tangkak terletak di kawasan tanah yang rendah atau pamah

(91 patah perkataan)

CONTOH JAWAPAN SOALAN 3

(Pilih salah satu jawapan sahaja)

JAWAPAN

1 Kita / Seseorang / Manusia / Insan
2 setiap / bila-bila / sepanjang / sebilangan
3 serba / sentiasa / kian / semakin / sering / terlalu / penuh / sungguh
4 masyarakat / generasi / penghidupan / kehidupan / insan / penduduk / manusia
5 mendidik / mengajar / menasihati / melatih / membimbing / mengasuh
6 walaupun / biarpun / meskipun / kendatipun .
7 lapang / terluang
8 menyusahkan / membebankan / menyukarkan / menyulitkan / mustahil
9 kurang
10 diperlukan / dikehendaki / dihajati / diingini / diidamkan / diidam-idamkan / diidami / disukai / digemari / popular