Masa: Satu jam tiga puluh minit
Untuk mendapat jawapan, klik di sini. |
Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan
Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan yang ada pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan hitamkan pilihan anda yang baru.
ARAHAN AM
Tiap-tiap soalan atau pernyataan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Terdapat satu sahaja jawapan yang betul atau yang paling sesuai. Pilih jawapan itu. Kemudian, hitamkan ruang yang berkenaan pada kertas jawapan anda.
Soalan 1 hingga 7
Baca cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan berikutnya.
"Aku rasa ada baiknya kita pergi ke rumah budak yang menyelamatkan Jun semalam. Kita belum lagi mengucapkan terima kasih kepadanya. Jun ingat tak?"
"Aku setuju, tapi macam mana kita nak tahu rumahnya," balas Junaidah sambil merenung lebih tajam padaku.
"Ahh, itu mudah. Kita tanya saja salah seorang kakak pekerja di hotel ni . . ." jawabku sambil melontar pandangan ke perkarangan hotel, dengan harapan kalau-kalau ada pekerja yang membersihkan kawasan.
Setelah Junaidah bersedia, kami pergi ke kaunter pelanggan lalu bertanya kepada kakak yang menyambut tetamu. Kami bernasib baik, secara kebetulan kakak itu tahu di mana rumah budak yang menyelamatkan Junaidah semalam.
"Oh, Awang Lah," seru kakak penyambut tetamu. "Rumahnya tidak jauh dari sini." Kami berjalan menuju ke rumah Awang Lah setelah bertanya pada wanita tua penjaga kedai. Rumah Awang Lah terletak kira-kira 100 meter di belakang kedai tersebut.
"Nanti, engkau cakap dulu, ya Yati," tiba-tiba Junaidah berkata." Aku malu kerana kita agak kasar bahasa semalam dan kita salah sangka terhadapnya."
Kami menuju ke rumah kecil yang terletak di dalam kebun kelapa. Rumah itu memang kecil dan rendah. Berdinding papan dan beratap nipah. Sekitar kawasannya berpasir tetapi bersih bersapu.
Kami memberi salam. Sejurus kemudian pintu berkuak dan diambangnya berdiri seorang tua bertelekung iaitu ibu Awang Lah. Kami naik lalu duduk di atas sebidang tikar yang kemas teranyam.
Rupa-rupanya bapa Awang Lah telah meninggal dunia. Dia hilang di laut semasa menangkap ikan. Sejak itu Awang Lah cuba-cuba ke laut untuk mencari rezeki. Awang Lah masih terlalu muda, dia tak layak menyambung nyawa melanda ombak ganas.
Sedang kami berbual-bual itu tiba-tiba Awang Lah muncul di bilik tidur. Dia berbaju Melayu dan berkain pelekat. Di kepalanya tertenggek sebuah ketayap putih.
Bagaikan dipukau Awang Lah menapak lalu duduk di hujung tikar. Telatah Awang Lah menyebabkan aku terkenang kembali apa yang berlaku petang semalam.
"Yati, Yatiii" sergah Junaidah sambil menepuk bahunya. Aku tersentak. Aku mencapai secawan teh lalu menghirupnya. Awang Lah tidak faham maksud kedatangan kami. Untuk tidak membuang masa, akupun bersuara bagi pihak Junaidah. "Kami nak ucapkan terima kasih kerana membantu kami petang semalam.
Awang Lah melepaskan nafas tanda lega. "Sebenarnya saya cuba mengingatkan saudari berdua supaya jangan mandi petang semalam," tambah Awang Lah. "Saya nampak ombak besar yang melanda. Tapi belum pun sempat saya beritahu, tiba-tiba saudari berdua jadi marah."
BUDI ANAK NELAYAN-A.RAHMAN MUDA
1 Mengapakah Junaidah berasa malu dengan Awang Lah?
A kerana Awang Lah sangat baik kepadanya
B AwangLah sentiasa menjaga kebajikannya
C Awang Lah seorang yang baik hati.
D menyangka Awang Lah berniat buruk
2 Mengapa Junaidah dan Yati ingin mengucapkan terima kasih kepada Awang Lah?
A menyelamatkan mereka berdua dari bahaya ombak laut
B menyelamatkan mereka berdua dari lemas
C menyelamatkan mereka berdua dari diganggu
D menyelamatkan mereka berdua dari bahaya binatang buas
3 Apakah yang telah terjadi kepada bapa Awang Lah?
A meninggal dunia akibat hilang di laut semasa berlaku kerosakkan pada botnya
B meninggal dunia akibat hilang di laut semasa menyelamatkan orang yang lemas
C meninggal dunia akibat hilang di laut semasa menangkap ikan
D meninggal dunia akibat hilang di laut semasa melancong
4 Apakah yang cuba dilakukan oleh Awang Lah apabila melihat Junaidah dan Yati mandi di pantai?
A memberitahu mereka jangan mandi pada waktu itu kerana pantai di kawasan itu telah teruk tercemar
B memberitahu mereka jangan mandi pada waktu itu kerana kawasan laut di situ terlalu dalam
C memberitahu mereka jangan mandi pada waktu itu kerana hari sudah larut petang.
D memberitahu mereka jangan mandi pada waktu itu kerana ombak besar akan melanda.
5 Bagaimana keadaan rumah Awang Lah?
A besar, tinggi, berdinding papan dan beratap nipah
B kecil, rendah, berdinding papan dan beratap zink
C kecil, rendah, berdinding papan dan beratap nipah
D kecil, tinggi, berdinding batu dan beratap nipah
6 Terangkan maksud frasa "melontar pandangan" mengikut penggunaannya di dalam petikan.
A mengalihkan penglihatan
B memberi tumpuan
C menjeling
D membuang penglihatan
7 Apakah maksud "dia tidak layak menyambung nyawa melanda ombak ganas" ?
A Awang Lah bukan seorang nelayan
B usia Awang Lah terlalu tua
C usia Awang Lah terlalu muda
D Awang Lah takut dengan ombak besar
Soalan 8 hingga 14
Baca sajak di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.
PAK TANI
Tika bulan meluruhkan sinarnya
dalam kedinginan pagi
yang mencucuk sum-sum tulang
dengan keenakan mimpi malam
yang menjelma menguliti tidur
Turun seorang tua
meredah embun pagi
dengan debunga indah warna harapan
ke sawah ladang
bagi memerah keringat berbaut
untuk mencari seteguk rezeki
Matanya tersenyum
mulutnya menguntum manis doa
di dadanya sejuta harapan
agar timbunan derita
yang melingkari diri
jua anak isteri
bisa gugur
satu persatu
mengucupi pipi bumi
8 Apakah yang dimaksudkan dengan "mulutnya menguntum manis doa"
A sentiasa mengharapkan bantuan
B sentiasa berdoa kepada Tuhan
C sentiasa tersenyum
D sentiasa bercakap-cakap
9 Berikut keadaan Pak Tani dalam menghadapi hidup ini melainkan...
A sentiasa mengharapkan bantuan
B berusaha bersungguh-sungguh
C tidak pernah bersusah hati
D sentiasa berdoa
10 Pada pendapat anda, bilakah Pak Tani mula turun bekerja di sawah padi?
A di waktu siang hari
B di waktu semua orang sedang tidur
C di awal pagi
D di waktu tengah hari
11 Apakah yang cuba digambarkan oleh penyajak dalam rangkap tiga
A gambaran penderitaan Pak Tani
B harapan dan cita-cita Pak Tani
C keadaan anak dan isteri Pak Tani
D suasana di rumah Pak Tani
12 Apakah impian di masa hadapan yang ingin dikecapi oleh Pak Tani?
A kemiskinan keluarga dihapuskan
B menjadi kaya raya
C menggunakan teknologi yang moden
D mengharapkan anak-anaknya menjadi petani
13 Sifat-sifat berikut terdapat pada Pak Tani melainkan
A mengambil berat kehidupan keluarga
B seorang yang mementingkan diri sendiri
C kuat beribadah
D seorang yang tabah
14 Meskipun rajin berusaha, Pak Tani masih dilanda kemiskinan. Berdasarkan petikan sajak di atas, apakah faktor yang menyebabkan kehidupan Pak Tani masih dibelenggu kemiskinan?
A Pak Tani seorang sahaja mengerjakan sawahnya
B Pak Tani masih gunakan kaedah kuno semasa bertani
C Pak Tani sudah uzur
D Pak Tani tidak mahu terima pembaharuan
Soalan 15 hingga 20
Baca petikan karangan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.
Daging merupakan bahan makanan yang kaya dengan zat protein. Protein sangat diperlukan bagi memelihara kesihatan serta kekuatan tubuh badan agar sentiasa dalam keadaan yang seimbang. Akan tetapi, daging adalah sejenis bahan makanan yang agak sukar dihancurkan dengan sempurna di dalam perut. Inilah keadaan yang kerap kali mengakibatkan kerosakan dalam tubuh manusia tidak kira sama ada seorang itu tegap dan kuat apatah lagi kalau memang dia lemah dan berpenyakit pula.
Saluran usus manusia bukanlah seperti usus binatang maging seperti anjing atau kucing. Menurut ahli biologi, usus-usus binatang-binatang maging ini hanya tiga setengah kali lebih panjang daripada itu, iaitu kira-kira 28 kaki. Ahli-ahli bedah sendiri dapat menyaksikan betapa panjang usus manusia melalui pembedahan yang mereka lakukan. Kita sebenarnya mempunyai usus seperti yang dimiliki oleh binatang maun, tetapi anehnya kita memakan makanan yang disukai oleh binatang maging. Tentulah ini merupakan satu-satunya faktor yang memungkinkan timbulnya penyakit .
Justeru keadaan usus yang panjang itu maka daging yang kita makan sudah tentu akan terbiar begitu lama di dalam usus, dan pencernaan daging bukanlah suatu proses yang mudah bagi jentera perut. Sebanyak tujuh peratus daripada daging yang dimakan itu menjadi busuk semasa proses pencernaan berlaku di dalam perut. Kesan pembusukan makanan daging dalam usus itulah yang mengakibatkan bau najis yang keras yang kebanyakannya merupakan tanda keracunan.
Sementara itu menurut laporan-laporan ahli penyelidik, kuman-kuman yang terdapat dalam daging adalah sama keadaannya dengan kuman-kuman penyakit yang ada dalam tubuh manusia seperti kuman-kuman penyakit cirit birit dan lain-lain penyakit perut.
Maka apabila seseorang pengidap itu mengidap penyakit tersebut dan mencampurkan pula daging dalam makanan, beertilah dia telah melipat gandakan kekuatan dan kuman-kuman penyakit yang berada dalam tubuhnya. ltulah sebabnya ramai orang yang sering mendapat cirit-birit setelah makan daging, apatah lagi jika makanan itu tidak cukup lumat.
15 Apakah maksud yang sesuai dengan perkataan "pencernaan" sebagaimana digunakan dalam petikan di atas?
A penghancuran
B peleburan
C pengkikisan
D pemusnahan
16 Apakah kebaikan memakan daging kepada manusia?
A memberi kekuatan pada badan seseorang
B merupakan makanan seimbang
C kaya dengan protein
D sukar dihancurkan dalam perut
17 Mengapa bau najis binatang maun tidak sekeras bau najis manusia?
A makan yang dimakan oleh binatang maun tidak mempunyai kuman
B binatang maun sering membuang najis secara teratur
C binatang maun hanya memakan daging
D binatang maun mempunyai usus yang lebih panjang
18 Pada pendapat anda, mengapa manusia itu lebih mirip kepada binatang maun?
A sistem usus yang hampir serupa
B usus yang sama panjang
C memakan makan yang hampir serupa
D sering memerlukan antara satu dengan lain.
19 Mengapakah ramai orang mendapat penyakit cirit-birit setelah memakan daging?
A daging yang dimakan tidak dimasak dengan sempurna sehingga sukar dihadam dalam perut
B Mereka yang kurus tidak boleh memakan daging kerana kuman cirit-birit mudah menjangkiti mereka
C terdapat campuran kuman yang sedia ada dalam badan manusia dengan kuman yang terdapat dalam daging yang dimakan.
D kuman penyakit cirit-birit hanya terdapat dalam daging sahaja
Soalan 21 hingga 32
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai.
21 "Sehari................... benang, lama-lama menjadi kain, itulah tanda berkat usaha yang tanpa jemu akhirnya akan memperolehi kejayaan," pesan Cikgu Jamal kepada anak-anak muridnya.
A selembar
B sehelai
C sebuku
D segulung
22 Arneyantie menjerit dengan................... hatinya apabila anjing yang garang itu mengejarnya.
A sekuatnya
B sekuat-kuatnya
C sekuat-kuat
D dikuatkan
23 Rebana yang diperbuat...................kulit kambing merupakan alat muzik tradisional Melayu sejak turun temurun.
A dari
B daripada
C dengan
D menggunakan
24 Nor Azlin...................apabila mengenang peristiwa sedih yang berlaku ke atas keluarganya.
A hilang panduan
B hilang akal
C hilang pedoman
D mati akal
25 Jenazah itu baru diusung ke tanah perkuburan,diikuti dengan...................... .daripada sanak-saudaranya.
A diratapkan
B ratap tangis
C diratapi
D meratap
26 Beberapa ekor kambing yang ..................... di kawasan Bandar Tangkak sudah ditangkap.
A berkeliaran
B berserakan
C berhamburan
D bertempiaran
27 Pegawai pemasaran itu mundar-mandir sambil.......................fail di bawah ketiaknya kerana masih gagal menyelesaikan masalah itu.
A menjinjing
B mengelek
C menjunjung
D menatang
28 Pucuk-pucuk pokok teh perlu sentiasa.......................... supaya pokok-pokok itu sentiasa rendah untuk memudahkan daunnya dipetik
A ditetak
B dicencang
C dipangkas
D dikerat
29 Masyarakat desa perlu berlumba-lumba untuk..................... kraftangan tempatan yang berkualiti kerana kraftangan tempatan mempunyai pasaran yang luas.
A menghasilkan
B menghasil
C berhasil
D penghasilan
30 Rosita sudah berkali-kali mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tetapi gagal. Pada tahun ini dia ............................ untuk mencuba sekali lagi.
A bulat hati
B bulat azam
C bulat fikiran
D bulat hajat
31 Selain daripada digunakan sebagai kaedah perhubungan, Sungai Rejang juga digunakan untuk mengairi kawasan-kawasan .............................
A dalami
B didalamkan
C pendalaman
D pedalaman
32 Usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk ........................sumber hasil para petani patut mendapat perhatian yang serius daripada semua pihak.
A mempelbagaikan
B memajukan
C membangunkan
D membanyakan
Soalan 33 hingga 39
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A,B,dan C.
Tandakan sama ada A, B dan C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
33 Kamu mesti (A) mempunyai tahap disiplin yang tinggi (B) kecuali kamu hendak menjadi orang yang (C) baik dan berakhlak. (D) Tiada kesalahan.
34 Jabatan Kebajikan Masyarakat akan bermesyuarat tidak (A) beberapa lama lagi untuk membincangkan (B) tentang soal remaja 'bohsia' yang (C) berpeleseran di bandaraya. (D) Tiada Kesalahan.
35 Jika format yang (A) disyorkan tidak diikuti dengan (B) betul, maka markah karangan anda itu akan (C) dipotong mengikut skala yang ditetapkan. (D) Tiada kesalahan.
36 Kehidupannya yang (A) kadang-kadang dilanda (B) kekecewaan (C) menyebabkan dia jadi orang yang tidak bermaya. (D) Tiada kesalahan.
37 Dia tidak dapat (A) bersukan hari ini kerana (B) kedua anaknya (C) masih belum pulang dari sekolah. (D) Tiada kesalahan.
38 (A) Kita sekeluarga pasti akan (B) berpindah ke Johor meskipun hati mereka berat untuk (C) meninggalkan tempat itu. (D) Tiada kesalahan.
39 Anak-anak (A) mempunyai masa yang lebih banyak di rumah (B) berbanding di sekolah, oleh itu ibu bapa mempunyai masa untuk (C) membimbing anak-anak ke jalan yang betul. (D) Tiada kesalahan.
Soalan 40 hingga 47
Sebahagian daripada ayat-ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang digariskan itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak.
Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A,B dan C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.
40 Kementerian Pertanian akan mengkaji semula skim subsidi baja itu supaya tidak disalahgunakan oleh para petani.
A kaji semula skim subsidi baja itu
B mengkaji skim subsidi semula baja itu
C mengkaji skim semula subsidi baja itu
D mengkaji semula skim subsidi baja itu
41 Kegiatan ko-kurikulum dapat memupuk semangat muhibah di kalangan rakyat-rakyat yang berbilang-bilang kaum.
A di antara rakyat-rakyat yang berbilang kaum.
B di kalangan para rakyat yang berbilang-bilang kaum
C di kalangan rakyat yang berbilang kaum
D di kalangan rakyat-rakyat yang berbilang-bilang kaum.
42 Norlyana tidak pasti sama ada akan melanjutkan pelajaran ke Australia dan Jepun apabila tamat peperiksaan nanti.
A melanjutkan pelajaran ke Australia atau ke Jepun
B melanjutkan pelajaran ke Austalia dan ke Jepun
C melanjutkan pelajaran ke Austalia atau ke Jepun
D melanjutkan pelajaran ke Australia dan Jepun
43 Beberapa pelajar-pelajar sekolah berkenaan memilih untuk belajar bahasa Jerman sebagai bahasa pilihan.
A Beberapa pelajar sekolah berkenaan memilih untuk
B Beberapa orang pelajar sekolah berkenaan memilih untuk
C Beberapa pelajar sekolah berkenaan memilih untuk
D Beberapa pelajar-pelajar sekolah berkenaan memilih untuk
44 Bila teringat peristiwa sedih yang pernah dialami ketika menyelamatkan mangsa tanah runtuh itu, air matanya berlinangan di kelopak mata.
A Apabila teringatkan peristiwa sedih
B Bila ingatkan peristiwa sedih
C Apabila teringatkan peristiwa sedih
D Bila teringkatkan peristiwa sedih
45 Senarai nama ahli yang akan berserta kempen itu pada setiausaha parti itu.
A yang akan menuruti kempen itu berada pada setiausaha
B yang akan menyertai kempen itu ada pada setiausaha
C yang akan mengikuti kempen itu ada bersama setiausaha
D yang akan berserta kempen itu pada setiausaha
46 Jangankan adik, abang pun tidak berdaya mengangkat barang yang berat itu.
A Jangankan adik, namun abang pun
B Sungguhpun adik,namun abang pun
C Sungguhpun adik,abang pun
D Jangankan adik,abang pun
47 Encik Sattar mengumum perletakan jawatan beliau sebagai pengarah urusan Syarikat Mahkota.
A umum perletakan jawatan beliau
B mengumumkan perletakan jawatan beliau
C umum letak jawatan beliau
D mengumum perletakan jawatan beliau.
Soalan 48 hingga 54
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang hampir sama dengan ayat yang bercetak tebal.
48 Beberapa orang ahli akademik telah memberi pandangan supaya sistem perundangan negara dikaji semula bagi membolehkan sistem perundangan yang lebih adil dilaksanakan.
A Cadangan agar tokoh-tokoh akademik memperbaiki perundangan bertujuan untuk memberi keadilan kepada semua.
B Menurut segolongan ahli akademik, pengkajian sistem perundangan negara ini perlu adil supaya mudah digubal.
C Pindaan kepada sistem perundangan perlu dikaji oleh segelintir ahli akademik supaya dapat mewujudkan keadilan.
D Pengkajian semula sistem perundangan negara ini supaya lebih adil telah dicadangkan oleh segelintir ahli akademik.
49 Perniagaan Encik Kamaruzzaman bertambah maju dari sehari ke sehari kerana dia sangat rajin berusaha.
A Berkat kesungguhan bekerja dengan kuat telah menyebabkan perniagaan Encik Kamaruzzaman bertambah maju.
B Encik Kamaruzzaman perlu berusaha bersungguh-sungguh jika ia terus maju dalam perniagaan.
C Encik Kamaruzzaman mengharapkan kerajinannya akan sedikit sebanyak membantu kemajuan perniagaannya.
D Kesunggguhan Encik Kamaruzzaman dalam perniagaan perlu dipertingkatkan jika ingin memajukan perniagaan yang dijalankan olehnya.
50 Ucapan tahniah datang bertubi-tubi sebaik sahaja kejayaan Sekolah Menengah Tun Mamat dalam Projek Sungai Angkat disiarkan dalam surat khabar.
A Sekolah Menengah Tun Mamat menjadi popular apabila namanya disiarkan dalam akhbar.
B Selepas memenangi Projek Sungai Angkat Sekolah Menengah Tun Mamat menjadi sebutan ramai.
C Sejurus selepas berita kejayaan Sekolah Menengah Tun Mamat dalam Projek Sungai Angkat disiarkan dalam surat khabar sekolah ini dihujani ucapan tahniah.
D kerana Sekolah Menengah Tun Mamat berjaya dalam Projek Sungai Angkat sekolah ini menerima ucapan tahniah.
51 Di musim perayaan banyak pasar raya yang mengadakan tawaran percuma untuk menarik pelanggan.
A Tawaran percuma akan diberitakan oleh kebanyakan pasar raya terutama di musim perayaan untuk menarik minat orang ramai .
B Pelanggan akan tertarik dengan tawaran percuma yang diadakan oleh kebanyakan pasar raya.
C Untuk menarik perhatian pelanggan banyak pasar raya mengadakan jualan murah semasa hari perayaan.
D Tawaran-tawaran percuma hanya diadakan di pasar raya apabila menjelang musim perayaan.
52 Kegagalan Maniam dalam peperiksaan sebenarnya berpunca daripada kegagalannya menguasai Bahasa Melayu
A Ketidakupayaan menguasai Bahasa Melayu merupakan punca utama kegagalan Maniam dalam peperiksaan.
B Faktor utama yang menentukan kejayaan Maniam ialah tahap penguasaan Bahasa Melayu.
C Maniam tidak akan berjaya selagi dia tidak berusaha untuk mengatasi kelemahannya dalam Bahasa Melayu.
D Bahasa Melayu perlu dikuasai oleh Maniam jika dia mengharapkan kejayaan.
53 Parang sangat penting di bawa oleh orang ramai terutama yang berjalan kaki di dalam hutan.
A Orang ramai yang berjalan kaki terutamanya di dalam hutan sangat memerlukan parang.
B Parang dibawa ke mana-mana terutama di dalam hutan.
C Kepentingan parang tidak perlu disangkal terutama oleh pejalan kaki dihutan.
D Untuk memudahkan perjalanan dihutan, parang perlulah dibawa oleh pejalan kaki di hutan.
54 Untuk menjamin perkembangan seseorang bayi, pemakanan yang cukup dan seimbang haruslah diutamakan.
A Bayi yang diberi makanan yang seimbang dan mencukupi sahaja yang dijamin pertumbuhannya.
B Pertumbuhan seseorang bayi bergantung kepada pemakan yang cukup atau tidak.
C Pemakanan yang seimbang dan cukup amat penting untuk menjamin pertumbuhan seseorang bayi.
D Bayi yang sihat dan memerlukan makanan yang seimbang dan mencukupi.
Soalan 55 hingga 60
Pilih ayat yang betul. Tentukan bahawa anda telah memilih pilihan jawapan yang paling sesuai.
55
- Setengah-setengah pemandu kereta tidak mempedulikan keselamatan orang lain yang menggunakan jalan raya
- Penduduk kampung itu bersetuju agar menamakan tempat itu Paya Mas.
- Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab memaju dan mengembangkan bahasa kebangsaan.
- Kita menerima faedah yang besar apabila menguasai lebih daripada satu bahasa.
A I dan II sahaja
B III dan IVsahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
56
- Papan dinding rumah itu berguguran jatuh berkeping-keping kerana sudah tua.
- Walaupun berbagai-bagai halangan terpaksa ditempuh, setiap ahli kumpulan kami masih mahu teruskan pendakian untuk sampai ke puncak gunung itu.
- Juruulas perlawanan bola sepak itu sangat petah bercakap di samping sebutan yang sangat terang jelas.
- Rosita memotong serumpun buluh daripada sebatang buluh di belakang rumahnya.
A I sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja
57
- Gerak-geri yang lemah lembut adalah penting kepada kanak-kanak kerana boleh memberi semangat kepada kanak-kanak untuk belajar.
- Kerajaan sedang menjalankan beberapa langkah untuk memperkenalkan keindahan Malaysia.
- Abangnya berperangai baik tetapi adiknya berperangai buruk.
- Pasukan Kastam telah begaya membenteraskan kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV sahaja
58
- Perdana Menteri telah disambut dengan meriah apabila dia sampai ke lapangan terbang itu.
- Pemain-pemain import kadangkala tidak menunjukkan kehebatan yang diharapkan.
- Ibu bapa yang tidak puas hati dengan disiplin pelajar-pelajar telah menghantar surat kepada sekolah berkenaan.
- Berita tentang keadaan runtuh di kawasan itu akan disiarkan dari masa ke semasa.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja
59
- Golongan siswazah telah digesa supaya tidak mengharapkan pekerjaan makan gaji lagi kerana bekerja itu kadangkala mendatangkan hasil yang lebih lumayan.
- Anak-anak yatim itu lari bertempiaran bila dikejar oleh seekor musang.
- Kami menerangkan kepada pelawat-pelawat itu bahawa beberapa rancangan yang sedang dijalankan itu sudah mencapai kejayaan.
- Bilik itu terang-terang kerana lampunya telah dipasangkan.
A I dan III sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
60
- Kalau semuanya sudah sampai, pastilah kita bertolak sekarang juga.
- Kakitangan syarikat itu yang sering datang lewat ke pejabat akan dihadapkan ke lembaga tatatertib.
- Kerjasama di kalangan segenap lapisan masyarakat amat diperlukan dalam pembangunan sesebuah negara
- Para pendidik seharusnya sentiasa memberi dorongan kepada pelajar supaya mereka berlumba-lumba mencari ilmu demi kesejahteraan hidup mereka pada masa hadapan.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C IIIdan IVsahaja
D II, III dan IV sahaja