Ujian Latihan Bahasa Melayu PMR
Set 2 Kertas 2
JAWAPAN 1 (a)Cadangan Pendahuluan
1 Bila, tarikh, cadangan jangkamasa pendakian, di mana,jarak dari kampung, minta kebenaran ibu bapa, persiapan yang dibuat dan bertolak ke tempat pendakian.
Cadangan Isi-isi
1 permulaan pendakian - cuaca baik.
2 di tengah pendakian-hujan turun dengan lebatnya
3 pengalaman-pengalaman yang dialami semasa hujan lebat, antaranya:
a) tanah licin dan berlumpur - sukar untuk mendaki/sering tergelincir
b) angin bertiup dengan kuat(pandangan kabur dan pokok-pokok bergoyang/tumbang)
c) air lari dari atas bukit - sukar pendakian.
d) pertama kali digigit pacat (geli-geleman)
e) rasa kesejukan dan kelaparan (makanan dan pakaian yang dibawa basah)
4 teruskan pendakian meskipun banyak halangan - semangat tinggi .
Cadangan Penutup
1 Sampai ke puncak bukit
2 Rasa gembira, bersyukur dan menyeronokkan
3 Luahan pengalaman :
Sama ada
a) bercadang untuk mendaki bukit/gunung yang lebih tinggi dan mencabar lagi atau
b) rasa serik dalam pendakian - tidak akan mendaki lagi.Jawapan 1 (b)
Cadangan Pendahuluan
1 Keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan menarik di rantau sebelah sini
2 Kedudukan Malaysia yang strategik menjadikan pelancongan satu industri yang berjayaCadangan Isi-isi
1 Terangkan tempat-tempat menarik di negara ini. Bahagikan kepada
a) tempat-tempat bersejarah (Kota al-Farmosa, Pantai Sabak, Makam Mahsuri dan sebagainya)
b) pantai-pantai (Pantai Cahaya Bulan, Pantai Port Dickson, Pantai Cendering dan sebagainya)
c) Kawasan hutan (Taman Negara Pahang, Taman Negara Bako, Hutan Endau Rompin dan sebagainya)2 Langkah-langkah untuk menggalakkan pelancong ke tempat-tempat tersebut.
Peranan-peranan yang dimainkan oleh pihak terbabit seperti :
a) Peranan Kerajaan
Mengadakan Tahun Melawat Malaysia. Promosi melalui kedutaan-kedutaan negara di luar negeri, mengadakan lebih banyak kawasan bebas cukai, menyediakan kemudahan infrastruktur dan sebagainya.
b) Peranan pihak swasta
Mengadakan hotel-hotel dan tempat penginapan yang murah dan berkualiti. Mengadakan perkhidmatan pelancongan yang menarik, mengadakan persembahan-persembahan kebudayaan dan sebagainya
c) Peranan masyarakat
Menyambut kedatangan pelancong dengan baik. Sentiasa berbudi bahasa. Menjaga kebersihan kawasan-kawasan pelancongan dan sebagainya.Cadangan Penutup
1 Keindahan dan keunikan Malaysia terkenal dan dikagumi
2 Sehubungan itu kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi menjadikan Malaysia destinasi pelancongan terunggul di dunia-dunia.JAWAPAN 1(C)
FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI SECARA BERGARIS
![]()
PETUNJUKA. Alamat Pengirim
(dituliskan di sudut sebelah kiri atas muka surat)
Contoh,Kelab Kebajikan,
B. Kebenaran (Melalui)
Sek. Men. Tun Mamat,
84900 Tangkak,
Johor.("Melalui" perlu ditulis jika surat kiriman adalah dari sekolah atau agensi utama. Kepentingan menulis 'Melalui' adalah untuk memaklumkan kepada penerima bahawa surat kiriman tersebut telah mendapat kebenaran dan di atas makluman Pengetua)
Contoh,Melalui,
C. Buat satu garisan panjang
Tuan Pengetua,
Sek. Men. Tun Mamat,
Tangkak,
Johor.D. Nama dan alamat penerima
(ditulis di bahagian bawah garisan panjang. Bahagian akhir alamat penerima hendaklah digaris di bawahnya)
Contoh,Ketua Pengarah,
E. Tarikh
BahagianPenyiaran,
RTM, AngkasaPuri,
12450 Kuala Lumpur.
(ditulis pada sebelah kanan surat, iaitu sebaris dengan bahagian akhir alamat penerima. Penulisan nama bulan perlulah semua dalam huruf besar serta tidak perlu ada nokta di akhir tarikh tersebut).
Contoh,10 JULAI 1995
F. Kata Penghadapan
Tuan/Puan ditulis di bawah alamat penerima selepas melangkau satu baris. Tidak perlu ada titik atau koma selepas kata penghadapan.
Contoh,Tuan
G. Perkara/Tajuk Surat
(tajuk surat ditulis di bawah kata penghadapan dengan langkau satu baris kosong. Tulis huruf besar bagi setiap awal kata. Tidak perlu tanda nokta pada akhir penulisan perkara) .
Contoh,Aduan Mengenai Ketidaksesuaian Rancangan Televisyen
H. Pendahuluan
Penulisan pendahuluan hendaklah bermula di tepi surat dan tidak perlu bernombor. Pendahuluan ini sebenarnya sebagai kata-kata aluan yang ditujukan khas kepada penerima.
Nyatakan bahawa anda dan rakan-rakan kurang puas hati mengenai rancangan televisyen.I/J/K
Isi Pertama, Kedua dan Ketiga
Perenggan untuk isi pertama, kedua dan ketiga perlulah diberi nombor dan permulaan ayat dijarak sedikit dari nombor tersebut.
Nyatakan teguran-teguran anda seperti
a) Tayangan iklan jenama rokok semakin bertambah
b) Rancangan bercorak agama terlalu sedikit
c) ketidaksesuaian tayangan siri kartun yang popular
d) Mengimbangkan rancangan berbentuk hiburan dengan yang berbentuk pengetahuanL. Penutup Surat
Bahagian penutup surat adalah pengulangan harapan dan hasrat pengirim surat kepada penerima surat. Penulisan penutup surat hendaklah bermula dari tepi surat dan tidak perlu bernombor.
a) Harapan semoga teguran ini dapat perhatian sewajarnya.
b) Ucapkan terima kasih atas prihatin dan kerjasama yang diberiM. Pengakuan Pengirim
Ditulis di sebelah kiri surat selepas perenggan akhir (penutup surat). Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar. Tanda koma hendaklah dibubuh selepas rangkaian kata yang berkenaan.
Contoh,Sekian, terima kasih.
N. Penulisan Pengakuan Siapa Yang Menulis
Penulisan pengakuan ini biasanya meliputi perkataan ' Yang benar' , ' Saya yang menurut perintah', ' Saya yang menjalankan tugas ' dan sebagainya. Huruf pertama pada kata pertama mestilah huruf besar dan berakhir dengan tanda koma.
Contoh,Yang benar,
O. Tandatangan
Saya yang menurut perintah,
Saya yang menjalankan tugas,
Tandatangan pengirim surat diletakkan di sudut kiri bawah surat selepas pengakuan pengirim.P. Nama Pengirim
Nama Penuh Pengirim hendaklah ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan
Contoh,(ROSITA BTE MAT SALLEH)
Q. Penulisan Jawatan
Penulisan jawatan pengirim hendaklah ditulis bermula dengan huruf besar.
Contoh,Setiausaha
R. Penulisan s.k. (salinan kepada)
Penulisan s.k. (salinan kepada) hendaklah ditulis iaitu langkau satu baris selepas jawatan pengirim. Penulisan s.k (salinan kepada) amat perlu kerana ini akan menunjukkan bahawa pengirim tersebut ada memaklumkan maklumat berkaitan dengan surat tersebut kepada pihak-pihak tertentu. Sekiranya pengirim tersebut mewakili organisasi tertentu seperti sekolah maka s.k. hendaklah ditujukan kepada Penolong Pengetua, Guru Penasihat dan Fail Persatuan (untuk Pengetua tidak perlu kerana Pengetua sudahpun dimaklumkan semasa beliau menurunkan tandatangan di bahagian 'Melalui'). Salinan kepada Fail Persatuan pula amat perlu kerana ini sebagai simpanan dan bukti tentang pengiriman surat tersebut serta memudahkan tugas-tugas untuk rujukan.
Contoh,
s.k. Timbalan Pengetua,
Guru Penasihat Kelab Kebajikan.
Fail Persatuan. JAWAPAN 1(d)
FORMAT CERAMAH SECARA BERGARIS
PETUNJUKA. Pembuka Kata
Dimulakan dengan pembuka kata yang merupakan kata-kata aluan kepada para hadirin. Kata aluan ini mengikut susunan protokol yang dimulai dengan Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua, Guru-Guru dan rakan-rakan. Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.B. Penulisan "Pelajar-pelajar Sekalian"
C. Pengenalan
Pendahuluan ringkas tentang tajuk ceramah.
Definisi makna pengguna dan persatuanD/E/F Isi-isi
Cadangan Isi
1 Matlamat Persatuan Pengguna untuk melindungi, mendidik, mengajar dan memelihara hak pengguna
2 Sebagai saluran untuk menyelesaikan permasalahan pengguna dengan penjual
3 Menjadi orang tengah untuk menstabilkan harga barangan di pasaran
4 Nasihatkan para pelajar yang baru supaya sentiasa berjimat cermat serta tidak terlalu terpengaruh dengan iklan.G. Penutup Isi
a) Pastikan kedudukan persatuan semakin mantap dengan penambahan keahlian yang ramai
b) Kejayaan-kejayaan lepas yang telah dikecapi oleh persatuan ituH. Penutup Syarahan
Dimulakan dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ceramah tersebut akan ditamatkan. Contohnya, "Untuk mengakhiri syarahan ini. . .", "Akhir kata saya. . .", "Disebabkan masa tidak mengizinkan, maka saya. . ." dan sebagainya. Akhiri ceramah dengan ucapan terima kasih.JAWAPAN 1 (e)
Cadangan Pendahuluan1 Nyatakan di mana, bila, berapa lama dan jenis malapetaka yang berlaku (salah satu sahaja - sama ada banjir besar, kebakaran,taufan, penyakit berjangkit dan sebagainya)
2 Sebab berlaku malapetaka
3 Kejadian tersebut sering berlaku atau inilah kali pertama berlaku.Cadangan Isi-isi
1 Permulaan malapetaka itu berlaku. Apa yang sedang dilakukan oleh kebanyakan penduduk kampung ketika itu
2 Masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung antaranya
a) kematian beberapa orang penduduk
b) Kemusnahan tempat kediaman, kawasan tanaman dan ternakan.
c) terputus bekalan air dan elektrik
d) penyakit berjangkit dan bau yang kurang enak- disebabkan bangkai-bangkai binatang.
e) jalan perhubungan darat ke kampung terputus kerana jambatan rosak teruk
f) kehabisan bekalan makanan
g) bantuan daripada udara lambat kerana cuaca buruk dan masalah-masalah lain.
3 Cara mana penduduk kampung meneruskan usaha untuk meneruskan kehidupan dan menyelamatkan mangsa yang tercedera dan terperangkap .Cadangan Penutup
1 Akhirnya bantuan daripada pihak kerajaan sampai
2 Malapetaka ini mendapat liputan meluas dari media massa
3 Kejadian ini jadi pengajaran kepada penduduk kampung tersebut untuk lebih berhati-hati dan bersedia di masa hadapan.
CONTOH JAWAPAN SOALAN 2 ISI-ISI PENTING
1 Tersurat
- Keluaran bijih timah di Malaysia pada tahun
1975 -65430 tan
1976-58000 tan
1977-52380 tan
1978-62650 tan
1979-63070 tan
1980-59260 tan
Selepas 1980 - dijangka akan terus mengalami penurunan pengeluaran.2 Tersirat
(Nyatakan Perbezaan keluaran bijih timah bagi setiap tahun)
- Perbezaan 1975 hingga 1976 =berkurangan 7430 tan
- Perbezaan 1976 hingga 1977 =berkurangan 5620 tan
- Perbezaan 1977 hingga 1978=meningkat 10270 tan
- Perbezaan 1978 hingga 1979 =meningkat 420 tan
- Perbezaan 1979 hingga 1980 =berkurangan 3 810 tan - Selepas 1980 = masih tidak diketahui namun dijangka akan terus menurun.3 Perbandingan
- Keluaran keseluruhan dalam jangkamasa 6 tahun iaitu daripada tahun 1975 hingga 1980 adalah sebanyak 360 790 tan.
- Purata keluaran bijih timah setahun ialah 60 131 tan.
- Ini menunjukkan bahawa masa depan pengeluaran bijih timah di Malaysia semakin gelap.4 Ulasan/Kesimpulan
- Perbezaan pengeluaran terendah dicatat antara tahun 1975 hingga 1976 iaitu sebanyak 7 430 tan sahaja
- Pengeluaran yang tidak aktif ini mungkin disebabkan keadaan kemerosotan ekonomi serta kepupusan sumber mineral tersebut.
- Pengeluaran yang tertinggi ialah antara bulan 1977 dan 1978 iaitu sebanyak 10 270 tan.
- Peningkatan ini mungkin disebabkan oleh keadaan kekukuhan ekonomi negara, peningkatan pasaran dalam dan luar negeri.
- Adalah dijangkakan bahawa pada tahun-tahun 1980-an, kadar pengeluaran bijih timah akan terus merosot.CONTOH RUMUSAN
Graf menunjukkan kadar pengeluaran bijih timah di Malaysia antara tahun 1975 hingga 1980. Dalam jangkamasa enam tahun kadar keluaran seperti berikut iaitu tahun 1975 sebanyak 65 430 tan, l976 sebanyak 58 000 tan, l977 sebanyak 52 380 tan, l978 sebanyak 62 650 tan, l979 sebanyak 63 070 tan sementara 1980 sebanyak 59 260 tan. Pengeluaran keseluruhan sebanyak 360 790 tan dengan purata keluaran 60 131 tan setahun. Perbezaan pengeluaran terendah dicatat antara tahun 1975 hingga 1976 iaitu sebanyak 7430 tan sahaja. Ini mungkin disebabkan keadaan kemerosotan ekonomi dan pengurangan sumber mineral tersebut. Pengeluaran yang tertinggi ialah antara tahun 1977 dan 1978 iaitu sebanyak 10 270 tan, ini mungkin disebabkan oleh keadaan kekukuhan permintaan dalam dan luar negeri. Selepas tahun 1980 penurunan pengeluaran dijangka akan berlaku. Ini menunjukkan bahawa masa depan pengeluaran bijih timah di Malaysia semakin malap.
(93 patah kata)
CONTOH JAWAPAN SOALAN 3 1 Azam / Semangat / Cita-cita / Hasrat / Tekad / Harapan / Matlamat / Keinginan / Impian
2 depan / hadapan / hari / muka / mendatang / kelak / kemudian
3 golongan / para / semua / kepuasan / setiap / seluruh
4 moden / mencabar / canggih / maju
5 disebabkan / diakibatkan / dibawa / disebarkan / disebar
6 jika / kalau / apabila / sekiranya
7 dalam /pada / di
8 ibu / ibu-ibu / seseorang / wanita / sedang
9 mengakibatkan / menyebabkan / membawa / mendatangkan / mewujudkan
10 baru / akan / bakal