UNTUKMU IBU
 

 

 

 

 


Teman-Teman,

 

Apabila mengenang kembali zaman kecilku di mana aku lebih pentingkan teman-teman, aku berasa sedih dan kesal. . tetapi aku bersyukur karena aku masih diberkenankan  untuk bersamanya dan merasakan kasih sayangnya sebelum akunya pergi kerantau dinegeri orang, walaupun sebenarnya berat meninggalkan beliau tapi demi cita-cita dan harapan beliau agar diriku jadi anak yang berbakti dan sukses dalam mengejar cita-citaku maka semua itu aku lakukan, sebenarnya berat juga meninggalkan beliau karena aku sangat membutuhkan dia berada didekatku, karena aku sangat menyadari betapa hangat dan bahagianya berada di samping beliau yang selalu memberikan kasih sayang yang nggak akan ada yang bisa mengalahkan beliau , lewat sepucuk penggalan kata di bawah ini aku ingin mengucapkan terima kasih pada beliau yang telah mengorbankan semua yang beliau miliki demi kebahagiaanku, dan semoga ini menjadikan pedoman kalian semua jangan sampai membuat beliau murka ato beliau sampai sakit hatinya, karena allah juga telah bahwa “surga berada di telapak kaki ibu, restu orang tua adalah restu tuhan juga dan juga murka orang tua adalah murkanya tuhan juga ” , maka jangan sampai kita membuat beliau murka kepada kita, maka sebelum terlambat cintailah ibu kalian semua jangan pernah menyakiti  beliau.

Ibu, maafkan anakmu karena belom bisa berbakti kepadamu, biarpun aku nggak di sampingmu tapi doa mu selalu mengiringi diriku, namun aku redha akan takdir Illahi aku harus pisah sementara darimu untuk mengejar cita-citaku dan harapanmu untuk menelusuri jalan hidupku yang penuh dengan rintangan dan hambatan tapi dengan ketulusan doa dan kasih sayangmu aku bisa melalu I semua itu. Oh, Ibu semoga Allah S. W. T mengampuni segala dosa-dosamu dan menerima segala amalan-amalanmu. . dan semoga engkau ditempatkan disamping orang-orang yang beriman dan aku masih di perkenankan bertemu denganmu sebelum akhir hayatmu karena aku masih membutuhkan kasih sayangmu.

Oh, Ibu doakan anakmu semoga berhasil mencapai cita-citanya dan doakan semoga anakmu mendapatkan pasangan yang sholehah seperti yang engkau harap-harapkan….

Amin Amin Ya Rabbal Allamin. . . . . . . .

Dengan ini teman, aku ingin berpesan. . . . . Hargailah pengorbanan ibumu sebelum terlambat. . . .

 

Salam sejahtera,

 

-toto-

 

BUAT RENUNGAN BERSAMA.

 

Assalamualaikum semua,

 

Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita. Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini, malah di tempat lain juga.

 

Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasaannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiran selepas solat Asar. Tetapi pada hari itu, selepas solat Asar, ibu Ustaz Harun tidak keluar ke bernada rumah untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan jiran-jiran. Para jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula. Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran-jiran mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun.

 

Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawaban. Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah terperanjat para jiran itu mendapati ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya, apabila di suatu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid,jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini. Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau (Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka. Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din. Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahwa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu,sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu. Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman. Sehinggalah saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini.

 

Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibu bapa kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tanda hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan,di samping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibu bapa kita. Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa dan ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang telah kaku?

 

Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan diatas tadi.

 

Sebenarnya ada seperkara lagi, Apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yg masih ada hubungan dengannya dan salah satunya ialah anak-anaknya. Tanggungjawab anak masih belum habis terhadap kedua-dua ibu bapanya walaupun ibu bapa mereka meninggal dunia, Selepas meninggal dunia,hendaklah anak-anaknya yang memandikan dan menyembahyangkannya. Dan selepas itu pula hendaklah selalu ia beramal dengan menyedekahkan pahalanya dan berdoa untuk mereka.

 

Disamping memelihara hubungan baik dengan saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya. Kalau kita buat perkara-perkara yang melanggar syarak pun ibu bapa kita juga mendapat himbauan juga karena dia yang mendidik kita. Jadi siapa yang ibu bapa yang sudah tak ada, ingatlah mereka selalu dalam doa selepas sembahyang dan selalulah berzikir untuk mereka.

 

Petikan ini saya terima dari seorang sahabat. . . renungkanlah agar kita mengambil iktibar dari apa yang ceritakannya. Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku dan berkorban apa saja demi memenuhi keperluaanku dan permintaanku.

 

Renungkan sajak di bawah di bawah ini :

 

INILAH MASANYA JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU

CINTAILAH IBU SEKARANG

SUPAYA IBU TAHU KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH YANG MENGUKIR DARI ALLAH

DARIPADA SANUBARIMU

CINTAILAH IBU SEKARANG

SEMASA IBU MASIH HIDUP

USAH TUNGGU SEBELUM IBU TELAH PERGI KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI

JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG

JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI SUDAH

PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR KARENA KITA DIBATASI KELEMAHAN

OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU

LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG SEMENTARA IBU MASIH HIDUP

AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA

 

Sekarang aku sudah pergi meninggalkan ibu di negeri orang dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab aku belom pernah menyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah aku tak pernah melayani ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi aku tak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri, “maafkan ibu …. Maafkan anakmu jangan pernah engkau murka kepadaku betapa sedihnya hatiku bila engkau sampai murka kepadaku, ibu semoga allah memberikan umur yang panjang kepadamu dan masih bisa mempertemukan aku denganmu …. Sekali lagi maafkan aku ibu….. doakan anakmu semoga bisa mengejar semua cita-cita dan harapanmu….. “ Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan urusanku,rakan-rakanku dan pekerjaanku. Sekarang baru aku terpikir... pernahkan rakan-rakanku melayaniku seperti ibuku ? Aku tahu jawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar berasa kesal dan malu apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta banyak manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti. Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak seperti ku. Aku berharap kepada rakan-rakanku.... insaflah dan mengambil iktibar dan manfaat daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita dan penyesalan.

 

Renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!!!!!. . . . . pernah kita bertindak sedemikian?????

Pernah kita merasa kesal dengan tindakan kita itu????????

Andainya kita pernah melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita, ubahlah sebelum terlambat....

Bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kak i ibu" ...

Mulia sungguh Islam meletakkan wanita yang bergelar ibu. . . . .

Oh Ibu, maafkan anakmu yang belom bisa membalas budimu walaupun cuman setes air mata ini….

Ibu sungguh aku rindu padamu…..

Tolong berkati anakmu….

 

Wassalam semua

 

Semoga engkau nggak melupakan kasih sayang dan kebaikan yang telah di berikan ibu kepada kalian semua