TRADITIONAL ISLAM as understood by the vast majority of ulama' of the Ahli Sunnah wal Jamaah
|
بسم
الله الرحمن
الرحيم نحمده
ونصلى على
رسوله الكريم KEMBARA
KE SUFI HAMZAH FANSURI
OLEH: MUHAMMAD
‘UTHMAN EL-MUHAMMADY Dari
Seberang berkunjung kami Kembara
ke Seminar sehari Tapak
Sufi Hamzah Fansuri Sayangkan
penyaer zaman bah’ri Di
Kuala Lumpur bermula kami Terbang
ke Medan kota permai Ke
Parapat berk’reta kami Menyaksi
danau cantik permai Parapat
ke Sibolga kami Menemui
bukit –bukau permai Menghijau
indah lagi sunyi Air
terjun seperti menari Jalan
banyak berkelok-kelok Dengan
terowong masih elok Akhir
kelihatan cantik telok Sibolga
umpama dipelok Lepas
hutan bukit menawan Berombak
bak melodi menawan Sampai
kita ke pantai kawan Membuka
luas depan lautan Selepas
kembara jasmani Hadhir
kami kembara rohani Menanggapi
pemikiran sufi Karya
seni Fansuri rohani Dari
Barus Hamzah Fansuri Mengajak
nan bijak bistari Kembali
ke Tradisi bahri Kepada
sejati jati-diri Bahasanya
fasih isyari Terzahir
di kesedaran diri Bahasa
bukan hanya harfi Berlapis
isyarat berdiri Mengajaknya
pada martabat Penekanan
pada Syari’at Kemudian
Tariqat Hakikat Berserta
dengan Ma’rifat Yang
diserunya yang asal Dalam
bahasa orang kesal Pada
sangka pencari fasal Ajarannya
membawa sesal Padanya
laut wujud Tuhan Ombaknya
alam dan insan Bukan
bersambung insan dan Tuhan Alam
tergantung pada Tuhan Alam
wujud dari cinta Dari
cinta Tuhan mencipta Insan
sempurna dengan cinta Tuhan
menyambutnya dengan cinta. Jelas
berpegang pada Syari’at Sunnah
Nabi teramat sangat Nilai
akhlak mengambil berat Juga
tauladan khalifah empat Pengenal
imam dan hukama Pengikut
Ahlis-Sunnah yang sama S’perti
pegangan kita bersama D’Dunia
Melayu sejak lama Terkena
ia tuduhan sesat Walhal
bahasa bukan sekerat Ada
harfiah ada isyarat Dengannya
sempurna Syari’at Kembali
kita mendaulatkannya Mengenali
semula dirinya Terlebih
lagi dalam fahamnya Metafisika
dan amalnya Di
Barus bumi bertuah Lahir
bintang seperti Hamzah Bercahaya
memandu nan ghairah Ke
cahaya iman zaman zulmah Roh
dan akal nan sepertinya Relevan
kini dan zamannya Penaut
kembali tautan benua Pengembali
gemilang bersama. Gubahan
Lebai Kembara, al-faqir ila’Llah, Muhammad ‘Uthman El-Muhammady Dalam menghadhiri Seminar Sufi Hamzah Fansuri di Sibolga, Barus, pada 20 Disember, 2002.
|
|