|
TRADITIONAL ISLAM as understood by the vast majority of ulama' of the Ahli Sunnah wal Jamaah
|
|
بسم
الله الرحمن
الرحيم نحمده
ونصلى على
رسوله الكريم HUKUM
BERKENAAN DENGAN MEROKOK DALAM
SYARI’AT ISLAM OLEH:
MUHAMMAD
‘UTHMAN EL-MUHAMMADY Insya’
Allah penulis ini akan membicarakan makna merokok dan ciri-cirinya serta
perbincangan tentangnya dari segi Syari’at Islam dengan berpandukan kepada
Quran, Sunnah, dan kutub fiqhiyyah yang muktabar, serta dengan menyentuh sedikit
sebanyak pandangan dari segi perubatan oleh para pakar dalam bidang ini.
Bagaimanapun tumpuan penulis ialah dalam bidang Syari’at Islam dan pandangan
perubatan itu ialah untuk menyokong hujah hukum dalam Syari’at berdasarkan
kepada fiqh. Mudah-mudahan kertas ringkas ini akan mendatangkan faedah yang
membawa kepada keputusan yang sebaiknya. Allahumma amin. Merokok
dan Asal Tembakau: “Merokok”
atau “tadkhin” dalam Bahasa Arabnya atau “smoking” dalam Bahasa Inggeris
merupakan istilah yang digunakan untuk perbuatan menghisap rokok atau menghisap
tembakau dengan apa cara sekalipun. Merokok itu nampaknya merujuk kepada
perbuatan mengenakan api pada rokok sigaret, atau cerut, atau tembakau dalam
paip, termasuk ke dalam sesuatu seperti paip yang ada air pada bahagian
tengahnya, atau kalau bahannya tidak tembakau, ianya sesuatu bahan seperti
tembakau yang mendatangkan kesan-kesan yang sama seperti kesan-kesan menghisap
tembakau. Asap daripada tembakau atau bahan yang sepertinya yang terkena api itu
disedut dengtan mulut dengan itu ia masuk ke dalam mulut, seterusnya dihisap
lagi masuk ke dalam dada, kemudian dihembuskan asap itu samaada melalui hidung
atau mulut, atau ke dua-duanya sekali; itulah “menghisap rokok”
atau”menghisap paip atau cerut” dalam Bahasa Melayu, atu “tadkhin” dalam
Bahasa Arab atau “smoking” dalam Bahasa Inggeris. (1) Berkenaan
dengan perbuatan menghisap rokok atau menggunakan tembakau secara yang demikian
sebagaimana yang biasa diketahui sekarang adalah nampaknya bukan diketahui dalam
umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w., zaman Sahabat dan tabi’in, dan bahkan
tidak diketahui pada zaman para imam mujtahidin dan sahabat mereka. Allah
meredhai mereka semuanya. Tembakau ini, atau Bahasa Arabnya “tib’ghun” pl. “tubughun” atau bahasa Inggerisnya “tobacco” tidak dikenali kerana ianya datang dari Barat. Secara ringkasnya dari segi sejarahnya tembakau ini (2), (dalam Bahasa Latinnya ialah “Nicotania tabacum”) mula digunakan di Dunia Barat dengan penemuan Amerika oleh Columbus, dalam perjalanannya mula-mula yang diketahui pada tahun 1492M; waktu itu Columbus dan orang-orangnya bertemu dengan Orang-Orang India di sana itu ada memegang di tangan mereka sesuatu yang menyala api padanya dan mereka ada herba yang mereka hisap asapnya yang merupakan amalan kebiasaan mereka. Mereka menghisap bahan itu dengan menggunakan paip. Kepada mereka ini upacara suci yang mereka laksanakan untuk menghubungi Roh Agung yang mereka percaya kepadanya. Selepas orang-orang Sepanyol dengan jayanya memperkenalkan tembakau ke Eropah dan golongan elit British menghisap paip dengan tembakaunya pada masa rehat dan bersenang-senang mereka, maka penanaman merupakan asas ekonomi negeri-negeri jajahan British yang mula-mula di Amerika Utara. (3).
Pada
tahun 1630an tembakau dengan teguhnya menjadi tanaman yang mendatangkan hasil
pendapatann yang besar bagi negeri Virginia yang tentangnya dinyatakan bahawa
Thomas Jefferson dilaporkan berkata: “khidmat yang terbesar yang boleh
dilakukan oleh mana-mana negeri ialah menambahkan suatu jenis pokok yang berguna
kepada budayanya”. Kemudian tembakau itu menjadi “nocotiana” kerana
mengambil sempena nama Jean Nicot yang menjadi duta Francis ke Portugal yang
meminta supaya Permaisuri Francis mengambil berat tentangnya nya kerana ada
khasiat-khasiatnya sebagai ubat. Dalam abad ke-17 para ahli perniagaan Eropah
memperkenalkan tembakau itu di seluruh Asia dan Afrika Kemudian dalam abad ke 19
orang-orang Sepanyol memperkenalkan cerut ke ke Asia melalui Filipina dan
kemudian ke Rusia dan Turki. Dengan itu ia masuk ke dalam negeri-negeri Islam. Selepas
menghisap rokok menjadi sedemikian berkembang dengan para pemimpin politik dan
pelakun termasyhur di Barat menjadikannya sangat popular, menghisap rokok
mendapat pukulan hebat kerana ada tentangan pada tahun 1950 dan awal 60an kerana
kalangan perubatan menghubungkan tembakau dengan penyakit seperti barah
paru-paru dan sebagainya. Mulai dari masa itu masalah mula menjadi meruncing
berkenaan dengan perniagaaqn rokok, sampai ke hari ini. Walaupun di
negara-negara Barat seperti Amerika dan Britain mengambil sikap sangat tidak
menggalakkan merokok di kalangan rakyatnya, syarikat-syarikat gergasi rokok
terus menerus menjalankan perniagaan mereka di negeri-negeri di Afrika dan Asia
dan ramai orang-orang Islam terlibat dengan amalan menghisap rokok ini sampai ia
menjadi amalan yang lumrah di mana-mana. Sebagaimana
yang disebutkan di atas menghisap rokok atau merokok “tadkhin” atau
“smoking” tidak ada nas secara langsung dalam Qur’an dan Sunnah, maka
hukumnya pada zaman awal tidak ada, tetapi kita memang memahami bahawa mana-mana
masalah tidak boleh tidak atau mesti termasuk ke dalam mana-mana hukum Allah
yang lima (“al-ahkam al-khamsah”), samada yang wajib, atau sunat, atau haram
atau harus atau makruh, dengan takrif-takrifnya yang sedia maklum dalam ilm usul
al-fiqh dan fiqh. Perbincangan
Berkenaan Dengan Hukum Tentang Menghisap Rokok: Sebagaimana
yang dinyatakan oleh Syaikh Universiti al-Azhar, Jad al-Haq Ali Jad al-Haq dalam
fatwanya (4) bahawa masalah menghisap rokok ini banyak dibahas oleh para ulama
dengan melihat segi manfaat atau mudaratnya dengan hukum asalnya tanpa didapati
dalam Qur’an atau sunnah, dan perbuatan menghisap inipun (disebut beliau
sebagai “menghisap asap ini” (shurb hadha’-d-dukhan)) (شرب هذا
الدخان)
tidak berlaku melainkan pada bahagian awal abad ke 11 Hijrah selepas daripada
ianya zahir dan berkembang di Barat, negeri Maghribi, Sudan, kemudian berkembang
ke negeri-negeri lain. Maka
bila ia berkembang dalam negeri-negeri Islam ada golongan yang bependapat ianya
ada mempunyai faedah-faedah yang banyak, sehingga, sebagai misalannya ada dari
golongan itu yang menyatakan bahawa ia menghadamkan makanan, menghilangkan
unsur-unsur racun atau toksin dalam badan, membunug ulat-ulat dalam usus,
menyenangkan keluar lendir badan, memanaskan badan kepala dan badan, meringankan
selsema, menguatkan tumpuan fikiran, dan cita-cita, serta menjadikan keluar
hampas badan dengan segera. (5). Ada
golongan lain pula, kata beliau, sebagaimana yang diambil pendapat itu daripada
ahli-ahli perubatan dan pemikir zamannya, bahawa menghisap rokok itu pada
permulaannya mendatangkan beberapa faedah pada badan, sehingga orang yang
berkenaan itu berterusan dengan perbuatan menghisap itu, sehingga jadilah
selaput pada matanya (al-ghishawah fil-basar), berat pada gerak geri
anggota, dan penghadaman pun terganggu. Beliau menyebutkan ada pendapat yang
menyatakan menghisap rokok itu panas, menjadikan kering badan, menimbulkan rasa
haus, memudaratkan kalbu dan otak, menimbulkan debaran pada jantung, dan
memekatkan darah. Maka
dari sinilah timbul pendapat-pendapat para fuqaha berkenaan dengannya:
maka keluarlah pendapat-pendapat mereka antara yang menyatakan harus
(“ibahah”), makruh (“kirahah”), tegah dan haram (“al-man’ wa
al-hurmah”). Ada yang membuat
kenyataan bahawa asal tentangnya haram melainkan bila ditunjukkan oleh dalil
Syara’ tentang harrusnya: (ان الاصل
فيها الحرمة
الا ما دل دليل
الشرع على
اباحته)
Dan beliau menyatakan bahawa ada yang berpendapat bahawa asal hukum tentangnya
adalah harus melainkan bila ditunjukkan oleh dalil hukum Syara’ tentang
haramnya ( ان
الاصل فيها
الاباحة الا
ما دل الشرع
على حرمته) Beliau
menyebut golongan yang ketiga sebagai yang mendetailkan manfaat dan
kemudaratannya, dan bila ada kemudaratan maka dasarnya haram, dan bila ada
manfaat-manfaatnya, maka dasarnya harus. Dengan itun mereka yang memandang
menghisap rokok itu (شرب
الدخان
) ada faedah-faedahnya maka diambil pendapat bahawasanya harus menghisapnya.
Adapun mereka yang menyabitkan kemudaratan pada merokok itu dan tidak ada
faedahnya, maka dihukumkan ianya haram. Dan mereka yang terumbang ambing antara
dua antara manfaat dan mudaratnya berpendapat menghisap rokok itu makruh. Dan
antara mereka itu ada yang berpendapat kalaulah menghisap itu merupakan
perbuatan israf atau menyia-nyiaka harta membelinya dengan harga yang mahal,
maka itu perbuatan israf yang haram, apa lagi dengan baunya yang tidak
menyenangkan, khususnya bagi orang yang menghisapnya, maka dihukumkan haram.
(6). Dengan
itu maka tidak didapati kata sepakat antara fuqaha dalam hal menghisap rokok
ini, tidak ada keputusan yang bersifat yakin wajahnya, sebagaimana tidak ada di
sana itu dalil atau nas shar’i yang memberi hukum tentang haram atau
makruhnya. Maka
ada ulama yang mengambil pendapat dari Radd al-Mukhtar (رد المختار) karangan ibn ‘Abidin dan mengatakan ianya harus (أنه
مباح)
dan mereka yang memberi fatwa tentang halalnya yang diperpagangi pendapatnya
dalam Empat Mazhab itu, sebagaimana yang dinukilkan oleh al-‘Allamah al-Ajhuri
dalam “Risalah”nya; dan yang mengikut pendapat ini ialah al-‘Alamah ‘Abd
al-Ghani an-Nablusi al-Hanafi dalam risalahnya di mana beliau menghalalkan
perbuatan itu. Kata beliau:
( انه لم
يقم دليل شرعى
على حرمته
وكراهته , و لم
يثبت اسكاره
او تقتيره
بعامة
الشاربين حتى
يكون حراما او
مكروها
تحريما , فهو
يدخل فى قاعدة
: " الآصل فى
الآشياء
الاباحة" وفى
"الآشباه عند
الكلام على
قاعدة "الآصل
فى الآشياء
الاباحة او
التوقف"…) (sesungguhnya
(tentang perkara ini) tidak ada berdiri dalil syari’ tentang hukum haramnya
atau makruhynya, dan tidak sabit mabuknya ataupun melemahkannya di kalangan
semua para penghisapnya sehingga jailah ianya haram atau makruh tahrim (pada
sisi hukumnya), maka ianya termasyuk di bawah kaedah (usul al-fiqh) “asalm
(hukum) pada semua perkara ialah harus” dan dalam kitab “Ashbah” (karangan
Imam al-Suyuti) termasuk ke dalam kaedah “asal (hukum) dalam semua perkara
ialah harus atau tawaqquf…”) (7). Dan
dalam “Radd al-Mukhtar” karangan Ibn ‘Abidin dinyatakan:
( أن فى
ادخاله تحت
هذه القاعدة
اشارة الى عدم
اسكاره و
تقتيره
و
اضراره كما
قيل ) “Sesungguhnya
ianya dimasukkan di bawah kaedah ini mengisyaratkan bahawa ianya tidak
memabukkannya deann tidak melemahkannya dan memudaratkannya, sebagaimana yang
dikatakan.” Dan
tentang hukumnya antara harus dan tawaqquf (“al-ibahah wa al-tawaqquf”) (بين
الاباحة
والتوقف)
dan pilihan yang mula-mula itu kerana yang rajih pada jumhur Hanafiyah dan
Syafi’iyah sebagaimana yang ada dalam kitab “al-Tahrir” bahawa yang
asalnya ialahn harus (“al-ibahah”), melainkan sebagaimana yang dikatakan
oleh al-‘Allamah at-Tahtawi: ((
يكره
تعاطيه كراهة
التحريم
لعارض , ككونه
فى المسجد ,
للنهى الوارد
فى الثوم
والبصل وهو
ملحق بهما ,
وكونه حال
القراءة لما
فيه من
الاخلال
بتعظم كتاب
الله تعالى …
الى ان قال : "
والكراهة
لعارض , لآننا
فى حكم
الاباحة فى
عامة
اللآحوال")) “Makruh
mengambilnya (iaitu menghisapnya) sebagai makruh tahrim kerana sebab yang
mendatang (li-‘aridin) seperti halnya dalam masjid, kerana ada riwayat
menegahnya berkenaan dengan makan bawang dan bawang putih dan menghisap rokok
itu dikaitkan dengan kedua-duanya itu, dan keadaannya dalam hal membaca Qur’an
kerana dalam perbuatan itu (merokok itu) ada padanya perbuatan tidak memuliakan
Kitab Allah taala…” sampai kepada katanya”…dan makruh kerana sesuatu
sebab mendatang (li ‘aridin), kerana kami menghukumkannya harus dalam semua
hal dan keadaan” (8). Dan
pendapat al-’Imadi tentang makruh menghisap tembakau itu ditanggungkan
maksudnya- sebagaimana yang disebut oleh Abu as-Su’ud – sebagai makruh
tanzihiyah; dan pendapat al-Ghazzi al-Shafi’i pula hukum haramnya itu
didhaifkan oleh golongan Shafi’iyah sendiri, dan hukumnya pada mazhab mereka
ialah makruh tanzih kecuali kerana sesuatu sebab yang mendatang (“illa
li-‘aridin”) dan makruh tanzih itu berhimpun dengan ibahah (harus). ( الكراهية
التننزيهية
تجامع
الاباحة)(9). Kerana
itu, kata Jad al-Haqq ‘Ali Jad al-Haqq bahawa dari situ bolehlah diketahui
bahawa hukum menghisap rokok itu asalnya adalah harus melainkan kerana sesuatu
sebab yang mendatang ( أن الآصل
فيه الاباحة
الا لعارض
توجب تحريمه
او كراهته
التحريمية ,
لضرره الشديد
بالنفس , او
بالمال , او
بهما, او
تعاطيه فى
المسجد , او فى
أثناء سماع
القراءن لما
فيه من
المنافاة
لتعظيم الله
تعالى
) “Asalnya
(hukum) berkenaan dengan menghisap rokok itu adalah harus, melainkan kerana
sesuatu sebab yang mendatang yang menjadikan hukumnya haram, atau makruh tahrim,
kerana kemudaratan yang berat bke atas diri, atau harta, atau kedua-duanya
sekali, atau ianya berlaku dalam masjid atau dalam masa mendengtar bacaan
Qur’an, kerana ada padanya perkara yang menafikan kebesaran dan kemuliaan
(Kalam) Allah taala. Kalau
ditanyakan bilakah yang demikian itu boleh berlaku, maka boleh dijawabkan bahawa
itu boleh berlaku - mengikut setengah daripada para fuqaha yang dahulu-dahulu,
dengan mengambil faham daripada para ahli perubatan dan ahli fikir - bila
menghisap rokok itu berlaku pada peringkat permulaannya ada setengah daripada
kemanfaatannya pada badan, kemudian ia terus menerus menghisapnya berkekalan,
kemudian jadilah selaput pada pandangan matanya, berat gerak-geri anggotanya,
gangguan pada penghadhamannya, dan sedutan asapnya itu panas, mengeringkan
badan, mendatangkan rasa haus, serta memudaratkan jantung serta otak, demikian
seterusnya. Dalam
Bughyah al-Mustarshidin (10) terdapat kenyataan sedemikian: (مسألة ك)
قال لم يرد فى
التنباك حديث
عنه صلى الله
عليه وسلم ولا
أثر عن أحد من
السلف وكل ما
يروى فيه من
ذلك لا أصل بل
مكذوب لحدوثه
بعد الآلف
واختلف
العلماء فيه
حلا وحرمة
والفت فيه
التاليف
و أطال كل فى
الاستدلال
لمدعاه
والخلاف فيه
واقع بين
متأخرى
الآئمة
الآربعة
والذى يظهر
انه ان عرض له
ما يحرمه
بالنسبة لمن
يضره فى عقله
أو بدنه فحرام
كما يحرم
العسل على
المحرور
والطين لمن
يضره و قد يعرض
له ما يبيحه بل
يصيره مسنونا
كما اذا
استعمل
للتداوى بقول
ثقة أو تجربة
نفسه بأنه
دواء للعلة
التى شرب لها
كالتداوى
بالنجاسة غير
صرف الخمر
وحيث خلا عن
تلك العوارض
فهو مكروه اذ
الخلاف القوى
فى الحرمة
يفيد الكراهة). Ertinya:
Mas’alah: kata beliau: Tidak ada hadith datang daripada Nabi salla’Llahu
‘alaihi wa sallam berkenaan dengan tembakau, dan tidak ada athar dari seorang
dari kalangan Salaf, dan tiap-tiap perkara yang diriwayatkan tentang perkara itu
tidak ada asalnya dan bohong, kerana perkara tembakau itu perkara yang baharu,
selepas seribu tahun Hijrah, dan para ulama berbeza pendapat tentang hukum halal
dan haramnya, dan banyak karangan-karangan yang ditulis tentangnya, dan
tiap-tiap pihak panjanglah huraian mengambil dalil mengemukakan dakwaannya, dan
khilaf tentangnya berlaku antara ulama yang kemudian dalam kalangan imam-imam
empat mazhab. Dan yang zahirnya (tentang menghisap tembakau itu ialah) kalau
berlaku dengannya apa yang mengharamkannya bagi orang yang mendapat mudharatnya,
pada segi akalnya, atau badannya, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya madu
atas orang yang panas dirinya (maka menjadi berbahaya dengan madu itu) dan tanah
bagi orang yang mendapat mudharat dengannya, dan kadang-kadang ada maswanya
boleh berlaku padanya apa yang menjadikannya harus, bahkan menjadikannya sunat,
seperti ianya digunakan untuk berubat, mengikut pendapat orang yang dipercayai,
atau mengikut percubaan yang telah dibuat sendiri (oleh orang yang berkenaan),
bahawa ia ubat bagi penyakit (dawa’ lil-‘illah) yang dihisap bagi tujuan
berubat, sebagaimana berubat dengan bahan najis lain daripada (menggunakan)
khamar semata-mata (sirf al-khamr) , dan bila tidak ada perkara-perkara
mendatang itu maka ianya makruh, kerana khilaf yang kuat dalam perkara haram
menimbulkan maksud makruh.” Kemudian
beliau menambah lagi kata-katanya berkenaan dengan merokok ini: (
التنباك
معروف من أقبح
الحلال اذ فيه
اذهاب الحال
والمال ولا
يختار
استعماله
أكلا أو سعوطا
أو شربا
بالدخانه ذو
مروءة من
الرجال وقد
أفتى بتحريمه
أئمة من أهل
الكمال) Tembakau
adalah terkenal termasuk daripada perkara yang terburuk dalam perkara halal,
kerana dalam perbuatan menghisapnya berlakulah kehilangan hal (kerohanian yang
baik yang diamali seseorang ahli rohaninya) dan kehilangan harta, dan orang yang
mempunyai maruah dari kalangan ahli rohani yang baik martabatnya (lit. orang
yang ada maruah dari kalangan lelaki) tidak melakukan perbuatan menggunakan
tembakau itu itu secara menyedutnya melalui hidung, atau menghisap asapnya, dan
telah memberi fatwa tentang haramnya imam-imam dari kalangan ahli rohani yang
sempurna (a’immah min ahl al-kamal) (seperti Sayyid ‘Abd Allah al-Haddad dan
seterusnya…)(11) Dan
penyelidikan-penyelidikan dalam perubatan moden menyingkapkan bahaya dan
kemudaratan menghisap rokok itu ke atas kesihatan tubuh badan manusia. Mereka
membentangkan penemuan-penemuan dari penyelidikan perubatan tentang bahaya
merokok dengan nyatanya. (12). Perkara-perkara
asasi yang lima: Ditentukan
dalam ajaran agama Islam bahawa lima perkara yang menjadi asas dan matlamat
hukum agama di muka bumi ialah untuk: menjaga agama, akal, nyawa, harta, dan
maruah diri. Dan Muslimin ditegah sekali-kali dengan nas-nas Quran dan Sunnah,
daripada melakukan perkara-perkara yang membaya sebab kebinasaan nyawanya, atau
dirinya, firman Allah taala: (ولا
تلقوا
بأيديكم الى
التهلكة
) yang
bermaksud: “Dan janganlah kamu melemparkan diri kamu dengan tangan kamu
sendiri ke dalam kebinasaan”. (13), dan lagi ayat: ( و لا تقتلوا
أنفسكم ) (14) yang bermaksud: “Janganlah kamu membunuh
diri kamu sendiri”. Dalam
hubungan dengan ini juga boleh diingatkan hadith riwayat Tirmidhi : (
لا تزول
قدما عبد
يوم القيامة
حتى تسأل
عن عمره فيم
أفناه , وعن
علمه فيم فعل
به , وعن ماله
من أين اكتسبه
و فيم أنفقه ,
وعن جسمه فيما
أبلاه)
Dua
tapak kaki anak Adam tidak akan bergerak pada Hari Kiamat sehingga ia ditanya
tentang umurnya dalam perkara apa ia habiskannya, tentang ilmunya apa yang
dibuat dengannya, dan berkenaan dengan hartanya dari mana punca mata
pencariannya, dan bagaimana ia membelanjakannya, dan tentang tubuh badannya,
bagaimana ia menggunakannya”. (15). Dari
segi israf dan perbuatan membazirkan harta, maka itu ditegahkan oleh Syara’
sebagaimana yang terkandung dalam ayat: ( ولا
تبذر تبذيرا
) Ertinya
“Dan janganlah amu membazirkan harta kamu” (16). Itu perbuatan yang
amat ditegah kerana membinasakan kehidupan. Boleh diingatkan pula ayat celaan
terhadap manusia yang membinasakan harta dalam perkara yang sedemikian ini
sebagaimana yang ada dalam surah al-Balad:
( يقول
أهلكت ما لا
لبدا
) yang bermaksud: “Dia mengatakan (di sini dengan amal perbuatannya) Aku telah
menghabiskan harta yang banyak (secara literalnya “aku membinasakan harta yang
banyak)”. (17). Bila
dilihat dari segi-segi yang di atas tadi, maka jelaslah yang si Muslim itu bila
ia menghisap rokok, dengan berlain-lainan cara dan jenisnya, yang mendatangkan
bahaya yang amat sangat ke atas manusia. Dr
‘Abdul Jalil Shalabi ahli badan penyelidikan Islam membuat beberapa kenyataan
yang bernas berkenaan dengan masaalah merokok ini. (18) Beliau menyatakan bahawa
menghisap rokok tidak ada zaman Nabi s.a.w., juga zama tadwin teks-teks fiqh
imam-imam yang awal, juga para imam mazhab-mazhab fiqh Islam awal, maka kerana
ianya tidak ada dalam Quran dan Sunnah, maka tidak ada hukumnya pada para ashab
al-mazahib. Merokok hanya ada lebih kurang dalam kurun ke 16 Masihi, maka para
fuqaha melihat tentang hukumnya itu mengikut kadar maklumat yang ada pada
mereka, dan pada masa mereka tidak kelihatan jelas bahayanya merokok itu, dengan
itu maka tumpuan pandangan mereka lebih banyak kepada orang yang menghisap oitu
sendiri bukan kepada bahan yang dihisap itu. Dikatakan tidak ada bahaya padanya,
maka dianggap sebagai perkara yang diminum di antara bahan-bahan yang diminum
sahaja, yang harus pada zatnya. Maka nisbah pada orang yang menghisapnya mereka
memandangnya dari segi hukum Syara’ yang lima itu, tetapi tentang hukumnya itu
sendiri mereka tidak bersepakat tentangnya.
Antaranya
ialah: ·
harus hukumnya
bagai orang yang tidak mendatangkan apa-apa kesan atas hartanya dan
kesihatannya, ia seperti kopi dan the yang diminum demikian seterusnya. ·
hukumnya makruh
nisbah bagi orang sedikit hartanya, bila harga rokok itu tidak memberi kesan
atas hartanya yang ia perlu untuk kehidupannya dan keluarga yang ia tanggung,
juga tidak mendatangkan kesan buruk atas kesihatannya. ·
hukumnya haram
nisbah bagi orang yang fakir yang memerlukan harga rokok itu untuk belanja hidup
dan keperluannya, sebagaimana ia haram baginya bila ada kesan buruk atas
kesihatannya; ·
hukumnya sunat
bagi orang yang mendapat kecergasan daripada menghisap rokok itu bagi setengah
daripada kerja-kerjanya, kedudukannya seperti kedudukan kopi yang menjadikan
orang cergas dan jaga. ·
hukumnya wajib
bila sabit pada menghisap rokok itu penyembuh sesuatu penyakit yang dihidapinya,
dengan itu kedudukannya seperti ubat yang wajib ia gunakan untuk mendapat
kesihatannya kembali. (19). Pada
bahagian akhir kenyataannya Dr ‘Abd al-Jalil Shalabi membuat kesimpulannya
bahawa para ulama di atas menumpukan perhatian ke atas penghisap rokok walaupun
pada zaman mereka belum sabit kemudaratan perbuatan itu atas kesihatan. Lepas
itu beliau menyebut penemuan-penemuan dari segi perubatan; kata beliau adalah
sabit kini bahawa merokok ada kesannya yang besar atas kesihatan manusia yang
merokok itu, dan lagi kemudaratan itu bukan hanya terbatas setakat dirinya
sahaja tetapi kepada masyarakat dan zuriatnya; dan pada beliau selepas membaca
bahan-bahan penerbitan yang menerangkan bahaya merokok itu dilihat pada segi
kesihatan manusia dan masyarakat, maka beliau berpendapat ianya haram:. (
أقول أنه
حرام قطعا ويجب
على المدخنين
أن يقلعوا عنه
, وعلى غير
المدخنين أن
يتحاشوه ) Saya
menyatakan bahawa menghisap rokok itu haram secara putus dan wajib atas mereka
yang menghisap itu meninggalkannya, dan mereka yang tidak menghisapnya hendaklah
menjauhkan diri daripadanya. (18). Seorang
lagi yang boleh kita kemukakan huraiannya ialah Dr Hamid Jami’ –beliau bekas
setiausaha (amin) Universiti al-Azhar, pakar ensiklopedia fiqh Islami di
Kuweit-yang menulis “al-Hukm al-Shar’I fit-Tadkhin” (19) yang
menyenaraikan fuqaha’ yang mengeluarkan fatwa merokok itu haram: ·
faqih mazhab
Hanafi Shaikh Isma’il al-Nablusi: beliau menukilkan bahawa suami ada hak
melarang isterinya makan bawang dan bawang putih yang menyebabkan mulut
berbau busuk.Kemudian katanya bahawa maksudnya pula ini menegah orangmenghisap
sesuatu yang menyebabkan bau mulut menjadi busuk, di sini asak daripada merokok;
apa lagi kalau suaminya tidak merokok. ·
faqih Hanafi:
Shaikh ash-Sharanbalali: dinyatakan dengan terang bahawa ditegah menjual dan
menghisap rokok dan orang yang menghisapnya sewaktu ia berpuasa, terbatal
puasanya.
(ويمنع
من بيع الدخان
وشربه وشاربه
فى الصوم لا شك
يفطر
) ·
faqih Hanafi
Shaikh al-Masiri, kata muridnya Shaikh Isma’il al-Nabblusi: beliau telah
mengeluarkan fatwa haram menghisapnya - iaitu menghisap “asap” iaitu
merokok- iaitu shaikh dari shaikh-shaikh kami al-Masiri. ·
faqih Hanafi
Shaikh al-‘Imadi: di sebut dalam hasyiah Ibn ‘Abidin: “Aku menyatakan:
zahir kata-kata ‘Imadi bahawa ianya makruh tahrim dan menjadi fasik orang yang
menghisapnya’. Selepas
menyebut beberapa orang faqih Hanafi lagi beliau menyebut pula fuqaha mazhab
Shafi’I dan Hanbali. ·
faqih mazhab
Maliki yang disebutkan beliau ialah Shaikh Salim as-Sanhuri: fatwanya dinukilkan
oleh muridnya Shaikh Ibrahim al-Laqqani, katanya,
bila mula-mula menghisap rokok mula tersebar di Mesir, datanglah seorang
dari negeri Maghrib, disebutkan namanya sebagai Ahmad bin ‘Abdullah, maka bila
ditanya maka beliau memfatwakan ianya haram, maka semenjak masa itu
al-‘Allamah Salim as-Sanhuri memfatwakan ianya haram, dan Shaikh Sanhuri
mengeluarkan fatwa itu sampai ia meninggal. Dan beliau sebutkan tidak ada yang
menyalahi fatwa itu. ·
faqih Shafi’I
yang beliau sebutkan ialah Shihab al-Din al-Qalyubi yang menyatakan: (
كل جامد فيه
تخدير وتغطية
للعقل طاهر
وان حرم
تناوله لذلك
كما قال بعض
مشائخنا : ومنه
الدخان
المشهور وهو
كذلك , لآنه
يفتح مجارى
البدن
ويهيئها
لقبول
الآمراض
المضرة , ولذلك
ينشأ عند
الرجل الترهل
والتنافيس
ونحوها , وربما
أدى الى العمى.
وقد أخبر من
يوثق به يحصل
منه دوران
الرأس أيضا,
ولا يخفى أن
هذا أعم ضررا
من المكمور
الذى حرم
الزركشى أصله
لضرره ) Ertinya:
Tiap-tiap bahan beku yang padanya ada kesan melalikan (تخدير)
dan menutupi (تغطية)
bagi akal, adalah suci walaupun ianya haram dimakan kerana demikian itu,
sebagaimana yang dikatakan oleh setengah daripada para syaikh kami: termasuk
daripadanya ialah merokok (lit. asap) yang masyhur ianya demikian itu (juga
hukumnya, iaitu suci tapi haram kerana menutupi dan melalikan akal-p), kerana ia
membuka lubang-lubang halus badan dan menyediakannya bagi menerima
penyakit-penyakit yang memudaratkan, kerana itulah maka timbul pada orang yang
berkenaan itu sifat membengkak badan dan payah bernafas dan yang sepertinya, dan
mungkin kadangt-kadang membawa kepada penyakit buta. Dan sesungguhnya ada orang
yang dipercayai bahawa hasil daripada perbuatan merokok itu juga pusing atau
pening kepala dan tidak tersembunyi lagi bahawa ini adalah kemudaratan yang
paling am dialami daripada “al-makmur” yang Zarkasyi mengharamkan asalnya
kerana kemudaratannya”. (22). ·
faqih Shafi’I
lagi yang beliau kemukakan ialah Shaikh an-Najm al-Ghazzi, yang dinukillkan
pendapatnya oleh pengarang “ad-Durr al-Mukhtar” katanya :
(والتتن
-أحط الد;خان-
الذى يدعى
شاربه أنه لا
يسكر , وان سلم
فانه مفتر ,
وهو حرام
لحديث أحمد عن
أم سلمة قالت :نهى
رسول الله صلى
الله عليه
وسلم عن كل
مسكر ومفتر"
وليس من
الكبائر
تناوله المرة
والمرتين , ومع
نهى ولى الآمر
عنه حرم ققطعا
, على أن
استعماله
ربما أضر
بالبدن. نعم
الاصرار عليه
كبيرة كسائر
الصغائر. Dan
“tutun” iaitu asap (merokok) yang didakwa oleh penghisapnya bahawa ia tidak
memabukkan, walaupun sejahtera ia melemahkan, dan haram hukumnya, berdasarkan
hadith riwayat Imam Ahmad, dari Umm Salamah katanya: Rasulullah s.a.w.
menegahkan tiap-tiap bahan yang memabukkan dan melemahkan (badan)”, ianya
bukan daripada dosa besar bila dihisapnya sekali atau dua kali, dan dengan
waliyul-amr menegahnya ia menjadi haram secara putus hukumnya, dengan alasan
penggunaannya boleh memudaratkan badan.Ya, sentiasa menghisapnya menjadikannya
dosa besar, sebagaimana halnya dengan dosa-dosa kecil lainnya (yang menjadi dosa
besar bila berkekalan melakukannya). (23). ·
faqih mazhab
Shafi’I seorang lagi yang dikemukakan
beliau ialah Sulaiman al-Bujairimi katanya :
( وأما
الدخان
الحادث الان
المسمى
بالتتن - لعن
الله من أحدثه
- فانه م㻂
البدع
القبيحة . فقد
نهى شيخنا
الزيادى أولا
لآنه لا يفطر,
لآنه لم يكن
يعرف حقيقته ,
فلما رأى أثره
بالبوصة التى يشرب بها
رجع وأفتى بأنه
يفطر.) Adapun
menghisap rokok yang baharu timbul sekarang ini yang dipanggil “tutun” -
Allah melaknat orang mula mengadakan pembaharuan yang buruk ini- ia daripada
bid’ah yang keji. Sesungguhnya Syaikh kami al-Ziyadi mula-mulanya
menegahkannya, katanya tidak menyebabkan batal puasa (orang menghisapnya),
kerana beliau tidak mengetahui hakikatnya, kemudian bila beliau melihat kesannya
dengan “al-busah” alat yang digunakan untuk menghisapnya, beliau kembali
daripada fatwanya dan mengeluarkan fatwa (baharu) bahawa menghisapnya
membatalkan puasa. (24). ·
dari kalangan
fuqaha mazhab Hanbali yang beliau kemukakan ialah al-Shaikh Mustafa ar-Rahibani
yang berkata: ( وكل مذهب من
الآربعة فيهم
من حرمه , و
فيهم من كرهه ,
و فيهم من
أباحه , ولكن
غالب الشافعية
والحنفية
قالوا انه
مباح أو مكروه
, وبعض منهم
حرمه , و غالب
المالكية
حرمه , وبعض
منهم كرهه ,
وكذا أصحابنا ,
لا سيما
النجديون , الا
أن لم
أر من الآصحاب
من صرح فى
تأليفه
بالحرمة ) Tiap-tiap
mazhab daripada yang empat itu di kalangan mereka ada yang mengharamkannya, dan
yang memakruhkannya, yang mengharuskannya, tetapi di kalangan yang lebih ramai
dalam mazhab Imam Syafi’I dan mazhab Hanafi mereka berpendapat hukumnya harus
atau makruh, setengtah dari mereka berpendapat ianya haram, dan yang ramai di
kalangan mazhab Maliki mengharamkannya, dan setengah daripada mereka
memakruhkannya, demikian sahabat-sahabat kami, terutamanya ulama Najd, melainkan
hanya kami tidak melihat dari kalangan sahabat-sahabat itu orang yang menulis
dengan nyata dalam tulisannya mengharamkannya. (25). Kemudian
beliau masuk kepada pendapat ulama semasa berkenaan dengan perkara itu. Beliau
mulai dengan ulama al-Azhar. Lujnah fatwa di al-Azhar mengeluarkan fatwanya
berkenaan dengan menghisap rokok (al-dukhan): (
"شرب
الدخان ثبت
يقينا من أهل
المعرفة
والاختصاص
والمعتمرات
الطبية
العالمية
ضرره بالصحة ,
لما يسببه من
سرطان الرئة
والحنجرة
والاضرار
بالشرابيين ,
كما أنه ضار
بالمال
لانفاقه فيما
لا يعود على
الانسان
بالفائدة , وهى
نهى الرسول
صلى الله عليه
وسلم عن كل ما
يضر بالصحة
والمال , ففى
الحديث
الشريف " لا
ضرر ولا ضرار"
لهذا نرى حرمة
شرب الدخان
واستيراده
وتصديره
والاتجار فيه .
والله تعالى
أعلم.) Menghisap
rokok adalah tetap dengan yakinnya mengikut ahli pengetahuan dan para pakar dan
persidangan-persidangan perubatan antarabangsa ianya memudaratkan kesihatan,
kerana ia menyebabkan barah paru-paru dan kerongkong dan mendatangkan mudarat
yang amat sangat atas mereka yang ketagih menghisapnya, sebagaimana ia
memudaratkan hartabenda kerana mengeluarkan belanja dalam benda yang tidak
mendatangkan faedah kepada manusia; sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menegahkan
tiap-tiap perkara yang memudaratkan kesihatan dan harta benda, dan daam hadith
Nabi s.a.w. bersabda: “jangan kamu memudaratkan dan terkena mudarat”. Dengan
ini kami berpendapat haram merokok, mengimportnya, mengeluarkannya dan
menjalankan perniagaan di dalamnya. Wallahu a’lam”. (26). Pada
tahap ini mungkin kita boleh membuat ringkasan tentang hukum berkenaan dengan
merokok ini dengan mengambil catitan apa yang disebut dalam “al-Mausu’ah
al-Fiqhiyyah”
di bawah artikel “tabagh”. (27).
Antaranya ialah: ·
dari jenis
pokok datang asalnya dari Amerika, tidak diketahui oleh Orang Arab zaman
purba.Antara nama-namanya “al-dukhan”,
“al-tutun”,
“al-tunbak”;
kemudian terkenal pula dengan nama “al-taba’”.Kemudian
yang menyamai “al-tabagh”
dari segi disedut hisapnya (“tadkhin”)
“al-tubbaq”. ·
Dari sini
timbul yang terkenal pada fuqaha “al-dukhkhan”yang muncul di akhir kurun ke 10 Hijrah dan bahagian awal kurun ke 11
Hijrah.Yang awal membawanya ke bumi Rom (atau Turki ‘Uthmaniyah)
ialah Orang Inggeris, yang membawanya ke Maghrib ialahYahudi, kemudian dibawa ke
Mesir, Hijaz, India, dan banyak negeri-negeri Islam. ·
Hukum
menggunakannya: Semenjak lahir “dukhkhan”,
nama terkenal bagi “al-tabagh”,
para fuqaha berbeza pendapat tentangnya, sebab berlainan tahkik tentang
kemudaratan dalam menggunakannya, maka kerana tidak ada hukum asal tentangnya,
dikiaskan hukumnya. Setengahnya mengatakan haram, yang lainnya mengatakan
makruh, ada yang mengatakan ianya harus. ·
Yang
mengatakan haram:
yang mengatakan haram menghisap rokok (“tahrim
shurb al-dukhkhan”) dari
kalangan mazhab hanafi: Shaikh Sharannbulali, pengarang “al-Durr
al-Muntaqa”,
dan Ibn ‘Abidin mengeluarkan kenyataan makruh tahrim mengikut Shaikh ‘Abd
al-Rahman al-‘Imadi. ·
dari kalangan
mazhab Maliki yang menyatakan hukum haram ialah: Salim al-sanhuri, Ibrahim
al-Laqqani, Muhammad bin ‘Abd
al-karim al-Fakkun, Khaloid binj Ahmad, Ibn Hamdun dan lainnya. ·
Dari kalangan
mazhab Shafi’I:
Najm al-Din al-Ghazzi, Qalyubi, Ibn ‘Allan,
dan lainnya. ·
Dari kalangan
Hanbali: Shaikh Ahmad Buhuti, dan setengah ulama Najd. ·
Dari kalangan
mereka yang mengarang trentang haramnya: seperti al-Laqqani, Qalyubi, Muhammad
ibn ‘Abd
al-Karim al-Fakkun, dan ibn ‘Allan. ·
Dalil yang
diambil oleh mereka yang mengatakan ia haram:
rokok itu (“al-dukhkhan”) pada
awal menggunakannya ada mabuk yang singkat, kemudian terus menerus setiap kali
diambilnya berkurang sedikit demi sedikit, samapai lama masanya, sehingga tidak
terasa lagi, tetapi ada rasa seronok, dan kemabukan (“nashwatan
wa tarban”),
ada tutupan pada akal, walaupun tidak kuat Tidak syak lagi ini berlaku pada awal
mula orang menggunakannya. Atas fahaman ini maka is najis, haram sedikit atau
banyaknya. (Dinyatakan dalam artikal ini:”yuhaddu
syaribuh: dihadkan peminumnya atau penghisapnya”). (28). ·
Kalau dikatakan
tidak memabukkan (“la
yuskir”),
maka ianya menyebabkan penghisapnya rasa lemah dan terasa “kebas”,
atau kurang sensitif rasanya (“numb”), (“taqtiran
wa khadran”),
maka ia menyamai khamar pada awal “mabuk”nya.
(“fi
nashwatih”).
Umm Salamah meriwayatkan nabi s.a.w. bersabda (hadith yang bermaksud): “Rasulullah
s.a.w. menegah tiap-tiap yang memabukkan dan melemahkan”
(“muskirin
wa mufattirin”).
(كل
مسكر ومفتر).
Ulama menyatakan: “al-mufattir”
ialah apa yang menimbulkan rasa lemah lunglai dan rasa “kebas” kurang merasa
apa-apa pada anggota (ما
يحدث الفتور
والخدر فى
الآطراف) )
dan membawa kepada kelemahan dan kerosakan kekuatan (صيروتها الى
وهن وانكسار )
dan cukuplah dari segi ini dalil hadith Umm Salamah sebagai hujah dan dalil
tentang haramnya; tetapi atas dasar ini tidaklah ianya najis dan penghisapnya
tidak dikenakan had. Dan haram yang sedikit seperti yang banyaknya kerana takut
berlaku kesan itu, kerana pada ghalibnya kesannnya berlaku dengan sedikit
daripadanya. Dan menjaga akal adalah disepakati daripada perkara am yang lima. ·
Sesungguhnya
dengan menghisapnya berlaku kemudaratan pada badan, akal, harta, dan merosakkan
kalbu atau jantung, melemahkan kekuatan badan, menjadikan kuning tubuh, dan
timbul daripada kesan asap dalam badan itu penyakit-penyakit, seperti batuk,
membawa kepada TB (“sill, sull”), menimbulkan penyakit yang membinasakan
lagi. Semua ini termasuk ke dalam apa yang dimaksudkan dalam ayat (ولا تلقوا
بأيديكم الى
التهلكة)
): “jangan kamu campakkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan”: iaitu
tersekatnya perjalanan darah, menjadikan gagal sampainya makanan ke seluruh
badan, maka penghisapnya boleh maut dengan mengejut. ·
Dinyatakan
bahawa para ahli perubatan bersepakat bahawa merokok memudaratkan, dan
disebutkan kenyataan shaikh ‘Ulaysh bahawa setengah Orang Inggeris yang
bergaul dengannya menyatakan bahawa mereka tidak membawa rokok ke negeri-negeri
Islam melainkan selepas sepakat ahli-ahli perubatan mereka perbuatan itu perlu
ditegah melaziminya, dan mereka disuruh mengambil dengan berhemat, sedikit
sahaja, supaya tidak mendatangkan mudarat dan diteruskan kenyataan bahawa
British menyuruh tembakau itu dijual kepada Muslimin untuk memudaratkan mereka
(kalau diingatkan apa yang mereka lakukan kepada Orang Cina dengan candu, maka
kenyataan ini munasabah benarnya-p). ·
Dinyatakan juga
berhubungan dengan ini hadith (الحلال بين
والحرام بين
وبينهما
مشتبهات لا
يعلمهن كثير
من الناس فمن
اتقى الشبهات
استبرأ لدينه
وعرضه ومن وقع
فى الشبهات
وقع فى الحرام
كالراعى يرعى
حول الحمى
·
يوشك أن
يرتع فيه )
) :Yang halal itu nyata, yang haram itu nyata, antara keduanya ada
perkaraperkara syubahat yang ramai tidak mengetahuinya, maka sesiapa yang
menjaga dirinya daripada yang syubahat maka ia menjaga agamanya dan maruah
dirinya, dan sesiapa yang terjatuh ke dalam yang syubahat maka terjatuh ia ke
dalam yang haram, seperti pengembala yang membawa hewaan jagaannya sekeliling
kawasan larangan, ditakuti ia makan dalam kawasan haram itu. (29). ·
Disebutkan
bagaimana perbuatan merokok itu merupakan israf dan pembaziran harta,
menyia-nyiakannya. Disebut kenyataan Shaikh ‘Ulaysy yang bermaksud bahawa bila
ditanya fuqaha tentang orang-orang yang bodoh yang perlu dihajarkan – dihalang
- daripada menggunakan hartanya dalam Syara’’ kerana ia membazirkannya dalam
melepaskan keinginan-keinginan syahwat dan kelazatan-kelazatan yang sia-sia,
kemudian tentang menhajarkan mereka yang mengekali menghisap rokok mereka
bertawaqquf. Berhubung dengan ini dinyatakan bagaimana mereka ini menyia-nyiakan
harta, tidak membantu para fuqara dan masakin, tidak membantu untuk kemaslahatan
Muslimin, bermusamahah dalam berbelanja (melalui perbuata merokok mereka itu)
untuk mereka yang tidak membawa iman dan yang menjadi seteru Muslimin. ·
Disebutkan
dalam masa Kerajaan ‘Uthmaniyah dikeluarkan perintah Sultan waktu itu -
berdasarkan fatwa ulama zaman itu - menegah orang menghisap rokok dan mengenakan
hukuman ke atas penghisapnya. Maka bila menghisapnya keluarlah orang itu
daripada taat kepada perintah itu, walhal mengikut perintahnya wajib dalam
perkara yang tidak diijma’kan haramnya, dan menyalahi perintahnya adalah
haram. ·
bau rokok yang
busuk, menyakiti orang, dan rokok lebih buruk baunya daripada bawang sudah ada
riwayat melarang orang yang memakannya daripada memasuki masjid. ·
mereka yang
mengharuskannya:
antaranya ialah Shaikh ‘Abd al-Ghani al-Nablusi, juga pengarang kitab
“al-Durr al-Mukhtar”, ibn ‘Abidin, Shaikh Muhammad al-‘Abbasi al-Mahdi,
pengarang “al-fatawa al-Mahdiyyah”, al-Hamawi, pensyarah “al-Ashbah
wan-Naza’ir”; dari kalangan mazhab Maliki: ‘Ali al-Ajhuri, beliau ada
risalah berjudul “Ghayah al-Bayan li-Hill shurbi Ma la Yughayyibu al-‘Aqla
mina’d-Dukhkhan”” dan beliau menukil di dalamnya fatwa tentang
halalnya daripada mereka yang diperpegangi pendapatnya dari imam-imam
dari kalangan mazhab empat, dan yang mengikutnya dari kalangan
mjuta’akhkhirin: ad-Dusuqi, as-Sawi, al-Amir, pengarang “Tahdhib
al-Furuq”; ·
dari kalangan
mazhab Syafi’I: al-Hifni, al-Halabi, al-Rashidi, Syubramilsi, al-Babili,
‘Abd al-Qadir bin Muhammad, bin Yahya, al-Husaini at-Tabari al-Makki. ·
dari kalangan
mazhab Hanbali: al-Karmi, demikian pula al-Syaukani, demikian seterusnya. ·
Kata Syaikh
‘Ali al-Ajhuri(الفتور
الذى يحصل
لمبتدئ شربه
ليس من تغييب
العقل فى شئ ,
وان سلم أنه
مما يغيب
العقل فليس من
المسكر قطعا,
لآن المسكر
يكون معه نشوة
وفرح, والدخان
ليس كذلك,
وحينئذ فيجوز
استعماله لمن
لايغيب عقله,
وهذا يختلف
باختلاف
الآمزجة ,
والقلة
والكثرة,
فقد يغيب غقل
شخص ولا يغيب
عقل أخر, وقد
يغيب من
استعمال
الكثير دون
القليل ) Rasa
lemah yang hasil daripada orang yang baharu mula menghisapnya bukanlah daripada
masalah menghilangkan akal dalam suatu perkara pun, kalaulah dibenarkan bahawa
ia mengghaibkan akal, maka ia bukan termasuk perkara yang memabukkan (al-muskir)
secara putus, kerana kalau perkara yang memabukkan itu ada serta dengannya mabuk
dan rasa gembira (nashwah wa farah), walhal menghisap rokok bukan demikian
sifatnya, dengan itu maka harus menggunakannya (yakni harus menghisap rokok itu)
bagi orang yang tidak ghaib akalnya (dengan dia), dan ia berbeza (hukumnya)
dengan berlainan keadaan tabiat
orangnya, campurannya, banyak atau sedikitnya, kadang-kadang menghilangkan akal
seseorang, tetapi tidak mengghaibkan akal rang lain, kadang menyebabkjan ghaib
akal dengan banyak menggnanya tetapi tidak kalau sedikit menggunanya. (30). maka
dikembalikan kepada dasar segala
sesuatu itu harus pada asalnya (الآصل فى
الآشياء
الاباحة ) ·
Antaranya
dikeluarkan kenyataan dari Ibn ‘Abidin: (
وحرر
ابن عابدين
أنه لا يجب
تقليد من أفتى
بحرمة شرب
الدخان , لآن
فتواهم ان
كانت عن
اجتهاد
فاجتهادهم
ليس بثابت ,
لعدم توافر
شروط
الاجتهاد , وان
كانت عن تقليد
لمجتهد اخر ,
فليس بثابت
كذلك لآنه لم
ينقل ما يدل
على ذلك , فكيف
ساغ لهم
الفتوى وكيف
يجب تقليدهم؟
ثم قال: والحق
فى افتاء
التحليل
والتحريم فى
هذا الزمان
التمسك
بالآصلين
الذين ذكرهما
البيضاوى فى
الآصول ,
ووصفهما
بأنهما
نافعان فى
الشرع .الآول
أن الآصل فى
المنافع :
الاباحة,
والايات
الدالة على
ذلككثيرة.الثانى
أن الآصل فى
المضار:
التحريم
والمنع لقول
النبى صلى
الله عليه
وسلم: لاضرر
ولا ضرار,
ثم قال :وبالجملة
ان ثبت فى هذا
الدخان اضرار
صرف عن
المنافع
فيجوزالافتاء
بتحريمه , وان
لم يثبت
اضراره
فالآصل الحل.مع
أن الافتاء
بحله فيه دفع
الحرج عن
المسلمين, فان
أكثرهم
يبتلون
بتناوله ,
فتحليله أيسر
من تحريمه ,
فاثبات حرمته
أمر عسير لا
يكاد يوجد له
نصير. نعم لو
أضر ببعض
الطبائع فهو
عليه حرام, ولو
نفع ببعض وقصد
التداوى فهو
مرغوب… )
Ibn
‘Abidin menerangkan dengan nyatanya bahawa tidak wajib bertaqlid kepada orang
yang memfatwakan haram merokok itu, kerana fatwa mereka itu kalaulah ianya
daripada ijtihad mereka, itu tidak sabit, kerana tidak mencukupi syarat
ijtihadnya, dan kalau itu daripada taqlid bagi mujtahid yang lain, maa itu tidak
sabit, kerana tidak ada dinukilkan (dalil) yang menunjukkan kepada yang
demikianm itu, maka bagaimanakah boleh dibenarkan fatwa bagi mereka dan
bagaimana wajib bertaqlid kepada mereka? Kemudian katanya: yang sebenarnya dalam
memfatwakan halal dan haram dalam zaman ini ialah dengan berpegang kepada dua
perkara dasar yang disebutkan oleh al-Baidawi dalam ‘al-usul”nya, yang
disifatkan olehnya dua perkara yang mendatangkan manfaat dalam Syara’.
Pertamanya: bahawa sesungguhnya asal dalam perkara-perkara yang mendatangkan
manfaat: harus, dan ayat-ayat yang menunjukkan yang demikian itu banyak.
Keduanya: sesungguhnya asal dalam perkara-perkara yang memudaratkan: haram dann
tegah berdasarkan kepafda sabda nabi s.a.w. jangan melakukan kemudaratan dan
jangan terkena mudarat. Kemudian katanya: Ringkasnya, kalau sabit dalam perkara
merokok ini memberi mudarat, maka terpaling ianya daripada yang mendatangkan
manfaat, maka boleh difatwakan haram, dan kalau tidak sabit mendatangkan
mudarat, maka asalnya halal. Berserta dengan hakikat bahawa memberi fatwa
halalnya di dalamnya ada unsur menolak kesulitan dari Muslimin; maka
sesungguhnya kebanyakan mereka dibencanai dengan menghisapnya, maka
menghalalkannya lebih senang daripada mengharamkannya, maka menetaplkan haramnya
adalah perkara sukar hampir-hampir tidak ada unsur yang membantunya. Benar,
kalau mendapat mudarat dengan setengah tabiat manusia maka haram ke menghisap
rokok itu atasnya, dan kalau bermanfaat untuk setengah orang maka diniatkan
untuk berubat, maka itu dikehendaki. (31). Maklumat-Maklumat
Tentang Perkembangan Semasa Berkenaan Dengan Merokok: Antaranya: ·
Dari Pusat
Kesihatan Dayton, Satu Bahagian Daripada Pusat Jagaan Kesihatan Ohio, US membuat
kenyataan: terkenal merokok faktor terbesar menyebabkan barah paru-paru dan
penyakit-penyakit paru-paru yang kronik; lagi: tembakau disalahkan sebagai
penyebab ¼ daripada kematian kerana penyakit jantung, dan ia penyebab terbesar
penyakit kanser. ·
Nikotin dalan
tembakau sangat kuat menjadikan orang ketagih dengannya; bila nikotin dihisap,
ia meransangkan sistem sarat pusat, tiap-tiap kimia dalam satu sedutan sigaret
masuk ke dalam badan dalam 8 saat, akibatnya tekanan darah naik, saluran darat
menjadi sempit, sensitivti kepada rasa sakit dan stress menjadi berkurang;
penghisap rokok yang kronik selalu mengadu kurang sensitiviti penciuman, selera,
dan kurang stamina; juga menghisap rokok menyebabkan kulit menjadi tua lebih
cepat daripada sepatutnya. ·
Risiki atas
wanita dan kanak-kanak: Kajian-kajian mengaitkan menghisap rokok dengan
kemandulan. Risiko terbesar ialah bila wanita merokok sebelum berumur 18 tahun;
risiko keguguran 33% lebih tinggi atas wanita merokok; ibu yang merokok lebih
risikonya berat badan berkurangan dan anak-anak lahir sebelum masanya. ·
Asap kedua
(“second-hand smoke”) merokok oleh ibu bapa dibuktikan memberi kesan buruk
kepada paru-paru anak kecil, seawal dua sampai sepuluh minggu hayatnya. Asma
menjadi bertambah pada anak-anak yang ibu bapanya merokok, dan penyelidikan
baharu-baharu ini membuktikan orangt-orang yang kerap terdedah kepada asap
“second-hand” lebih besar risikonya mendapat kanser paru-paru dan
barah-barah lainnya. ·
Racun yang
dihisap: nikotin ada dalam semua produk tembakau: sigar, tembakau paip, tembakau
yang dikunyah, snuf (yang disedut melalui hidung). Tembakau ada racun seperti:
DDT, arsenik, cynide, dan 43 daripada 4,000 kimia yang ada dalam tembakau adalah
bahan-bahan penyebab kanser. (32). Penagihan
Nikotinh Di US Di Kalangan Para Pemudi-Pemudi (Dari “New England Journal of
Medicine, 20 Julai, 1995): Antara maklumatnya: ·
Walaupun
penyakit dan maut akibat merokok disebut berlaku waktu dewasa, ia bermula waktru
anak-anak. Setiap hari 3,000 orang-orang muda menjadi penghisap rokok yang
regular, dan kiemudian ia menjadi ketagih tidak meninggalkan merokok. ·
Ketagih dengan
nikotin bukan sahaja melalui rokok tetapi juga melalui “snuff” dan tembakau
yang dikunyah. Daripada 6 milion orang di US yang menggunakan tembakau tidak
berasap, seorang dalam empat berada di bawah umur 19 tahun. ·
Muda-mudi
merupakan target sebagai pelanggan-pelanggan baharu syarikat-syarikat rokok di
negeri ini, untuk menggantikan oran-orang dewasa yang meninggalkan menghisap
rokok atau yang meninggal dunia. ·
Kebencanaan
ketagih nikotin di US di kalangan muda-mudi misalnya, tiap-tiap tahjun di US
lebih daripada 400,000 penghisap rokok meninggal dunia kerana penyakit-penyakit
berkaitan dengan merokok. Menghisap rokok membunuh manusia lebih daripada AIDS,
kemalangan jalan raya, alkohol, pembunuhan, drug-drug haram, bunuh diri, dan
kebakaran tergabung semua sekali. Penyakit-penyakit berkiaitan dengan menghisap
rokok: penyakit jantung, kanser paru-paru, bronchitis yang kronik, emphysema;
tembakau tidak berasap berkait dengan kanser mulut, mencalar gigi, merusut gusi,
dan leukoplakia. ·
Antaranya
disebut: Dengan ada 40 milion penghisap rokok di US yang ketagih nikotin maka
pengharaman rokok nampaknya tidak ada jalan yang senang. Kalau ditarik bahan itu
mengejut dari pasaran akan timbul pasar gelap dan seterusnya bahaya kepada
mereka yang ketagih. Maka perlu dilakukan pendidikan dan langkah-langkah yang
beransur-ansur sehingga amalan itu berkurang. (Tulisan ini dari karangan David
A.Kessler.M.D.). Ceramah
Director-General WHO Dalam Persidangan di New Delhi - 7 Jan.2000.
Antara
yang disebutkan di dalamnya: ·
yang berhimpun
dalam persidangan antarabangsa anjuran WHO itu ialah mereka dalam bidan-bidang
perubatan, undant-undang, ekonomi, dan sains sosial. ·
yang
menghimpunkan mereka ialah masalah menghisap rokok atau penggunaan tembakau
dalam negara-negara membangun (“developing world”). ·
disebutkan
tembakau faktor risiko 25 penyakit ·
industri
tembakau memasarkan produk yang membunuh setengah daripada para penggunanya,
dengan itu industri ini menentang sains, ekonomi dan proses-proses poilitik
(kalau kita enentang agama-p). ·
industri
tembakau dibenarkan membunuh seorang manusia dalam lapan saat, walhal 4 milion
kematian boleh dihalang dalam setahun (kerana merokok).Di India tembakau
membunuh manusia seramai 670,000 orang setahun.Di China, kalan trend ini
berterusan, lebih kurang 1/3 daripada 300 milion Orang Cina sekarang berumur
antara 10-29 akan terbunuh melalui merokok. ·
kalau tidak
dikawal dan dihalang pada tahun 2030, tembakau akan membunuh 10 milion orang
setiap tahun. 7o% daripada kematian itu akan berlaku dalam dunia membangun. ·
Katanya:
Tembakau menyebabkan orang ketagih. Produk rokok adalah produk yang dihasilkan
dengan teliti “a highly enginered product”, mereka mengkaji air liur
manusia, mengkaji sistem saraf pusatnya, untuk menentuk dos yang tepat untuk
menyebabkan penagihan, supaya dengan itu penagihan itu berkekekalan. Fatwa
Merokok oleh Mufti Mesir ( Mei 2000): Mufti
Mesir Dr Farid Wasil mengeluarkan maklumat bahawa WHO mengurniakan kepada
fatwanya yang memutuskan menghisap rokok haram dalam Islam keranba membahayakan
kesihatan manusia. Dr Wasil menjelaskan bahawa orang-orang yang ketagih dalam
menghisap rokok perlu mendapat rawatan doktor, dan mengambil langkah-langkah
sosial dan kerohanian yang boleh membantu mereka. Tentang
pengeluar-pengeluarnya, beliau menyatakan tidak halal mengikut Islam
mengeluarkan rokok dan menjualnya dalam negeri Islam, membahayakan individu dan
masyarakat. (33). Berita
ini disiarkan dalam Bahasa Arabnya dan dikutip dalam “Islam on line” (Bahasa
Arab) bertarikh 14 Safar 1421/18 Meii 2000 yang menyebut bagaimana WHO memberki
kurnia kepada Badan fatwa Mesir kerana mufti Dr Farid Wasil mengeluarkan fatwa
tentang merokok haram. Selain daripada mengeluarkan fatwa itu mufti mahu supaya
beransur-ansur perusahan tembakau itu ditutup untuk menjaga kepentingan
anak-anak Muslimin dan harta umat Islam daripada dibinasakan dalam amalan
merokok ini. Beliau menyebut beberapa nas yang sudah disebut dalam nota ini
iaitu antaranya (ولا
تقتلوا
أنفسكم)
dan (ولا
تبذر تبذيرا),
(ولا
تقتلوا
انفسكم
) dan (لا
ضرر ولا ضرار)
(34). Demikianlah
perbincangan tentang merokok dengan membentangkan maklumat-maklumat tentangnya,
dan penulis ini sendiri cenderung kepada memutuskan ianya haram memandangkan
kepada bahayanya kepada agama, individu, masyarakat, umat, ekonomi, hidup
kemasyarakatan, alam sekitar, dan kesihatan. Yang perlu dilakukan ialah mendidik
masyarakat supaya mentaati keputusan yang diberikan. Wallahu
a’lam. Nota: (1)
Lihat “Smoking, Social Poison”,
http://www.qss.org/articles/smoking.html (2)
Lihat http://www.”Brief History of Tobacco Use and Abuse”, pt I,
http://www.historian.org/bysubject/tobaccoI.htm; dan “Schoolcraft on the
Sacred Origin of Tobacco (1851-1857)”,
http://www.tobacco.org/history/sacred.html. (3)
“Brief History of Tobacco Use And Misuse”,
http://www.wramc.amedd.army.mil/education/tobaccohistory.htm (4)
Berkenaan dengan (الحكم
الشرعى فى
التدخين)
lihat http://www.islamset.com/arabic/ahip/adict/smoking.html (5)
ibid. (6)
ibid). (7)
ibid. (8)
ibid. (9)
lihat al-Ghazzi al-Syafi’I dalamfiqihnya. (10)
Syed ‘Abd al-Rahman Ba’lawi,“Bughyah al-Mustarshidin”, hlm.260 (11)
sama..260 (12)
Lihat maklumat-maklumat bantuan dari segi perubatan. (13)
al-Baqarah: 195. (14)
al-Nisa’:29 (15)
Lihat hadith Tirmidhi. (16)
al-Isra’: 26. (17)
al-Balad:6. (18)
Dr Hasan ‘Abd Razzaq al-Jaza’iri “al-Hukm al-Shari’I
fi’t-Tadkhin”, juz I, in http://www.islamset.com/arabic/ahip/adict/smoking.html (19)
ibid. (20)
ibid (21) ibid. (22)
Lihat Qalyubi wa ‘Umairah, kitab al-taharah bab najasah (hiya kullu
muskirin ma’i’). Juga Dr Hasan ‘Abd al-Razzaq, op.it. (23)
ibid. (24)
ibid. (25)
ibid. (26)
ibid. (27)
al-islam.com di bawah:”jami’ al-fiqh al-islami”: di bawah
“al-mausu’ah al-fiqhiyyah”, di bawah beberapa tajuknya. (28)
ibid. (29)
ibid.Dan hadith riwayat Bukhari. (30)
ibid. (31)
ibid. (32)
“Health Notes - Dangers of Nicotine Addiction”
-http://www.dayton.med.va.gov/PHEALTH/nicotiine.html (33) Islamic Republic News Agency -http://www.prn.usm.my/tobacco/newsislam.htmml (34)
http://www.islamonline.net/iol-arabic/dowalia/alhadath2000-may-18/alhadath3.asp
|
|