|
TRADITIONAL ISLAM as understood by the vast majority of ulama' of the Ahli Sunnah wal Jamaah
|
|
بسم
الله الرحمن
الرحيم نحمده
ونصلى على
رسوله الكريم ILMU, PENDIDIKAN, DAN PEMBINAAN KEKUATAN MELAYU DALAM MENGALAMI GLOBALISASI DAN TMK OLEH: MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY Insya’ Allah dalam nota ini penulis akan berbicara berkenaan dengan
jangkauan ilmu, pendidikan, dan permasalahan membina kekuatan Melayu dalam erti
ketamadunan—bukan hanya ethnik—dalam menghadapi globalisasi dan TMK. Penulis
ini akan menyentuk perkembangan ilmu di Dunia Melayu, dengan penekanan kepada
persuratan Islamnya, dan pendidikan sampai ka masakini, dengan mengambil kira
perkembangan dalam bidang keislamannya dan bidang-bidang ilmu lainnya; pembinaan
kekuatan Melayu itu adalah dengan mengambil kira pembinaan akal budinya,
kekuatan budaya dan kemasyarakatan serta ketamadunannya.Dalam perbincangan ini
juga penulis ingin mengetengahkan teori asabiah Ibn Khaldun sebagai paksi bagi
menjayakan perpaduan Dunia Melayu ini, sudah tentu dengaan panduan agama
Islamnya dalam faham ilmu dan nilainya. Ilmu Dan Akal: Tentang konsep ilmu pada Orang Melayu Muslim, kita boleh katakan bahawa
ianya dipandukan oleh ajaran Islam Sunni; ilmu itu difahamkan—sebagaimana yang
ada dalam teks-teks usul al-din misalnya ialah mengetahui sesuatu
dengan yakin mengikut keadaannya yang sebenarnya, berdasarkan dalil yang
muktabar. Kalau mengetahui sesuatu itu bukan mengikut keadaan yang sebenarnya
itu bukan ilmu atau pengenalan tetapi dikatakan kejahilan. Kalaulah tentang
sesuatu itu yang diketahui itu lebih banyak yang iannya daripada yang tidak itu
dipanggil sangkaan; kalau lebih banyak yang bukan ianya daripada sebaliknya, itu
disebut sebagai waham.Ilmu yang berkenaan
dengan Tuhan disebut sebagai “pengenalan” atau ma’rifah.(1) Maka yang
dituntut dalam semua perkara ialah ilmu, apa lagi Tuhan, yang merupakan objek
ilmu yang paling tinggi dan mulia.Ini merupakan objek kewujudan akal manusia
mengikut ajaran Islam.Nampaknya antara ulama klasik yang memberi takrifan ilmu
ini ialah al-Baqillani rh dalam “al-Tamhid”nya, iaitu takrif yang bermaksud
“Mengetahui apa yang boleh dimaklumi mengikut keadaan sebenarnya”. (2)Bila
ditanya mengapa tidak disebut “mengetahui tentang sesuatu”, maka disebutkan
oleh beliau bahawa apa yang bukan “sesuatu”
yang tidak ada juga diketahui, maka kalau disebut “sesuatu” sahaja maka
“yang bukan sesuatu yang tidak ada” tidak boleh diketahui, walhal ianya
boleh diketahui. Maka kalau dikatakan ilmu itu tiba makna pada jiwa, maka kalau
yang “datang” itu tidak benar dan tidak berdasarkan dalil yang boleh
diterima, maka tidak ilmu namanya.Bila benar dan dengan berdalil, maka baharulah
ilmu namanya. Dan tentang dalil yang menjadi bukti bagi ilmu itu, dalam ajaran Islam
yang diterima dalam tamadun Melayu
ialah wahyu, Qur’an, Sunnah yang
mutawatir, yang sahih, atau cerita yang mutawatir riwayatnya, yang tidak
menasabah lagi ada kebohongan padanya, pancaindera manusia
seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, penciuman, dan kecapan.(3) (Dengan
itu menjadi berkembang
pengesanannya dengan alat-alat yang boleh direka dengan perkembangann tamadun
manusia dalam sejarahnya termasuklah, kalau sekarang TMK). Ke dalam rangka fahaman yang demikian maka pemikiran akal adalah punca
ilmu manusia; dan akal ini pula ada aspek-aspek perkembangannya yang menimbulkan
huraian—misalnya dalam “Muqaddimah Ibn Khaldun” tentang akal nazari, yang
berfikir tentang teori-teori ilmu yang bersifat spekulatif dan tinggi serta
mendalam, akal tajribi atau akal pengelaman yang membuat rumusan-rumusan
daripada pengelaman-pengelaman dan percubaan-percubaan (yang boleh
diperpanjangkan maksudnya sampai kepada percubaan-percubaan dalam ujian-ujian
yang terkawal dan tersusun seperti yang
dilakukan dalam makmal); akal tamyizi, atau akal pembeza, yang boleh membezakan
sesuatu dengan sesuatu yang lain samaada dealam klasnya atau dalam klas lain
daripadanya. Akal yang berkembang dengan baik mencakupi banyak segi kemahiran
dan pengetahuan dalam agama dan kemahiran-kemahiran lainnya serta pengetrahuan
lainnya disebut sebagai akal tambahan atau al-‘aqlul-mazid.Perkembangan al-‘aqlul
mazid ini berlaku melalui pendedahan ilmu dan kemahiran serta latihan-latihan
dalam budaya menetap yang tinggi tahap kecerdasannya yang menguatkan dan
memajukan sesuatu bangsa itu, selain daripada keimanannya dan ketaatannya kepada
ajaran Tuhan dan Nabi.(4) Kalau Syaikh Daud al-Fatani rh pula dalam “al-Warduz-Zawahir”nya
beliau menyebut tentang akal, katanya ada ‘akal malaki
yang ada padanya “malakah” atau bakat untuk membezakan segala perkara,
ada ‘akal fa’’al yang padanya ada kekuatan pendapat membolehkannya membuat
penafsiran tentang sesuatu, ada ‘akal gharizi
yang membolehkan manusia mengetahui
tentang perkara-perkara yang daruri bila akalnya tidak sejahtera, ada
‘akal kasbi hasil daripada kemahiran yang ada pada seseorang natijah daripada
usahanya, ada ‘akal nazari (yang membolehkannya berfikir dan membuat renungan
tentang ilmu dan membuat kesimpulan), ada ‘akal
hayula, yaitu akal yang ada dari asal kelahiran seseorang yang berupa
persediaan baginya untuk menerima perkara sebenar tentang sesuatu.Syaikh Daud rh
juga menyebut ‘akal syarqi, yaitu akal Nabi saw yang terlebih mulia daripada
semua akal makhluk Tuhan ( “Warduz-Zawahir”,
edisi Wan Muhammad Shaghir
Abdullah).(5) Dalam hubungan dengan ilmu pengetahuan dan pembangunan Dunia Melayu,
kita tertarik untuk menukil pendapat ulama Nusantara terkenal di abad ke 19,
iaitu Syaikh Ahmad al-Fatani rh, kata beliau dalam “Hadiqatul-Azhar”: “Ketahui olehmu bahawasanya ahli negeri yang besar-besar yang lain
daripada bangsa kita sangat
me(ng)amat-amati mereka itu dengan
sha’an (iaitu perkara berkenaan dengan kepentingan-p) ilmu dan
bersungguh-sungguh mereka itu mengajarkan dia akan anak-anak mereka itu hingga
yang perempuan mereka itu sekalipun dan me(ng)usaha mereka itu sehabis-habis
usaha pada memudahkan menuntuti
ilmu bagi segala-gala orang
yang gemar padanya dengan sekelian jalan dan tipu hingga meringkah (iaitu
mereka-reka-p) pada mengecapkan segala kitab yang boleh keluar beberapa ribu
naskhah di dalam masa yang sedikit sekira-kira jikalau
disurat dengtan angan di dalam masa itu nescaya belum sudah satu naskhah
dan membina mereka itu akan beberapa banyak madrasah yaitu rumah tempat
mengajar dan mengaji sekelian ilmu dan bagai-bagai hikmat
dan kepandaian yang bergantung dengan dunia dan akhirat mereka itu.” Kemudian kata beliau: “Maka kasih hamba bahawa memperikan kepada kamu akan setengah barang
yang berlaku pada negeri Istanbul dan Mesir dan lain daripada keduanya pada
me(ng)amat-amati dengan ilmu; maka adalah raja mereka itu membinakan bagi mereka
itu beberapa madrasah yang besar-besar dan dihaskan dengan segala hiasan yang
sangat indah pada segala mata dan cenderung kepadanyua oleh segala hati lagi
jadi bersih dengan dia cerdiknya dan gemar oleh segala akal padea menuntuti akan
segala ilmunya.Demikian lagi orang yang kaya-kaya membina ,mereka itu pada
tiap-tiap kampong mereka itu satu-satu
madrasah atau lebih dan dihiaskan dia dengan segala iasan yang elok dan
diwakafkan baginya beberapa daripada bumi atau rumah atau lainnya dan diambilkan
sewanya dibelanjakan dia pada maslahat segala madrasah itu dan digaji dengan dia
akan segala guru-guru yang mengajar dengan kadar yang mencukupi akan mereka itu
dan disukakan dengan dia akan mereka itu yang menuntuti ilmu kecil dan besarnya
dan di dalam tiap-tiap Jumu’at itu satu
hari dicuba padanya akiann tiap-tiap tilmidh (murid-p) daripada mereka itu pada
barang yang ia hafazkan dia dan
barang yang difahamnya danb barang yang didapatrnya daripada segala masaalah
danb kepandaian dan kebijakan dalam perhimpunan segala taulannya.Maka jika dapat
dijawabnya dapatlah ia kepujian daripada guru-gurunya dan orang ramai-ramainya
dan suka dengan dia segala hati ibu bapanya dan deapat ia perbalasan gaji yang
lebih dan jika tiada dapat dijawabnya bersungguh-sungguh
ia hingga dapat supaya tiada jadi malu ia antara segala kawan-kawannya dan
supaya dapat gaji yang lebih seperti mereka itu maka bermegah-megahj mereka itu
setengah atas setengahnyadengan elok khat (tulisan-p) dan banyak lagu dan pandai
menulis dan cempat (iaityu cepat-p) ber(h)itung dan elok aturan surat kiriman
dan petah membuat syair dan fasih percakapan dan pandai bertutur
dengan beberapa bahasa yang lain daripada bahasa negerinya dan banyak
hafaz dan bijaksana pada segala ilmu dan kepandaian
dan dapat tiap-tiap seorang daripada mereka itu daripada ilmu dan
kepandaian pada hal ia belu baligh umurnya barang yang tiada dapat seorang kita
pada hal umurnya sudah tuha (tua). Dalam hubungan dengan akhlak para pelajar dan kegiatan ilmiah mereka
beliau menyatakan: “dan adalah mereka itu di dalam tempat mengaji mereka itu zahir pada
mereka itu baik perangai waqar (hebat dan tertib perangai-p) dan hebat dan
sakinah (tenang) dan sangtat beradab antara mereka itu dan dengan guru mereka
itu.Apabila masuk seorang daripada mereka itu memberi salam ia serta dengan
hening dan lemah lembut ti(ng)kah lakunya dan apabila datang guru-guru yang
lebih-lebih daripada mereka itu berdiri sekelian mereka itu memuliakan baginya… Tentang budaya ilmu, berfikir dan kemahiran tinggi termasuk rekaan
alat-alat baharu yang bermenafaat dalam tamadun Syaikh Ahmad rh menyatakan: “Maka demikianlah me(ng)amat-amati ahli negeri orang dengan sy’an
ilmu pada negeri mereka itu hingga masyhur bangsa mereka itu atassekelian bangsa
dengan kepandaian dan bijaksana dan kepetahan
dan banyak ilmu maka dengan demikian itulah dapat mereka itu merengkag (iaitu
mereka cipta-p) buatkan beberapa alat yang (ber)manfa’at pada segala manusia
yang boleh musafir dengan dia kepada sejauh-jauh negeri di dalam masa yang
sedikit dan datang kepada mereka itu sekelian khabar-khabar daripada sejauh-jauh
jajahan di dalam beberapa lahzah dan me(ng)indah-indah mereka itu akan sekelian
pekerjaan serta dengan lekas dan banyak dan bertambah-tamba demikian itunengan
berpanjangan masa dan dengan sebab baik percaraan (iaitu penurusan -p) dan
muwafakat antara mereka serta besar hemah (iaitu tumpuan atas cita-cita mulia-p)
dan halus tipu daya dan jauh helah dan alam tilik (fikir dan rancangan-p)
mereka itu yang jadi sekelian itu daripada banyak pelajaran
mereka itu…” Tentang kekuatan negara dan pertahanan hasil daripada rancangan yang
baik dan keberkesanan ilmu termasuk teknologi beliau menyatakan: “(Dengan kepandaian dan kebijaksanaan serta banyak ilmu itu) maka
boleh mereka itu peliharakan segala negeri dan jajahan mereka itu hingga tiada
tamak padanya oleh segala seteru dan jadi mudah bagi mereka itu mengambil akan
negeri orang dan meliputi mereka itu dengan ehwal dunia laut dan darat…” Selepas membuat pengamatan tentang perkembangan ilmu pengetahuan,
kepandaian dan pereancangan negera-negara maju itu, beliau menyebut cita-citanya
berhubungan dengan negeri-negeri Melayu, katanya: “Dan adalah pada hati hamba yang fakir sehabis-habis risau dan
dukacita dengan sebab ihmal (tidak mengambil berat-p) dan mensia-sia bangsa kita
ahli Tanah Melayu dan ahli segala tanah yang di bawah angin dan segala raja-raja
mereka itu yang Muslimin yang dahulu-dahulu dan yang sekarang ini dan segala
mereka yangt kaya-kaya dan (yang ada-p) kemudahan daripada mereka itu tiada
memperduli mereka itu akan u(m)pama segala perkara yang tersebut itu hingga jadi
kemudian daripada kemuliaan kita sekurang-kurang bangsa dengan dinisbahkan
kepada segala bangsa yang lainn dan hilang segala tempat kediaman kita dan
kemegahan kita maka sekelian itu dengan sebab taksir kita pada u(m)pama segala
perkara itu dan sangka kita bahawa sekelian demikian itu bukan daripada
pekerjaan yang bergantung dengan agama kita, maka dengan sebab itulah kita
biarkan dia padahal jikalau kita tilik halus-halus nescaya nescaya
(yang dimaksudkan ilmu-ilmu, kemahiran dan budaya berfikir yang disebut
di atas tadi-p) adalah berambing (yaitu bersangkut paut-p) dengan segala perkara
itu daripada sebesar-besar barang yang bergantung ia dengan
ugama kita kerana dengan
demikian itulah dapat (kita menjadi-p) kuat atas segala seteru dan kekerasan
yang dengan dialah hasil (ter)pelihara akan kemegahan agama kita dan yang
menjadikan dia elok pada segala mata mereka itu dan besar masyhur pada segala
pendengaran mereka itu dan hebat pada segala hati mereka itu”. Kata beliau tentang cita-citanya supaya Dunia Melayu maju dan ugamanya
berjaya dengan umatnya menjadi mulia di kalangan bangsa-bangsa dunia: “Dan adalah hamba yang hakir (hina-p) tercita-cita di dalam hati
sudah beberapa lama bahawasanya Allah taala
lagi akan memperdengarkan hamba dan memperlihatkan hamba di dalam masa
hidup hamba ini bahawa adalah segala raja-raja Melayu yang besar-besar istimewa
segala raja-raja di dadal negeri Fatani dan raja-raja Kelantan dan Trengganu dan
Kedah yang amat mulia dan maha besar sekeliannya dan raja Johor (sekeliannya
sekarang dalam Malaysia-p) yang masyhur dengan besar hemahnya dan raja Dali yang
masyhur dengan murahnya dan adilnya menaruh mereka itu akan cemburu pada segala
hati mereka itu dan membesarkan segala hemah mereka itu dan menghadapkan inayah
(pertolongan dan jagaan-p) mereka
itu dan menyungguh-nyungguhkan usaha mereka itu pada bahawa dijadikan segala
negeri mereka itu (per)bendahraan ilmu dan perladungan kepandaian dan membukakan
segala mata anak jenis mereka itu kepada memandang cemerlang kebijakan dan (ke)handalan
supaya ada kemegahan (dan) kelebihan bangsa Melayu antara segala alam dan
tertinggi nama mereka itu antara Bani Adam, dan bertambah-tambah kelebihan ulama mereka
itu atas segala ulama dan bertambah nyata ugama mereka itu aqtas segala ugama
serta deapat pula bagi segala hadrat raja-raja itu jikalau diperbuat demikian
itu keredaan dearipada Allah taala dan RasulNya yang mulia pahala yangt amat
besar ganda berganda kerana pahala
tiap-tiap mereka yang dapat manfa’at dengan segala perbuatan itu
dan pahala tiap-tiap mereka yang mempunyai kekuasaan yang menirukan
perbuatan itu terbahagi dengan mereka itu selama-lamanya, dan dapat pula bagi
mereka itu sebutan yan baik dan kepujiann yang elok atas lidah segala makhluk
dan tersurat di dalam tarikh ulama dan buku raja-raja yang uzama (besar dan
agung-p) yang berkekalan daripada
masa hidup hingga Hari Kiamat”(6). Tokoh ini yang mengarang kitab tentang ilmu-ilmu Islam dan ilmu-ilmu
rasional berminat tentang sains dan teknologi (dan kalau beliau ada sekarang
beliau akan meminati dan menggesakan penggunaan dan kemahiran dan pemenafaatan
dalam TMK (ITC) dan lainnya ).Dalam hubungan dengan perubatan beliau menulis
kitab “Tayyibul Insan fi Tibbil-Insan”, dalam pendahuluannya kata beliau: “Dan kami harap bahawa Allah membuka akan hati seseorang akan hemah yang tinggi , maka
bersungguh-sungguh ia mencubakan beberapa jenis kayu , tumbuh-tumbuhan dan
lainnya daripada barang yang ada pada bumi Melayu dan mempereksakan pada yang
demikian itu maka disuratkan beberapa faedahnya dan khusiatnya dan pangkat
segala tabiatnya dan kaifiat isti’malnya (penggunaannya-p) seperti barang yang
memperbuatkan demikiann itu oleh hukama Yunan pada masa yang dahulu dengan
beribu-ribu tahun kemudian mengambil
daripada mereka itu oleh hyukama Arab dengan hemah setengah daripada raja-raja
anak Harun al-Rasyid maka berkekalan menta’lif (mengarangt-p) mereka itu
beberapa banyak karangan maka
tercawang daripada demikian itu hingga sekarang ini tibb
segala tabib Fars (Orang Parsi-p) dan Hind (India-p) kemudian
beratus-ratus pada demikian itu olreh segala tabib Afranj (nama am bagi Orang
Barat-p) maka menambah dan merengkah (merekacipta-p) mereka itu beberapa banyak
rengkahan (rekaan-p) yang ajib pada hal kita jenis Melayu aula (terlebih utama
dan berhak-p) dengan demikiann itu
dari kerana banyak segtala ubat-ubat itu pada bumi kita hingga adalah kenanyakan
ubat-ubat mereka itu diambilkan daripada bumi kita dan kita terlebih aula pada merentahkan diri kita daripada
jenis yang lain daripada kita . “Maka bersangatanlah sayugia bagi
raja-raja (atau pemerintah-p) Melayu bahawa memalingkan hemah mereka itu kepada
mendapatkan barang yang tersebut dengan menyungguh-nyungguh menyuruh da
menggemarkan manusia pada demikian itu dengan memudahkan jalan bagi demikian itu
dan berdiri dengan belanja bagi demikian itu maka dapat baginya pahala yang
jazil (teramat banyak-p) dan berkekalan baginya sebutan yang jamil (sebutan nama
yang amat inda-p). Dan beliau menulis teks ini dalam 45 halaman (edisi Wan Mohd Shaghir
2000) katanya berdasarkan kepada “…beberapa kitab yang masyhur lagi
muktabar dan kami bangsakan tiap-tiap perkataan kepada mengubati kepada barang
yang kami nakalkan daripadanya dengan ih. Yang daripada (kalimah Arab-p)
“intaha” itu mukhtasar
melainkan yang sedikit daripada barang yang kami ambilkan daripada mulut
setengah daripada bohma (iaitu bomoh-p) Melayu yang kami percaya dengan katanya;
dan barang yang kami terima daripada lidah guru kami yang kami mengaji ilmu ini
atasnya dan kami terima ijazah daripadanya dan barang yang sah
bagi kami dengan isti’mal dan tajribah (penggunaan dan percubaan-p)…”(7)
Dalam konsep ilmu yang dipandukan oleh Islam Sunni inilah maka Dunia
Melayu berkembang sampai sekarang dengan memahami ilmu-ilmu sebagai ilmu-ilmu
agama atau ilmu-ilmu syar’I, atau ilmu nakli,
dan ilmu yang bukan
bersangkut secara langsung dengan agama, dipanggil ilmu akli atau boleh
disebutkan sebagai ilmu-ilmu rasional. Ini tercermin dalam sistem pendidikan
kita sekarang yang membahagikan ilmu-ilmu kepada ilmu-ilmu Islam atau
Pengajian Islam, atau Pendidikan Islam, atau Ilmu-Ilmu Wahyu dan ilmu
bukan-wahyu. Ilmu-ilmu yang berhubung dengan agama yang diketahui umum ialah
ilmu-ilmu berhubung dengan Qur’an, Sunnah, Akidah, Fiqh atau Hukum Islam,
Aqkhlak, atau Taswwuf, Sejarah, Sirah, Bahasa Arab Nahu dan Sasteranya,
Falsafah Islam. Ilmu-ilmu yang lain yang bukan berkait dengan agama
secara langsung ialah ilmu-ilmu Sains Tulin atau Sains Gunaan,
Fisik, Kimia, Geologi, dan lainnya, termasuk ilmu-ilmu Sains Sosial dan
Undang-Undang.(8) Dalam hubungan dengan ilmu-ilmu yang selain dari ilmu-ilmu agama maka
sekarang muncul pemikmiran dan usaha untuk menjayakan apa yang disebut sebagai
Pengislaman ilmu-ilmu atau “The Islamization of Knowledge” yang dialu-alukan
dan patut mendapat sokongan semua pihak, walaupun ada suara-suara sumbang
yang muncul berkenaan dengan pemikiran yang sedemikian. Berkenaan Dengan Melayu: Tanpa berpanjang kalam tentang Melayu, sampai sekarang nampaknya konsep
Melayu dalam perlembagaan kita yang menyebut tentang orang yang beragama Islam,
yang menggunakan Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu adalah benar
dan wajar dan disahkan oleh sejarah rantau ini dan
ini perlu diteruskan dari segi kefahaman dan penggunaannya. Konsep yang
sedemikian ini terbayang dalam karangan-karangan Pak Hamka rh bila berbicara
tentang sejarah Islam dan Umat Melayu memeluk agama Islam di rantau ini. Pemikiran tentang Melayu dalam kalangan ulama tradisional boleh dilihat
juga dalam karangan Syaikh Ahmad al-Fatani rh.Antaranya, kata beliau
dalam “Tashilu Nailil-Amani” (dinukil oleh Wan Mohd Shaghir dalam
“Al’alamah Syeikh Ahmad al-Fthani Ahli Fikir Islam Dunia Melayu”(9). Maksudnya “(iaitu) kesatuan semua bangsa Melayu
(jama’at al-aqwam al-Malayuwiyyah)
itu nisbah kepada Milayu dengan baris di bawah (kasrah) huruf mim atau
baris di atas (fat-hah) dan baris depan (dhammah) huruf ya.Mereka adalah kelompok
atawa segolongan besar manusia (hum jil au sanfun ‘azim mina’n-nas) ;
negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri di dunia.Ia terletak antara
Negeri India dan Cina terdiri
daripada kebanyakan pulau-pulau Waq
Waq (terjemahan Wan Mohd Shaghir yang terpencar-pencar). Pakar ilmu geografi
mengibaratkan setengah negeri-negeri mereka sebahagian daripada negeri-negeri
India-Cina.Orang-Orang Hijaz (Arab) dan selainm daripada mereka menamakan mereka
(Melayu) dan bangsa-bangsa dalam wilayah itu dengan sebutan Jawa.Itulah
satu kelompok manusia di satu pulau di sana.Mereka itu bukan Melayu.Bahasa
mereka adalah bahasa yang paling ringan (mudah) antara bahasa-bahasa penduduk
wilayah ituKerana itulah maka ramai dari kalangan Orang Hijaz (Arab) menggunakan
Bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa -bangsa yang berlainan yang tersebut
itu yang mempunyai bahasa-bahasa yang berlainan itu.(Antara ciri-ciri mereka itu
ialah-p) mereka itu kaum yang ikhlas, bertabiat lemah lembut, berperibadi
baik.Sebahagian daripada ciri-ciri istimewa mereka ialah tidak terlihat di
negeri mereka dan lainnya peminta (sedekah-p) walaupun
keaaan mereka sendiri sangat miskin.Mereka
bersikap sabar dengan cara yang baik dalam urusan mereka (husn ta’anin
fil-umur) dan mereka menguasai pertukangan
dan kemahran yang baik (yadun fi tahdhib al-hiraf) , menerima pembaharuan dalam
kemahiran dan pertukangan (termasuk teknologi-p) (qabilah fi ibda’ as-sana’I’),
dan menerima pendidikan dan ilmu pengetahuan serta tercetus fahaman (yang
baik -p) di dalamnya, dan ada dalam kalangan mereka negeri-negeri yang besar ,
kemudian bertukar tangan di kalangan mereka yang menguasai ialah
kekuasaan-kekuasaan kuffar.Semoga Al;lah memelihara negara-negara Islam daripada
mereka (yang kafir ).”Amin. (10). Pemikiran tentang identiti “Melayu” yang baharu
dan menarik boleh didapati dalam tulisan Ismail Noor
dan Muhammad Azaham, “The Malays Par Exellence…Warts and All” (Pelanduk
Publications, 2000). Dalam tulisan tersebut dinyatakan bahawa Melayu itu ialah: “The Malay is a practising Muslim, residing in Malaysia, whose roots
go back to his ancestors of the Old Malacca Empire and of those who were the
sons of the soil in the other parts of the Malay archipelago , stretching as far
back in history as 3000 B.C. The Malay is endowed with a cultural heritage that
has made him known as ‘the gentleman of the world’ The Malay lives in a
sangunie environment that is free from the vagaries of the weather and the
harshness of the natural calamities.The grace that God the Almighty has bestowed
upon the Malay has moulded him into a person
who follows the path of temperance, making him a gentle
and considerate person.His attributes and personality are clearly
reflected even in the fine art of
Malay cultural dance , which is expressed in slow and graceful movements
depicting his affinity with the peaceful surroundings.The Malay is also a
wonderful and gracious host to his guests, and this has been depicted in the
writings of not a few Westerners, at times putting him at a disadvantage
position when dealing with others.But over time, he has also learned to manage
his boundaries, be they physical or psychological, well. The modern Malay is
suave, savvy, enterprising and
values-driven.The globalised world will be his next battleground”. (11). Ada beberapa perkara
penting dan menarik dalam kenyataan yang mempunyai makna yang mencakupi di atas: ·
Melayu yang mengamalkan agama Islam ·
diam di Malaysia, yang akar umbi keturunannya sampai kepada
mereka di tamadun Melayu Kesultanan
Melaka, ·
juga pribumi dalam bahagian-bahagian lain Dunia Melayu yang
alamnya dalam sejarah menjangkau masa sampai 3000 S.M. ·
mempunyai warisan budaya yang menjadikannya terkenal orang
yang mempunyai peribadi yang bermaruah tinggi dan beradab sebagai
“gentleman” di dunia ·
hidupnya dalam alam sekitar tanpa gangguan-gangguan iklim
yang keras ·
alam sekitar tabi’I yang bukan terganggu dengan
kebencanaan-kebencanaannya ·
Dengan kurnia Tuhan ia menjadi peribadi yang mengawal
keinginan, sabar, lemah lembut, bertimbangrasa ·
Ciri-cirinya terbayang sampai ke dalam seni halus tarian
budayanya yang bertertib, tidak tergesa-gesa, dan indah, menggambarkan
keserasiannya dengan alam sekitar yang aman damai. ·
peribadi yang melayan tamunya dengan pemurah dan baik budi,
yang diungkapkan dalam karangan Orang Barat yang bukan sedikit, kadang-kadang
menyebabkan ia berada dalam keadaan merugikannya dalam menghadapi orang lain. ·
Dengan berlalu masa ia mendapat pelajaran bagaimana
mengurus sempadan-sempadannya samaada yang fisikal atau kejiwaan ·
Melayu moden beradab, berdiplomasi, canggih, bersikap
keusahawanan, terpandu oleh nilai-nilai unggul ·
Dunia globalisasi medan juangnya yang akan dihadapinya.
. Kalau kita hendak
berbicara tentang pemerkasaan identiti Melayu ini dalam erti ketamadunan dan
budaya maka konsep yang paling sentral yang boleh digunakan ialah konsep
‘asabiyyah Ibn Khaldun rh sebagaimana yang dihuraikannya dalam “al-Muqaddimah”. Secara ringkasnya pada
Ibn Khaldun walaupun ‘asabiyyah itu asalnya bermula dengan mereka yang ada
hubungan ethnik, kemudian maknanya diperluas untuk merangkumi mereka yang berada
bersama-sama dengan mereka yang asal itu dalam pengelaman hidup dan mati, susah
dan senang; dengan itu timbul kesetiakawanan antara mereka yang menimbulkan
kekuatan yang mendatangkan kekuasaan dan pemerintahan serta kejayaan dalam
penjayaan agama dan hidup ketamadunan dan budaya. Beliau mempertahankan
‘asabiyah demikian dengan merujuk kepada hadth yang bermaksud “Allah tidak
membangkit seorang nabi melainkan baginda berada dalam lindungan kekuatan
bangsanya”. Beliau juga merujuk kepada hadith berkenaan dengan khilafah yang
bermaksud:”Khalifah-khalifah itu hendaklah dari golongan Quraisy”. Beliau
menafsirkan bahawa maksud Quraisy itu bukan hanya bermakna Quraisy kabilah Nabi
saw tetapi maksudnya ialah mana-mana bangsa yang mempunyai rasa ‘asabiyah yang
kuat sebagaimana Quraisy itu dahulunya mempunyai ;asabiyah yang kuat yang
menyebabkan pimpinan mereka berjaya.(12). Theori ‘asabiyyah
Ibn Khaldun ini perlu dimenafaatkan di Dunia
Melayu bermula dengan Malaysia demi
untuk menimbulkan perpaduan yang kental dan kerjasama yang berkesan dalam
membina budaya dan tamadun, dan bangsa-bangsa lain diajak bersama dalam
kerjasama dan perpaduan sedemkian ini.Ini boleh diambil contohnya daripada usaha
Nabi saw yang menyatupadukan Arab
Muslimin awal itu di Madinah, kemudian mengajak pihak lain yang berlainan agama
dalam “satu ummat” untuk mempertahankan Madinah bersama. Globalisasi: Sebagai fenomena
budaya semasa ia memaksudkan keadaan yang di dalamnya kadar interaksi manusiawi
sedemikian bertambah banyaknya sampai ke tahap kesan-kesan utama atau primarinya
dan reaksi-reaksi yang timbul daripada provokasinya, yang menimbulkan
perkembangan-perkembangan baru.(13). Ia digerakkan oleh
beberapa faktor seperti globalisasi teknologi, politik, ekonomi. Tiga penggerak
utama ini memulakan proses yang
kerananya maka jarak jauh segi geografi semakin kurang menjadi faktor
dalam mengadakan dan meneruskan laluan sempadan negara-negara,
hubungan jarak jauh dalam ekonomi, politik, dan sosio-budaya.Ini semua
disebutkan sebagai globalisasi. Maka wujudlah suasana
saling hubung menghubungi dan perlu
memerlukan antara golongan manusia
dan kemudiannya secara potensinya bersifat
menjadi laluan sempadan yangn bersifat sejagat. Secara potensi menjadikan
segalanya bersifat antarabangsa dalam hubungan dan keadaan saling memerlukan,
yang menimbulkan kesan-kesan demokratik, persekitaran, keselamatan,
dan ada pula yang menimbulkan kesan-kesan negatifnya dari segi sosial seperti
perubahan dalam sikap dan kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran. Bagaimanapun
ada pula yang positifnya dalam erti ia memasukkan semua golongan manusia ke
dalam masyarakat dunia antarabangsa dan menimbulkan sistem-sistem baharu dalam
pengurusan dan pentadbiran dalam
sistem global dan masyarakat madani global.(14). Antara definisinya
yang boleh digunakan untuk perbandingan ialah:”Globalisasi merujuk kepada
semua proses-proses yang dengannya maka manusia di seluruh dunia dihimpunkan
masuk menjadi satu masyarakar dunia, masyarakat global” (Martin Albrow, 1990).
Atau ia “…boleh ditakrifkan sebagai proses menjadikan intensifnya hubungan
sosial seluruh dunia yang menghubungkan tempat-tempat yang jauh dengan
sedemikian rupa sehingga peristiwa-peristiwa tempatan dibentuk oleh
peristiwa-peristiwa (lain ) yang berlaku beberapa batu jauhnya dari tempat itu
atau sebaliknya…”(Anthony Giddens, 1990). Ciri-ciri globalisasi
ini termasuklah antaranya menantarabangsakan pengeluaran, pembahagian buruh,
atau tenaga, gerak
perpindahan antarabangsa dari Selatan ke Utara, dan menimbulkan alam sekitar
baharu yang penuh bersaing.ptroses mengantarabangsakan negara, menjadikan negara
sebagai agensi-agensi dunia yang
sedang melaksanakan globalisasi (Robert Cox, 1994). Ada seginya pula yang
menyebabkan globalisasi ditakrifkan sebagai “…apa yang kita sebutkan dalam
Dunia Ketiga beberapa abad lamanya sebagai penjajahan (colonization)” (Martin
Khor, 1995). Globalisasi juga
antara mendapat respon daripada kalangan pimpinan Malaysia yang menyebutkan
bahawa apa yang diperlukan bukannya globalisasi sepenuhnya, sebagaimana yang
berlaku di Barat, tetapi globalisasi yangt mengambil kira kepentingan negara
masing-masing, sebab kalaulah dibiarkan globalisasi berlaku sepenuhnya maka
usaha-usaha syarikat-syarikat tempatan yang memerlukan pembelaan terlebh dahulu
untuk menjadi maju akan tewas, dan kepentingannya terjejas, dan akan berlakulah
kegagalan. Dan disebutkan bahawa kalau dalam negara diperlukan pembelaan terhaap
sesuatu golongan demi untuk mewujudkan keadilan sosial dalam negara, maka
golongan lemah tidak akan mendapat pembelaan,sebab globalisasi yang dibiarkan
berlaku sepenuhnya hanya menguntungkan syarikat-syarikat
yang besar-besar dan kaya raya, dan syarikat-syarikat baharu yang hendak
maju dalam negara-negara sedang membangun akan tewas; dengan itu yanhg kaya
bertambah kaya an yang miskin bertambah miskin.(15) Juga dimajukan
pendapat bagaimana mereka yang di negara-negara maju mahu pemindahan modal
sahaja secara bebas untuk menjayakan globalisasi, tetapi tenaga manusia tidak
mahu dipindahkan sedemikian.Dengan itu maka bila modal luar ditarik dengan
mengejut negara yang berkenaan akan menjadi bangkrup.Ini bukannya senario yang
menguntungkan.(16). Pendapat sedemikian
ini perlu diberi pertimbangan antara yang paling serius dalam membina ekonomi
yang adil dalam negara-negara membangun dalam menghadapi globalisasi. Ada juga kecenderungan
yang timbul untuk melihat bahawa dalam dunia globalisasi yang penuh itu
maka nampaknua dunia dikontrol hanya oleh tenaga-tenaga pasaran bebas
yang menyebabkan akhirnya dunia menjadi mangsa kerakusan manusiawi yang muncul
melalui syarikat-syarikat gergasi multinasional yang sampai seolah-olah menjadi
gergasi-gergasi yang mendominasi kerajaan-kerajaan.Dan ini menjadikanb dunia
berada dalam bahaya dalam banyak segi yang asasi. Menarik juga
kenyataan-kenyataan yang perseptif oleh Chandra Muzaffar dalam “Globalisation
and Religion: Some Reflections” (17) bila beliau menyebut beberapa aspek
positif dan negatifnya dari globalisasi itu: iaitu yang positifnya
seperti: ·
terbukti
pelaburan asing secara langsung (“foreign direct investment” -FDI) yang
mengurangkan kemiskinan mutlak dalam beberapa negara ·
pengembangan
perdagangan dan pelaburan asing yang menambahkan mobiliti sosial dan menguatkan
klas menengah dalam masyarakat ·
adanya setengah
teknologi-teknologi maklumat dan komunikasi baru yang membantu dalam mendapatkan
maklumat dari jarak jauh untuk pendidikan dan membantu rawatan pakar dalam perubatan untuk mereka yang
jauh dari kota-kot besar ·
menjadikan
komunikasi lebih senang, cepat dan murah ·
menyenangkan
ahli-ahli agama dan budaya yang pelbagai saling kenal mengenali antara satu sama
lain ·
membolehkan
manusia menunjukkan dan membuktikan simpati dan kasihan belas kepada mereka yang
terkena malapetaka yang disokong
oleh ajaran agama ·
menonjolkan ke
depan isu-isu seperti pemerintahan undang-undang, tanggungjawab awam, hak-hak
manusia, dan lain-lain isu yang menyentuh pengurusan yang baik (“good
governance”). ·
mebantu dalam
membicarakan hak-hak dan kedudukan wanita Dan yang nregatifnya
beliau sebutkan, antaranya: ·
kemerusutan
alam sekitar dalam wilayah Asia-Pasifik kerana kerja-kerja badan-badan korporat
transnasional dan syarikat-syarikat
tempatan menebang hutan-hutan dalam pembalakan ·
walaupun
globalisasi mengurangkan kemiskinan mutlak, kerana pros4es globalisasi jurang
antara yang kaya dan yang miskin semakin meluas, kerana pembangunan yang berlaku
tidak seimbang ·
setengah negara
terpaksa meletakkan prioriti kepada keperluan-keperluan asas seperti elektrik
dan air dan pendidikan untuk semua tidak menjadi prioriti utama; soal keuntungan
syarikat-syarikat besar diutamakan daripada maslahat kehidupan negara-negara
miskin ·
kemasukan modal
asing dengan cepat dan menyemarakkan ekonomi dengan cepat boleh mendatangkan
malapetaka bila modal keluar dengan cara yang cepat pula, seperti yang berlaku
di Asia Tenggara dalam tahun 1997. ·
Bertambahnya
proses menggunakan teknologi canggih menyebabkan berlaku pengangguran termasuk
di Utara ·
Globalisasi
menjadi budaya kepenggunaan (“consumer culture” ) dengan kesan-kesannya yan
buruk ·
penyamaan
pakaian, musik, makanan, dan adat kebiasaan kerana pengaruh budaya luar
melemahkan kekuatan dan nilai-nilai budaya yang pelbagai dalam tradisi-tradisi
Asia ·
pengembangan
budaya pop yang dangkal dan melemahkan ·
pendidikan
menjadi tertupu kepada kursus-kursus dalam pengurusan dan teknikal, dan
pusat-pusat pengajian memberi respon kepada pasaran dan tuntutannya ·
banyaknya
bahan-bahan yang tidak berguna dalam ryuang siber yang membahayakan ·
hak-hak asasi
manusia dan demokrasi dijadikan alat manipulasi kuasa-kuasa besar untuk faedah
mereka memangsakan pihak-pihak yang lemah ·
globalisasi
memudahkanberlakunya jenayah-jenayah dalam penyebaran dadah dan penganaiyaan
wanita dalam kegiatan-kegiatan tidak bermoral ·
penyakit-penyakit
juga menjadi global melaluinya Akar umbi
globalisasi di Barat: Kita boleh membaharu
ingatan kita tentang akar umbi globalisasi di Barat untuk melihat perkembangann
yang berlaku sekarang dalam satu senario yang
sepadu: Antaranya ialah: ·
Aliran
“Pencerahan” dalam budaya Barat dengan pemisahannya antara agama dan sains,
sekularisasi, rasionalisasi, dan individualisasi. ·
“Pencerahan”
politik dengan pembentukan negara bangsa Eropah, perkembangan undang-undang dan
perjanjian-perjanjiannya; ·
“Pencerahan”
ekonomi dengan ekonomi wang, menyimpan buku dan akaunting, negara-negara kota
perdagangan yang muncul, revolusi
industri, dengan interaksinya
dengan ekonomi kebangsaan; ·
Pembaharuan-innovasi-
dalam teknologi, revolusi dalam kenderaan, sistem komunikasi, rekaan kereta,
kapalterbang, telegraf, radio, telefon, sekarang telefon mudah alih dan alat
video-conferencing. ·
Penyebaran
“pencerahan” Barat melalui “penemuan” mereka, penjajahan,
pasaran-pasaran, dokongan dan nasihat-nasihat kepada negara-negara sedang
membangun; ·
Akar umbinya
selepas selepas Perang Dunia termasuk pemodenan budaya, pelarian politik dan
ekonomi, budaya hiburan sejagat, budaya
maklumat, Amerikanisasi budaya dan ekonomi; ·
Pemodenan
politik : hampir diterima di seluruh dunia
ideologi neo-liberal pasaran campur demokrasi, pemerintahan
undang-undang, yang dipanggil “soft law” global, proses-proses pembentukan
rantau-rantau (“regionalization”), dan sistem UN (yang pada Jude
Wanniski dalam web sitenya itu
dipanggil sebagai birokrasi Amerika). ·
Pemodenan
ekonomi :liberalisasi ekonomi , dan revolusi digital, dengan pelakun-pelakun
globalnya yang berinteraksi; ·
pembaharuan
-innovasi- dalam teknologi pengecilan (“miniiaturization”) barangan-barangan,
dan menjadikan produk-produk tidak begfitu bersifat sebagai benda
(“dematerialization of products”) , revolusi ICT dan perekaan teknologi
angkasa lepas. ·
Penyebaran
moderniti Barat melalui pasaran-pasaran, pelancungan, dan bantuan pembangunann
kepada negara-negara membangun (dengan ada pula kesan-kesan menguntungkan Barat
pula secara yang banyak mendatangkan kesan negatif ke atas perkembangan jangka
panjang negara yang berkenaan). Ini antara akar umbi globalisasi yang sedang
berlaku sekarang ini. Sekali
lagi antara perkara-perkara positif dalam globalisasi: ·
Cepatnya
perhubunganm manusia kerana kenderaan baharu dan alat-alat kominikasi termasuk
komputer dan internet dengan e-mailnya dan sebagainya, serta alat
video-conferencing selain daripada telefon. ·
Cepatnya wang
boleh dipindahkan untuk menjayakan perdagangan secara elektronik; ·
Cepatnya
keputusan yang boleh dibuat kerana maklumat cepat sampai dan senang manusia
dihubungi (denganh e-mail, video-conferencing dan sebagainya, termasuk cepatnya
negara dimusnah melalui teknologi perang yang baharu sebagaimana yang boleh
dilihat dalam perang di Afghanistan-pengarahan dari negara yang jauh, peristiwa
pemusnahan berlaku di Afghanistan).Subhana’Allah. ·
Senangnya
kegiatan perekonomian dijayakan oleh syarikat-syarikat gergasi multinasional
melalui alat-alat komunikasi canggih itu. ·
Senangnya
kegiatan pentadbiran dan pengurusan dilakukan dengan cepanya tranpa keperluan
bersua muka kerana itu boleh dilalkukan melalui alat-alat canggih itu. ·
Senangnya
pendidikan dijayakan - samaada penyampaian ilmu atau pembelajaran dan sebagainya
dilakukan melalui pendidikan jarak jauh dan yang sepertinya, tanpa kepeluan
menghadiri kursus-kursus seperti biasa di pusat-pusat pengajian, semuanya
berlaku secara “on-line”, sampai
dikatakan ada yang mengeluarkan ijazahnya secara demikian. ·
Senang dan
cepatnya ulisan-tulisan dan makumat-maklumat, termasuk rajah-rajah dan
grafik-grafik, dan animasi, serta video-clip, termasuk suara dan filem-filem
dicapai, di downloadkan, ditelaah, dan disaksikan. ·
Dengan itu
kesulitan-kesulitan dari jauhnya jarak, lamanya masa, sukarnya manusia dihubungi
banyak mendapat penyelesaian. ·
Ekonomi
berkembang dengan pesat, integrasi ekonomi senang berlaku seluruh dunia. ·
Dari segi
politik senang negara-negara dihubungi, dengan institusi-institusinya; demikian
sebaliknya senang dilakukan kerja -kerja negatif terhadap negara-negara dunia
dengan adanya alat-alat canggih itu, termasuk alat-alat untuk perisikan demi
untuk mengganggu kestabilan negara-negara yang ada kepentingan negara kuat
padanya. Kebaikan-kebaikan
dalam Ilmu Pengetahuan dan Pendidikan: ·
Globalisasi dan
TMK zaman ini mendatangkan kesan dalam ilmu dan pendidikan dalam segi
membolehkan maklumat-maklumat dan
pengetahuan boleh dicapai dalam laman-laman web yang berguna berkenaan dengan
pelbagai ilmu pengetahuan sama ada berkenaan dengan agama atau bidang-bidang
ilmu pengetahuan lainnya, termasuk sains, sastera, ilmu-ilmu sosial, dan
seterusnya, apa lagi berita-berita melalui akhbar-akhbar dan majalan-majalah
on-line.Gunakan sahaja enjin pencari “Yahoo.com” atau “Google.com”
antara yang popular atau “Alta Vista” dan
tuliskan apa yang kita kehendaki dalam kotak dialognya, tekan, kita akan dapati
jawapannya yang menenaraikan punca-puncanya.Pencariannya boleh dilakukan dalam
Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, bahkan boleh dilakukan dalam Bahasa Arab bila
seseorang itun ada program Arabnya dan “browser” yang digunakan itu membantu
pencarian dalam bahasa itu seperti IE5 dan seterusnya, dengan “Google.com”
bila dipilih bahagian Bahasa Arabnya.Mungkin tidak lama lagi pencarian
boleh dilakukan dengan bahasa Jawi. ·
Kamus-kamus
Inggeris dan Arabpun boleh didapati, kalau kamus Inggeris boleh diminta kamus
“Webster” atau kamus “Cambridge”, atau ensiklopedia tentang
istilah-istilah falsafah atau iulmu-ilmu sosial.Pencarian boleh dilakukan dalam
Bahasa Melayu dan juga Bahasa Arab. ·
Laman-laman web
yang memperdengarkan bacaan Qur’an pun senang didapati, bahkan sampai yang
membaca hadith Bukhari dengan menyebutkan baris-barisnya dengan baik pun boleh
didapati, misalnya dalam laman web “al-islam.com”, juga
“al-islamonline”. ·
Maklumat-maklumat
tentang majalah-majalah terkenal seperti “Time”, “Asia week”, “The
Economist”, “al-Ahram”, dan akhbar-akhbar Melayu juga boleh didapati
on-line. ·
Adanya CD
ROM-CD ROM dan DVD ROM berkenaan dengan pelbagai matapelajaran dalam pelbagai
bahasa memudahkan penyebaran pengetahuan asalkan seseorang itu ada minat untuk
mencari pengetahuan dan
memenafaatkan dirinya dengan perkembangan-perkembangan yang ada. ·
Adanya
sarjana-sarjana dan para ulama yang mempunyai laman web mereka masing-masing
yang membolehkan mereka dihubungi untuk melakukan hubungan demi kepentingan
menjayakan budaya ilmu. ·
Adanya
buku-buku dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab dan lainnya yang boleh
didownload dan dicitak untuk kepentingan penyelidikan. ·
Adanya
maklumat-maklumat tentang perpustakaan-perpustakaan yang besar-besar dan
pusat-pusat pengajian yang boleh dihubungi on-line. ·
Ringkasnya
peluang untuk mendapat maklumat dan pengetahuan adalah terbuka dengan
seluas-luasnya dalam semua bidang pengetahuan.Yang diperlukan ialah kemampuan
menapis maklumat-maklumat dan huraian-huraian ilmu supaya seseorang
itu tidak tersasul kerana salah pilih dan kerana kedangkalan fahamnya. ·
Seseorang yang
mempunyai persediaan yang mencukupi dalam ilmu dan kefahaman sampai boleh
mendapat hikmah kebijaksanaan dalam zaman TMK ini. Antara
perkara-perkara yang memperihatinkan dalam zaman globalisasi dan TMK: ·
Antaranya
boleh diperhatikan setengah daripadanya sebagaimana
yang dicamkan baharu-baharu ini dalam Seminar “Global Trends 2005” anjuran
CSIS yang berpusat di Washington DC pada Ogos 1998(18): dalam trend pertama
mereka berbicara tentang perkembangan bilangan penduduk negara dan dunia,
kemudia keperluan-keperluan mereka dalam pendidikan dan kehidupan ekonomi,
keperluan kepada tenaga, kehidupan sosial, perkembangan teknologi dan ekonomi,
tenaga-tenaga alternatif, keselamatan negara, dan sosial. ·
Dalam trend
kedua dan ketiga
mereka berbicara berkenaan dengan teknologi sebagai pemimpin dalam perubahan
sosial, kemudian pemodenan sosio-ekonomi, dalam erti bila negara menjadi kaya ia
berubah dari segi budaya, sosial dan politiknya; kemudian dibicarakan
keperluan-keperluan manusiawi, perubahan dalam pengembangan demokrasi Barat,
masalah undang-undang dan kawalan masyarakat, masalah etika dalam bioteknologi,
tentang masyarakat yang berilmu dan bermaklumat dengan yang kurang di dalamnya,
kepentingan kemahiran dalam teknologi, pendidikan tinggi, peningkatan pemikiran
dalam masyarakat. ·
Mereke
berbicara berkenaan dengan institusi-institusi sosial, dalam semua negara dunia,
birokrasi pendidikan, tentera, korporat, prinsip-prinsip demokrasi,
liberalisasi, kreativiti dan innovasi.Mereka berbicara tentang timbulnya
k-ekonomi. ·
Dalam trend
ketiga mereka
berbicara berkenaan dengan ekonomi berkenaan dengan sumber tenaga manusiawi, pengurusan yang baik, penciptaan alat-alat dan bahan-bahan
baru untuk perekonomian mereka, berkenaan dengan sempadan-sempadan yang semakin
berkurang dan runtuh, syarikat-syarikat besar mereka perlu melihat
peluang-peluang keluar negara mereka, seterusnya globalisasi ekonomi mereka. ·
Mereka
berbicara tentang politik mereka dan hubungannya dengan dunia luar, tentang
masalah kemasyarakatan, masalah budaya termasuk apa yang disebut sebagai
fundamentalisme agama, anti-intellectualism, sentimen anti sains, nasionalisme
melampau, tentang kemampuan US terus menerus menjadi pimpinan dunia antarabangsa
dalam bidang ekonomi, politik, strategi, dan keselamatan, dengan keupayaan
teknologinya. ·
Dalam Trend
kelima tentang
keperluan manusiawi dan tugas korporat mereka berbicara tentang timbulnya
institusi-institusi baru yang memiliki otoriti
menggantikan yang lama; mereka berbicara tentang cabaran-bacaran ke atas
struktur keluarga; bukan sahaja di Amerika tetapi di seluruh dunia;
mereka menyebut tentang menurunnya otoritas kerohanian; kemudian
menurunnya negara sebagai otoriti, bukan lagi seperti zaman lampau; mereka
menyebut bagaimana institusi politik terkebelakang berbanding dengan ekonomi
yang lebih maju; semua ini membawa risiko: meningkatnya jenayah, merusut
keluarga, hidup masyarakat, tradisi, agama,
semuanya semakin menipiskan hidup sosial. ·
Mereke
berbicara tentang keadaan kewangan yang tidak stabil,
bagaimanapun negara masih kekal wujud; dibicarakan peranan golongan
korporat yang semakin menjadi kuat, juga
dibicarakan individu: yang diperkasakan oleh teknologi, ia bebas, mempunyai
kreativiti, innovasi, dan kemahiran yang mendatangkan kejayaan dalam ekonomi dan
perdagangan; ·
Tapi mereka
menyebut: keperlan berkerja dalam pasukan, dalam masyarakat, keperluan membina
masyarakat madani (“civil”). ·
Mereka
berbicara tentang keperluan asasi manusiawi mengikut Maslow: keperluan-keperluan
fisiologi untuk badan, keselamatan dan keamanan; kasih sayang dan rasa terikat
kepada sesuatu (“sense of belonging”), maruah diri (“self-esteem”), dan
realisasi potensi diri. ·
Mereka
berbicara tentang jenayah di dunia maju, di Us dan negara-negara lain,
pembunuhan, disebutkan bagaimana US berada di kemuncak negara yang mencatit
pembunuhan dengan senjata api; dikatakan
Amerika sebagai negara maju yang paling terbiasa membunuh di muka bumi (“the
most murderous developed society on earth”);
mereka menyebut tentang keganasan; tentang kawasan stinggan; menyebut
tentang keperluan berkerja dengan negara-negara lain untuk menyelesaikan
setengah masalah-masalahnya. ·
Mereka
membicarakan masyarakat korporat dan tugas-tugasnya dalam pendidikan dan
pembangunan negara dan sosial; juga budaya generasi muda dengan hubungan tidak
langsung tetapi melalui alat (“mediated relationships”)
berdasarkan komputer, laman web, video dan sebagainya.Itu seperti hidup
dalam alam terpisah daripada hubungan langsung secara fisikal dalam masyarakat
atau keluarga. ·
Mereka
menyatakan keyakinan: Amerika secara uniknya terletak di kemuncak pimpinan dalam
pembangunan, tanpa kuasa lain mencabarnya, mereka mempunyai kreativiti,
innovasi, dan adaptability atau kemampuan untuk menyesuaikan diri untuk mendapat
kepentingannya. ·
Dalam trend
keempat dan ke enam
mereka berbicara berkenaan dengan beberapa perkara: antaranya bagaimana adanya
syarikat gergasi multinasional sebanyak 40,000 yang mempunyai syarikat-syarikat
rakannya hampir-hampir satu suku milion dengan penjualan mereka semuanya
berjumlah lima kali ganda paras perdagangan antara negara-negara. ·
Mereka
menyebutkan, mengutip kenyatan Foud Ajami pengkaji tamadun Arab itu, bagaimana
benda-benda yang di bawa oleh Barat ke negeri-negeri lain menjadi kebiasaan
dunia; dalam erti lain yang sedang berlaku ialah Amerikanisas, yang dikatakan
oleh setengah orang sebagai globalisasi. ·
Mereka menyebut
tentang multiculturalisme atau kepelbagaian budaya di Amerika yang dibantu pula
oleh media yang dikatakan “fragmented” atau terpecah-pecah, mendokong
semangat kepuakan atau “tribalism”.Maka dikatakan yang sedang berlaku ialah
“tribalism within globalism”- kepuakan dalam pensejagatan- atau “globalism
in tribalism”-pensejagatan dalam kepuakan dan yang satu mendokong yang
lainnya. ·
Bagaimanapun
mereka menyatakan bahawa tamadun menjadi “globalized only on the surface of
our lives” mengutip kenyataan Vaclav Havel, -kita mengalami globalisasi hanya
pada permukaan luar hidup kita sahaja, tetapi isu-isu jatidiri dan psikologi
kita masih berkait dengan perkara-perkara yang lebih bersifat tempatan. ·
Mereka menyebut
tentang ujian psikologi manusiawi -“The Test of Human Psychology”, yaitu
disebutkan bagaimana manusia yang dierkasakan zaman ini dengan pelbagai
teknologi dan ilmu sebagai pelakun zaman ini menghadapi cabaran-cabaran yang
sedemikian besarnya, dengann tugas-tugasnya yang terlalu amat berat; disebutkanm
bidang kewangan, pekerjaan dengan cabaran-cabarannya; cabaran pendidikan yang
menjadi pendidikan seumur hidup; disebutkan sindrom alianasi -“alienation”,
bagaimana rasa “terasing”nya manusia dalam hidup ini, terpisah daripada alam
tabi’i sekelilingnya; bagaimana ia tersisih daripada matlamat hidup
sebenarnya, disebutkan bagaimana ramainya manusia yang merasa “bimbang” (ada
“anxiety”) dalam menghadapi
hidup dunia ini.(Pada kita ini akibat daripada terputusnya hubungan manusia
dengan Tuhan, agama, dan tradisi such serta hidup kerohanian dan cara hidup yang
hampir dengan fitrah manusiawi sebenarnya). ·
Disebutkan
bagaimana adanya maklumat dan data yang terlalu amat banyak melebihi yang
sepatutnya (“information overload”) , juga terlalu cepat dan laju hidup ini
bergerak, dalam era internet, era
virtual atau maya, sehingga semakin lama semakin kita berinteraksi dengan
manusia bukan sebagai “diri” tetapi sebagai idel, atau perniagaan atau
sebagai institusi; ·
Dengan itu
disebutkan bagaimana kita hidup dengan kesedaran berkurangnya “tempat”,
berkurangnya tentang “sense of place”, kesedaran tentang kita ada mempunyai
tempat secara fisikal, kerana semakin ramai manusia mengembara sentiasa, dan
mereka berinteraksi antara satu dengan lain melalui media bukan secara langsung,
dengan itu akar umbi seseorang dalam hubungan dengan tempat dan masyarakat
menjadi terhakis, dengan akibat-akibat negatifnya. ·
Maka dimajukan
pertanyaan dalam persidangan yang berkenaan: Adakah keadaan ini ialah fenomena
psikologi manusiawi yang dimaksimakan untuk paras interaksi dengan dunia yang
seratus kali kurang kompleksnya, kurang abstraknya, kurang pelbagainya
benda-benda yang ditemui berbanding dengan apa yang dihadapi ini, dan bolehkah
kita berhadapan dengan halkikat sedemikian ini? ·
Berkaitan
dengannya pula disebutkan apa yang dpanggil sebagai “Pessimism Syndrome”
akibat daripada media memberi gambaran yang terlebih buruk daripada yang
lumrahnya berkenaan dengan manusia—kerana yang diambil ialah berita-berita
yang bersifat sensasi, bukan yang biasa dan lumrah.Dengan
itu akibatnya manusia berfikir mereka atau kesadaan hidup mereka lebih
buruk lagi daripada yang sebenarnya. ·
Disebutkanm
juga bagaimana berlakunya perubahan tentang nilai-nilai yang asasi sebagaimana
yang didapati daripada penyelidikan yang dilakukan .Tetapi dinyatakan bahawa
“humjan nature is a constant”- sifat kemanusiaan itu tetap tidak berubahyang
berubah ialah keutamaan yang diberikan kepada nilai-nilai. ·
Dinyatakan
bagaimana bila dilakukan penyelidikan tentang 60 buah masyarakat dunia
berdasarkan suasana-suasana yang mewakili keadaan kebangsaan dala negara-negara
berkenaan, maka didapati: nilai-nilai menunjukkan syarikat-syarikat gergasi
merupakan prioriti tertinggi; bagaimanapun ada diberikan perhatian tinggi kepada
kualiti hidup selain daripada fenomena bagaimana manusia tertarik kepada
pelbagai macam aliran kerohanian yang ganjil-ganjil…(19). ·
Kita boleh
perhatikan pula bagaimana Amerika mengambil jalan mengadakan polisi hubungan
luar yang bersifat lebih mementingkan kekuatan tentera untuk mengesankan
pengaruhnya dalam hubungan antara
bangsa selepas 11 September 2001. ·
Dan motto
mengesan dan menghapuskan golongan teroris atau pengganas yang ditujukan kepada
umat Islaam menjadi agenda pentingnya.Berkaitan dengannya baharu sahaja negara
itu menarik diri daripada perjanjian antarabangsa yang membataskan perbanyakan
senjata nuklur di dunia. Memperkuatkan
Melayu di Zaman Globalisasi dan TMK: Dalam hubungan dengan
memperkuatkan kedudukan Melayu dalam menghadapi globalisasi dan zaman TMK ini
ada beberapa perkara yang boleh kita fikirkan bersama antaranya ialah: ·
Bagaimana
Melayu yang agama Islam adalah sebahagian yang sebati dengan jatidirinya perlu
mengingati dan meyakini hakikat bahawa Islam adalah agama yang ditakdirkan dari
awal mula lagi untuk memperkasakan manusia dalam menghadapi globalisasi, sebab
itu maka Tuhannya adalah “Tuhan sekelian alam” bukan Tuhan “kabilah
kita” atau Tuhan “umat kita”. ·
Berkaitan
dengan itu ia perlu ingat dan yakini bahawa Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan
sebagai “rahmat untuk seluruh alam” , bukannya untuk bangsa Arab atau
mana-mana bangsa terpilih sahaja, bahkan ia membawa agama Islam “untuk seluruh
umat manusia”(“kaffatan lin-nas”). ·
Maka Islam
hendaklah diyakini oleh Orang Melayu-bersekali dengan saudara-saudaranya bangsa
lain dalam umat ini bahawa hidup
ini memang berbentuk sejagat, dan hidup yang bersifat sejagat ini hendaklah
dijadikan medan untuk menjayakan “Kalimah Tuhan” yang mengatasi segalanya,
walau apa sekalipun yang dikatakan oleh falsafah pasca modenisma. Kesenangan
dalam perdagangan dan komunikasi adalah alat atau wasilah untuk menjayakan Kalam
Tuhan dan menjayakan kehidupan serta tamadun sebagai khalifah Tuhan di muka bumi
dan sekaligus sebagai hambaNya.Maka dengan
itu Orang Melayu hendaklah membuat
persiapan dalam semua segi-iman, ilmu, kemahiran, akhlak, perhubungan,
teknologi, dan rangakain menjayakan
rancangan-francangan yang tersusun- supaya apa yang dilafazkannya dalam doanya
selepas takbir dalam sembahyang terlaksana dalam hidup, negara dan budayanya
yaitu doa yang bermaksud:”Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku
dan matiku adalah bagi AllahTuhan yang mentadbir sekelian alam”. ·
Disamping
membenarkanm globalisasi dan menerimanya, serta membuat persiapan untuk
menghadapinya, hendaklah ia memainkan
peranannya sebagai juara yang sewajarnya dengan kemampuannya untuk membuktikan
dengan penghayatan bahawa masyarakat Islam adalah membayangkan “ummat yang
terbaik yang dilahirkan untuk faedah umat manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan
dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”. ·
Maka hendaklah
dijaga dan dijayakan akidah Ahlis-Sunnahnya, hidup rohaninya, akhlaknya, aturan
syariat agamanya, nililai unggulnya, penghayatan peribadi-peribadi unggul dalam
tamadun dan sejarahnya, Perkara-perkara yang menyentuh jatidiri yang paling
intim itu tidak boleh dibenarkan terpesong kerana tenaga-tenaga pasaran
bebas.Ini perjuangan yang ia mesti hadapi untuk menjaga maruah diri dan agamanya
serta maruah bangsa dan tamadunnya. ·
Dalam bidang
pendidikan dan ilmu ia mesti menguasai ilmu-ilmu agama yang memadai untuk
dirinya-kalau ia bukan spesialis atau sarjana- supaya ia boleh hidup sebagai
Muslim yang komited dan berdisiplin
serta hendaklah ia mempelajari cara-cara membuktikan keindahan Islam dalam
hidupnya, serta mampu membuktikan keindahan itu dalam percakapan dan perbuatan
serta tingkah lakunya. ·
Ilmu-ilmu
semasa perlu dikuasainya setinggi mungkin,
demi untuk kebaikan dirinya dan bangsanya, serta negaranya, sebab
mengikut teori Ibn Khaldun sesuatu bangsa itu ilmu pengetahuan dan berfikirnya
menjadi unggul dan tinggi—dan ia mencapai apa yang disebut sebagai
al-‘aqlul-mazid atau akal tambahan—dengan mengalami pendedahan kepada
ilmu-ilmu dan kemahiran serta percubaan-percubaan dalam budaya menetap yang
tinggi.Dengan itu ia menjadi kuat. ·
Hendaklah
Melayu diberikan pendidikan dan ilmu-ilmu saintifik
dan teknologi yang memadai demi untuk menjadikan masyarakat Islam mampu
bersaing, tanpa keperluan meminta ehsan pihak lain,
dengan itu ia membina tamadun dan peradabannya bersekali dengan
rakan-rakannya terdiri daripada bangsa-bangsa yang berlainan agama membina
kehidupan dan budaya serta hidup dengan harmonis dalam kepelbagaian agama dan
budaya sebagaimana yang terjamin dalam perlembagaan. ·
Kesepaduan
ilmu-ilmu yang difahami antara ilmu-ilmu keagamaan dan ilmu-ilmu rasional boleh
dilihat contohnya sebagaimana yang ada dalam “al-Muqaddimah” ibn Khaldun rh
yang patut menjadi bahan telaah yang serius dalam pendidikan negara ini untuk
memberi persiapan akal bagi menerima ilmu-ilmu dalam kesepaduannya.Dengan itu
akan Melayu Muslim akan mendapat pemerkasaan melalui pemenafaatan teks ini. ·
Melayu Muslim
perlu menunjukkan contoh perpaduan sesama Islamnya terlebih dahulu baharu ia
boleh mengajak pihak lain dengan cara yang meyakinkan dalam perpaduan kebangsaan
untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.Ini dilakukan oleh Nabi s.a.w.
bila baginda menyatupadukan Muslimin Arab dahulu dengan rakan-reakan mereka di
Madinah, kemudian diadakan perjanjian dan perpaduan dengan Orang Yahudi dan
lainnya yang dibebankan dengan tugas menjaga negara-kota Madinah sebagai tugas
bersama.Untuk menjayakan hakikat ini maka usaha perlu dilakukan untuk
menggantikan “budaya perang “(‘ a culture of war”) dalam masyarakat
dengan “budaya kasihan belas” (“a culture of compassion” ) sebagaimana
yang digambarkan dalam Quran dalam akhir Surah al-Fath.Sebagaimana yang saya
suka selalu sebutkan bahawa teori ‘asabiyyah Ibn Khaldun perlu dijadikan asas
teori menyatukan Melayu-Muslim untuk menjadi paksi perpaduan negara ini.Mereka
yang terlibat dalam ilmu pengetahuan dan mereka dalam kalangan da’wah perlu
menjadi “bumi menengah intelektuil dan moral” (“the intellectual and moral
middle turf”) demi untuk menjayakan penyatupaduan umat secara berkesan. ·
Nilai-nilai
adat dan budaya yang bersesuaian dengan keyakinan dan agamanya hendaklah dijaga
dan diteruskan penghayatannya sebagaimana yang terkandung dalam kata-kata
terkenal:”Hidup bersendikan adat, adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan
kitab”. ·
Perkara-perkara
positif dalam globalisasi dan TMK hendaklah digarap dalam umat Islam dengan
seperkasa mungkin sebagai rancangan nasional pada semua peringkat dan jurang
antara mereka yang mengetahui dengan mereka yang tidak mengetahui TMK hendaklah
dikurangkan.Kemenafaatan TKM perlu dicanangkan dengan cara seluas-luasnya dengan
kerjasama semua pihak, termasuk warga pendidikan para pemimpin, aktivis
masyarakat dan ulama. ·
Ciri-ciri
tambahan yang disebutkan dalam “Agenda Melayu” oleh Prof Dr Hashim Musa.
INMIND, 2002 adalah relevan: pengembalian kepada faham alam (“world-view”)
Melayu-Islam tentang Allah, alam, insan, sewajarnya; Islam sebagai “al-din”
yang membina Muslim, mu’min, muhsin; keyakinan penuh kepada Allah sebagai
Tuhan alam semesta dengan kelebihan yang didapati dalam hidup dengan keyakinan
itu dalam masa susah dan senang; wawasan, misi, objektif, niat, dan strategi
yang sah benarnya mengikut hukum agama tanpa manipulasi dan keingkaran; nilai
tertinggi manusiawi mengikut akhlak yang luhur mengatasi bangsa dan warna kulit;
kehidupan yang berada dalam “tawazun” antara rohani-jasmani, dunia akhirat,
ilmu, maklumat dan kebijaksanaan,kemahiran, kepakaran, fardhu ain dan fardhu
kifayah. ·
Keperluan itu
semua adalah berlaku dalam rangka epistemologi Sunni dengan akidahnya, dengan Syariatnya bermazhab
Syafi’I, misalnya, ajaran rohani, akhlak dan isyarat falsafah dan pemikiran
seperti dalam ajaran al-Ghazali, dan aspek-aspek ketamadunan dan budaya
serta perkembangan intelektuil seperti yang diajarkan oleh ibn Khaldun
rh, dengan tambahan-tambahan seperlunya dari penulisan klasik atau moden yang
berguna.Dalam hubungan dengan pemikiran dalam agama maka hendaklah dikecualikan
Dunia Melayu daripada pemikiran teologi dan yang berkaitan dengannya daripada
cara pemahaman yang lain daripada
ijma’ dalam epistemologi Sunni dan
yang bersifat “divisive” apa lagi
yang menimbulkan sikap kombatif dan bukan sikap “an-nasihah” dalam
menghadapi waliul-amri.rtinya kerja membina umat ini dan perpaduannya ada
dimensi teologi padanya selain daripada usaha-usaha lain. ·
Pemerkasaan itu
juga mesti berlaku dengan penyelesaian kelemahan-kelemahan yang menghantui Orang
Melayu dalam beberapa perkara gejala buruk, seperti yang disebut dalam sumber
yang sama, menukil pendapat Prof Dr Mohd Kamal Hassan:pegangan dan amalan hidup
liberal, materialistik, sekular yang negatif,
gaya hidup menunjuk-nunjuk, sindrom politik wang (yang disebut oleh ibn
Khadun berlaku bila tamadun menurun), kelemahan moral (juga disebut oleh Ibn
Khaldun), dengan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya,
amalan dan sikap tuan-hamba (patron-client), gejala lepak dan salah laku
muda-mudi, sindrom pencapain rendah, sindrom
pergantungan, sikap mengelak matematik dan sains (Ibn Khaldun menyebutkan
matematik menjadikan penggemar dan orang yang mahir di dalamnya orang-orang yang
cerdik dan pintar), kecenderungan
hendakkan sesuatu dengan segera tidak sabar dan tekun, tidak menghargai masa
dengan kegiatan-kegiatan tidak berfaedah (walhal dalam perhimpunan dibaca Surah
Wal-‘Asri), keyakinan terhadap akhirat yang disalahtafsirkan sampai kurangnya
amalan kebajikan kemasyarakatan, akhlak, umat, dan konsep takdir yang
disalahtafsirkan, kepercayaan kepada takhayyul, gejala fitnah dan umpatan,
amalan ajaran sesat. ·
Boleh
ditambahkan dalam senarai di atas, walaupun implikasinya sudah ada: yaitu budaya
berfikir secara teratur, tersusun dan objektif yang perlu dijadikan budaya yang diamalkan dengan berkesan,
dengan dimulakan dari awal lagi disekolah dan di pusat pengajian melalui
latihan-latihan.Ibn Khaldun mengambil berat tentang budaya berfikir teratur dan
bermatlamat ini. ·
Juga boleh
ditambah budaya membaca bahan-bahan yang serius dan berguna dan budaya suka
membuat catitan dan menulis; orang yang terlibat dalam proses menulis adalah
orang yang melibatkan diri dalam proses penyempurnaan zat insaniahnya, sekaligua
ia sedang melakukan usaha membina tamadun.Perlu difikir: bagaimana berkembang
tamadun ilmu kalau orang tidak serius belajar? Bagaimana boleh berkembang ilmu
kalau tidak ada buku yang ditulis? Kalau tidak dibiasakan menulis bagaimanakah
akan ada tulisan? Untuk menulis pula perlu ada ilmu dan pemikiran.Demikian
seterusnya. ·
Juga boleh
ditambah budaya jimat cermat perlu dihidupkan di kalangan mereka yang hartawan
selain daripada orang biasa.Pengajaran dalam buku “The Millionaire Mind”(20)
yang menyebut tentang budaya milionair Amerikayang berhemat dalam berbelanja,
tidak menunjukkan kemewahan hidup, berdisiplin, kasihkan nilai-nilai
kekeluargaan, khidmat sosial, cekap menmgurus kejayaan mereka, demikian
seterusnya yang banyak persamaannya dengan ajaran Islam tentang adab-adab mereka
yang berharta, perlu menjadi panduan dalam masyarakat Islam, untuk sasana
semasa, selain daripada panduan Quran dan Sunnah. ·
Dalam rangka
yang lebih luas Dunia Melayu perlu bersama dengan tamadun-tamadu Asia lain dalam
membina kekuatan menjaga jatidiri berpaksikan nilai-nilai Asia dalam menghadapi
penghakisan nilai-nilai sarwajagat yang ada dalam tamadun Asia supaya dengan itu
kekuatan dan keberkesanan akan menjadi lebih mantap dalam perjuangan.Wallahu
a’lam. Notahujung: (1)Syakih Daud
al-Fatani, “Ad-Durruth-Thamin” bahagian awalnya, juga Syaikh Zainal-Abidin
al-Fatani, “Aqidatun-Najin, bahagian awalnya. (2)“at-Tamhid”,
edisi Kahirah oleh Mustafa Abd al-Raziq, bahagian mukaddimah. (3)sumber sama. (4)“al-Muqaddimah”
oleh Ibn Khaldun, terj.Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm.525-526 dan halaman-halaman
lainnya tentang “akal”. (5)hlm267 (6)“Aadiqatul-Azhar”,
edisi Wan Mohd Shaghir Abdullah, hlm.223 (7)hlm.4 (8)Yang boleh dilihat
dalam sukatan pelajaran sekarang di sekolah-sekolah. (9)1992, Kuala Lumpur,
hlm.53-54. (10)sumber sama. (11)hlm xi. (12)Ibn Khaldun,
“al-Muqaddimah”, DBP, hlm.144-147 (13)Lih.laman web Drs
Ruud Lubbers-definitions of globalisation_lexicon.files.html (14)sama (15)“Berita
Harian”, 26/5/2001 (16)“Globalisation
and the New Realities”, oleh Dr Mahathir Mohamad, Pelanduk Publications, 2002. (17)Dalam”Globalisation:
The Perspectives and Experiences of the Religious Traditions of Asia Pacific”,
(eds) Joseph A.Camilleri & Chandra Muzaffar, International Movement for A
Just World, Petaling Jaya, 1998, hlm 180-186. (18)www.csis.org/gt2005/conf0898html;…org/gt2005/papers.html (19)“Papers and
Conferences”, Global Trends 2005.A Future Trends Conference,
www.csis.org/gt2005/conf08146.html (20)oleh Thomas
J.Stanley, Ph.D., Andrews McMeel Publishing, Kansas City, 2001. |
|