TRADITIONAL ISLAM as understood by the vast majority of ulama' of the Ahli Sunnah wal Jamaah
|
بسم
الله الرحمن
الرحيم نحمده
ونصلى على
رسوله الكريم KURNIAKANLAH
KEDAMAIAN KAMI WAHAI TUHAN OLEH: LEBAI
KEMBARA MUHAMMAD
‘UTHMAN EL-MUHAMMADY I
Inginkan ku persembahkan gubahan kata wahai rakan Tiap
hari bersama kita lafazkan Wahai
Tuhan Engkau Kesejahteraan Dari
Engkau datang Kesejahteraan Kepada
Engkau kembali Kesejahteraan Hidupkanlah
kami dalam kesejahteraan Masukkanlah
kami ke dalam Negeri Kesejahteraan Maha
Berkat Engkau Tuhan kami Maha Agung dalam Kemuliaan II
Hidup pertama kesejahteraan dengan Tuhan Kemudian
bersama diri sendiri dalam kesejahteraan Dengan
akal, rasa, cita lagi jasmani dalam kesejahteraan Dengan
keluarga, pasangan zuriat dalam kesejahteraan Dengan
jiran dalam kesejahteraan Dengan
para rakan dalam kesejahteraan Sampai
dengan alam sekitar dalam kesejahteraan III
Dalam hembusan bayu pagi penuh kesejahteraan Dengan
alunan sayu merdu azan memecah sunyi dinihari dalam kesejahteraan Dengan
aliran sungai bagai cermin dalam kesejahteraan Dengan
tumbuhan menghijau dalam kesejahteraan Dengan
kicauan burung merdu dalam kesejahteraan Dengan
mendengar hilaian anak bermain dalam kesejahteraan Dalam
mendengar deburan ombak di pantai dalam kesejahteraan
IV
Semua inginkan kesejahteraan Para
penganjur bangsa inginkan kesejahteraan Para
ilmiawan hakim ulama inginkan kesejahteraan Ibu
bapa inginkan kesejahteraan Rakyat
jelata semua inginkan kesejahteraan Sampai
hewanpun inginkan kesejahteraan Tapi
manusia empunya angkara merosakkan keszejahteraan V
Wahyu mengajar tentang kesejahteraan Manusialah
yang memusnahkan kesejahteraan Kerana
tangan mereka yang memusnahkan kesejehteraan Melalui
angkara di darat dan di lautan Tambahan
pula di angkasa berlaku kejahatan Menghancurkan
usaha ke arah kesejahteraan Membawa
bencana ke atas kemanusiaan VI
Di mana-mana berlaku pembunuhan tanpa kasihan Di
mana-mana pencabulan hak tanpa perikemanusiaan Di
mana-mana manusia pelahap ikut kenafsuan Di
mana-mana si lemah mangsa kezaliman dan kekerasan Di
mana-mana ada pengkhianat amanah manusia dan Tuhan Di
mana-mana nyawa dan harta mendapat ancaman Di
mana lagi ada suasana aman wahai Tuhan? VII
Tambahan pula si mu’min menjadi objek buruan Agamanya
disebut ajaran keganasan Penghayatannya
dipanggil ketinggalan zaman Menyanggahi
globalisasi dalam edaran zaman Si
Adikuasa yang membawa penentuan Si
mu’min menjadi mangsa perencanaan Hilang
mertabat sebagai ‘khaira ummatin’ VIII
Di mana tinggal semangat Abu Bakar dengan taqwanya? ‘Umar
dengan tadbir bijaksana dan adilnya? ‘Uthman
dengan akhlak adab dan hayanya? Ali
dengan bijaksana, rohani dan kepahlawanannya? Abu
Zar dengan kezuhudannya? Abd
al-Rahman dengan kemurahan dalam kekayaannya? Mu’az
dengan dalam faham hukumnya? IX Di mana jiwa Bilal dengan azan mengalunnya? Pusaka
salaf dari zamannya? Syafi’I
Ghazali dengan hukum dan ajaran rohaninya? Asy’ari dengan akidah Sunninya? Ibn
Khaldun dengan ibrah falsafah sejarahnya? Ibn
Sina dengan perubatannya? Semua
dengan budaya ilmu dan keperkasaan budayanya? X
Di mana semangat Tun Perak dengan bijaksana tadbirnya? Ala’
al-Din Ri’ayat Syah dengan tadbir adilnya? Makhdum
Ismail dengan da’wah seruan agamanya? Tun
Tuah dengan kesetiaan kepahlawanannya? Nur
al-Din al- Raniri dengan hukum Syara’nya? Syaikh
Falimbani dengan falam ilmu sepadu Sunninya? Raja
Ali Haji dengan kealiman dan
kepahlawanannya? XI
Ingin ku bicarakan kepada rakan sekarang Kita
didatangi Portugis gaya baru sekarang Datang
atas nama ilmu dan persejagatan Menjanjikan
harta kekayaan dan kesejahteraan Menjanjikan
zaman sejahtera keseluruhan Mungkin
jatidiri kita ‘kan dimusnahkan Yang
tinggal hanya nama sebutan XII
Pada sahabat muda ini ku harapkan Akan
meneruskan usaha memperteguhkan iman Memperdalam
ilmu mengikhlaskan amalan Mencari
kekuatan dalam kemahiran yang diperlukan zaman Sesuai
dengan gelombang yang berdepan Menyemarakkan
semangat sayangkan umat dan watan Menjaga
perpaduan dan keutuhan persaudaraan
Gubahan
Lebai Kembara Bt
Damansara Pada
17 Jamadul Akhir 1424/16 Ogos 2003 |
|