MENJAWAB KRITIKAN TERHADAP FAHAMAN WAHABIYAH DI MALAYSIA
Merujuk kepada tulisan Mohd Asri "Buku
Salafiyah Wahabiyah menyimpang" Berita Harian, Isnin 30 dan 31 Julai 2001.
Selaku penulis buku tersebut saya merasakan bertanggungjawab untuk
mempertahankan hujah, menghapus kesamaran dan menjawab semua tuduhan yang
dilemparkan kepada saya dan Tuan Guru saya Hassan al-Saqqaf. Semoga Allah
memberi taufiqNya kepada kita terhadap apa yang disukai lagi diredhaiNya.
Pada dasarnya, saya bersetuju dengan
pendapat beliau yang mengatakan Syeikh Ibn Taimiyyah bukannya maksum. Akan
tetapi kata-kata beliau yang menggambarkan "tersilap fakta" pada Ibn Taimiyyah
mencerminkan sikap ta'sub beliau kepada Syeikh tersebut. Alasannya, jika
dikatakan "tersilap fakta" bererti kesalahan itu bukannya datang dari Ibn
Taimiyyah, akan tetapi fakta atau maklumat tentangnya tersilap. Justeru, dia
boleh membuat andaian bahawa "tersilap" yang berlaku itu disebabkan oleh salah
faham atau sikap ulamak lain yang dengkikan Ibn Taimiyyah sekaligus memfitnah
beliau. Adakah para ulamak yang menentang pendapat Ibn Taimiyyah kesemuanya
berada dalam situasi dan bersikap sedemikian.???
Dakwanya lagi: "Ada pendapatnya yang kuat
dan ada pendapatnya yang lemah". Kenyataan ini menjelaskan kepada kita bahawa
beliau begitu fanatik dengan pendapat Ibn Taimiyyah. Ternyata Mohd Asri masih
belum mampu membuat perbandingan pendapat secara dogmatik antara ulamak.
Pengklasifikasian pendapat Ibn Taimiyyah kepada kuat dan lemah sebenarnya tidak
menampakkan beliau mengiktiraf kesilapan yang dilakukan imam itu. Sebaliknya
beliau hanya ingin mempertahankannya walaupun terbukti pendapat Ibn Taimiyyah
tersebut membawa ’fitnah' dan implikasi yang negatif kepada sebahagian muslimin
yang tidak menurut pendapat beliau. Oleh itu, 'kemaksuman' yang dinafikannya
hanya sekadar manis di bibir sahaja. lanya bukan dilakukan secara komparatif
yang sedar lagi wajar. Sikap ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang
beraliran Salafi-Wahabi.
Dakwaan beliau bahawa saya menjadikan
cacian, penghinaan, fitnah dan pembohongan fakta sebagai metodologi penulisan
adalah tidak benar sama sekali. Melalui secalit tulisan ini, pembaca akan dapat
menilai sejauh mana ketaksuban Mohd Asri dan sesuci mana pendapat yang
dikemukakan oleh Ibn Taimiyyah dalam bidang kesarjanaan Islam. Penilaian ini
juga boleh dilihat menerusi buku saya Salafiyah Wahabiyah. Apa yang lebih
penting ialah implikasi yang berlaku terhadap satu pendapat yang "rigid" perlu
dinilai secara wajar. Sebab itulah dikemukakan judul buku saya "Salafiyah
Wahabiyah: Satu penilaian" supaya pembaca boleh menilai antara dua pendapat.
laitu satu penilaian pendapat Ibn Taimiyyah (disokong al- Wahabiyyah) dan satu
lagi pendapat para ulamak sunni lain. Tapi sayang, apabila kita mengkontradiksi
hujah Ibn. Taimiyyah, ianya dianggap sebagai musuh ahli sunnah oleh Mohd Asri.
Tahukah beliau siapa ahli sunnah???
Sebenarnya, di muqaddimah penulisannya
lagi, Mohd Asri telah membuat pendustaan ke atas diri saya. Buktinya, beliau
mengatakan: "Penulis buku ini mengaku dia adalah pengikut Hasan b. Ali al-Saqqaf
dari Jordan." Subhanallah. Sebenarnya, saya tidak pernah mengaku sebagai "pengikut"
Hassan al-Saqqaf. Sebaliknya saya hanya mempelajari ilmu agama darinya semasa
berada di Jordan dalam beberapa tahun. Umum mengetahui bahawa belajar tidak
semestinya mengikut. Akan tetapi, ada kalanya manusia hanya mengikut bukannya
dengan cara belajar. Seperti ikutan Mohd Asri terhadap pendapat Ibn Taimiyyah.
Perkataan "pengikut" sengaja ditokok-tambah oleh Mohd Asri dengan niat yang
buruk untuk menggambarkan sikap taksub saya kepada Hasan al-Saqqaf. Seolah-olah
saya sentiasa mengikut Hassan al-Saqqaf secara taklid walaupun diketahui ada
sesetengah pendapatnya tidak boleh diterima oleh saya. Hal ini situasi yang
biasa antara Tuan guru dan muridnya. Maka secara jelasnya, dakwaan ini tidak
berasas lagi dusta. Semoga Allah mengampuni anda.
Demi kerana bencikan penilaian saya terhadap Ibn
Taimiyyah, Mohd Asri juga membuat tuduhan yang palsu lagi melampau kepada Tuan
Guru kami, Sayyid Hasan al-Saqqaf. Katanya: "Dikalangan orang yang mengenalinya
(Hassan al-Saqqaf) menyatakan dia seorang agak pro Syiah seperti mana ada
sesetengah rumpun itu di Malaysia yang berpegang kepada Syiah." Beliau menambah
lagi: "Sementara yang seorang lagi mengaku ahli Sunnah dan meyembunyikan racun
syiahnya." Katanya lagi: "Nampaknya sejarah itu cuba hendak ditimbulkan semula
oleh golongan yang bertopengkan ahli sunnah." Subhanallah. Kenapa Mohd Asri
terlalu berani menghukum seseorang dengan "Syiah" dengan hanya berdasarkan
andaian mendengar daripada sesetengah kalangan orang yang mengenali Hassan al-Saqqaf.
Prasangka yang dilakukan beliau ini bertentangan dengan firman Allah S.W.T. di
dalam surah al-Hujuraat ayat 12 yangbermaksud: "Wahai orang yang beriman,
jauhilah sebahagian dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian daripada prasangka
itu adalah dosa. "
Suka juga saya pertanyakan: Apakah anda tidak cukup
mengerti untuk menilai pendapat dan pandangan seseorang melalui karya dan
penulisan beliau? Saya juga ingin bertanyakan anda, siapa dikalangan orang yang
mengenalinya itu sehingga anda tergamak menukar tuduhan yang tak berasas itu
kepada yakin? Bolehkah orang yang mengenalinya itu diterima kesaksiannya
mengikut metod ilmu hadith yang saudara pelajari selama ini? Nampaknya saudara
sendiri gagal mempratikkan surah al-Hujuraat ayat 6 yang saudara bacakan kepada
saya. Dengan segala hormatnya saya minta saudara renungkan kembali sedalamnya
kandungan ayat berkenaan secara insaf lagi sedar.
Buat pengetahuan pembaca, sebenamya Syeikh Hassan al-Saqqaf
adalah seorang sunni-al-Asya'ri yang bermazhab al-Syafi'e. Beliau sendiri
menulis "Sahih Sifatussolah al-Nabiy" (yang wujud ditangan saudara). laitu
sebuah kitab fiqh-solat al-Syafi'e sebagai reaksi positif terhadap huraian tidak
bermazhab Syeikh al-Baani di dalam "Sifat al-Solat al-Nabi". Saya nasihatkan
saudara baca sendiri kitab tersebut sehingga tamat tanpa bias kepada mana-mana
aliran teologi dan bandingkan dengan karya al-Baani. Lihatlah di sana bagaimana
Syeikh Hassan menuqilkan pendapat Imam al-Syafi'e, Imam Ibn al-Solah, Imam
al-Ghazali, Fakhruddin ar-Razi, al-Muhaqqiq al-Nawawi, Imam Ibn Hajar al-Haitami,
Ibn Hajar Asqalani, Taqiyuddin al-Subki, al-Sakhawi dan beberapa pandangan
ulamak hadis yang masyhur seperti al-Bukhari, Mus¬lim, Ahmad, Tirmidzi, al-Nasa'e,
Abu Daud dan Iain-lain. Saya yakin, seorang yang terpelajar tinggi seperti
saudara dapat memahaminya. Akan tetapi mengapa realiti ini tidak dinyatakan
dalam penulisan saudara sebaliknya perkara yang bersifat andaian itu mahu
dipaparkan kepada umum bahkan hendak dijadikan hukum.??? Ternyata, saudara
sebenarnya yang bersikap 'tadlis' dan cuba membohongi kebenaran.
Sebagai bukti yang lebih jelas, Syeikh Hassan al-Saqqaf
juga menulis syarah kitab Umdah al-Salik li Uddah al-Nasik sebagai sebuah kitab
Haji juga dalam mazhab al-Syafi'e. Saudara juga boleh membaca Tahdzir al-Abd
Awwah yang memuatkan tiga masalah agama. laitu Sembahyang sunat sebelum Jumaat
(yang mana ia dikatakan bid'ah oleh aliran wahabi), masalah "menggerakkan jari
ketika bertasyahhud" dan masalah Nur Muhammad. Tidakkah huraian di dalam
kitab-kitab ini mengikut daerah mazhab al-Syafi'e. Bahkan betapa banyak juga
pendapat al-Syafi'iyyah dikemukakan dalam ruangan ini, Kami sendiri turut diajar
dengan Kifayatul Akhyar dan Tadrib al-Rawi hari berganti minggu dan bulan. Oleh
itu, Saya mencabar saudara untuk mengemukakan nas Hassan al-Saqqaf yang
menunjukkan beliau seorang Syiah daripada kitab-kitab karangan beliau. Adapun
pendalilan kepada sesuatu permasalahan, lumrah ianya boleh berlaku secara
kebetulan. Namun, itu bukannya dalil ilmu untuk membuktikan seseorang itu
penganut kepada fahaman Syi'ah. Jika saudara gagal bererti saudara mendirikan
hujah tanpa ilmu bahkan tuduhan saudara penuh pembohongan lagi melampau.
Tidak cukup dengan fiqh, Hassan al-Saqqaf juga
menghasilkan karya usuluddin dalam mazhab al-Asya’ri. Buktinya, kitab Sahih al-Aqidah
al-Thahawiyah diulas oleh beliau sebagai satu perbandingan dengan Syarh Aqidah
al-Thahawiyah yang dikarang oleh Ibn Abi al-Izz. Kitab Akidah ahli Sunnah wal
Jamaah dikarang oleh beliau hasil ulasan terhadap pendapat al-Ghazali daripada
Ihya'. Beliau juga mengulas Jauharah al-Tauhid karangan Imam al-Laqqani dan
diberi judul Iqd Zabarjad al-Nadhid. Selain itu beliau juga menulis Syarh Sullam
al-Taufiq (feqh, tauhid dan Tasawwuf). Dan banyak lagi kitab-kitab yang ditulis
oleh beliau samada yang telah dicetak dan masih dalam percetakan mencapai 70
buah kitab dalam usia yang masih muda.
Akan tetapi, apabila kitab-kitab tadi dilihat dapat
mengkontradiksi kitab-kitab al-Albaani dan aliran al-Wahabiyyah serta Ibn
Taimiyyah, beliau mula dituduh sesat, penyebar fahaman Mu'tazilah, penganut
Syi'ah dan sebagainya. Tuduhan ini turut menjalar kepada Syeikh al-Muhaddith
Mahmud Said Mamduh, Syeikh al-Muhaddith Muhammad A'lawi al-Makki, Syeikh
Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthi, Syeikh Ali al-Majzub, Syeikh Sa'id Foudeh,
Syeikh Abi Hasnain al-Makki dan Iain-lain yang seangkatan dengan beliau. Atau
mana-mana sahaja ulamak yang beraliran Asya'irah nusantara. Hal ini seakan
menjadi satu tradisi bagi aliran salafiyah-wahabiyyah yang amat bencikan
Asya'irah. Dan penularan kebencian ini turut subur sehingga membawa konflik
semasa dan fitnah dalam masyarakat Nusantara. Sehinggakan berlaku di sesetengah
tempat mengatakan al-Asya'irah bukannya Ahli Sunnah, (rujuk Ismail Omar, Badan
Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan, Jadual C),
Sembahyang sunat sebelum Jumaat itu adalah bid'ah (Abdullah al-Qari, 200 Bid'ah
Jumaat di dunia Is¬lam), Tasawwuf bukan ajaran Islam (Rasul Dahri) dan berbagai
isu lagi. Sengaja saya jelaskan bab akidah, feqh dan Tasawwuf supaya pembaca
jelas akan kedudukan sub-perbincangannya.
Hasilnya, sebagai membalas budi terhadap Hassan al-Saqqaf,
buku-bukunya dilarang daripada masuk ke Mesir oleh Syarikat percetakan yang
memiliki perpustakaan besar yang bernaung di bawah aliran al-Salafi-Wahabi. Jika
masuk pun ia dikenakan harga yang mahal. Dan paling menyedihkan maktabah yang
menerima karyanya dipulau oleh aliran Salafi. Saya pernah bersama Sayyid Hassan
ke Mesir dan berinteraksi dengan pemilik maktabah di sana. Dan dalam masa yang
sama, tuduhan Syi' ah kepada beliau terus diwawarkan ke serata dunia. Dan
disuburkan kembali oleh Mohd Asri yang tidak mengetahui hujung pangkalnya. Dan
pengenalan Mohd Asri terhadap nama al-Saggof membuatkan awam masyarakat prejudis
dengan rangkaian keiuarga ini. Begitu juga dengan mereka yang berketurunan Syed
(al-Sayyid), al-ldrus, al-Bahr, al-Jufri, al-Alawi, al-Haddad dll. Jelasnya,
perkaitan ini sengaja mencari keruh.
Saudara Mohd Asri juga ada menyentuh tentang sikap Hassan
al-Saqqaf berhubung peperangan yang berlaku dikalangan sahabat. Sebenarnya, itu
adalah istidrak beliau berkenaan pihak yang menentang dan memerangi Sayyidina
Ali sebagai khalifah. Sungguhpun beliau tidak berpuashati dengan penentangan
terhadap Sayyidina Ali namun beliau tidak mencela para sahabat yang lain atau
menghukum mereka ke dalam neraka. Keadaan ini biasa berlaku bagi mereka yang
cuba mencari titik pertemuan dalam membahaskan sesuatu masalah. Saudara juga
tentu faham apakah hukum bagi seseorang yang telah mengambil inisiatif sendiri
dalam sesuatu tindakan dan membelakangi khalifah sekalipun berijtihad atas nama
sahabat. Dan para sahabat pula bukannya in¬san yang maksum. Tegasnya, bila kita
membicarakan hal ini bukan bererti kita mencela mereka. Tetapi isu ini sengaja
dicetuskan supaya kami dapat digambarkan sebagai mencela sahabat r.a. Dan
kesalahan dapat diletak diatas tengkuk-tengkuk kami manakala salafiyah-wahabiyah
pula dikatakan membela sunnah. Inilah sebenamya bentuk kezaliman baru dunia
teologi hari ini.
Seterusnya, Mohd Asri turut menyentuh tentang kandungan
kitab Sahih Sifatussolah al-Nabi karangan Hassan al-Saqqaf. Akan tetapi sebarang
hala tuju ulasannya tidak difokus secara ilmiah. Mungkin kaitannya dengan hadis
"Kamu tidak akan sesat selagi berpegang dengan kitab Allah dan kaum keluargaku"
untuk membuktikan kesyiahan Hassan al-Saqqaf. Namun ianya jauh dari bukti ilmiah.
Apatah lagi bersikap hukmiah. Sebenarnya, hadis tersebut diulas oleh Tuan Guru
kami di akhir kitab Sahih Sifatussolah al-Nabiy dari halaman 289-294. Akan
tetapi Mohd Asri sengaja menyentuhnya dengan sedutan yang terlalu ringkas untuk
menipu dan mendapat simpati pembaca supaya lebih condong kepada Salafiah. Secara
ringkas, saya jelaskan sedikit komplikasi yang cuba dicetus oleh Mohd Asri.
Berkenaan hadis: "Aku tinggalkan kepada kamu (dua perkara),
jika kamu berpegang dengan kedua-duanya kamu tidak akan sesat sampai ke
bila-bila. laitu kitab Allah dan sunnah NabiNya." Menurut Hassan al-Saqqaf hadis
ini tidak sahih dari sudut sanad dan matannya. Alasannya ialah terdapat hadis
yang terlebih kuat dan sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim berbunyi: "Daripada
Sayyidina Zaid b. Arqam r.a mengatakan: "Suatu hari Sayyidina Rasulullah SAW
berdiri dihadapan kami, seraya berkhutbah di suatu tempat yang lapang di antara
Makkah dan Madinah. Baginda memuji Allah dan menyanjungNya dan menasihati serta
mengingatkan umatnya. Kemudian Baginda bersabda: "Ingatlah wahai sekalian
manusia, sesungguhnya aku ini adalah manusia biasa. Sebentar lagi akan datang
utusan Tuhan menjemputku. Lalu aku pun menyahutnya. Dan aku akan meninggalkan
kalian dua pusaka. Pertama, Kitab Allah (Al-Qur'an) yang mana di dalamnya
terdapat petunjuk dan cahaya. Maka ambillah Kitab Allah itu dan pegangilah ia
dengan teguh." Zaid menambah: "Baginda memerintahkan agar umatnya berpegang
teguh pada Kitab Allah dan menggalak untuk mengamalkannya. Kemudian baginda
bersabda lagi: "Dan kaum keluargaku. Aku memperingati kamu semua dengan kaum
keluargaku," (dilafaz sebanyak tiga kali). (Sahih Muslim m/s 1873-1874 juz 4 no:
2408 sunt: Muhd Fuad Abd Baqi, t.t, cet, Dar al-Fikr, Bayrouth).
Selain itu hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad di
dalam Musnadnya m/s 366 juz 4, al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra m/s 148 juz 2
serta al-Darimiy di dalam Sunannya m/s 431 -432 juz 2. Manakala pada riwayat al-Tirmidzi
m/s 663 juz 5 no: 3788 hadis ini datang dengan lafaz: "Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kalian jika kalian berpegang pasti kalian tidak akan sesat
sesudah ketiadaanku. Satu darinya lebih agung dari yang lain iaitu Kitab Allah.
la merupakan tali yang memanjang dari langit ke bumi.. Dan keturunanku (ahli
baitku). Kedua pusaka ini tidak berpisah sehingga di datangkan Haudh kepadaku (sampai
kiamat). Perhatikanlah bagaimana kalian memperlakukan mereka setelah
peninggalanku." (Sunan al-Tirmidzi, sunt: Ahmad Muhammad Syakir, t.t, Dar Ihya’
Thuras al-Arabi, Bayrouth). Seterusnya Hassan al-Saqqaf mensahihkan hadis ini. (Sahih
Sifatussolat al-Nabi, 1993, Dar Imam al-Nawawi, Jordan).
Bagi saya, hadis ini turut di ulas oleh al-Mubarakfuriy
di dalam Tuhfat al-Ahwazi dan didatangkan beberapa kesaksian padanya, seperti
riwayat Muslim di atas. Di samping itu, lihat juga Syarh al-Nawawi ke atas Sahih
Muslim m/s 180 juz 15 1392, cet, Dar al-Ihya' Thuras al-Arabiy, Bayrouth.)
Ternyata huraian ini mampu membuktikan bahawa sanad dan matannya adalah sahih
dan teriebih kuat daripada apa yang diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak
walaupun ianya juga ditashihkan oleh Ibn Taimiyah.
Hadis tersebut berbunyi: "Wahai sekalian manusia,
sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu yang mana jika kamu berpegang
teguh dengannya pasti kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan
sunnah NabiNya." Hassan al-Saqqaf menjelaskan: "Bagi saya, hadis ini
diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak m/s 93 juz 1. Pada sanadnya
terdapat Abu U'wais dan anaknya. Imam al-Hafiz Jamaluddin al-Mizzi, Tahdzib
al-Kamal fi Asma at-Rijal m/s 127 juz 3, (Muassasah al-Risalah, Bayrouth, 1406H)
ketika menyentuh tentang biografi Ibn Abi Uwais, beliau memuatkan pendapat orang
yang mentajrihkannya. Diriwayatkan daripada Ibn Ma'in mengatakan bahawa
kedua-duanya adalah lemah dan mencuri hadis, serta mukhallith (hafalan mereka
bercampur baur) dan berdusta."
Kemudian Hassan al-Saqqaf memuatkan pendapat Abu Hatim,
al-Nisa'ie, Abu Qasim al-Laalakaei, dan Ibn Adiyy tentang biografi Ibn Abu Uwais.
Majoriti mereka mentajrihkannya. Seterusnya Hassan al-Saqqaf juga menuqilkan
pendapat Ibn Hajar al-Asqalaniy yang berbunyi: "Atas dasar itu, hadis Ibn Abi
Uwais tidak boleh dijadikan huj ah selain yang terdapat di dalam sahih kerana
tajrih yang dilakukan oleh al-Nisa'ie dan Iain-lain." (Muqaddimah Fath al-Bari
m/s 391, t.t, Dar al-Ma'rifah).
Menurut Hassan al-Saqqaf lagi,: "Sesungguhnya Imam
al-Hakim telah mengiktiraf kedhaifan hadis tersebut sehingga beliau tidak
mentashihkannya. Sebaliknya, beliau hanya mendatangkan (syahid) kesaksian
terhadap hadis tersebut melalui riwayat Abu Hurairah.(al-Mustadrak m/s 171 juz
1, 1990, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Bayrouth). Sambung beliau lagi: "Akan tetapi,
hadis tersebut (riwayat Abu Hurairah) adalah wahin (terlalu lemah) dan isnadnya
jatuh sehingga nampak ketara kelemahannya." (Sahih Sifat al-Solat al-Nabi m/s
290,1993, Dar al-Imam al-Nawawi, Jordan)
Melalui perbincangan singkat ini, ternyata jelas kepada
kita bahawa riwayat Muslim dan Ahmad itu terlebih sahih berbanding al-Hakim.
Lagi pula hadis yang disebut al-Hakim bermasalah dari sudut sanadnya.
Permasalahan itu secara jelas menentang lafaz Muslim. Tegasnya, apakah halatuju
ilmiah Mohd Asri untuk mengaitkan hadis ini dengan al-Saqqaf sebagai Syiah?
Seterusnya Mohd Asri cuba memperlekehkan saya-semoga
Allah mengampuni anda- ketika memaparkan Ijazah Am yang saya perolehi dari
Hassan al-Saqqaf. Beliau sebagai memetik : "Aku berpesan kepada engkau agar
beriltizam dengan jalan ahli al-Haq dan ahli al-Bait." Sebenarnya lafaz ijazah
itu berdhamir "ha" bukannya"kafal-Mukhattab" yang bermaksud engkau. Walaupun
maksudnya sama, tapi tujuan percakapan atau khitab ijazah itu ditujukan kepada
orang ramai bukannya kepada saya. Nampaknya beliau bukannya seorang yang
professional dalam penterjemahan. Berkenaan dengan Ijazah pula, saya Sebenarnya
meriwayatkan daripada Hassan al-Saqqaf daripada Syeikh Abdullah b. al-Siddiq al-Ghumari
daripada al-Qadhi Abd al-Hafiz al-Faasi daripada Yusuf al-Suwaidi al-Baghdadi
daripada Sayyid al-Murtadza al-Zabidi daripada Abu Muhammad al-Mazjaji daripada
Sayyid Imaduddin Yahya b. Umar al-Ahdal al-Husaini daripada Sayyid Abu Bakar b.
Ali al-Battah al-Husaini daripada Sayyid Yusuf b. Muhammad al-Battah daripada
Sayyid al-Hujjah Tahir b Husin al-Ahdal daripada Abd Rahman b. Ali al-Syaibani
daripada al-Hafiz al-Sakhawi daripada al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani daripada
al-Burhan al-Tanuukhi daripada Abu Abbas al-Hujjar al-Salihi daripada Abd Awwal
al-Sajzi al-Harawi daripada Abu Hasan Abd Rahman al-Dawudi daripada Abu Muhammad
b. Abdullah al-Sarkhi daripada al-Firbari daripada al-Hafiz Abu Abdullah
Muhammad b. Ismail al-Bukhari.
Pemaparan ijazah ini hanyalah sekadar makluman sahaja. la
bukanlah dengan niat untuk mengkhayalkan diri saya pada dunia riwayat yang telah
terputus sejak tahun kebelakangan ini. Saya rasa Mohd Asri tentunya sempat
memiliki sanad atau meriwayatkan karya daripada al-Baani ataupun daripada Ibn
Taimiyyah sendiri. Kita boleh melihat kefahamannya tentang sesuatu permasalahan
dengan jelas hasil dari sanad ini. Atau dengan kata lain, dia bukannya
menyatakan sesuatu yang hanya menurut tanggapan dirinya dan boleh dianggap benar.
Selanjutnya Mohd Asri mengatakan (sebagai intipati besar
suratkhabar): "Hassan al-Saqqaf juga memarahi Ibn Taimiyyah kerana menyatakan
ulamak bersepakat bahawa Sayyidina Abu Bakar dan Umar lebih afdal daripada
Sayyidina Ali. Muridnya (saya) yang menulis buku itu turut membantah sama dalam
buku itu." (Berita Harian, 30 Julai).
Sememangnya saya menyenaraikan dakwaan Ibn Taimiyyah ini
di dalam buku saya "Salafiyah Wahabiyah" pada m/s 99 dan 111. Di dalam buku
tersebut saya cuba membuat perbandingan antara pendapat ibn Taimiyyah dengan
para ulamak yang lain mengenai "kesepakatan" yang di dakwa oleh beliau tentang
siapakah yang paling afdal selepas Rasulullah s.a.w. Di dalam Minhaj al-Sunnah
m/s 3-15 juz 3 Ibn Taimiyyah mendakwa telah berlaku kesepakatan dikalangan
ulamak (termasuk sufi) bahawa Sayyidina Abu Bakar lebih afdal dari Sayyidina Ali
kwh.
Akan tetapi, pabila kita membuka al-isti’ab m/s 32 juz 3,
Imam Ibn Abd al-Barr menyatakan bahawa telah berlaku perselisihan pendapat
dikalangan sahabat tentang siapakah sebaik-baik manusia secara keseluruhannya
selepas Rasulullah SAW. Kemudian, Ibn Abd al-Barr menuqilkan perselisihan
tersebut. Katanya: "Dan para salaf berbeza pendapat dalam menentukan siapakah
yang paling baik (selepas Rasululah SAW) antara Ali dan Abu Bakar ra." Manakala
pada halaman al-isti’ ab 27 juz 3, Ibn Abd al-Barr mencatatkan nama-nama sahabat
yang menyatakan bahawa Ali bin Abi Talib adalah sahabat yang paling afdal.
Manakala pada m/s 15 juz 3 ketika menterjemahkan Abi Thufail, Ibn Abd al-Barr
kemudiannya mengatakan : "Dia (Ibn Thufail) mengakui keutamaan Sayyidina Abu
Bakar dan Umar r.a akan tetapi dia mentaqdimkan Sayyidina Ali".
Penulis juga kami minta jawapan ke atas fakta sejarah
sahabat Nabi yang menyatakan bahawa Ali bin Abi Talib lebih afdal dari Abu Bakar
dan sahabat yang lainnya. Namun tanpa sedikitpun mengecilkan kedudukan sayyidina
Abu Bakar dan pembesar sahabat yang lain. Seterusnya, kami persilakan penulis
untuk menengok kitab al-Bahits an Ilalit ta ni' bil Harith karya Sayyid Abdul
Aziz al-Ghumari hal 14. Beliau menyebut tidak kurang dari 18 nama sahabat Nabi
SAW di tambah pendirian seluruh bani Hasyim dan bani Muttallib yang berpihak
kepada Sayyidina Ali KWH. Apakah pendirian anda berhubung dengan masalah ini.
Adakah anda masih tetap berpegang dengan pendapat Ibn Taimiyah atau dengan
mengikuti dalil ilmiah yang benar lag! jelas.?
Kemudian saya persilakan saudara untuk menghayati
beberapa bukti lain yang menjelaskan perselisihan ini. Antaranya:
(a) Imam Ahmad bin Hanbal dan Ishaq al-Qodhi serta al-Nasa'ie
mengatakan: "Tidak pernah diriwayatkan keutamaan seorang sahabatpun sebagaimana
riwayat keutamaan terhadap Ali bin Abi Talib" (lihat al~Istia’b, Ibn Abd al-Barr
m/s 3 juz 15, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak m/s 3 juz 107, t.t, Dar al-Ma'rifah).
(b) Abu Hurairah r.a berpendirian bahwa Ja'far bin Abi
Talib adalah sahabat yang paling afdal (Sunan al-Kubra Lil al-Nasai'ie m/s 47
juz 5).
(c) Sayyidina Umar al-Khattab r.a berkeyakinan bahawa
manusia yang paling afdal dan paling dicintai Rasulullah s.a.w. adalah Fatimah
binti Rasulillah s.a.w. Imam Malik juga berpendapat seperti itu. ( al-Hawi Lil
Fatawa karya Imam al-Suyuthi m/293 juz 2, lihat pula Ali Imam al-Arifin karya
al-Hafizd Ahmad bin Shiddiq al-Ghumari halaman 59,1969, Matbaah al-Saadah, Mesir.)
Dan keperihalan ini, saya saringkan secara mudah di dalam
Salafiyah Wahabiyah. Akan tetapi sayangnya cuba digambarkan sebagai memusuhi Ibn
Taimiyah dan memfitnah beliau. Gambaran ini sebenarnya adalah ilustrasi dari
rasa fanatik dan taksub Mohd Asri kepada seseorang tokoh. Dan ketaasuban
terhadap seseorang tokoh bukanlah metodologi Ahli Sunnah wal Jamaah.
Justeru, ketika mengakhiri perbincangan masalah ini,
secara ringkasnya di dalam Salafiyah Wahabiyah m/s 111 saya mengatakan: "Tetapi
sebenarnya Ibn Taimiyah tersilap, ini kerana perihal perselisihan tersebut telah
kami bawakan di dalam contoh perselisihan al-Salaf (melalui al-Isti'ab-Ibn Abd
al-Barr dan bukti yang lainnya). Oleh yang demikian, pendapat Ibn Taimiyyah ini
tersanggah dan disanggah oleh para sufiyyah..."
Di sini, kita melihat kewajaran bagi sesuatu pendapat
samada ianya diterima ataupun ditolak. Lebih-lebih lagi jika pendakwaan itu
tidak benar sama sekali walau dari siapapun asalkan bukannya Anbiya'. Alasannya,
sesiapa sahaja yang menghikayat atau menisbahkan sesuatu yang tidak benar secara
automatik ditolak. Samada secara keras ataupun tidak ianya bergantung kepada
sikap individu dengan nilai hakikat yang telah didakwa. Tegasnya, kemarahan
Hassan al-Saqqaf dan ulamak yang lain terhadap Ibn Taimiyyah adalah bersebab dan
ada musababnya yang tersendiri.
Sayangnya, sikap Mohd Asri yang cuba menyatakan
pententangan kami terhadap Ibn Taimiyyah dalam masalah ini cuba digambarkan
sebagai pelampau dan penyokong kepada fahaman Syiah. Hal ini terbukti dengan
katanya: "Maka cara terbaik untuk mempertahankan Syiah ialah dengan menghentam
habis-habisan Ibn Taimiyyah." Subhanallah. Apakah hanya Ibn Taimiyyah sahaja
yang memperjuangkan ahli sunnah dan menolak syiah. Ataupun , ulamak lain tidak
mempunyai jasa menentang hujah Syiah.
Ketahuilah dengan mengkritik atau menolak pendapat Ibn
Taimiyyah bukan bermakna seseorang itu penganut Syiah. Jika anda tetap dengan
teori buta ini, bererti anda menghukum sesiapa sahaja yang bercanggah pendapat
dengan Ibn Taimiyyah dianggap sebagai Syiah. Berapa ramai ulamak yang disyiahkan
oleh saudara akibat kefahaman saudara yang keliru dengan makna 'syiah'.
Sesungguhnya, kami berlepas diri dari tuduhan yang tidak berasas ini. Sebagai
buktinya:
Pertama:
Sayyid Hassan al-Saqqaf di dalam semua karyanya apabila
menyebut nama Sayyidina Abu Bakar, beliau selalu mengakhirinya dengan kata-kata
radhiyallahuanhu dan diawali dengan kata Sayyidina sebagai satu kemuliaan.
Apakah perbuatan seperti ini melambangkan sikap seorang syiah seperti dituduhkan.
Sila lihat lebih tujuh puluh karya Hassan al-Saqqaf sebelum membuat pertuduhan
ke atas beliau.
Kedua:
Hassan al-Saqqaf tidak pernah menyatakan baik dalam
karyanya mahupun pengajarannya bahawa khilafah Sayyidina Abu Bakar ra tidak sah.
Bahkan beliau mengakuinya sebagai khalifah Rashidin yang pertama.
Ketiga:
"Jika seseorang menyatakan bahawa Sayyidina Ali bin Abi
Thalib lebih afdal dari Sayyidina Abu Bakar maka dia seorang syiah yang sesat.
Ini bererti penulis belum boleh mampu untuk membezakan antara syiah yang bererti
cinta kepada keluarga Nabi s.a.w. (sebagai mana yang di perintahkan oleh al-Quran
dan hadiths shahih dengan tidak sedikitpun melupakan keagungan shahabat nabi
yang lain) dengan syiah yang bererti Rafidah (mazhab) yang tercela. laitu aliran
bagi mereka menganggap para pembesar sahabat Nabi s.a.w. telah sesat serta
khilafah tiga sahabat agung tidak sah, mentakfirkan sesetengah sahabat,
kesilapan wahyu, penambahan al-Qur'an, mengharuskan nikah mut'ah dll.
Jelasnya, tuduhan semacam ini juga pernah di lakukan oleh
mereka yang hasad dengan ulamak besar lebih-lebih lagi yang berketurunan
Rasulullah s.a.w. yang dikenali dengan (al-Bayt). Imam Syafi'ie pernah difitnah
dengan syiah sehingga beliau melantunkan syairnya yang terkenal berbunyi:
"Seandainya cinta kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
dikira Rafidah, maka saksikanlah wahai jin dan manusia bahawa aku seorang
Rafidhah". (Diwan Imam al-Syaf i, tahqiq Dr Abdul Mun' im al-Khofaji hal 89,
lihatjuga pada halaman 75,106,126)
Imam al-Nasa'ie juga memilik nasib yang serupa bahkan
lebih keras bentuk tohmahan yang tidak benar dilemparkan kepada beliau baik
secara moral maupun keilmuan. Beliau juga dituduh syiah oleh Ibn Taimiyah, al-Zahabi,
Ibn Khaliqan dll. Jika benar tuduhan ini ia membuatkan Sunan beliau tertolak dan
inilah yang dikatakan salah satu daripada khazanah Imam ahli sunnah dirobohkan.
Menyentuh tentang ulamak yang menolak pendapat Ibn
Taimiyah ianya bermula daripada ulamak yang sezaman dan selepas beliau hingga
sekarang. Ibn Hajar al-Haithami dalam beberapa kitabnya seperti Fatawi
Haditsiyah m/s 203 mengatakan: "Jangan sekali-kali kalian mendengar apa yang ada
dalam kitab-kitab Ibn Taimiyah dan muridnya lbn Qayyim. Dan siapa saja selain
mereka yang menuhankan hawa nafsunya." Lihat juga pada halaman 114, 116 dan pada
Hasyiyah al-Idhoh. Anda juga disaran untuk melihat kitab^///mom al- 'Arifin
karya al-Hafiz Sayyid Ahmad bin Siddiq al-Ghumari m/s 53- 57,1969, cet Matbaah
al-Saadah, Mesir).
Seterusnya, Mohd Asri mendatangkan pujian Imam al-Suyuthi
terhadap Ibn Taimiyah di dalam Tabaqat al-Huffaz sebagai tatapan pembaca. Bagi
saya, perkataan Imam al-Suyuti bukanlah wahyu (dengan tidak mengurangi kemuliaan
beliau selaku ulama besar) yang tidak mengandungi sebarang kesalahan. Apa erti
sesuatu pujian jika kita dapati terdapat bukti penyelewengan ilmiah yang
dilakukan oleh Ibn Taimiyah dalam masalah aqidah seperti qidamul alam (suatu
yang baru tidak ada permulaan baginya), mengambil nas sifat secara zahir, takwil,
maqam mahmud, nisbah al-Salaf, pendakwaan Injil, penafian majaz, talak tiga dan
banyak lagi.
Begitu juga halnya terhadap pujian yang diberikan oleh
Ibn Hajar al-Asqalani terhadap beliau di dalam Durar al-Kaminah sewaktu menulis
biodatanya dari awal. Apakah tuduhan tajsim dan nifaq daripada ulama yang
sezaman Ibnu Taimiyah seperti Syihabuddin Ibn Jahbal (630-733H) di dalam
kitabnya al-Haqaiq al-Jaliyyah, Imam Ibn Hajar al-Haitahmi di dalam al-Fatawi
al-Hadithiyyah, Imam Abd Wahab al-Ikhmimi di dalam Munqidz min al-Zulal itu
adalah dusta. (lihat biografinya dalam Zail al-Ibar m/s 141 juz 1, Tabaqat al-Syafi'iyyah
al-Kubra, Ibn al-Subki m/s l23 juz 10).
Bagaimana pula dengan penolakan hujah daripada ulamak
yang lain seperti Imam Taqiyuddin al-Subki di dalam Durar al-Mudhi'ah dan
I'tibar bifana al-Nar, Imam Waliyuddin al-Iraqi di dalam al-Ajubah al-Mardhiyyah,
Imam Taqiyuddin al-Hishni di dalam Daf'u Shubhah man Syabbaha wa Tamarrad, Ibn
Rejab al-Hanbali di dalam Syazarat al~Zahab, dan Imam al-Zahabi sendiri selaku
murid yang pemah bergurukan kepada Ibn Taimiyah di dalam Bayan Zaghl al-Ilmi wa
al-Thalab.
Selain itu, anda juga boleh melihat apa kata Sayyid Alwi
bin Thohir bekas mufti Johor dalam kitabnya al-Qoulul Fashl juz 2 halaman
415-431. Di sana ada disebutkan pendapat mereka tentang kitab-kitab Ibn Taimiyah
dan bahannya.
Dengan melihatkan kepada pendapat kebanyakkan ulamak
muhaqqiq di atas, secara automatik boleh dikatakan bahawa pujian Abu Hasan an-Nadawi
ra selaku president Rabitah al-Adab al-Islami hanyalah bersifat menuqil bukannya
menganalisis fakta. Walaupun beliau banyak menulis karya-karya Islam (dengan
segala penghormatan kami terhadap jasa-jasanya terhadap Islam) tetapi beliau
bukanlah seorang pakar Islam yang biasa dikenal dengan alim muhaqqiq. Justeru,
perkataan beliau bukanlah hujah terhadap orang yang berbeza pendapat dengannya.
Masih ramai ulamak selain dari beliau yang sangat kami yakini dan diakui
keimamam mereka berbanding Abu Hasan al-Nadawi. Lagipun menurut sumber yang
rapat dari India beliau agak bios dengan aliran Salafiyah Wahabiyah. Akan tetapi
keberkesanan ihnu dakwahnya mampu menjadikan beliau seorang salafiyah yang
lembut.
Dalam ulasannya juga, Mohd Asri sekali lagi membohongi
pembaca dengan membuat gambaran yang buruk tentang saya. Hal ini terbukti dengan
dakwanya: 'dalam buku Salafiyyah Wahabiyah, penulisnya juga menghentam kitab Ibn
Taimiyah itu berkali-kali sebagai mengikut jejak langkah gurunya itu dengan
tuduhan sesat dan seumpamanya." Sebenarnya saya tidak pernah menyatakannya
sedemikian (sesat). Sebaliknya perkataan ini adalah hasil kreativiti pembohongan
dan tokok-tambah Mohd Asri sendiri. Suka saya ingatkan bahawa pada m/s 101 (ketika
membicarakan tentang aliran salaf lbn Taimiyyah) saya mengatakan: "Mengapa
semakin rancak seruannya ke arah al-Salaf, semakin ramai pula ulamak yang bangun
menentang aliran salafnya."
Pada m/s 103 pula, saya mengatakan: "Sungguh aneh sekali
apayang diperpegangi oleh Syeikh Islam ini." laitu pendapat beliau yang
mengatakan bahawa Allah S.W.T itujisim tetapi bukan jisim. (Lihat Ta 'sis firadd
ala Asas al-Taqdis, Ibn Taimiyah, m/s 101, 568 juz 1). Kemudian pada m/s 105
saya katakan: "Oleh itu, dakwaan Ibn Taimiyah adalah tidak benar sama sekali. (Salafiyah
Wahabiyah).
Seterusnya, dalam membahaskan pegangan ke-3 Ibn Taimiyah
yang menyifatkan bahawa: "Jikalau Tuhan kehendakan necsaya Dia boleh menetap di
atas belakang nyamuk." Saya katakan "Sebagai ikutan kita terhadap Ibn Taimiyyah,
kita memang mengakui bahawa Allah itu berkuasa atas segala-galanya. Tetapi Allah
tidak akan melakukan sesuatu yang mustahil bagi zatNya yang maha suci. Seumpama
Allah SWT menafikan dirinya dari beranak dan tidak pula diperanakkan di dalam
surah al-Ikhlas" Di akhir perbincangan pula, saya rumuskan: "Justeru, sebagai
kesimpulan, tidak seharusnya bagi kita mempraktikkan pendapat Ibn Taimiyyah ini.
la banyak mengandungi kesamaran dan kemusykilan.(Salafiyah Wahabiyah) Pada m/s
108 saya katakan : "Berdasarkan kepada kupasan tentang riwayat di atas tadi
dapatlah disimpulkan bahawa Ibn Taimiyyah kurang berhati-hati di dalam
menggunakan hadis sebagai dalil aqidahnya." (Salafiyah Wahabiyah).
Di akhir perbahasan masalah aliran Salafi Ibn Taimiyyah,
saya buat sedikit rumusan "Kesilapan beliau menyandarkan pegangan ini kepada
salaf yang sebenar menjadi punca kekeliruan umat masa kini dalam mengenali
perspektif akidah al-Salaf yang sebenar... Kita melihat jika pengakuan mereka
sejajar dengan pegangan ulamak salaf yang asal, maka kita kena mengakui
kebenarannya. Sebaliknya, jika pengakuan itu tidak menepati konsep sebenar
sebagaimana yang telah diamalkan oleh ulamak salaf, maka apalah ertinya satu
sandaran yang hanya menimbulkan perpecahan dan konflik yang berpanjangan." (Salafiyah
Wahabiyah, m/s 126)
Setelah saya menuqilkan pendapat para ulamak berkenaan
Ibn Taimiyyah, saya buatkan satu kesimpulan ringkas berbunyi "Sungguhpun Ibn
Taimiyyah salah seorang ulamak ahli sunnah wal Jamaah, namun kredibiliti beliau
sebagai seorang tokoh dipertikai oleh ulamak. Bahkan mereka mengenakan hukuman
yang berat kepada beliau... .namun begitu, dalam beberapa penilaian, kita akan
dapati penyokong Ibn Taimiyyah tetap berpegang dan taksub kepada pendapatnya.
Manakala penentang beliau akan terus menentang kerana kebathilannya yang
menyalahi ijma' dan pandangan ulamak besar yang Iain. Natijahnya, perlulah bagi
kita membuat pertimbangan yang wajar antara pro dan kontra terhadap pemikiran
Ibn Taimiyah untuk mencari jalan penyelesaiannya" (Salafiyah Wahabiyah m/s 131).
Justeru, kritikan saya terhadap Ibn Taimiyyah adalah
jelas bahawa ianya bersumberkan kepada ulamak yang mu'tabar. lanya hasil
daripada para ulamak yang tidak bersependapat dengan Ibn Taimiyah sebagimana
yang telah saya kemukakan di dalam Salafiyah Wahabiyah m/s 127.
Maka jelaslah kepada kita bahawa dakwaan Mohd Asri adalah
tidak berasas, mempunyai tokoh tambah dan berunsur fitnah terhadap saya. Andalah
sebenarnya yang suka membuat pengkhianatan ilmu dan mewarisi sikap penulis
orientalis dan tokoh Syiah.
Tidak cukup dengan itu, untuk mengelirukan pembaca, Mohd
Asri cuba menggambarkan saya sebagai seorang yang mengkhianati ilmu (B. Harian
30 Julai). Dakwaan beliau bahawa saya menyenaraikan percanggahan pendapat itu
adalah tidak wajar dan satu pengkhianatan adalah tidak benar sama-sekali.
Sebenarnya, masalah perselisihan pendapat yang saya perbincangkan di dalamnya
bukanlah diukur dan sudut jangkamasa hidup seseorang ulamak dengan seorang yang
lain atau dalam erti kata sezaman. Akan tetapi fokus perbincangan saya ialah
mengenai metologi Ibn Taimiyyah di dalam memahami dan mempraktikkan nusus al-Sifa
tdan al-Dzat. Keengganan beliau untuk mentakwil bahkan mengambil nusus secara
zahir itu adalah jelas bertentangan dengan para ulamak yang terdahulu dan
selepasnya. Sebab itulah saya senaraikan percanggahan kaedah beliau dengan para
ulamak yang lain supaya para pembaca mampu membuat perbandingan. Sekaligus
rnenilai kaedah manakah yang lebih tepat dan praktikal antara keduanya.
Penentangan konsep takwil dan mengambil nas secara zahir
sebenamya telah saya bincangkan pada m/s 65 lagi. Akan tetapi, Mohd Asri sengaja
menggetus pada bahagian tertentu supaya simpati pembaca terhadap beliau dan al-Wahabi
dapat diraih. Takkan seseorang yang berjiwa akademik tidak pandai untuk
membezakan antara percanggahan pendapat yang didasarkan kepada metodologi dengan
perselisihan pendapat semasa yang benlaku antara ulamak. Justeru itu, adalah
tidak salah jikalau saya mendatangkan pendapat Imam al-Haramain, Imam al-Laqqani,
Ibn Jauzi, AI-Bajuri, Imam al-Nawawi, Imam Qurtubi, Qadhi Abd Jabbar al-Mu'tazili,
Imam Fakhruddin al-Razi, Ibn Hajar al-Haitahami, Imam al-Suyuthi, Ibn Asakir dan
al-Zarqani.
Secara dasamya metodologi mereka bertentangan dengan apa
yang dikemukakan oleh Ibn Taimiyah. Dan inilah sebenarnya yang perlu kita
bincangkan apabila sesuaru perbincangan ini menyentuh sesuatu dasar atau idea
yang dikemukakan oleh ulamak. Maknanya, bukan sakhsiyah, jasa dan ketokohan yang
ingin dipaparkan. Akan tetapi kaedah atau metodologi dan kesannya yang perlu
diperbahaskan. Oleh itu, sesuatu pendapat dari seorang ulamak walaupun tidak
ditujukan kepada Ibn Taimiyah tetap boleh diambil kira berdasarkan kepada
sesuatu metod tersebut. Perbandingan ini berhak untuk dianalisis walaupun tanpa
mengambil kira tarikh wafat para ulamak. Dari sini, kita mampu melihat sejauh
mana implikasi metod tersebut memberi kesan kepada masyarakat. Sayangnya,
bilamana Mohd Asri tidak mengerti perbahasan yang saya kemukakan beliau
menganggap saya telah membual pengkhianatan ilmu dan pembohongan terhadap ulamak.
Dia sungguh tidak mengerti apa yang saya kemukakan kerana ketebalan taksubnya
kepada Ibn Taimiyah tidak mampu dilucut dari mindanya.
Justeru, jika pertentangan kaedah mengambil zahir nas
daripada Ibn Taimiyah ini didakwa beliau tidak wujud, saya dengan hormatnya
mencabar beliau agar tajuk ini diperbincangkan dalam ruangan yang akan datang di
Berita Harian.
Melalui keterangan ini, sekali lagi saya dapat buktikan
bahawa tuduhan Mohd Asri adalah melampau dan tidak berasas. Ternyata, dia
sebenarnya seorang yang bias kepada Salafiyah Wahabiyah sehingga tidak mampu
untuk membuka ruang mindanya berfikir secara terbuka dan kritis. Apabila
Salafiyah-Wahabiyah dinilai, ianya seolah-olah terkena kepada batang hidungnya.
Jika metodologi Ibn Taimiyah diperbincangkan seolah-olah kita mencela atau
menghina idola mereka. Justeru untuk menyedapkan rasa pihak yang tidak
sependapat dengan beliau, kami dituduh Syiah, pengkhlanat, orientalis dan
sebagainya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang ada di dalam dada manusia.
Perlu dinyatakan juga walaupun Ibn Hajar al-Asqalani
menceritakan tentang fitnah yang berlaku, beliau tidak menolak fitnah tersebut
satu persatu. Samada fitnah tersebut berpunca dan ulamak yang sengaja dengkikan
Ibn Taimiyah ataupun fitnah itu datang dan Ibn Taimiyah sendiri. Apakah semua
ulamak pada waktu itu bersubahat untuk menjatuhkan Ibn Taimiyah kerana irihati
dengan kedudukan beliau,? Apakah kedudukan sebenar Ibn Taimiyah pada waktu itu?
Oleh itu, kita perlu menilai fakta sejarah secara kritis tanpa didahulukan oleh
bias yang menghalang minda dan terbuka supaya kita tidak terlalu sempit berfikir
serta mentaqdiskan individu.
Harus diingat bahawa Ibn Hajar al-Asqalani sendiri
mengecam dengan keras pendapat Ibn Taimiyah di dalam Path al-Bari m/s 66 juz 3
benbunyi "Hasilnya mereka telah berpegang dengan pendapat Ibn Taimiyah tentang
haramnya bermusafir untuk menziarahi makam Rasulullah SAW dan kami
mengingkarinya. Inilah seburuk-buruk masalah yang dinuqilkan daripada Ibn
Taimiyah." (Path al-Bari, Ibn Hajar, t.t, Dar Ma'nifah, Bayrouth). Anda juga
disarankan untuk menatapi penolakan hujah Ibn Hajar al-Asqalani terhadap Ibn
Taimiyah di dalam Path al-Bari ketika beliau mengomentani hadis "Dan wujud Allah
itu tidak ada sesuatupun sebelumNya."
Manakala gelaran syeikhul Islam yang diberikan oleh Imam
al-Zahabi terhadap Ibn Taimiyah bukan bererti beliau mengikuti semua ajarannya
walaupun di sana wujud kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Saya sarankan
penulis untuk melihat Risalah an Nashihah al-Zahabiyah yang di sebut oleh
al-Hafiz al-Sakhowi di dalam kitabnya I'lan at-Taubikh liman dzami at-Tarikh m/s
307. Di samping itu, saudara juga penlu melihat kitab Imam al-Zahabi di dalam
Bayan Zaghlul Ilmi wa at-Thalab m/s 23, 43, 43 (tahkik al-Kauthari, 137411,
cetakan Taufiq, Dimasq). Kedua' risalah ini mengandungi kritikan terhadap Ibn
Taimiyah.
Bandingkanlah pujian dan kritikan yang dilakukan oleh al-Zahabi
selaku bekas murid Ibn Taimiyah. Maknanya, sebab dan musabbab sesuatu pujian
serta kritikan itu dilakukan atas dasar apa. Dan bilakah keduanya berlaku supaya
maklumat terkini boleh
ditakdim dan ditakhirkan untuk menjadi simpulan yang
tepat.
Adapun gelaran al-Hafiz terhadap Ibn Taimiyah hanyalah
disandarkan kepada had 100,000 hadis yang dihafaz. Beliau bukanlah seorang
ulamak yang ulung dalam ilmu hadis sebaliknya hanyalah seorang hafiz dalam matan
hadis sahaja. (al-A'lam,Zirikli m/s 237 juz
.
Sekiranya beliau benar-benar terkenal dalam bab ilmu riwayat dan dirayat nescaya
nama beliau akan disenarai secara mutawattir dalam isnad bagi kitab-kitab hadis
dalam dunia Islam hari ini. Muhammad Abdul Wahab sendiri tidak pernah meriwayat
daripada beliau. Apatah lagi Mohd Asri atau yang seangkatan dengannya, Sekiranya
Ibn Taimiyah amat diperlukan dalam disiplin ilmu ini necscaya para ulamak akan
menumpu riwayat daripada beliau sebagai tokoh agung ilmu hadis. Di samping itu,
pendapat beliau juga tidak dikira muktamad dalam ilmu mustalah hadis. Jelasnya,
apa yang terzahir pada hari ini adalah satu hakikat kebenaran yang tidak dapat
dimungkiri lagi. Di mana letaknya nama Ibn Taimiyah dipersada Ilmu hadis jikalau
beliau benar-benar beliau dinobatkan imam segala imam, lautan ilmu, para
cendiakawan terbilang dan Iain-lain itu.? Oleh yang demikian segala pujian di
dalam Manakib lbn Taimiyah itu perlu dianalisis dan dibandingkan dengan kritikan
untuk menzahirkan fakta yang sebenamya.
Di zaman Ibn Taimiyah sendiri masih ramai lagi terdapat
pakar ilmu hadis. Antaranya ialah al-Hafiz Jamaluddin al-Mizziy. laitu seorang
tokoh yang paling tinggi taraf penguasaannya di dalam Jarh wa Ta'dil. Beliau
merupakan orang yang paling mengetahui kedudukan perawi hadis merangkap tokoh
hadis negara Syam. Tokoh hadis yang bermazhab al-Asy'arie ini dilantik menjadi
mahaguru di Dar al-Hadis at-Asyrafiyyah. (Tabaqat al-Huffaz, al-Suyuthi, m/s
522). Ini bermakna, kedudukannya adalah jauh lebih tinggi berbanding Ibn
Taimiyah. Imam Ibn Katsier sendiri banyak mengambil ilmu daripada beliau
berbanding Ibn Taimiyah. Sebagai bukti yang jelas, beliau menikahkan anak
perempuan beliau dengan Ibn Katsier. Justeru jika ada yang mengatakan Ibn
Katsier banyak bergurukan kepada Ibn Taimiyah kata-kata itu adalah satu
manifestasi taksub yang keterlaluan.
Mohd Asri juga begitu lantang menggambarkan kepada
pembaca bahawa saya telah melakukan satu pembohongan kepada Syeikh Muhammad Abu
Zahrah. (B. Harian, 31 Julai 2001). Marilah kita melihat sejauh manakakah
benarnya dakwaan tersebut. Di dalam Salafiyah Wahabiyah (subtajuk Pengaruh Ibn
Taimiyah terhadap Muhammad Abd Wahab) m/s 132 saya ada membuat kesimpulan kepada
pendapat Imam Abu Zahrah berkenaan dengan pengaruh Ibn Taimiyah terhadap
Muhammad Abd Wahab. Saya nuqilkan: "Beliau (Muhammad Abd Wahab) begitu
bersungguh-sungguh mempelajari kitab Ibn Taimiyah. Bahkan begitu fanatik dengan
pendapatnya (Ibn Taimiyah)." Kemudian saya mengisyaratkan angka 24 sebagai nota
kaki. laitu merujuk kepada buku 'Ibn Taimiyah' m/s 411 dan Tarikh al-Mazahib al-Istami'
m/s 210. Kedua-duanya hasil karya Muhammad Abu Zahrah. Pokoknya, ia tidak ada
kena mengena langsung dengan isu yang dibangkitkan oleh Mohd Asri yang mendakwa
bahawa saya telah melakarkan gambaran pembohongan bahawa Abu Zahrah tidak
menyukai Ibn Taimiyah secara sakhsiyah, (lihat B. Harian 31 Julai).
Lalu dengan dakwaan ini dia mendabik dada dengan
mengatakan: "Maka jelas, ini adalah satu pembohongan terhadap al-Syeikh Abu
Zahrah selaku tokoh feqah besar pada zaman ini .” Dakwaan beliau ini sebenamya
lebih jelas membuktikan pembohongan dan penokok-tambahan dan beliau terhadap
saya. Buktinya, apa yang saya perbincangkan tidak dapat ditangkap dengan fikiran
yang waras dan jelas oleh beliau. Semangat fanatik yang menjiwai lubuk hatinya
membuatkan beliau tidak mampu memahami apa yang saya kemukakan. Akhimya, lain
yang dibincang lain pula yang didakwa. Jika pembaca memiliki buku saya ini,
bukalah pada m/s 132 itu. Bandingkanlah apa yang saya kemukakan dengan apa yang
didakwa oleh Mohd Asri (B. Harian 31 Julai). Anda pasti akan dapat mengetahui
siapakah sebenarnya yang berbohong dan tidak memahami hakikat perbincangan.
Walaupun Imam Abu Zahrah pemah memuji Ibn Taimiyah di
dalam bukunya berjudul IJbn Taimiyah' namun pujian tersebut bukan boleh
mengangkat Ibn Taimiyah melebihi Imam mazhab yang lain. Begitu juga dengan
kedudukan beliau jika diperbandingkan dengan syeikh Muhaqqiq Mazhab. Ini kerana
tidak ada ulamak pun (dalam mazhab) yang memuktamadkan pendapat beliau. Begitu
juga halnya dalam disiplin ilmu hadis. Malahan pujian itu juga tidak semestinya
menjadikan Ibn Taimiyah tidak boleh dikritik atau pendapatnya tidak boleh
ditolak.
Bila menyentuh tentang buku 'Ibn Taimiyah', saya
berkeyakinan saudara juga tidak membaca buku tersebut. Bahkan hanya mengambil
bahagian tertentu sahaja dan kacamata Salafiyah sebagai tatapan. Lupakah saudara
bahawa Muhammad Abu Zahrah juga ada mengkritik metodologi Salaf Ibn Taimiyah.
Buktinya, pada m/s 246 beliau mengatakan "Selepas kami menilai dari berbagai
sudut, kami tidak cenderung kepada aliran al-Salaf yang dirintis oleh Ibn
Taimiyah di dalam memahami ayat-ayat yang mutasyabih kerana ia akan membawa kami
samar-samar, tasybih (penyerupaan) dan tajsim (memvisualisasikan Allah)
khususnya terhadap orang awam. Kami redha tanpa syak bahawa aliran al-Salaf yang
dirintis oleh Imam al-Ghazali itu lebih mendekatkan kepada pemikiran yang lurus"
... secara ringkas)" (Muhammad Abu Zahrah, 1991, Ibn Taimiyah, Dar al-Fikr al-Arabi,
Bayrouth).
Pada perenggan yang lain pula, Saya menuqilkan "Imam
Muhammad Abu Zahrah di dalam kitabnya Tarikh Mazahib al-Islami m/s 208
mengesahkan bahawa gerakan ini (Wahabiyah) sebenarnya tidak menambahkan apa-apa
di dalam bab aqidah. Bahkan hanya menerima apa sahaja yang dibawa oleh Ibn
Taimiyah." Sayangnya, nuqilan ini dikatakan satu pembohongan oleh Mohd Asri.
Oleh itu, dengan hormatnya saya sanankan agar anda membuka buku saya m/s 132 dan
bandingkan dengan apa yang telah dikemukakan oleh Muhammad Abu Zahrah di dalam
Tarikh al-Mazahib al-Islamiyah m/s 208, 1981, Dar al-Fikr al-Arabi, Bayrouth).
Natijah perbandingan ini akan membuktikan kepada pembaca bahawa dakwaan Mohd
Asri adalah tidak berasas sama sekali. Dia sebenarnya Cuba membohongi pembaca
dengan dakwaan yang bohong terhadap saya. Ternyata dia tidak memahami kaedah
feqhiah yang mengatakan: "Orang yang mendakwa hendaklah mempunyai bukti.
Manakala orang yang mengingkar hendaklah bersumpah." Semoga Allah mengampuni
anda.
Melalui keterangan ini, kami berlepas diri dari membuat
pembohongan kepada Imam Muhammad Abu Zahrah. Dan sesungguhnya terbukti juga
kepada kita bahawa matlamat pujian yang dipaparkan oleh Mohd Asri hanyalah ingin
mengangkat martabat Ibn Taimiyah dengan rangsangan taksub yang menebal yang
seterusnya menghapus daya perbandingan pendapat. Dan situasi ini lazimnya adalah
satu metodologi Salafiah-Wahabiyah yang asalnya bermazhab Hanbali tetapi cuba
melupuskan nama Imam Ahmad dalam kesarjanaan. Tambahan pula, dakwah ini turut
dibantu dengan kuasa wang untuk mempengaruhi dunia teologi mereka atas nama
islah. Mana-mana individu, badan, pertubuhan atau Universiti yangmenyokong
bantuan akan diberikan. Manakala siapa yang menentang aliran teologinya akan
dibiarkan dalam kemelaratan. Inikah dakwah islah yang diagungkan.
Pengulas buku saya juga ada menyentuh tentang Imam
Muhammad Zahid al-Kauthari. Katanya: "(al-Kauthari) memang tidak menyukai Ibn
Taimiyah. Tetapi itu semua bukan satu hujah yang diterima sebagai bukti Ibn
Taimiyah tertolak." Seterusnya beliau mendatangkan pendapat Abd Fattah Abu
Ghuddah sebagai satu penolakan terhadap Imam al-Kauthari.
Soalnya, adakah saringan pendapat Abd Fattah Abu Ghuddah
sebagai salah seorang murid al-Kauthari sudah cukup untuk menolak pendapat atau
ijtihad al-Kauthari terhadap karya-karya Ibn Taimiyah. Ternyata ini adalah satu
pengukuran yang singkat dan tidak telus. Sebenarnya, Imam al-Kauthari (lahir di
Kg Haji Hasan Afendi, Istanbul, meninggal 1371 di Mesir) adalah salah seorang
ulamak muhaqqiq kerajaan Othmaniah. Beliau bertalaqqi dengan ulamak Dozjah,
Qadhi Hasan Afendi, Syeikh Musa al-Kazim, Syeikh Ibrahim al-Uyaini, Syeikh Ali
Zainal alSuni. Merupakan tenaga pengajar Jami' al-Fateh sehingga meletusnya
perang dunia pertama. Beliau dilantik sebagai Wakil Dars yang setaraf dengan
jawatan Syeikh al-Azhar di Mesir. Kemampuan beliau menguasai semua ilmu agama
amat dikagumi ulamak sehingga dianggap bintang ulamak zamannya dan mujaddid
tauhid abad20.
Antara penulisan beliau yang paling menonjol ialah
dibidang hadis, feqh Hanafi dan aqidah. Jumlahnya melebihi 80 buah karya.
Malahan masih banyak lagi manuskrip yang tidak tercetak. Antara kitabnya yang
mengkritik Ibn Taimiyah ialah al Ta'qib al Hasis lima yanfihi Ibn Taimiyyah win
al-Hadis, al Isyfaq fi Ahkam al-Tolaq, Muhaqal-Tawassulfi Masalah al-Tawassul.
Manalaka kritikan itu dipatrikan juga dalam ulasan beliau terhadap Dafu Syibhu
al Tasyhbih li Ibn Jauzi, al Tanbih wa al Rad a'la Ahll Ahwa wa al Bida' li Abi
al Husainie al Maltie, al-Intisar al Mazhab al Sahih li Ibn Jauzi dan ulasan
beliau terhadap Maratib al Ijmak li lbn Hazim al-Andalusi. Anda juga boleh
melihat ulasan pendapat al-Kauthari di dalam himpunan makalahnya yang beijudul
Maqalaat, Di sana ada penilaian pendapat yang perlu ditelusuri dalam memahami
kritikan uiamak terhadap Ibn Taimiyah. (lihat Maqalaat al-Kauthari m/s 35, 241,
258 dan 350, 1998, cet Dar al-Salam, al-Qaherah).
Di samping itu beliau juga mengkritik kitab Ijtima'
Juyusy al-Islami dan Nuniyyah Ibn Qayyim. Beliau menyifatkan kitab tersebut
adalah sumber kepada aqidah tasybih (menyerupakan Tuhan), (lihat Tabdid
al-Dzallam al-Mukhim min Nuniyyah Ibn Qayyim karangan al-Kauthari dan al-Qaul
al- Wajizfi Tanzihillah ani al-Tasybih oleh Abi Hasnain Abdullah b. Abd Rahman
al-Makki,t.pt,1995)
Untuk mengetahui apakah sebab dan kewajaran al-Kauthari
mengkritik Ibn Taimiyah, maka isi kandungan kitab-kitab ini perlu dinilai,
diperbahas dan diperbandingkan dengan sebaik mungkin agar terzahirnya satu
penyelesaian yang sahih. Setelah itu, cubalah saudara bandingkan dasar pujian
Abd Fattah Abu Ghuddah terhadap Ibn Taimiyah. Ternyata pembaca juga akan
mengetahui kesudahannya. Tegasnya, ulasan Abu Fattah Abu Ghuddah belum cukup
kuat untuk menolak ijtihad gurunya al-Kauthari. Ini kerana pandangan al-Kauthari
adalah isu manakala pujian Abu Ghuddah lebih tertumpu kepada sakhsiyyah yang
bersifat bahawa Ibn Taimiyah juga turut berjasa kepada Islam.
Tambahan pula, perkataan Abd Fattah bukanlah muktamad
untuk menjawab pandangan al-Kauthari. Isu-isu kontroversi yang diperbahaskan
oleh ulamak yang sezaman dengan Ibn Taimiyah cukup mematangkan kita dalam
masalah ini. Perlu juga diketahui bahawa selain Abd Fattah Abu Ghuddah, masih
ramai lagi murid al-Kauthari yang berwibawa. Antaranya ialah Sayyid Hussam
al-Qudsie, Syeikh Hussein bin Ismail, Syeikh Haj Jamal alSunie, Prince Hussein
Khairuddin Ibn al-Sultan Abd al-A'ziz al-Uthmanie, Syeikh Abdullah b.Uthman
al-Himsie, Syeikh Ahmad Khairie. Mereka tidak sealiran dengan Abd Fattah dalam
masalah ini. Justeru, kita juga perlu sedar apakah intipati sebenar atau
halatuju pujian yang diberikan oleh Abu Fattah terhadap Ibn Taimiyah. Oleh yang
demikian pendapat Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah bukannya satu hujah ilmiah untuk
menolak pandangan Imam Muhammad Zahid al-Kauthari.
Seterusnya, Mohd Asri sendiri pernah mengakui pertikaian
silam uiamak terhadap Ibn Taimiyah (B. Harian 31 Julai) Akan tetapi, beliau cuba
menutup pertikaian tersebut dengan sikap taksub agar tidak diketahui umum. Jika
pembaca ingin memastikan apakah punca atau isu pertikaian tersebut cubalah
fahami dengan sebaiknya pendapat ulamak dalam karya mereka sebagaimana yang
telah kami isyaratkan dalam Salafiyah Wahabiyah dan dalam ruangan ini. Semoga
isu sebenar yang menjadi pertikaian kepada Ibn Taimiyah lebih jelas. Siapakah
sebenarnya yang menimbulkan salah faham dan membuatkan dirinya dipersalahkan.
Kami buka ruang yang seluas-luasnya sebagai medan perbandingan.
Hujah Mohd Asri dengan mengaitkan ilmu Jarh wa Ta'dil
temyata tidak memberi apa-apa erti dalam dakwaannya; "Bagi sesiapa yang
mempelajari ilmu Jarh wa Ta'dil perkara seperti ini adalah fenomena yang biasa."
Saya terkejut juga mendengar kenyataan ini. Bagaimana beliau boleh sifatkan ilmu
Jarh wa ta'dil itu adalah satu fenomena yang biasa. Saya berkeyakinan bahawa
disiplin ini adalah luar biasa. Alasan saya, dengan metodologi Jarh wa ta'dil
lah yang menentukan samada seseorang perawi itu diterima atau ditolak. Apatah
lagi Ibn Taimiyah bukannya seorang perawi kitab hadis muktabar.
Merujuk kepada masalah ini, memang disyaratkan tajrih
seseorang perlu dijelaskan dengan bukti. Dan pemaparan bukti-bukti terhadap Ibn
Taimiyah adalah jelas sebagai yang termaktub di dalam kitabnya seperti al-Minhaj
al-Sunnah, al-Arsy, Muafaqah al-Ma'qul lisarih al-Manqul, al-Ta'sis fi rad ala
Asas al-Taqdis, al-Ajubah al-Misriyyah, Fatawa al-Hamawiyah dan Iain-lain karya
beliau yang disinggung hebat oleh ulamak. Walaupun Ibn Taimiyah menggunakan
bahasa perbahasan yang tinggi dalam kitabnya apakah ianya tidak dapat difahami
oleh ulakam muhaqqiq atau mujtahid yang lain? Buatlah satu penilaian dan anda
akan dapati alasan yang jelas mengapa ulamak sunni yang lain mengkritik beliau.
Jika anda masih belum mengoreksi bab mana yang dipertikaikan ulamak terhadap Ibn
Taimiyah maka tidak hairanlah anda hanya mempertahankannya dengan alasan belas
kasihan tanpa ilmu. Ini bermakna jika alasan pentajrihan terhadap Ibn Taimiyah
itu ada, maka dan mana pula datangnya ta'dil beliau.
Ternyata daripada mereka yang sealiran dengan beliau.
Dalam hal ini dua perkara yang perlu diambil kira. Pertama alasan jarh dan
ta'dil. Manakala yang keduanya kembali kepada kaedah:
"Apabila dijelaskan antara Jarh dan ta'dil maka Jarh
perlu didahulukan." Akan tetapi, Mohd Asri lebih mendahulukan pujian sebagai
ta'dil bukannya isu pertikaian yang jelas sebagai Jarh. Keadaan ini bertentangan
dengan kaedah Jarh wa ta'dil itu sendiri. Dan kaedah ini sudah pastinya memakan
dirinya sendiri.
Seterusnya Mohd Asri mendakwa bahawa "dengan jatuhnya Ibn
Taimiyah dapatlah bermaharajanya kesesatan". Perkataan ini adalah jelas untuk
membuktikan sikap ketaksuban beliau yang melampau terhadap Ibn Taimiyah. Kalau
(dulu) dikatakan jatuhnya Ibn Taimiyah bermaharaja kesesatan, bagaimana pula
halnya dengan kematian beliau pada realiti sekarang, Apakah kesesatan itu
bertukar menjadi agung. Jelasnya ini adalah satu teori yang bathil kerana
kejahilan dan kesesatan itu sumbangan besarnya adalah berpunca dari sikap
manusia. Bukannya kerana satu-satu tokoh. Lagi pula Rasulullah Saw pernah
bersabda : "Umat aku sentiasa berdiri di atas jalan kebenaran mereka itulah para
alim ulamak." Pendek kata, kebenaran dan kesesatan tidak terikat dengan satu
tokoh sahaja. Ini bermakna, bukan Ibn Taimiyah sahaja yang benar dan
pengkritiknya adalah sesat. Bahkan kebenaran itu sentiasa sahaja wujud pada
tokoh-tokoh lain (ulamak) yang diberi taufiq oleh Allah. Dialah yang menunjukkan
kebenaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Adapun dakwaan yang mengatakan bahawa Imam al-Bukhari
dituduh sebagai mengatakan al-Qur'an adalah makhluk adalah tidak benar sama
sekali. Ia jauh dari sumber ilmu yang asli. Sebenarnya, Imam al-Bukhari
(termasuk Muslim, Ibn Kullab, Abu Thur, Daud b. Ali, al-Haris al-Muhasibi,
Muhammad Ibn Nasr al-Maruzi) secara peribadinya mengatakan al-Qur'an yang ada
pada tangan manusia, boleh dibaca, ditulis dan disentuh adalah makhluk.
Buktinya, jika anda membaca biografi Imam al-Karabisi di dalam Mizan al-1'tidal
karangan al-Zahabi m/s 544 juz 1 anda akan dapati butiran perselisihan antara
beliau dengan Imam Ahmad. Makala al-Qur'an yang dikatakan sifat Allah adalah
kalam Allah azali bukannya makhluk. Inilah penafian yang difokus oleh ahli
sunnah. Dan penafian ini sebenarnya lebih merujuk kepada menolak kesamaran yang
berlaku dan bakal berlaku. Tetapi Mohd Asri yang tidak tahu hujung pangkal
dengan mudah membuat kesimpulan yang menghasilkan penyembunyian realiti ilmiah
sebenar.
Selain itu, anda juga disarankan agar membuka al-Intiqa'
karangan Ibn Abd al-Barr m/s 106. Dan penjelasannya telah saya huraikan di dalam
Salafiyah Wahabiyah. Silalah menatapinya. Akan tetapi, mungkin juga jikalau
masalah ini diperbincangkan saya dituduh pula sebagai muktazilah. Terpulanglah,
saya hanya ingin menjelaskan kedudukan yang sebenar sahaja. Hanya Allah tempat
kita meminta perlindungan.
Di akhir perbincangan ini, saya amat
tertarik dengan wasiat Mohd Asri yang berbunyi: "Berpeganglah kepada ajaran
Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 6. Akan tetapi 'andaian' berani beliau
terhadap saya dan Hassan al-Saqqaf sebagai Syiah mencabuli prinsip yang beliau
sendiri gariskan. Jika diri sendiri tak mampu memahami dan menghayati sumbernya
maka kita tidak pertu cuba meyakinkan orang lain. Kelak nanti berlakunya sesat
lagi menyesatkan.
juga tertarik kepada petikan kata-kata Imam Ibn al-Solah
yang dikemukakan beliau yang berbunyi: "Entah berapa ramai ulamak yang telah
melangkah kaki mereka di dalam syurga sejak seratus atau dua ratus tahun yang
lalu, sedangkan kamu menyebut dan mengumpat mereka." Pertama saya ingin
pertanyakan: Adakah anda benar-benar memahami kata-kata ini. Saya amat
berkeyakinan bahawa beliau masih belum mengerti perbahasan kita terhadap
metodologi Ibn Taimiyah dalam disiplin ilmu. Jika beliau memahaminya nescaya
perbincangan kita terhadap satu-satu tokoh tidak disifatkan sebagai mencela atau
mengumpat. Kedua, Imam al-Nawawi (murid Ibn al-Solah) ternyata lebih memahami
dari tafsiran aqal zahir yang diberikan oleh Mohd Asri. Buktinya, di dalam
al-Azkar (bab penjelasan tentang beberapa perkara yang penting berkaitan dengan
al-Ghibah) mengatakan: "Apabila ada sesetengah penulis yang menyebut seseorang
individu secara sakhsiyahnya dengan mengatakan: "si polan-polan mengatakan". Dan
perkara yang dimaksudkan itu bertujuan untuk menjatuhkan nilai peribadinya maka
perbuatan tersebut adalah haram. Akan tetapi jika dia ingin menjelaskan kepada
awam tentang kesilapan orang berkenaan supaya ianya tidak diperpegangi atau
untuk menjelaskan kedhaifannya pada ilmu supaya orang lain tidak tertipu dan
tidak menerima pendapatnya maka hal seperti ini bukannya ghibah (mengumpat).
Bahkan ianya adalah nasihat yang wajib dan diberi pahala atasnya."
Dan selepas huraian ini, jika anda
tetap dengan pendirian anda bermakna para ulamak yang mengkritik Ibn Taimiyah
diklasifikasikan sebagai pencerca oleh anda. Dan apakah dengan kritikan ini anda
mahu menghukum mereka sebagai peroboh khazanah Islam ataupun menganggap mereka
semua adalah musuh ahli sunnah. Ternyata di samping sikap taasub yang menebal
dalam diri, anda juga kurang berhati-hati dalam membuat kesimpulan dalam
perbincangan ini lebih-lebih lagi terhadap buku saya. Saya tidak bermasalah
kalau dituduh menyimpang oleh salafi-wahabi seperti saudara. Sebabnya sudah
terlalu ramai para ulamak Nusantara kita menerima nasib yang sama seperti saya
oleh aliran rigid anda. Semoga anda lebih terbuka dan matang berfikir dalam
menyatakan masalah secara perbandingan dan berwibawa menuju penyelesaiannya.
Hanya kepada Allah S.W.T kita memohon petunjuk. Dialah penunjuk sebaik-baik
jalan.