|
SEBUAH LAGU MERDU DARI TUNIS Oleh: Putera Sunni
I Inginku dendangkan wahai sayang lagu merdu dari Tunis Dengarkanlah wahai sayang nyanyian purba manawan manis Dari serulingku mengalun senandung pembawa perpaduan Pemaut hati jiwa akal budi ibn Khaldun al-Maghribi Ingi ku jadikannya sebahagian lagu merdu alam pertiwi Dunia Jawi
II Beliau bersenandung lagu merdu aluanan kasihkan bangsa Di bawah nama asabiyah pengangkat umat jadi perkasa Dengarkanlah lagu ini sayang, penyatu padu bukan hanya kerana keturunan Bahkan k'rana kebersamaan dalam kehidupan pengalaman adat kebiasaan Bagaikan takrifan Melayu yang ada di kalangan kita Mengambil kira adat agama bahasa pengucapan tamadun kita
III P'bila Iqbal membawa JalaludDin Rumi dalam alam puisi Inginku bawakan lagu wacana akli ibn Khaldun ke alam kita berdiskusi Bicara penguat umat jadi teguh lagi bermaruah tinggi Sebutan nama dalam sejarah menjadi harim bak setanggi Dibisikkannya ke telinga kita penuh kasih dan sayang "Kamu perteguhkan perpaduan bangsa kalau tidak maruah melayang"
IV Ini ajaran Junjungan dalam rahsia "fi man 'atin min qaumihi" Pengajak kepada lindungan kekuatan bangsa teguh penuh kasih Tali kasih sayang mesyi dipererat, diperteguh Tanpa merugi masa dalam bertangguh kita roboh Racun bisa pemusnah, perpecahan, mesti dihapuskan Bagai orang memadam api membakar memusnah perbendaharaan simpanan
V Beliau memetik lagu pembina akal murni lagi tajam Lagu "akal tambahan" pembina tamadun bangsa 'Ajam Terbentuk dalam pendedahan pendidikan ilmu tinggi dan kepakaran Diperlukan demi peningkatan tinggi bangsa melalui kesedaran Perlengkap kepada memuncak masyarakat iman taqwa akhlak dan keperibadian Membentuk peribadi masyarakat tamadun bangsa dan peradaban
VI Beliau menyeru kita k'pada imbauan membina kekuatan adat kebiasaan Terkandung dalam bidalan "Hidup bersendikan adat, adat bersendikan hukum kenabian Hukum terbina atas Kitab yang diwahyukan" Terbentuk adat tetap teguh terbina budaya perkasa menyelamatkan Tertera adat erti maknawi cara berfikir dan nilai Pembawa ketertiban dalam pemikiran, sikap, pearturan berharga tak ternilai
VII DIgesanya kita membina budaya lagi tamadun tinggi Berpaksikan ajaran Nabi dari wahyu, sunnah dan daya pemikiran mengatasi Feringgi Mewarisi budaya dan tamadun iman dan ilmu menyeluruh sepadu Terpahat dalam sejarah gemilang umat Islam zaman lalu Sejarah gemilang dulu bukan ibarat seperti candu bahkan sumber kekuatan, pemikiran, nilai, prinsip memandu
VIII Mari, sayang, kita hayati alunan merdu Maghribi ini Jadi kita umat berjatidiri berprinsip hidup zaman kini Tergabung kebenaran mampu bertahan zaman bahari dengan kemahiran ilmu terkini Berilhamkan Ihya' al-Ghazali dan Muqaddimah ibn Khaldun al-Maghribi Tergarap dengannya penguasaan teknologi baru seperti Bill Gates di kotarayanya Dengan kedalaman penguasaan sains Einstein di bidangnya
IX Mari sayang kita binakan kembali kebijaksaaan akal dan tadbir Tun Perak Sifat adil 'Ala'uddin Ri'ayat Shah harum semerbak Keberanian kesetiaan Tun Tuah mempertahankan maruah bangsa Kealiman dan kebijaksanaan para ulama dan budiman sejarah nusa Keperkasaan pahlawan menjaga umat dari dicerubuh Ketertiban kemakmuran keamanan kota Melaka, Aceh berdiri teguh tiada roboh
X Aku lebai Jawi Timur Semenanjung ingin bermadah Berhasrat mengajak umat Dunia Melayu k'pada kehidupan paling indah Membina kembali kehidupan bangsa tamadun perkasa selepas Melaka terjatuh Hidup dilanda percubaab dan kebencanaan bukan dengan mengaduh Mampu membina umat semula jadi perkasa beradab lagi bermaruah DI dunia zaman globalisasi bila tersilap membawa padah
- di Pulau Pinang - semperna Majlis Penyampaian Wacana Ibnu Khaldun, anjuran Dewan Bahasa dan Pustafa (DBP), 6 Mei 2002 oleh penulis. ** Feringgi = barat |
Dikemaskini pada : 01-May-02 11:04 PM
|