|
TRADITIONAL ISLAM as understood by the vast majority of ulama' of the Ahli Sunnah wal Jamaah
|
|
The Islamic Concept of Education According To Shaykh 'Abdu's-Samad of Pelembang And Its Significance in Relation To The Issue Of Personality Integration.
Muhammad
'Uthman El-Muhammady. Akademika 1 (1972) ABSTRACT An attempt is made in this paper to discern the salient features of the Islamic educational doctrine and method in the matrix of the sufi tradition as expressed by one of the most outstanding figures in the landscape of Islamic intellectuality in this region, the 18th century Shaykh 'Abdu's-Samad of Palembang (rh).
The indispensible foundations of such an educational doctrine and method are twofold: first, the portrayal of the orders of reality and the related issues; and second, the indispensible means of realisation by inward experience which consists of the Islamic obligatory religious duties and rituals, plus the all-important dhikru'Llah all of which are based upon the Islamic Sarted Law
(Shari'ah). In terms of individual salvation and personality integration, the Islamic sciences which are indispensible are the science of the bases of belief, the Islamic Law
(al-fiqh), and Islamic mysticism (Tasawwuf). This is he indispensible triad in the formulation of the writer. The ultimate end of such a process is the realisation of true knowledge, gnosis (ma'rifah)being knowledge of things through God. It is integration in accordance with the cadre of Islam, Tawhid.
ABSTRAK Dalam kertas ini percubaan dibuat untuk melihat ciri-ciri asasi dari ajaran pendidikan dan kaedahnya dalam tradisi Tasawwuf, sebagai yang dihuraikan oleh seorang dari peribadi-peribadi terpenting dalam rangka alam akliah ke Islaman di rantau ini, iaitu Shaykh 'Abdu's-Samad al-Falembani (rh) dalam abad ke-18. Beliau melihat proses pendidikan sebagai proses membersihkan logam diri (nafs) manusia yang "terjatuh" dari segala kotoran di dalamnya, dan mengubahnya-melalui kimia rohaniyyah yang didapati di dalam ajaran Islam dan kaedahnya-menjadi jiwa emas yang bergemerlap dengan sifat-sifat keutamaan rohaniyyah. Dari satu segi yang lain, ini adalah dipandang sebagai perjalanan peribadi insan ke arah Pusat-Tempat Asalnya, dari pinggir diri ke pusatnya. Dari segi kosmology, ini ialah perjalanan-secara kualitatif-dari Alam Shahadah sampailah ketaraf alam yang terdekat dengan yang Mutlak di dalam pengalaman rohaniyyah, dalam mana yang Mutlak itu direalisasikan dalam pengalaman yang menjadikan hakikat-hakikat keagamaan dan rohaniyyah bukan lagi perkara yang dipercayai sahaja, tapi perkara-perkara yang dialami yang menimbulkan keyakinan yang tak meninggalkan lagi ruang untuk syak dan ragu. Asas-asas yang termesti dari ajaran dan kaedah ini adalah dua: pertamanya, penerangan atau gambaran tentang tingkat-tingkat alam yang dilihat dari segi hakiki dan masalah-masalah yang berhubung dengannya, dan keduanya, cara yang termesti yang membawa kepada realisasi kebatinan yang terdiri dari ibadat-ibadat Islam yang wajib dan amalan-amalan lainnya, terutama sekali yang amat pentingnya ialah dhikru'Llah; semuanya ini adalah amalan-amalan yang berdasarkan kepada Shari'ah Islam. Natijah terakhir dari proses demikian ialah realisasi rohaniyyah, ma'rifah yakni mengetahui semua benda melalui Tuhan. Ini adalah integrasi yang hakiki mengikut prinsip ajaran Islam,
Tawhid. |
|