Ujian Latihan Bahasa Melayu PMR
Set 3 Kertas 2
FORMAT PERBAHASAN SECARA BERGARIS
PETUNJUKA. Kata-kata Aluan
Dimulakan dengan pembuka kata yang merupakan kata-kata aluan kepada para hadirin. Kata aluan ini mengikut susunan protokol yang dimulai dengan tuan pengerusi majlis, yang dihormati para hakim yang menegakkan kebenaran, tuan pengetua, guru-guru, barisan pencadang yang dimuliakan dan hadirin sekalian. Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.B. Kata-kata penghadapan"Para hadirin sekalian"
C. Menjelaskan maksud tajuk perbahasan
Memberi definisi frasa dan rangkai kata yang penting dalam ayatD. Penegasan pendirian membangkang tajuk perbahasan
Menegaskan pendirian anda tentang ketidaksesuaian tajuk perbahasan. Tegaskan bahawa anda tidak bersetuju dengan tajuk perbahasan tersebutE / F Hujah-hujah dan Isi-isi
Cadangan Isi
Nyatakan ada pihak-pihak lain yang berperanan mendidik anak-anak.
Contohnya:
1 Pihak sekolah
2 pengaruh rakan sebaya
3 media massa
4 keadaan persekitaran dan sebagainyaG. Penutup
Dimulakan dengan ucapan yang menunjukkan bahawa hujah anda dalam perbahasan tersebut akan ditamatkan. Contohnya, "Untuk mengakhiri perbahasan saya kali ini . . .", "Akhir kata saya . . ", "Disebabkan masa tidak mengizinkan, maka saya . . " dan sebagainya. Buat rumusan dan kesimpulan tentang penegasan anda terhadap hujah-hujah anda. Akhiri ceramah dengan ucapan terima kasih.JAWAPAN 1 (b)
Cadangan Pendahuluan
1 tarikh anda ziarahi kawan anda
2 latar belakang tempat yang dilanda banjir tersebut
3 hujan yang turun tidak berhenti-hentiCadangan isi-isi
1 gambaran keadaan penduduk ketika banjir mula melanda
2 keadaan paras air yang semakin lama semakin naik-tindakan awal daripada penduduk kampung
3 gambaran suasana persekitaran kawasan kajian
4 menyelamatkan dokumen penting - berikan contoh
5 suasana kurang panik kerana pengalaman biasa bagi mereka
6 tindakan pihak berkuasa memberi amaran tentang banjir yang melanda
7 tugas anggota keselamatan dan Pasukan Bulan Sabit Merah yang membantu mangsa-mangsa banjirCadangan Penutup
1 penduduk dipindahkan ke balai raya dan kawasan yang lebih selamat
2 pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat
3 faedah pengalaman yang dialami - insaf tentang keadaan mangsa banjirJAWAPAN 1 (c)
Cadangan Pendahuluan
1 nyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan tajuk
2 diharap anda tidak menyetujui atau membangkang tajuk ini sepenuhnya - beri hujah dan alasan yang logikCadangan Isi-isi
1 Faktor penentu kejayaan ada banyak seperti kerajinan, ketekunan, pengorbanan, latarbelakang ekonomi dan akademik keluarga, kesihatan mental dan fizikal, cukup persediaan, berdisiplin, bimbingan daripada orang yang telah berjaya, sekolah yang lengkap dengan kemudahan dan sebagainya
- beri contoh sekali2 Jika anda bersetuju dengan pendapat tersebut hendaklah dibuktikan bagaimana kerajinan itu boleh membawa kejayaan tanpa faktor lain yang telah disebutkan di atas- sertakan contohnya sekali
Cadangan Penutup
1 nyatakan sekali lagi pendirian anda
2 kerajinan merupakan elemen terbesar dalam membantu kejayaan seseorang selain elemen-elemen lainJAWAPAN 1 (d)
Cadangan Pendahuluan
1 sikap hormat-menghormati merupakan sikap yang digalakkan dalam kehidupan masyarakat
2 kita harus menaruh simpati ke atas mereka yang telah melakukan kesilapan laluCadangan Isi-isi
1 sikap dingin masyarakat terhadap para bekas penagih dadah telah mendorong mereka kembali ke tabiat asal
2 pengaruh rakan lama yang masih kuat
3 tidak mempunyai kekuatan iman dalam diri mereka
4 tekanan jiwa berlaku dalam diri mereka
5 cuba melarikan diri daripada kenyataan hidup
6 tidak wujud perasaan insaf dalam diri sendiri
7 sentiasa beranggapan orang memandang serong ke atas diri merekaCadangan Penutup
1 menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut
2 terdapat faktor-faktor sampingan yang lain
3 anggota masyarakat perlu bersama-sama berganding bahu untuk menolong bekas penagih dadah tersebutJAWAPAN 1 (e)
Cadangan Pendahuluan
1 masyarakat Melayu kaya dengan peribahasa
2 merupakan antara peribahasa yang popular jenis bidalanCadangan Isi-isi
1 beri maksud peribahasa - bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku
2 sebagai bahan peringatan untuk membuat persiapan sebelum sebarang kemungkinan keburukan berlaku
3 sesuai sebagai pedoman dan pegangan hidup dalam masyarakat
4 berikan contoh antaranya seperti menyimpan wang untuk digunakan sewaktu kesempitan atau ketika ditimpa kesusahan
5 boleh digambarkan dalam sebuah cerita yang ringkasCadangan penutup
1 peribahasa merupakan sesuatu yang tersirat
2 dinyatakan dalam bentuk yang cukup indah dan halus
CONTOH JAWAPAN SOALAN 2
ISI-ISI PENTING
1 Tersurat
- 8 sekolah yang berjaya hingga ke peringkat suku akhir Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 1990
- pasukan tersebut dari sekolah: Sek. Tun Syed Sahabudin ,Sek. Tengku Abdullah, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sek. Muhamad Jiwa, Sek. Sains Selangor, Kolej Islarm, Maktab Tentera dan Sek. Agama Persekutuan.2 Tersirat
- Tarikh perlawanan :-
Suku Akhir = 1 hb. Jun 1990
Separuh Akhir =2Jun 1990
Pertandingan Akhir = 4 Jun 1990
-Jadual pertandingan pada peringkat suku akhir (1 hb. Jun 1990) ialah antara :
a Sek. Tun Syed Sahabudin bertemu Sek. Tengku Abdullah
b Kolej Melayu Kuala Kangsar bertemu Sek. Muhamad Jiwa
c Sek. Sains Selangor bertemu Kolej Islam
d Maktab Tentera bertemu Sek. Agama Persekutuan.
- Pemenang pada pertemuan tersebut akan bertemu di peringkat separuh akhir pada 2 hb Jun 1990
- Pemenang pada peringkat separuh akhir akan bertemu pada 4 hb . Jun 1990 untuk menentukan Johan Pertandingan Bahas Bahasa Melavu Piala Perdana Menteri.3 Perbandingan / Ulasan / Kesimpulan
- Corak pertandingan ialah cara kalah mati
- Terdapat 2 bahagian kumpulan yang akan bertanding iaitu
a) Kumpulan Atas terdiri dari Sek. Tun Syed Sahabudin, Sek. Tengku Abdullah, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sek. Muhamad Jiwa
b) Kumpulan Bawah terdiri dari Sek. Sains Selangor, Kolej Islam, Maktab Tentera dan Sek. Agama Persekutuan.
- Pasukan dari Kumpulan Atas dan Kumpulan Bawah hanya akan bertemu sesama sendiri jika sekiranya mereka berjaya ke pertandingan akhir pada 4 Jun 1990
- Tidak ada hari rehat bagi sekolah yang akan ke separuh akhir. Keadaan ini benar-benar menguji kemampuan pasukan tersebut membuat persiapan.
- Pasukan yang berjaya ke pertandingan akhir akan mempunyai luang masa selama satu hari dan ini dapat membantu persiapan pasukan tersebut di perlawanan akhir nanti.RUMUSAN
Jadual menunjukkan jadual Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 1990. Lapan sekolah berjaya ke peringkat suku akhir iaitu Sekolah Tun Syed Sahabudin, Sekolah Tengku Abdullah, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Muharnad Jiwa, Sekolah Sains Selangor, Kolej Islam, Maktab Tentera dan Sekolah Agama Persekutuan. Corak pertandingan ialah cara kalah mati. Pasukan dibahagikan kepada dua bahagian. Kumpulan Atas terdiri dari Sekolah Tun Syed Sahabudin, Sekolah Tengku Abdullah, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Muhamad Jiwa sementara Kumpulan Bawah terdiri dari Sekolah Sains Selangor, Kolej Islam, Maktab Tentera dan Sekolah Agama Persekutuan. Jadual pertandingan peringkat suku akhir iaitu pada 1 hb. Jun 1990 ialah antara Sekolah Tun Syed Sahabudin bertemu Sekolah Tengku Abdullah, Kolej Melayu Kuala Kangsar bertemu Sekolah Muhamad Jiwa, Sekolah Sains Selangor bertemu Kolej Islam dan Maktab Tentera bertemu Sekolah Agama Persekutuan . Pemenang pada peringkat ini akan bertemu di peringkat separuh akhir pada 2 hb. Jun 1990. Selepas rehat sehari pertandingan akhir berlangsung pada 4 hb. Jun 1990 untuk menentukan juara Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri.(95 patah kata)
CONTOH JAWAPAN SOALAN 3 1 menganjurkan
2 tertinggi / terbesar / terpenting / terunggul / terutama
3 setanding / sama / setaraf
4 dipertandingkan
5 pencabar / juara / jaguh
6 impian / harapan / keinginan
7 jangkauan / impian / keinginan / harapan
8 lemah / kurang / mati / patah
9 diketepikan / dihapuskan / diabaikan / dimusnahkan
10 rantaian/ sejumlah / barisan