Kamus Bahasa Banjar - Bahasa Melayu

Bahasa Banjar wujud dalam berbagai dialek. Amuntai , Alai, Kandangan dan Keluak adalah diantara yang terbesar. Sebahagian besar perkataan dalam Bahasa Banjar adalah sama dengan Bahasa Melayu, begitu juga dengan awalan seperti di, ber, ter, men, meng, dan akhiran seperti kan, an dan sebagainya. Perbezaan yang nyata hanyalah dari segi sebutan. Bahasa Banjar menggunakan a bagi menggantikan e (pepet) seperti kalihatan(kelihatan), handak(hendak) dsb. Jika hujung ayat, bunyi a dan u menjadi a' dan u' iaitu dengan bunyi k yang lembut. Bahasa Banjar juga menggunakan awalan 'ber' , 'ter ' , 'me, men, meng' yang ditukar menjadi 'ba', 'ta', 'ma' seperti 'bersedih' disebut 'basadih', 'memberi ' disebut 'mambari' , sementara akhiran 'kan' kadangkala disebut 'akan' contohnya 'mendengarkan' jadi 'mandangarakan'.

Dalam kamus ini, perkataan yang serupa (hanya berbeza sebutan) dan mempunyai makna yang sama dengan Bahasa Melayu tidak disenaraikan.

Amun handak menambahi atawa ada nang kada bujur, bulihlah diatar komen ka unda makai pos atawa e-mail Terima kasih kepada kulaan yang telah banyak menyumbang bagi memperbanyakkan koleksi perkataan dalam kamus ini.
 
 

Sila pilih abjad
 

A   B   C D   E F   G H   I J   K M N   O P   Q R   S T   U V   W X   Y Z
( kemaskini terakhir: Julai 2002)


C

cabur - terjun dalam air
cacak - pacak / cicak
cacap - cecah
cagar - agar, supaya
cagat - tegak
cakah - sombong
cakang - cabang
calap - rendam
caluk - seluk
calung - pucat
cancut - seluar dalam, cawat
cangkal - cekal
cangkir - cawan
cangul / cungal/ cungul - menampakkan muka
cantung - side burn
caplok (mancaplok) - jatuh kedalam air
caram - banjir (sedikit), ditengeelami air
carubu - mencarut
catuk - ketuk
cibuk - ceduk air
cileng - tenung dengan mata terbeliak kerana marah
cingkoi - tak berdaya
cinit (cinik) - berputar laju
cirat - cerek
culup - celup
cungul/ cungal/ cangul - menampakkan muka
cungkal - korek tanah dengan kayu/ parang untuk mengambil sesuatu (ubi)
cuntan - curi
cuntang – koleh
curik - telinga bernanah
cuur - bertanya asal usul salasilah keluarga
1