Cara2 setup ftp server kat RedHat Linux 7.3
Sebenonya ni how-to paling simple (asas) untuk setup
ftp server.. mungkin berguna bagi korang yg
baru nak rasa setup server sendirik pakai Linux..
kalau nak ikut2kan tak susah pun.. ok lets go...
1. Pertamanya nak kene ada pakej ftp. Make sure
dah install dalam system.. kalau belum install tu..
paham2 le kene le install sendirik.
Yg nih aku ajorkan pakai pakej rpm yg disupply dari cd asal RedHat tu sendirik.. ok kita check dah
ada ke belum....
[root@Server
root]# rpm -qa | grep ftp
anonftp-4.0-9
ftp-0.17-13
ncftp-3.1.3-3
wu-ftpd-2.6.2-5
gftp-2.0.11-2
[root@Server
root]#
Ini yg mmg dah install.. kalau belum install carik dalam cd kat folder /mnt/cdrom/RedHat/RPMS/ dan install pakai command:
rpm -ivh
(namapakejtu) atau
rpm -Uvh
(namapakejtu)
sekiranya ada dependencies (pakej tu memerlukan pakej2 lain untuk run/beroperasi dengan ok) listkan apa pakej2 yg dia perlukan dan install pakej2 dependencies dulu lepastu barulah install pakej yg kita kehendaki.
2. Selepas install make sure services tuh run selepas boot.. check kat:
[root@Server root]# setup
Seeloknya, lepas enablekan wu-ftpd ni..reboot dulu system.. (sesetengah daemon/services tak perlu reboot, cukup dengan start/stop services secara manual)..
3. Mula2 kita try anonymous ftp dahulu.. kalau nak sure ftp dah jalan atautidak selepas install, kene check guna nmap (make sure nmap pun ada install gak.. default rh 7.3 dan 7.3 mmg ada install)..
4. Test acess ke ftp dengan cara
gunakan client software ke server yg kita set tadi ( aku guna Gftp dalam GNOME)tapi
korang boleh pakai CuteFTP ke apa2 je le software dalam Windozz tu...
Wachaaaaaa!!!!.. dah siap pun.. so sebagai admin..
ko leh campak apa je file dalam direktori yg
tersenarai tu.. untuk di "download" yg
biasanya menjadi kegemaran ramai adalah iso images dan
beberapa jenis file2 yg agak besar...
Diingatkan.. yg diatas adalah anonymous ftp dimana
sapa2 je boleh ftp dan dapatkan file dari server
korang.. takde restriction.. so paham2 la kan..
yg kedua nih pulak.. server ftp untuk org2 yg ada akaun shell sahaja.. so sapa2
yg takde acess tu.. toksah nak gatal2 le... kegunaanya nak transfer file ke
akaun kita dalam server dengan cepat dan jumlah fail yg besar..
Ftp server untuk pemegang akaun shell
Jadi hanya user2 ini sahaja berhak untuk
ftp kedalam akaun masing2.. caranya sama macam anonymous ftp
cuma kita kene specify username dan password
untuk masuk kedalam home directory akaun kita.. kelebihan
ftp ini korang boleh upload file dan download file
berbanding anonymous ftp yg hanya membenarkan download
sahaja.. ye la kalau boleh upload semua bantai
taruk exploit ke virus ke hapa ke.. sapa susah? nak trace
bukan senang.. anonymous nih sapa2 je boleh
upload ke server kan? ok.. dont waste yer time...
Dah setel.. so dah boleh start transfer file
ke server korang.. soooo.. susah sgt ke setup
server ngan linux nieh? tak paham aku kalau
org kata susah bebeno unless dah try berjuta kali
tak menjadik gak...
p/s:FTP server ni adaah salah
satu dari feveret para "crackers" nak root/hack masuk.. so bila
run FTP
server tu jaga2 dengan security dia... patch dan update selalu...
(c) 2003 TRUNASUCI MyLinux Webnet Group