TRADITIONAL ISLAM as understood by the vast majority of ulama' of the Ahli Sunnah wal Jamaah
|
Artikel
asal oleh: Pelajar
Pondok Pasir Tumbuh, Kota
Bharu, Kelantan, Malaysia.
MAULIDURRASUL DENGAN DALIL-DALIL YANG NYATA
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam keatas saiyidina Muhammad, Keluarga dan Sahabatnya sekelian.
Kami
kemukakan dalil-dalil bagi masaalah Maulidurrasul didalam risalah ini, supaya
dapat memberi penjelasan yang terang bagi sekelian kaum muslimin daripada
terpesong dengan mereka yang membid’ahkan amalan ini. Mudah-mudahan Allah
memberi manfaat dengannya, amin...! DALIL
SUNAT MENYAMBUT
MAULIDURRASUL DI SISI ULAMAK AHLI SUNNAH.
“Maka
mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan
mengikuti cahaya (Al-Qur’an) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang
mendapat kejayaan.”
(Surah Al-A’araf, ayat 157).
Dimaksudkan
dengan “tanda-tanda Allah” (شعائر
الله جمع
شعيرة أو
شعارة ) pada umum ayat ini, iaitu setiap perkara yang dijadikan
sebagai tanda atau alamat bagi mentaati Allah. Sebesar-besar tanda agama ialah
Nabi Muhammad s.a.w dan menyambut Maulidurrasul
itu adalah membesarkan tanda Allah, termasuk dalam menjunjung
perintah-Nya. 3.
Meriwayat
Imam Bukhari dalam Sahihnya, begitu juga Ismaili dan Abdul Razak, Bahawa
diringankan azab ke atas Abi Lahab pada hari isnin kerana memerdekakan
‘Suwaibah’ yaitu hambanya yang menceritakan khabar gembira tentang kelahiran
Nabi s.a.w. Hadis
ini menunjukkan bahawa: i)
Sesiapa yang menzahirkan kegembiraannya dengan membesarkan hari kelahiran
Rasulullah diberi pahala yang besar kerana Abu Lahab yang kafir, seteru kepada
Nabi s.a.w. diringankan azabnya, apatah lagi orang yang muslim. Seperti yang
dikatakan oleh Al-Hafiz Nasiruddin ibnu Syamsuddin Ad-Dimasyqi dan Imam Al-Qurra
Al-Hafiz Syamsuddin Muhammad Al-Jazri. ii)
Dianjurkan memulia dan membesarkan Nabi s.a.w dengan mengambil sempena
hari kelahirannya. Hari kelahiran Baginda merupakan ‘ Hari Kebesaran Islam ’
dan hari yang mempunyai kelebihan. Diriwayatkan daripada Qatadah Al-Ansari, ‘
Bahawasanya Nabi ditanya tentang berpuasa hari isnin, berkata Nabi s.a.w, “
Itulah hari yang dilahirkan aku padanya dan diturunkan kenabian keatas ku.” (Riwayat
Muslim dan lainnya) iii)
Membuat perkara-perkara kebaikan (difahami daripada memerdekakan Suwaibah,
hadis berpuasa hari isnin dan hadis berpuasa hari A’syura yang akan datang )
sempena memuliakan hari kelahiran Nabi s.a.w seperti berhimpun dengan membaca
Al-Qur’an, berselawat, memuji Nabi, bersedekah, menjamu makanan, berbuat baik
kepada fakir-miskin dan lain-lain.
Diambil
pengertian daripada hadis ini, kita disarankan mensyukuri atas nikmat pemberian
Allah pada hari tertentu yang mempunyai kelebihan atau hari yang dilepaskan
daripada musibah. Menyambut Maulidurrasul adalah menzahirkan kegembiraan dan
mensyukuri nikmat dan rahmat Allah ke atas alam ini. Ini kerana , sebesar-besar
nikmat yang sempurna dan rahmat ialah lahirnya nabi kita s.a.w. sebagaimana
berkata Ibnu Hajar Al-Haitami, Al-Hafiz Ibnu Hajar Assqalani, Sayuti dan
lain-lain. Firman
Allah ta’ala, “ Katakanlah kepada kaummu, dengan kurniaan Allah dan
rahmatnya , maka dengan demikian itu ( kurniaan dan rahmat ) , hendaklah kamu
bergembira dan mensyukurinya.” ( Yunus:58 )
FirmanNya,
“Tidaklah
kami mengutuskan engkau ya Muhammad melainkan kerana rahmat bagi sekelian alam.”
( Al-Anbiyaa’:107 )
KESIMPULAN
i)
Menyambut hari kelahiran Rasulullah disabitkan dengan dalil-dalil syara’. ii)
Disunatkan memperingati maulidurrasul pada bila-bila masa, terlebih utama
lagi sempena hari kelahirannya.
iii)
Membesarkan Nabi bersempena hari kelahirannya yang merupakan salah satu
hari kebesaran Islam.
iv)
Menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran atas sebesar-besar nikmat dan
rahmat Allah iaitu kelahiran baginda dengan mengerjakan amalan-amalan
kebaikan. v)
Menyambut hari kebesaran ini membawa kepada mencintai nabi dan
mencintai Allah. vi)
Mendapat ganjaran yang besar di dunia dan akhirat bagi mereka yang
menyambutnya. Orang
yang pertama merayakan Maulid ialah Sultan Ibnu Malik Al-Muzzaffar, seorang wali
Allah, raja yang adil, warak, zuhud dan alim. Menghadiri Majlis Maulidnya
ulama’-ulama’ muktabar dan orang-orang salih dengan ketiadaan mengingkarinya,
sehinggakan ulama’ besar yang bernama Assyeikh Abu Khatab Ibnu Dihyah telah
mengarang bagi sultan itu, kitab Antanwir membicarakan tentang amalan Maulid. (Lihat
Al-Hawi Lil Fatawi bagi Sayuti).
Berkata
Assakhawi, “Sesungguhnya amalan Maulid berlaku
kemudian daripada kurun ketiga iaitu tiga ratus tahun daripada Hijrah,
selepas itu sentiasalah umat Islam pada setiap negeri mengamalkannya…….”
Oleh
itu, amalan Maulidurrasul ini adalah ijmak muslimin yang tidak diengkari bahkan
disokongi oleh ulama’ Ahli Sunnah sejak pertama kali diadakan hingga sekarang.
Tidak berhimpun ulama’ dan seluruh muslimin yang sempurna imannya pada
kesesatan. Sabda Nabi, “Tidak
berhimpun umatku diatas kesesatan.” Sabdanya lagi, “Sesuatu
perkara yang dipandang baik oleh muslimin maka ianya di sisi Allah adalah
kebaikan.” DALIL
SATU PERSATU AMALAN YANG DILAKUKAN DIDALAM MAULID. BERHIMPUN
DENGAN BERTILAWAH AL-QURAN, BERZIKIR, BERSELAWAT, MEMBACA KISAH NABI DAN
MENGADAKAN JAMUAN 1)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, “Bersabda
Rasulullah; Tidak berhimpun suatu perhimpunan pada satu majlis di dalam masjid
daripada masjid-masjid Allah , lalu mereka membaca al-Quran dan bertadarus
sesama mereka, melainkan turun ke atas mereka ketenangan yang diselubungi rahmat
Allah serta dilingkungi para malaikat dan Allah menyebut tentang mereka
dikalangan nabi dan malaikat di sisi-Nya.” ( Sahih Muslim ). 2)
Bersabda Nabi s.a.w., “Tidaklah
berhimpun satu perhimpunan di dalam suatu majlis lalu mereka tidak berzikir
mengingati Allah dan tidak berselawat ke atasku, melainkan kekurangan dan
penyesalan ke atas mereka di hari Qiamat.” 3)
Firman Allah ta’ala, “Kami
ceritakan kepada engkau setiap perkhabaran daripada kisah-kisah Nabi yang
menguatkan hati engkau dengannya dan datang kepada engkau di dalam perkhabaran
ini, kebenaran, pengajaran dan peringatan bagi orang yang beriman.” (Hud:120) 4)
Meriwayat Imam Ahmad dan Hakim daripada Suhaib, Nabi bersabda,
“ Seseorang yang terlebih baik di antara kamu ialah mereka yang
menjamu makanan dan menjawab salam.” Berkata al-Iraqi, “
Hadis ini sahih sanadnya .” Meriwayat
Turmizi , bahawa sahabat-sahabat nabi tidak bersurai mereka daripada majlis
bertilawah al-Quran dan zikir, melainkan selepas menikmati jamuan.
SUNAT
BERDIRI KETIKA DIBACAKAN KISAH KELAHIRAN BAGINDA S.A.W. Disunatkan
berdiri ketika dibaca kisah kelahiran Nabi s.a.w. kerana perbuatan berdiri
menunjukkan di atas membesarkan baginda, termasuk di dalam nas al-Quran yang
kami sebutkan dahulu. Telah berdiri Imam Subki bersama-sama orang ramai di
Majlis Maulid ketika kisah kelahiran baginda dibacakan. Ulama’ Ahli Sunnah
mengatakan sunat dan elok perbuatan ini. Cara
membesar dan memuliakan Nabi s.a.w. semasa hayat baginda atau wafatnya, samada
dengan hati atau lisan seperti berselawat, puji-pujian atau dengan perbuatan
iaitu berdiri. Telah disepakati pada adat orang ramai bahawa berdiri itu
bertujuan membesarkan seseorang. Adapun
Fatwa al-Allamah Imam Abu Saud yang mengkafirkan mereka yang tidak berdiri
ketika orang ramai berdiri pada Majlis Maulid , sekiranya mereka meninggalkan
berdiri kerana menghinakan Nabi s.a.w. atau mengingkari hukum membesarkan
baginda. Berkata
Imam Nawawi, “Disunatkan
berdiri kepada orang yang hadir iaitu daripada ahli kelebihan dan kemuliaan,
sesungguhnya datang hadis-hadis sebagai hujah padanya…….” 1)
Diriwayatkan daripada Said al-Khudri, Nabi bersabda, “ Berdirilah kamu
kepada penghulu kamu” ( iaitu Saad Ibnu Muaz yang hadir kepada sahabat ),
lalu ia datang dan duduk kepada Rasulullah. ( Riwayat Abu Daud ). Perbuatan
berdiri dalam hadis ini adalah kerana memuliakan Saad, bukan kerana hendak
menurunkan Saad yang sakit daripada tunggangannya. Jika berdiri kepada Saad
disebabkan keuzurannya , nescaya nabi berkata dengan lafaz, “Berdirilah
kepada orang yang sakit daripada kamu”, dan tidaklah perlu nabi menyuruh
sekalian sahabat bahkan memadai seorang dua shaja bagi memapahnya. 2)
Mengeluar Abu Daud daripada Abu Hurairah, “Adalah
nabi bercakap dengan kami, apabila baginda berdiri, lalu kami pun berdiri
kepadanya hingga kami melihat ia memasuki rumahnya.” Adapun
berdiri yang dilarang dalam beberapa hadis, adalah berdiri yang lahir daripada
sifat takabbur atau larangan itu kerana tawaduk nabi. Disunatkan berdiri
tersebut semata-mata kerana perbuatan berdiri termasuk daripada membesarkan nabi,
samada hadir Roh Nabi di dalam Majlis Maulid ataupun tidak. Ketahuilah ! Roh
Nabi dan orang mukmin boleh pergi ke mana sahaja yang dikehendakinya dan harus
dapat berjumpa dan melihatnya. i)
Sabit pada hadis sahih bahawa berhimpun nabi s.a.w dengan para nabi di
Baitul Maqdis dan di langit pada kisah Isra’ dan Mikraj. ii)
Daripada Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w melihat Nabi Musa dan Nabi
Yunus menunaikan haji sambil mengucapkan ‘talbiah’. iii)
Didalam Sahih Bukhari, bahawa sesetengah sahabat dilihat bersembahyang
di dalam masjid selepas meninggal dunia. iv)
Daripada abu Hurairah, Nabi Bersabda, “Sesiapa
melihatku didalam mimpinya, nescaya ia
akan melihat aku ketika jaga ( tidak bermimpi) dan
syaitan tidak boleh berupa dengan rupaku.” (Bukhari dan Muslim) Berkata
Imam Sayuti, “Bahawa nabi s.a.w itu hidup dengan jasad dan roh, serta
rohnya berjalan ke mana sahaja yang dikehendakinya kepada segala tempat dimuka
bumi dan alam malakut….” Meriwayat Imam Ahmad, Turmizi dan Ibnu Abi Dunia daripada Salman Al-Farisi,
“Bahawa
roh orang mukmin berada di barzah di dalam dunia, boleh pergi ke mana-mana yang
dikehendakinya.”
SUNAT
MEMUJI NABI DENGAN SYAIR
Allah
ta’ala memuji penyair-penyair yang beriman dan mengasingkan mereka daripada
kumpulan penyair yang dicela dengan firmanNya : 1)
“…..Melainkan penyair-penyair yang beriman dan beramal salih serta banyak
menyebut Allah………” (Assyua’ra:227) Telah
mentafsir Imam an-Nasafi, “Berzikir
mengingati Allah dan bertilawah al-Quran adalah menjadi kebiasaan bagi mereka
daripada bersyair. Apabila mereka menyampaikan syair , mereka bersyair pada
mentauhid dan memuji Allah, tentang ilmu, peringatan, zuhud, budi pekerti,
memuji Rasulullah dan sahabat serta orang-orang salih dan seumpamanya.” 2)
Mengeluar Bukhari di dalam `Al-Adab Al-Mufrad’ dan Thabarani di dalam `Al-Ausath’
daripada hadis marfu’ Abdullah Ibnu Omar, “Syair
itu menempati percakapan, maka syair yang baik seperti percakapan yang baik dan
syair yang keji seperti percakapan yang keji..” 3)
Meriwayat Thabarani, bahawa ketika Nabi s.a.w. memasuki Madinah sekembalinya
daripada perang Tabuk, berkata Ibnu Abbas, “Ya Rasulullah ! Adakah memberi
keizinan kepada aku memuji engkau ? Bersabda Nabi, “Katakanlah ! Tidak
akan mensadur Allah mulut engkau,” lalu ia memuji baginda dengan qasidah
syair….. Menyebut Mawardi di dalam al-Hawi dan Ruyani di dalam al-Bahri, bahawa syair terbahagi kepada; haram, harus dan sunat. Syair yang disunatkan itu dua bahagian. Pertama, syair yang menakuti dan memperingati huru-hara akhirat. Kedua, syair yang menekankan budi pekerti yang baik. Di antara syair yang disunatkan ialah memuji para nabi, sahabat, ahli taqwa dan seumpamanya. Adapun
hadis yang berbunyi, “Janganlah kamu memuji aku sebagaimana orang Nasrani
memuji Isa Ibnu Maryam,” dilarang memuji sehingga menganggap nabi sebagai
anak tuhan atau tuhan. Firman Allah ta’ala, “ Berkata orang Nasrani, Isa
itu anak tuhan.” (At-Taubah:30) FirmanNya, “Sesungguhnya menjadi
kafir mereka (Nasrani) yang berkata bahawa Allah, tuhan yang ketiga daripada
tiga tuhan.” (al-Maidah:73) Tidak
menjadi kesalahan mengagungkan Nabi s.a.w. dengan melampau-lampau selagi tidak
menganggapnya sebagai tuhan, kerana sabit dengan hadis-hadis sahih,
Meriwayat
Bukhari bahawa Urwah ibnu Mas’ud as-Saqafi menghadiri kepada Nabi s.a.w. di
dalam Perjanjian Hudaibiyah. Sekembali Urwah kepada kaumnya lalu berkata, “…tidak
pernah aku melihat seorang pun yang mengagungkan seseorang sebagaimana sahabat
Muhammad mengagungkannya. Tidaklah Muhammad berludah satu ludahan, melainkan
menyambut sahabatnya dengan tangan-tangan mereka, lalu melumurkan ke wajah
mereka dan tidaklah ia berwuduk, melainkan mereka berebut-rebut kepada air
wuduknya untuk mengambil barakat, sedangkan ia mengiktiraf dan tidak mengingkari
perbuatan mereka itu dan mereka (sahabat) tidak menajamkan pandangan kepadanya.” Telah
ijmak ulama’ pada harus berseru meminta pertolongan dan bertawasul dengan
mengambil barakat Nabi s.a.w. Meriwayat Baihaqi dengan sanad yang sahih,
daripada Malik addar , berkata, “ Telah menimpa musibah kemarau pada orang
ramai di zaman Umar al-Khatab, lalu datang seorang lelaki ( Bilal Ibnu Haris al-Muzani
) ke kubur Nabi s.a.w. dan berseru, “ Ya Rasulullah !
Mintalah supaya diturunkan hujan bagi umatmu kerana sesungguhnya mereka
itu sedang binasa.” Lalu
hadir rasulullah di dalam mimpinya dan baginda berkata, “Pergilah kepada Umar
dan sampaikan salamku kepadanya…..” .”
Dalam hadis ini , lelaki berkenaan telah memberitahu kepada Saidina Umar tentang kisah tersebut, akan tetapi Saidina Umar dan sahabat-sahabat yang lain tidak mengingkari perbuatan lelaki itu. Berkata
as-Subki, “ Elok bertawasul dan berseru meminta pertolongan dengan Nabi
sebagai perantaraan kepada tuhannya. Tidak seorangpun daripada Salaf dan Khalaf
mengingkarinya, sehingga datang Ibnu Taimiyah mengingkari serta menyimpang
daripada jalan yang sebenar lalu menghukum bid’ah perkara yang tidak dikatakan
bid’ah oleh seorang alim sebelumnya, dan jadilah membid’ahkannya itu,
sebagai perkara yang menakut-nakutkan umat Islam daripada mengerjakannya.” TARIKH
KELAHIRAN NABI S.A.W. Telah berlaku perselisihan Ulama’ pada menentukan tarikh kelahiran Nabi s.a.w. kepada tujuh pendapat. Pendapat yang terlebih masyhur daripadanya :- 1)
Hari kelahiran baginda pada 12 Rabiulawal iaitu pendapat Mohd Ibnu Ishaq
Naisaburi dan lainnya. Berkata Ibnu Katsir, “Pendapat ini masyhur di sisi
kebanyakkan ulama’ dan dipegangi oleh ahli Makkah sejak dahulu hingga sekarang
pada waktu menziarahi tempat kelahiran Nabi s.a.w.
Mendakwa Ibnu Jauzi dan Ibnu Jazar dengan ijmak , iaitu ijmak kebanyakkan
atau ijmak perbuatan, kerana salaf dan khalaf bersepakat atas amalan Maulid dan
menamakan hari kelahiran baginda pada hari tersebut di setiap negeri,
sehinggakan di Makkah, tempat kelahirannya…” 2) Berkata kebanyakan Imam-Imam yang menghafal hadis iaitu ulama’ yang terdahulu dan lainnya, bahawa ianya hari kelapan Rabiulawal. Berkata
Syeikh Yusuf Ibnu Ismail Annabhani, “Tetapi, pendapat yang pertama itu
masyhur di sisi jumhur ulama’ dan ianya pendapat yang sahih, yang mana
dipegangi oleh ulama’ salaf dan khalaf, maka diatas pendapat inilah yang
dipegangi.” Wallahua’lam
... Dikeluarkan
Oleh: Pelajar
Pondok Pasir Tumbuh, Kota
Bharu, Kelantan, Malaysia. Tarikh:
31 Mei 2001 bersamaan 8
Rabiul Awwal 1422 H.
|
|