MULUT YANG BERKATA-KATA

Syukur alhamdulillah kita diberikan mulut untuk berkata-kata, dan senanglah kita berkomunikasi dengan orang lain. Kalau tidak, mungkin juga kena berisyarat menggunakan tangan dan kaki. Namun begitu kita harus berhati-hati dengan apa yang kita katakan, awas kerana mungkin sebab pulut santan binasa - sebab mulut badan binasa.

Manusia dijadikan Allah berbagai-bagai, ada perempuan yang lantih, kalau dah mula basurah bercakap mancarucus tak berhenti-henti mangaradau tak menentu topik. Tak kurang juga lelaki yang luhau, banyak bercakap, entah apa-apa yang diujarakan. Kalau yang disambat tu hanya setakat melawak mahuhulut kawan untuk bergurau bagagayaan tidak menjadi masalah. Tetapi kalau sengaja hendak mawaluhi atau mangaramput membohong ataupun mahapak memperkecilkan orang lain, maka orang yang dikuya tu tentulah marah-marah bamamai ataupun kalau tak mau bergaduh tentu sekali terus sahaja meninggalkan orang itu sambil manggarunum kerana sakit hati. Ada juga orang tu yang suka mencari salah orang lain, maniwas menuduh tanpa usul periksa. Kalau wadaan tu berasas, susah juga nak disangkal, lalu mangayumuh menjawab dengan kata yang tak berapa jelas macam memyembunyikan sesuatu, kalau tidak pun terpaksalah bakulim dengan alasan yang manasabah.

KAMUS PALUI

Ada banyak cara kita hendak bapadah memberitahu seseorang, kalau ia rahsia kenalah bagamit dibisikkan ditelinga supaya tidak dapat didengar oleh orang lain, tetapi kalau agak jauh kenalah dihiyau memanggil dan jika tak disahut mungkin perlu bakuriak dijerit supaya dapat didengar. Kalau dah bertemu bolehlah bakisah bercerita panjang, batatakunan bertanyakan khabar ataupun boleh juga bacuur menyiasat salasilah keluarga, manalah tau ada tarait bakulaan.

KAMUS PALUI

Itulah lumrah manusia, selagi ada kawan selagi itulah tak berhenti berbual bapander, malahan kalau berseorangan pun ada yang bamamang. Sampai hendak tidur pun masih ada yang terkumat-kamit mulutnya bakarimut, walaupun suaranya tak keluar dalam hati sentiasa berdoa memohon hidayah ilahi. Waktu diamnya hanyalah apabila lena, barulah ranai, itupun sesekali ada kalanya masih juga bercakap dalam tidur maigau.