CHAPTER 1

Apa itu LINUX?
LINUX adalah satu operating system berasaskan UNIX yg dicipta untuk PC 

khususnya menggunakan processor INTEL, SPARC, Alpha dan boleh digunakan 

untuk server atau workstation. Dari satu CD installer (Redhat version 6.2 dan 

sebelumnya kerana mulai version 7.0 dah menggunakan 2 CD) kita boleh setup 

workstation atau server apa saja, mail, web, print, file, DNS, firewall dan macam2 lagi!
 

Sejarah LINUX
Segalanya bermula pada Ogos 1991, seorang student dari Finland mengepos (email la!) 

pada comp.os.minix newsgroup yg berbunyi:

 

Hello everybody out there using minix -
I'm doing a (free)operating system (just a hobby, 

won't be big and professional like GNU)
for 386 (486) AT clones.

 

Dialah Linus Torvalds, dan dari hobinya tu la akhirnya jadi apa yg hari ni kita kenal 

sebagai LINUX. Ianya menggunakan standard POSIX dan dibangunkan bukan sahaja oleh 

Linus Torvalds, tetapi oleh beratus2 programmer seluruh dunia. Segala2nya menjadi 

besar2an dan menarik minat seluruh programmer dunia. LINUX juga adalah free! Free 

camana tu? Tak nak beli yg original pun boleh, download je ISO dari site LINUX (tapi

takde support dari distribution) dan boleh pakai. Takde salah pun! tak macam barang 

Microsoft.. asik nak kene lesen2 je.. bila la nak pandai! LINUX juga dtg dengan full 

source code. Jadi anda boleh membina LINUX anda sendiri dari source code tersebut 

dan men"distribute"kannya kembali (dengan syarat anda juga mesti membekalkan 

source code anda). Juga LINUX berasaskan packages.. senang menginstall dan uninstall

serta upgrade.. bole juga guna dalam bentuk lain2 source (..tar.gz etc)
 

Jenis2 Distribution LINUX
RedHat LINUX
Debian LINUX
Slackware LINUX
Mandrake LINUX
Caldera OpenLinux
SuSE Linux
Corel LINUX

dan banyak lagi... seperti Stampede, VA Linux, Black Cat, Red Flag.. cuma yg diatas ni 

dikira "orang2 lama" kecuali Corel.. lagi satu.. kebanyakan diatas dibina berasaskan UNIX 

SystemV kecuali Slackware yg berasaskan BSD-style (tetapi kernel dia tetap linux.jgn salah paham)

 

Linux dalam satu disket
MuLINUX ShareTheNet FreeSCO Gater

 

Sebenarnya, kesemua LINUX diatas ni hampir sama.. yg membezakannya cuma packages.. 

jadi untuk mengetahui version2 mana yg terbaru, cuma perhatikan kernel version contohnya 

2.0.36 untuk RedHat 5.2 , 2.2.14 untuk Redhat 6.2 hinggalah yg terbaru (stable release 

masa site ni ditulis) 2.4.2 untuk RedHat 7.1
 

LINUX dan UNIX
Pernah dengar nama UNIX? mungkin pernah.. mungkin tak.. kalau pernah dengar pun.. tapi 

dimana ya?.. Sebenarnya UNIX sudah lama bertapak dalam dunia pengkomputeran dunia 

(antara yg terawal sekitar 60'an), cuma wujudnya adalah didalam sistem Supercomputer atau 

Mainframe menyebabkan tak ramai yg tahu dan mampu untuk menggunakannya. Harganya?... 

teramat2 mahal! Puluh atau ratus2 ribu beb! Itupun sebeso almari! Secara asasnya UNIX dicipta

oleh Dennis Ritchie  dan Ken Thompson dari AT&T  (Bell Labs).. dari situ timbullah berbagai versi

UNIX ( BSD, SystemIII, SystemV ).. UNIX sememangnya sudah terkenal sebagai tulang belakang

sistem server terutamanya untuk internet. Masalah kos yg menyebabkan cuma beberapa syarikat

besar saja mampu untuk membeli sistem UNIX. beberapa jenis UNIX dipasaran:

 

SunOS/Solaris (SunMicrosystem)
HP-UX (Hewlett-Packard)
IRIX (Silicon Graphics)
AIX (IBM)
ULTRIX (Digital Equipment Corporation)

 

UNIX mmg terkenal dengan multitasking, mampu untuk menjalankan beratus2 malah beribu proses 

serentak tanpa menjejaskan prestasinya. LINUX merupakan klon UNIX. Cuma membezakannya 

adalah platform dan hardware dimana LINUX berjalan (berlari sebenonye!)diatas PC biasa dan UNIX 

diatas komputer mainframe, contohnya SunOS/Solaris yg dijalankan diatas server Sun menggunakan 

processor SPARC (dari Sun sendiri). Jadi simplenya, LINUX mempunyai segala kebagusan UNIX tetapi 

mampu untuk di"lari"kan diatas PC biasa. Menakjubkan kan?

 

Lain2 Open Source Operating System
Sebenarnya,  OpenSource Operating System ni bukan LINUX sahaja .. ada beberapa lagi yang muncul 

selepas LINUX "meledak" dimata dunia. Kebanyakannya sudah lama ada.. cuma mendiamkan diri.. tapi 

sejak LINUX begitu diberi perhatian meluas.. maka ini mendorong mereka untuk "menjenguk ke 

permukaan". Apa2 pun ini adalah persaingan sihat dan positif.. semuanya keluarga UNIX.

 

FreeBSD
OpenBSD
NetBSD

 

Bezanya cuma sedikit.. menggunakan sistem BSD sedangkan kebanyakan LINUX menggunakan SystemV 

(hanya Slackware yg menggunakan BSD-style dan hampir menyerupai FreeBSD. Inipun kerana Patrick 

Volkerding tu sendiri org FreeBSD!!). Kesemuanya diasaskan dari source code 4.4BSD-Lite (BSD adalah 

versi UNIX yg pertama/terawal muncul sebelum SystemIII diikuti SystemV yg membentuk UNIX/LINUX 

sekarang) dan sekarang pengaruh mereka juga semakin berkembang. Untuk pengetahuan anda, server 

Yahoo! , Hotmail dan banyak lagi menggunakan sistem BSD. Walaupun Hotmail itu sendiri hakmilik Microsoft 

Corp., kenapa tak pakai WinNT atau Win2K? Kerana UNIX/LINUX is the best solutions! Laju, selamat dan 

lain2 lagi! (Ini yg cuba dirahsiakan oleh Microsoft)  Syabas untuk OpenSource!

 

Perbezaan LINUX dan WinNT


Perbezaan? satu persoalan yg bagus! kebanyakan pihak (terutama dari Microsoft) mendakwa sistem 

server NT adalah bagus dan multiuser/ multitasking tapi sebenarnya fakta ini amat bercanggah 

sama sekali. Sebenarnya dalam NT, memang ada pelbagai user dan anda boleh mengakses ke sistem 

server tersebut. Apa yg dapat anda lakukan apabila mengakses ke sistem server tersebut? Cuma 

share file dan print sahaja.. bagaimana dengan software / install dan lain2? payah nak cakap :) 

cuma yg boleh diberitahu dengan LINUX, jika anda add account shell, anda boleh install, copy, 

delete, uninstall , execute dan lain2 pada software anda dan cuma anda sahaja yg berhak keatasnya! 

( kecuali root sebagai system admin yg berhak 100% pada sistem ). Kalau nak diceritakan terlalu 

banyak sebenarnya.. mampukah sebuah mesin dengan processor 486 dengan 8MB RAM menjalankan 

tugas server web dengan WinNT? Tapi dengan LINUX ianya boleh! (minimum requirement adalah i386 

tapi pikir logik la beb! takkan le kedekut beno sampai nak suruh pakai 386/486 untuk server tapi kalau 

nak pakai Windows sanggup beli Pentium4 dengan 256MB RAM! Itu pun nak buat main game je! Nampak 

cam tak adil je kan? bukak site nih.. yg di"run" atas processor 486 dan 8MB RAM:

 

http://imran.kusza.edu.my/kerengga

 

menggunakan RedHat Linux 6.2 , 64kbps leased lines dan mampu untuk menjadi webserver (Apache) yg powerful!

 

BACK                                                                         NEXT